
Suasana di dalam kelab malam tersebut sangat hangat. Kelihatan muda-mudi sibuk menari di atas pentas tarian. Bunyi bingit dentuman ‘bass’ pembesar suara dan lagu ‘techno’ kegemaran anak muda menghiasai dan menggamatkan lagi suasana sesak kelab tersebut. Keasyikan mereka menyelubungi diri masing-masing tanpa menghiraukan keadaan sekitar.
Tiba-tiba, bunyi gelas pecah di hujung satu meja di dalam kelab tersebut. Dua orang lelaki sedang bergaduh di situ merebutkan perempuan. Semua orang oawandan pengunjung kelab tersebut menjarakkan diri dari tempat pergaduhan tersebut. Dunstan yang ketika itu menjaga keselematan di dalam kelab tersebut menghampiri kawasan pertelingkahan tersebut.
‘Kenapa ni bro? Pergi gaduh kat luar bro’ arah Dunstan.
Lelaki yang berbadan sasa itu marah dengan teguran itu. Dengan sepantas kilat, dia menggapai satu borol arak lalu dihempaskan ke kepala Dunstan. Memang luka berdarah kepala Dunstan dan terkejut. Dia terjatuh ke lantai. Lelaki yang bergaduh dengan lelaki berbadan sasa it uterus menolak lelaki berbadan sasa ke dingin secara curi-curi. Orang ramai menjerit-jerit dan ada yang cube kelaur dari kelab tersebut. Helmi Afiq yang melihat pergaduhan tersebut sedang menjaga pintu bilik VIP. Dia nampak rakan sesubahatnya sedang terbaring di lantai cuba bangun dan berdarah. Dia tampil ke kawasan pergaduhan tersebut member bantuan. DIa mengangkat Dunstan perlahan-lahan. Dunstan geram lalu ingin menumbuk lelaki berbadan sasa itu tetapi di haling oleh Helmi Afiq. Helmi Afig mengeluarkan sepucuk pistol dari kotnya lalu menembak ke atas siling kelab tersebut. Satu tembakan yang kuat memecahkan suasana bingit di kelab tersebut. Ada orang awam yang ketakutak terduduk di lantai.
‘Semua janga bergerak, jangan bergaduh. Tunduk sekarang. Kau bising, Kau bergerak, aku tembak’ jerit Helmi Afiq. Dia merasakan dia adalah raja ketika itu.
Dalam keadaan seronok mengawal suasana di kelab tersebut, pintu bilik VIP tidak dikawal atau dijaga. Perlahan-lahan tapak kaki dilajukan ke bilik VIP tersebtu tanpa pengawal. Lalu, dia masuk ke dalam bilik tersebut. Langakah disusun berhati-hati supaya tidak diperasan oleh sesiapa. Satu persatu pengunjung VIP lalu di sebelahnya tanpa kesah kerana sudah mabuk di kiri dan kanan jalan VIP. Terdapat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) menemani setiap orang-orang di situ. Dia melajukan langkahnya sehingga ternampak satu tangga ke tingkat atas. Dia memberanikan diri ke tingkat atas menggunakan tangga yang sedia ada. Dia memeriksa sama ada terdapat orang atau tidak. Setibanya dia di tingkat atas, dia ternampak seorang pengawal sedang tidur. Dia pun dengan selamba meneruskan perjalanan kea rah bilik-bilik di atas. Dia memegang setiap tombol bilik tersebut dari luar dan cube menggoncangkan dan membuka pintu tetapi berkunci. Sekarang, dia tiba di pintu bilik kelima yang dia cuba buka dan pintu bilik itu tidak berkunci lalu terbuka. Dia lihat dalam dan tiada siapa yang kelihatan kecuali sebuah katil dan lampu bilik tidur. Dia bergegas hendak ke laur untuk ke bilik seterusnya.
‘Kau cari apa sayang?’ tanya lelaki yang pura-pura tidur tadi sambil berdiri di depannya sekarang. Dia mengangkat tangan dan cuba melempang perempuan tersebut tetapi kecekapan perempuan tersebut mengalihkan kepalanya membuatkan tangan lelaki tadi terkena celah lubang di antara pintu dan dinding. Sepantas kilat, Leftenan Fahada menutup pintu dengan kuat membuatkan jari lelaki tadi tersepit di celah pintu lalu menjerit. Leftenan Fahada menumbuk perut dan mata lelaki tersebut sambil menyiku dada lelaki itu. Akhir sekali dia menendang kaki lelaki tersebut lalu terjatuh ke lantai. Denga kasar, dia menendang kepala lelaki tersebut dan dia pengsan.
Leftenan Fahada meneruskan perjalanan dan banyak pintu tidak berkunci tetapi tiada siapa di dalam dan akhir sekali dia cuba membuka pintu tetapi berkunci. Hampir semua bilik sudah cuba dibukanya. Ada yang terbuka tetapi tiada sesiapa di dalamnya dan ada yang berkunci. Kalini , dia bertekad untuk menendang pintu bilik-bilik yang berkunci. Pintu pertama yang berkunci ditendang beberapa kali dan akhirny terbuka. Pintu kedua pula ditendang berkali-kali tapi sukar untuk terbuka. Dia rasa musykil lalu mencari sesuatu dan dia ternampak tong pemadam api terlekat di dinding. Dia mengambil tong tersebut lalu mengangkatnya ke pintu bilik yang sukar dibuka tadi. Dia menghentakkan tong pemadam api tersebut ke pintu bilik lalu pecah. Dia meraba-raba tombol pintu di bahagian dalam melalui lubang kesan hentakan tersebut dan membuka kuncinya. Sebaik sahaja dia membuka pintu, dia ternampak .......
-______________________________________________________________________________
Malam itu sunggu gelap. Hanya cahaya bulan yang menerangi malam. Tiba-tiba, ada cahaya datang di balik pokok pisang. Cahaya itu semakin lama semakin hampir ke rumah Tok Mohidin. Sesudah sampai betul-betul di perkarangan tumah Tok Mohidin, enjin kereta dimatikan. Cahaya lampu dimalapkan dan ditutup. Dr. Malik cepat-cepat keluar dari kereta. Puan Zulaikha mendukung anaknya. Pintu belakang dibuka oleh Zaharah dengan sendirinya. Dia pelik melihat keadaan di sekelilingnya. Gelap dan sunyi perkarangan rumah tersebut. Mereka naik menggunakan tangga depan dan mengetuk pintu depan rumah. Pintu dibuka dan Tok Mohidin terpacak di pintu.
‘Mak mana?’ tanya Dr. Malik.
‘Mak di bilik. Sakitnya bertambah teruk. Panas dan menangis. Asyik panggil nama kau aja’ bagitau Tok Mohidin. Dr. Malik risau dan terus meluru ke bilik tidur emaknya.
‘Let me take the baby’ tawar Zaharah kepada Puan Zulaikha.
‘Siapa ni?; tanya Tok Mohidin.
‘Ini kawan baik saya. Kebetulan dia ada di rumah masa ayah telefon. Jadi, saya bawak dia ke sini sekali. BOleh dia jagakan anak saya’ jawab Puan ZUlaikha tersenyum.
Dr. Malik sudah ada di pintu bilik tidur ibunya. Dia terlihat Lisa Surirumah dan Jenab di dalam bilik tersebut mengurut-urut tangan dan kaki Mak Cik MArkonah bersungguh-sungguh. Lisa tertoleh kea rah Dr. Malik. Lalu, dia kuatkan dan lajukan urutnya sehingga membuatkan Mak CIk Markonah mengeluh kesakitan.
‘Aduh..Sakitlah..’ jerit Mak CIk MArkonah sambil menjeling Lisa.
Dr. Malik mendekati ibunya yang terbaring atas katil lalu menggenggam tangan ibunya.
‘Bang Malik . Mak macam ni dari tadi meracau. Abang ikutlah cakap dia ye. Jangan buat dia marah. Nanti lagi teruk sakitnya’ Lisa mengingatkan Dr. Malik. Isteri Dr. Malik muncul di hujung pintu. Lisa ternampak Puan Zulaikha lalu membuat muka tidak puas hati. Dia mencubit-cubit lengan Mak CIk Markonah. Mak CIk Markonah mengaduh lagi. Lisa memuncungkan bibirnya kea rah Puan Zulaikha. Mak CIk Markonah memandang ke arah Puan Zulaikha dengan muka tidak puas hati.
‘Malik nak.... Mak nak cakap dengan kau sorang nak. Kau suruh yang lain keluar..’ kata Mak CIk Markonah sambil tersekat-sekat.
Dr. Malik menyuruh Lisa, Jenab dan Puan Zulaikha tunggu di luar bilik. Mak Cik Markonah menyuruh Dr. Malik menutup dan mengunci pintu.
‘Malik, mak tak tahu sampai bila mak boleh bertahan. Mak tua nak. Bila-bila masa mak boleh meninggalkan kau dan ayah kau di dunia ini’ kata Mak CIK Markonah tersekat-sekat.
‘Apa mak cakap ni? Tak baik mak cakap macam tu’ balas Dr. MAlik.
Mak Cik Markonah mengenggam tangan kirinya dan menyambung bicaranya.
‘Berjanji pada mak kau aan buat apa sahaja untuk mak sebelum mak mati’ kata Mak Cik Markonah.
‘Mak, jangan cakap macam tu’balas Dr. Malik dengan nada sedih.
TIba-tiba, Mak Cik Markonah tersedak lalu batuk serta kelihatan seperti sesak nafas.
‘Mak..Mak... Mengucap mak’ seru Dr. Malik.
Mak Cik Markonah mengucap sambil tersedak-sedak dengan perlahan. Kemudian, dia memejamkan mata dan terbaring kaku.
‘Mak...mak.....’ jerit Dr. Malik memanggil roh ibunya.
Sebaik sahaja dia membuka pintu, dia ternampak .......
Seorang wanita dalam keadaan terikat kaki dan tangan di atas katil.
‘Kenapa ni?’ LEftenan Fahada membuka ikatan pada mulutnya, tangannya dan kakinya.
‘Cepat. Kita tiada masa sebelum mereka datang semula’ teriak wanita itu.
Mereka lekas-lekas turun dari katil dan menuju ke pintu bilik untuk keluar dan melarikan diri. Setibanya di pintu bilik, satu tumbukan hampir-hampir terkena muka Leftenan Fahada tetapi dia sempat mengelak. Helmi Afiq betul-betul sakit apabila tumbukannnya itu terkena dinding. Leftenan Fahada cuba menumbuk perutnya tetapi dihalang oleh tangan kirinya. Kini, tangan Leftenan Fahada dibengkokkan dan ditekan ke dinding.
‘Kau ingat kau bagus sangat’ tempelak Helmi Afiq.
Wanita yang sudah bebas dari ikatan itu menggigit telinga Helmi Afiq menyebabkan dia terasa amat sakit. Helmi Afiq menolak wanita itu ke lantai.Leftenan Fahada cuba memulakan aksinya dengan cubaan balas memukul kepala Helmi Afiq tetapi dengan tiba-tiba, tangannya dipegang oleh ........
BERSAMBUNG
0 comments:
Post a Comment