
Suasana di Hospital Datuk Alif Asyraf sangat tegang. Masing-masing sedang sibuk melawat ahli keluarga masing-masing yang sedang sakit dan para petugas hospital seperti jururawat, pembantu perubatan dan para doktor sedang sibuk merawat pesakit. Keadaan di ruang menunggu pesakit luar sangat sesak dengan pesakit dan ahli keluarga dan sahabat handai yang menunggu.
Doktor Fasha sedang melangkah laju menuju ke ruang tangga untuk naik ke tingkat dua. Mukanya penuh risau seolah-olah urat kepalanya berdenyut-denyut tegang. Tampak sugul muka Dr Fasha yang cantik menawan itu dengan rambut diikat rapi beserta lesung pipit di kedua belah pipinya walaupun dia menunjukkan wajah keletihan. Langkahnya mula perlahan. Dia memandang ke arah sepasang suami isteri di bangku luar bilik rawatan pesakit khasnya itu. Dr. Fasha menghampiri mereka. Kelihatan pasangan suami isteri itu sedih seperti meratapi nasib malang yang menimpa dirinya.
‘Datuk, Datin. Boleh saya jumpa sekejap di bilik saya? Mari’ lembut suara Dr Fasha menyapa.
Datuk Alif Asyraf menenangkan isterinya lalu memegang bahu isterinya dan memujuk isterinya untuk mengikut Dr Fasha ke biliknya. Mereka mengikut langkah Dr Fasha. Datin Paulina dipapah sepanjang langkah mereka ke bilik Dr. Fasha. Mereka masuk ke bilik dan dipersilakan duduk.
‘Datuk, Datin. Mengikut rekod kesihatan anak Datuk dan Datin, tiada sebarang penyakit atau kecederaan dilaporkan atau dikesan pada anak Datuk dan Datin. Tetapi, kecederaan di kepalanya seolah-olah berlaku baru-baru ini lagi disebabkan hentakan. Boleh saya tahu anak Datuk dan Datin ada terlibat dalam sebarang kemalangan sebelum ini?’
Datuk Alif Asyraf dan Datin Paulina memandang antara satu sama lain seakan-akan terkejut dan tidak percaya dengan apa yang telah didengar. Datuk Alif Asyraf hanya mampu menggelengkan kepala. Datin Paulina masih mengesat tisu di matanya yang mengalirkan air mata dari tadi.
‘Kalau begitu, Bagaimanakah hentakan di kepalanya boleh berlaku? Berkemungkinan ia datang daripada objek tumpul. Minta maaf kerana saya terpaksa bertanya. Anak Datuk dan Datin ada perselisihan faham dengan sesiapa ke akhir-akhir ini?’tanya Dr. Fasha.
Soalan demi soalan yang diajukan seperti berada di dalam balai siasatan polis. Datuk seperti telah buntu dengan pertanyaan tersebut.
‘Boy’ kata Datin Paulina.
‘Boy?’ sampuk Datuk Alif Asyraf
‘Siapa Boy?’ Dr Fasha juga terkejut kerana nama ‘Boy’ telah memecah kebuntuan dan kepiluan suasana yang baru berlaku tadi.
Tiba-tiba, mereka tersentak dengan bunyi ketukan di pintu biliknya.
‘Sekejap ye’bicara Dr. Fasha menenangkan.
Dr. Fasha berjalan menuju ke pintu dan membukanya.
‘Dr. Fasha, mana bayi tersebut?’tanya Dr. Malik kepada Dr. Fasha.
‘Masih di tempat rehat bayi yang baru lahir lagi. Tetapi, kau kena cepat. Bahagian pengurusan sedang bising. Kecoh nanti. Kau ke sana sekarang. Mungkin mereka masih di sana’ pinta Dr. Fasha.
Dr. Malik berterima kasih kepada Dr. Fasha lalu bergegas ke bilik rehat bayi yang baru dilahirkan. Sampai di sana, dia terlihat seorang lelaki berjanggut dan berkopiah serta seorang wanita bertudung di sebelahnya sudah mendukung bayi tersebut sedang bercakap dengan Madamme Lousiana yang tidak henti mengkumat-kamit mulutnya seperti berleter. Dr. Malik terus meluru masuk ke bilik tersebut untuk menyelamatkan bayi itu.
‘Madamme, apa kau buat ni?’ Tanya Dr. Malik.
‘Hei, Dr kata mahu uruskan bayi ini. Saya tidak boleh tunggu lagi ma. Mana boleh kita berikan tempat tinggal percuma kepada budak ini! Siapa mahu tanggung kos rawatan di hospital ni? Amoi tu bawa sial wo... Beranak-beranak, lepastu mati.. anak dia siapa mahu jaga ma? Kalau saya tahu, saya halau dia keluar hospital ni awal-awal. Bapaknya pun satu. Buat anak pandai. Jaga anak tak pandai. Kecik-kecik tak nak mampos. Bila dah besar menyusahkan orang’ bebel Madamme Lousiana.
‘Madamme, mulut tu jaga. Hormat sedikit perasaan orang. Bayi ni tidak berdosa. Kasihanilah bayi ni. Saya perlu sedikit masa lagi untuk mencari ayahnya’ balas Dr. Malik.
‘Ah.. sudahlah.. Beberapa hari lepas, Dr sudah cakap benda yang sama loh. Sudah, kamu berdua bawak budak ini ke rumah anak yatim. Boleh pergi sekarang’ lancang mulut Madamme Lousiana membingitkan suasana.
‘Nanti. Tinggalkan dia di sini. Kamu berdua boleh pulang. Saya akan menampung segala kos perubatan dia dan pengebumian ibunya di hospital ini. Saya akan jadikan dia anak angkat saya’senafas kata-kata daripada Dr. Malik.
Selamatlah bayi itu di bawah jagaan Dr. Malik. Kenapa Madamme Lousiana marah sangat dengan bayi itu. Yang penting, mana pergi Mirinda dan Badul? Siapa Boy? Apa berlaku kepada anak Datuk Alif Asyraf dan Datin Paulina. Semuanya ada pada episod-episod yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment