
‘Perlahan-lahan..Tenang..Saya kira 1,2,3... Tolak..Push” suara Dr. Malik yang cuba meyakinkan pesakitnya. Terasa seperti hendak termuntah isi perut ketika cuba menekan, menolak dan meneran keluar susuk tubuh manusia kecil dari perut ibunya. Pekikan yang kedengaran dan jeritan batin yang tidak mampu terlafaz dirasai oleh susuk tubuh wanita itu yang kepedihan menahan penyeksaan dengan penuh harapan dan debaran. Jururawat-jururawat yang ada memegang tangan pesakit dan cuba menenangkan pesakit yang meronta-ronta tidak tahan untuk meneruskan perjuangan untuk hidup. Tetapi,demi 2 nyawa yang perlu diselamatkan, Dr. Malik perlu mencuba sedaya upaya untuk memastikan pembedahan ini berjalan lancar.
Sepuluh minit telah berlalu, suasana di Hospital Datuk Alif Asyraf Sardi masih hambar pada pukul 1.30a.m. Hanya yang tinggal bunyi tapak kasut dan capal pekerja-pekerja yang bertugas di ‘shift’ malam sahaja yang kedengaran. Cahaya juga agak suram dan malam kerana hanya beberapa lampu sahaja yang dibiarkan terbuka menerangi keadaan hospital yang suram itu. Para pesakit kebanyakannya telah tidur dengan lena dan sesekali kedengaran dengkuran yang kuat dari bilik pesakit wad ‘ICU’. Jelas berbunyi hilaian lembut dan sinis para jururawat mentertawakan bunyi dengkuran pelik itu.
Dengan tiba-tiba ‘Pang!Klong..Klong...pang!’ kelihatan seorang jururawat terjatuh kerana lantai yang licin lalu bertaburan ‘tray’ yang dipegang beserta alatan-alatan dan ubat-ubatan bersepah di atas lantai. Ada yang terjaga akibat terkejut, ada yang kelam kabut melihat keadaan yang baru. Hiruk –pikuk sebentar keadaan di dalam wad tersebut yang berdekatan dengan bilik pesakit ‘ICU’.
Sedang asyik melihat telatah dan keadaan di wad tersebut, dengan tidak semena-mena, Dr. Malik muncul dari pintu utama yag menghubungkan di antara wad tersebut dan bilik bedah. Dr. Malik dengan muka yang kecewa. Beliau seperti terpaku dan berlagak dungu seperti orang yang kematian ahli keluarga. Beberapa saat selepas Dr. Malik kelihatan, muncul pula jururawat yang membantu Dr. Malik tadi sambil menolak troli yang mengangkut sekujur tubuh bayi yang kecil dan diselimuti kain putih perlahan-lahan ke arah bilik khas yang disediakan untuk menempatkan bayi-bayi yang baru dilahirkan. Dr Malik memandang bayi comel tersebut, air mukanya berubah setelah melihat bayi tadi membisu. Kecomelan bayi tersebut membuatkan Dr. Malik tersenyum simpul kembali.
“Dr Malik, boleh kami uruskan mayat di dalam bilik pembedahan?” Tanya salah seorang staf hospital.
“Boleh. Silakan. Cuba hubungi ahli keluarga,saudara-mara atau rakan-rakan terdekat” balas Dr Malik.
“Arwah memang tidak meninggalkan sebarang telefon bimbit atau dokumen ketika dimasukkan ke hospital. Tiada siapa yang dapat mengesan siapakan arwah. Bagaimana Dr?’balas staf itu lagi.
Dr Malik bertambah bingung. Sudahlah rohnya sudah meninggalkan jasad, orang yang mempunyai hubungan dengan perempuan tersebut juga gagal dikesan. Pengenalan dirinya pula langsung tidak dapat dikesan. Malang tidak berbau kepadanya dan lebih terkilan apabila anak yang dilahirkan tidak lagi beribu dan perlu diberikan kepada siapa. Ayahnya juga tidak datang melihat anak dan ibunya. Dr Malik menjadi buntu. Dalam fikirannya, hanya satu sahaja yang perlu dilakukannya.Dia hanya terfikir untuk membuat satu panggilan ke polis atau pihak berkuasa. Dr Malik.....
BERSAMBUNG....
SIAPAH WANITA MALANG TERSEBUT?ANAK SIAPAKAH ITU?MENGAPA TETIBA SENARIO DI HOSPITAL DITONJOLKAN?MANA PERGI KESUDAHAN CERITA MIRINDA DAN BADUL TADI?TUNGGU....!
0 comments:
Post a Comment