
KORBAN MITHALI : EPISOD 16 : PART 1
‘Siapa ni?’ Dr. Malik seperti ingin tahu.
‘Dr..Dr... Dr Malik.. Sa...Saya Badul. Dr. Pernah terhentakkan pintu ke kepala saya dibalai polis. Masih Ingat?’tanya Badul.
Dr. Malik seperti cuba mengingati kisah-kisah lalu. Dia juga tidak laari dari sifat pelupa. Namun, tiba-tiba, dia tersentak dan teringat sesuatu. Peristiwa yang pernah dialami ketika mendiang Tiru masih hidup.
‘Saya ingat. Ini nombor telefon encik Badul ke?’ tanya Dr. Malik.
‘ya’ badul menjawap.
‘Saya tengah mesyuarat ni. Nanti, saya simpan nombor Encik Badul dan hubungi kembali esok. Saya janji. Saya takkan lupakan apa yang pernah saya janjikan’ balas Badul.
Badul tersenyum dan mengharap ia benar.
‘Saya harap sangat Doktor menelefon saya semula kerana hentakan tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan saya dan kesihatan mental saya’ balas Badul.
‘Saya faham. Tapi, saya minta maaf kerana sekarang saya terlibat dengan sesuatu yang sangat penting buat masa sekarang. Saya telefon Encik Badul esok atau kalau saya terlupa, En Badul telefon saya eso semula. Boleh?’ Dr. Malik member cadangan.
Badul berpuashati dengan penyelesaian dan pendekatan sebegitu dan terus mengucapkan selamat tinggal dan menamatkan panggilan. Ibu Badul terpinga-pinga.
‘What is happening baby?’ tanya Datin paulina.
‘He is a doctor. The one that make me involve in this trouble at the first place. Do you remember that Iwas bleeding at my head at the police station while we try to find Mirinda? He is the doctor who responsible for it’ balas Badul.
‘I don’t understand. Mummy tak paham. Kita kan dah ada doktor yang akan memeriksa perkembangan kesihatan Boy. Kenapa perlu doktor lain lagi?’ tanya Datin Paulina.
‘Mummy, memang kita dah ada doktor peribadi. Tetapi, saya mahu dia juga memeriksa kesihatan saya kerana saya mahu dia mendapat pembalasan atas kesukaran yang saya dan keluarga kita alami selama ini’ balas Badul.
‘Boy, apa Boy nak baut ni?’ tanya Datin Paulina.
‘we’ll wait and see . he will pay for all the suffer and damage that he has done to me and us. Hahahaha’ Badul tergelak besar seperti mempunyai rancangan jahat. Datin Paulina kelihatan risau kerana dia tidak pernah melihat anaknya berperangai sebegini. Apakah yang bermain di fikiran anaknya sekarang? Kenapa dia beria-ia menelefon Dr. Malik dan mahukan dia datang memeriksa keadaan kesihatannya sedangkan mereka sudah mengupah doktor peribadi khas untuknya. Segala-galanya masih samar-samar dan belum terjawab. Namun, hilai gelak ketawa Badul atau lebih manja dipanggil Boy meresahkan keadaan ibunya itu dan sesiapa yang mendengarnya.
Kedua-dua bakal mempelai duduk di ruang tamu dikelilingi oleh saksi-saksi dari kalangan sanak saudara dan sahabat handai. Jurugambar-jurugambar yang diupah sibuk mencari posisi terbaik untuk mengabadikan gambar kenangan terindah untuk mereka. Dr. Malik duduk terpaku setelah melayang panggilan dari Boy tadi. Hatinya bersalah mengingatkan peristiwa itu. Apakah maksudnya dengan mengatakan kejadian hentakan pintu secara tidak sengaja ke kepalanya menyebabakan dia dan keluarganya sengsara. Dia masih bingung. Dia tidak dapat menumpukan pada majlis akad nikah tersebut. Hatinya sudah berserabut kerana berbelah bagi antara terpaksa, dipaksa dan memaksa. Dia terpaksa berkahwin dengan Lisa kerana tidak mahu membuatkan ibunya , Mak Cik Markonah jatuh sakit. Dia dipaksa kahwin oleh ibunya kerana ingin mendapatkan anak yang terhasil dari darah daing keturunan yang baik-baik dari kalangan keluarganya. Dia memaksa dirinya untuk bernikah dengan gadis hipokrit itu walaupun jahu di sudut hatinya sangat sayang dengan isterinya dan juga dia sudah tertarik hati dengan ......
‘Encik Malik!’ suara Tok Imam mengejutkan Dr. Malik dari lamunannya itu.
Dia meminta kebenaran utuk meneruskan majlis akad nikah itu dan memerlukan Dr. Malik untuk bersedia dan focus seikhlas hati terhadap majlis ini. Dr. Malik mengangguk terpaksa.
Sementara itu, Puan ZUlaikha sibuk menelefon Zaharah berpuluh-puluh kali tetapi tidak dapat. Tiba-tiba, dai teringat yang Zaharah pernah menelefonnya menggunakan telefon pejabatnya di Malaysia. Dia cepat-cepat mencari nombor telefon pejabatnya di dalam menu ‘Buku Telefon’ di telefon bimbitnya. Akhirnya dia terjumpa. Dia mendail nombor telefon pejabat Zaharah lalu panggilannya diangkat. Sungguh tidak disangka dalam hujung minggu sebegini, masih ada orang yang berada di pejabat.
‘Hello, Can i speak to Zaharah?’ tanya Puan ZUlaikha.
‘mak cik. Saya ni pengawal keselamatan. Tak faham bahasa orang puteh ni’ balas pengawal keselamatan yang menjawab panggilan itu.
‘Adik, kenalkan CIk Zaharah yang dari negara Arab tu?’ tanya Puan Zulaikha.
‘OH, kenal. Yang matanya cantik tu kan?’ balas pengawal keselamatan itu yakin.
‘Adik tahu ke kalau-kalau dia ada nombor telefon kedua sebab akak dail nombor Maxis nya tidak dapat , asyik masuk ke peti simpanan suara’ tanya Puan ZUlaikha.
‘Eh, kak, Eh, mak cik. Maaf. Zaharah kan kat KLIA sekarang nak balik sana semula’ balas pengawal keselamatan itu.
‘Bila dia balik? Penerbangannya pukul berapa?’ tanya Puan ZUlaikha.
‘DIa baru bertolak satu jam yang lalu. Rasanya dah sampai KLIA. Tapi penerbangannya petang sikit. Pukul3pm kalau tak silap kot’ balas pengawal keselamatan.
‘Takpe . terima kasih dik’ balas PUan Zulaikha dan terus menamatkan panggilan itu. Dia terus meluru masuk ke ruang tamu cuba menapatkan suaminya.
‘Aku nikahkan kau dengan Lisa Surirumah dengan mas kahwin Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu berbalas satu tunai’ sebut Tok Imam itu.
‘Aku terima nikahnya Lisa Surirumah dengan mas kawin Ringgit Malaysia sepuluh Ribu berbalas satu tun..’ sebelum sempat Dr. Malik menghabiskan ayat itu, dia dikejutkan oleh isterinya. Lisa Surirumah bertambah marah melihat wanita itu cuba menganggu lafaz bakal suaminya itu yang hampir membuatkan ikatan mereka sah.
‘Bang, saya merayu pada abang. Jangan buat perkara yang abang pun tak suka. Abang kene buat sesuatu ikhlas kerana Allah s.w.T, bukan kerana manusia’ rayuan isteri Dr. Malik membuatkan hati Dr. Malik kian sayu.
‘Oi, perempuan. Kenapa kacau suami aku’ marah lisa Surirumah.
‘Betina, bakal suami , belum suami sah lagi. Perasan’ jenab menyampuk.
Lisa Surirumah mencebikkan bibirnya ke arah Jenab.
‘abang, kalau abang nak kahwin, kahwinlah tetapi kahwinlah dengan wanita pilihan abang, yang abang sanggup habiskan sepanjang usia abang dengannya’ tangisan air mata kelaur berderai ke pipi Puan Zulakha sambil mengucapkan kata-kata perangsang kepada suaminya.
‘ZU. Kenapa kau buat aku malu ha? Ini majlis akad nikah anak aku. Kau nak jadi isteri derhaka ke? Kau nak jadi menantu kurang ajar ke?’ marah mak CIk markonah.
‘mak, ayah, abang, tak terlintas sedikitpun di hati zu nak porak perandakan keluarga kita. Tetapi biarlah abang pilih jodohnya sendiri. Barulah dia bahagia dengan pilihannya’ rayu Puan ZUlaikha kepada ibunya.
Lisa surirumah tidak suka dengan keadaan itu. Dia menyuruh ibunya, Puan kembung cepat-cepat menghalau Puan ZUlaikha daripada berdekatan dengan suaminya. Drama cerekarama realiti yang berlaku membuatkan orang sekeliling menangis dan terpinga-pingan dengan sketsa itu. Dua orang lelaki cuba menarik dan mengangkat Puan Zulaikha supaya meninggalkan suaminya.
‘kau jangan sentuh isteri aku’ marah Dr. Malik.
‘Jangan pegang aku. Aku boleh pergi sendiri. Abang, sekali lagi peringatan dari Zu, abang ikut kata hati abang. Jangan ikut kata hati orang. Zu nak mohon maaf kalau ada salah dan silap. ZU nak meminta kebenaran abang untuk meninggalkan majlis ini dan pergi ke KLIA’ balas Zulaikha.
‘KLIA? Buat apa?’ tanya Dr. Malik.
‘kerana jodoh abang ada di sana. Saya yakin dialah jodoh abang. Kalau abang tak nak die terlepas dari takdir abang, datanglah ke KLIA. Abang tahu kan siapa yang Zu maksudkan’ balas Puan Zulaikha.
‘ ZU...’ Dr. Malik berkata sepatah dan terus membisu.
‘ampunkan Zu bang. Halalkan makan dan minum. Zu pergi dulu’ Puan ZUlaikha meminta ampun dan maaf serta kebenaran untuk meninggalkan majlis tersebut dan bersalaman lalu mencium tangan suaminya dan terus berlalu dari perkarangan ruang tamu itu. Dr. Malik terdiam dan terkejut. Kawannya, Jihan semapt menepuk bahunya dan meredakan perasaan bersalahnya.
‘Pikir baik-baik bro. Nak teruskan kea pa?’ tanya Jihan.
‘Tengok tu bini kau, kurang ajar betul. Kalau aku tahu dia mandul dan kurang ajar, aku tak izinkan kau kahwin dengan dia’ leter Mak CIk markonah.
‘KOnah Konah. Apa awak ni? Malu lah orang dengar. Aku ni ketua kampung. Malik, kau betulke nak teruskan nak?’ tanya Tok Mohidin.
Dr. Malik seperti tertekan dan berpikir panjang lalu emnarik nafas. Emua orang menanti jawapan yang bakal keluar dari mulutnya. Tib-tiba, kedengaran bunyi enjin kereta Dr. Malik dihidupkan. Agaknya Puan Zulaikha telah emnghidupkan enjin keretanya untuk ke KLIa.
‘Malik, kalau kau nak teman isteri kau ke KLia, kau pergilah. Kalau kau nak teruskan , kau duduk sahaja di sini’ nasihat dari kawannya, Jihan betul-betul memuatkan Dr. Malik keliru.
‘kalau kau nak jadi anak derhaka, pergilah!’ marah mak CIk markonah.
Sementara itu, Puan Zulaikha masih menunggu enjin keretanya panas dan juga masih mengharap Dr. Malik meninggalkan perkarangan ruang tamu rumah itu dan mengikutinya mencari Zaharah. Puan ZUlaikha melihat jam di dalam keretanya. Dia smepat mendukung anaknya sekali masuk ke dalam kereta. Bayinya diletakkan elok-elok di kerusi belakang yang mempunyai tempat duduk khas untuk bayi yang dipaasang di tengah-tengah kerusi beakang kereta. Dia tidak boleh sabar dengan kelewatan suaminya unutk membuat keputusan. Puan ZUlaikha harus tegas dalam membaut keputusan sama ada ingin menunggu suaminya membuat keputusan dan kebarangkalian tidak dapat menahan Zaharah dari pergi ke luat negara atau dia harus tidak mempedulikan suaminya di saat itu dan memecut mengejar aharah dari menaiki pesawat ke luar negara. Puan ZUlaikha sudah ada jawapannya.
Dr. Malik masih terpinga. Matanay berpinar dan berkaca. Lisa risau bakal suainya dan jejaka idamannya termakan kata-kata isterinya. Jika itu berlaku, hancur luluh hatinya. Tiba-tiba, kedengaran keretanya sudah bergerak dan meninggalkan perkarangan rumah itu. Perlahan-lahan, bunyi enjin keretanya hilang. Saat itu sudah terjawap sudah bahawa kereta yang dipandu isterinya sudah pergi meninggalkannya Ini bermakna ia telah memilih untuk meneruskan upacara akadnihak ini.
‘Dah. Ada sesiapa nak bercakap lagi? Ada sesiapa nak menghalang akad nikah
ini lagi? Ada sesiapan nka terpijak paku ke? Terkentut ke?’ tanya Tok Imam.
Ada yang tergelak mendengan Tok Imam membuat lawak dan seakana-akan memerli dirinya sendiri.
‘Bismillahirrahmanirrahim.. malik Bin Mohidin, Aku nikahkan dikau dengan Lisa Surirumah dengan mas kahwin Ringgit Malaysia Sepukuh Ribu serba satu tunai’ ucap Tok Imam.
Dr. Malik terketar-ketar dan membisu. Semua menunggu tindakan Dr. Malik ketika itu.
‘Aku terima nikahnya ....’ kata Dr. Malik
0 comments:
Post a Comment