this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 11 : PART 2

Monday, February 7, 2011



Setiap pagi sebelum waktu operasi pejabat bermula, Bandaraya Kuala Lumpur merupakan salah satu kawasan yang sangat sesak kerana setiap jalan-jalan utama ke bandaraya dikelilingi dengan perhimpunan kenderaan-kenderaan yang dipandu oleh warga kota dan luar kota kerana ingin ke pejabat masing-masing. Ada yang hendak pergi atau pulang daripada menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah atau menengah. Dengan adanya bantuan polis-polis trafik, kalau bernasib baik, kereta akan bergerak perlahan. Tetapi, akdang-kadang, polis-polis trafiklah yang menyebabkan trafik sesak dan kenderaan-kenderaan tidak bergerak. Kelihatan juga beberapa pemandu lori atau kenderaan berat sebesae kereta kebal menggunakan jalan-jalan utama pada waktu pagi-pagi sebegini.

Dr. Malik yang tersekat dalam kesesakan lalulintas juga dalam keadaan tegang dan tertekan kerana waktu masuk mula bekerjanya sudah lepas beberapa minit. Dia masih sepuluh kilometer lagi untuk tiba di hospital. Fikirannya pula masih tidak tenang dengan peringatan Inspektor Rozita yang mahukan laporan perubatan wanita Siam itu, ibu kandung kepada anak angkatnya. Dia takut rahsia menyimpan anak kandung wanita Siam itu dihidu oleh pihak polis. Kalau pihak polis siasat dengan lebih lanjut pasti lambat-laun akan diketahui kelak. Jadi, dia risau isterinya akan kehilangan anak itu. Dia agak bosan dan memasang radio dan frekuensinya dihentikan ke frekuensi 97.6 Panaz FM. Celoteh Norbiyati Mukhlas, juruhebah radio terkenal tersebut memang membuatkan sesiapa yang mendengarnya tidak kering gusi and tenang sejenak daripada keadaan tegang yang sesak di ibukota. Tiba-tiba,juruhebah tersebut memaklumkan lagu yang bakal diputarkan sebentar lagi merupakan lagu lama ‘evergreen’ kegemeran Dr. Malik. Dr. Malik memandu sambl menengar penuh penghayatan.

‘Tuhan sengaja menduga kita. Di dalam kesabaran manusia. Engkau isteri yang kusanjungi, lambing semangat cinta dunia,pasti engkau terkenangkan peristiwa semalam...’

Lagu dendangan Nash yang bertajuk ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ yang mengisahkan kasih dan saying sejati kepada isteri terngiang-ngiang di telinga Dr. Malik. Syahdu sungguh hatinya dan batinnya mendengar lagu sehebat itu mampu meruntun sanubarinya.Tiba-tiba, satu sistem pesanna ringkas atau ‘sms’ masuk ke dalam peti masuh atau ‘inbox’ telefon bimbitnya. Dia membuka peti masuk itu.

‘A’kum, Malik. Kau tengah hari ni ada masa? Aku ada temujanji dengan seorang pesakit kat hospital kau tengah hari ni. Bolehlah aku jumpa kau pukul satu petang ni sekali. Aku belanja makan tengah hari. Ada beran?’ tanya Jihan, rakan baiknya yang baru jumpa pada majlsi kenduri bulan lepas.

‘OK’ Dr. Malik membalasnya dengan riang. Kehadiran Jihan memang tepat pada masanya. Semalam dia tidak mampu menceritakan masalahnya kepada Zaharah kerana dia baru dikenalinya. Malah, setiap kali melihat mata Zaharah, bukan masalahnya yang ingin diceritakan tetapi rasa kagum melihat kesopanan dan kesusilaan serta matanya yang galak membuatkan jangungnya berdegup kencang seperti ingin melihat wajah sebenar Zaharah. Tetapi, itu tidak mungkin berlaku kerana dia masih befikiran waras. Dia tidak akan menduakan isterinya. DIa sangat sayang isterinya. Tetapi, kalau ada jodoh, memang tak ke mana. Dia tidak mudah jatuh cinta kepada orang lain. Namun, jauh di sudut hatinya, sekiranya dia diminta membuat pilihan untuk mencari calon isteri kedua, sudah tentu dia memilih Zaharah kerana perempuan sebegitulah yang dia berani untuk diperisterikan.

Satu lagi ‘sms’ masuk. Kali ini datang dari Zaharah. Wah, seperti tahu-tahu sahaja yang Dr. Malik sedang memikirkannya. Sms tersebut disambut dengan senyuman Dr. Malik keseorangan dalam kereta. Dia membuka sms tersebut.

‘I’m sorry for whatever that happened last night. Please forgive me’ kata Zaharah. Tiada apa yang perlu dimaafkan tetapi sebaliknya Dr. Malik yang perlu meminta maaf kerana dia yang cuba membelai wajah Zaharah semalam.

‘it’s not your fault. It’s my fault’ belum sempat Dr. Malik habis menuliskan sms tersebut, tiba-tiba satu panggilan masuk dari nombor telefon kampung. Dia menjawab.

‘Malik, mak ni. Malik, kejap lagi mak dan ayah kau nak pergi meminang Lisa untuk kau nak’ sebut mak CIk MArkonah.

‘Pinanglah’ jawab Malik selamba.

‘Minta maaf malik. Mak ni sakit. Tak tahulah bila ajal nak sampai’ sambung ibunya.

‘Mak, jangam minta mati, tak baik. Kalau ignat mati, takpe. Ajal dan maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan’ jawab Dr. Malik garang.

‘Mak faham Malik. Untuk mengelakkan hajat mak nak tengok kau bernikah dan bersanding lagi tidak kesampaian, mak nak tetapkan pernikahan dan persandingan kamu dua minggu lagi’ sebut Mak Cik Markonah. Dr. Malik terkejut dengan kata-kata ibunya itu. Hatinya bertambah sakit lalu terus ditamatkan panggilan itu.

‘Harus bagaimana lagi. Dan terus begini. Benarkan aku. Lihat ke matamu. Cukup sudah kau menghukum. Salahku tetap salahku. Benarkan kuberbicara. Agar bias pulih semua’ nada dering lagu ‘HAnyut’ nyanyian Faizal Tahir berkumandang dari telefon bimbitnya tetapi Dr. Malik tidak mahu mengangkatnya kerana ia datang dari ibunya. Lirik lagu ‘Hanyut’ juga seolah-olah memerli keadaan Dr. Malik yang merana sekarang.

‘Ha.. kepada anda semua yang tak sabar nak tahu topik kita pada pagi ni. Ha... tolong kuatkan sedikit radio anda. Seperti dalam suratkhabar, Sensasi hari ini, ‘Kau Dipaksa, Aku Terpaksa’ mengtisahkan bagaimana seorang wanita miskin dipaksa berkahwin dengan datuk yang sudah berumur dua kali ganda dari umurnya tetapi terpaksa dikahwinkan atas pilihan dan desakan keluarga kerana harta lelaki tua tersebut. Jadi, topik hari ni untuk rancangan ‘Pagi Bersama Yati’ adalah ‘NIKAH PAKSA’. Untuk sebarang pendapat, luahan atau komen, sila hubungi talian kami 0355191266. Segmen ini ditaja oleh WORLDWELNESS, pengeluar minuman kesihatan ‘RX Lite’ dan ‘Rx Water’, ‘Ingat Kurus Ingat Rx Lite’.

Dr. Malik terasa dengan topic yang bakal dibincangkan dalam radio tersebut. Dia terus menutup radio dan tiba-tiba, dia menerima satu sms lagi.

‘Why are you not reply my message? You cannot forgive me isn’t it? ‘ sms datang sekali lagi dari Zaharah. Baru dia ingat, dia masih belum sempat membalas sms Zaharah kerana diganggu oleh panggilan ‘ maut’ dari ibunya tadi. Dia cepat-cepat membalas sms tersebut. Sebelum sempat dia menekan butang ‘Hantar’, tiba-tiba, dia mendapat satu panggilan lagi. Kali ini datang dari hospitalnya.

‘Doktor kat mana ni? Kita kekurangan doktor sekarang’ kata salah seorang doktor senior di hospital tersebut. Doktor malik kini sudah berada betul-betul di hadapan pondok pengawal keselamatan hospital tersebut. Dia memberitahu lokasinya sekarang dan memberitahu akan segera ke pejabat. Dr. Malik mengangkat tangan ke arah pengawal keselematan.

‘Selamat pagi’ kata pengawal keselamatan tersebut.

‘Pagi. ‘Guard’ baru ke? Tak pernah nampak. Zamri?’ sapa Dr. Malik melihat tag nama yang disangkut di kolar hadapan di dada baju uniformnya.

‘Ya’ balas pengawal keselamatan itu.

Dr Malik terus meluru masuk kea rah tempat meletak kenderaan khas untuk staf hospital.

Pengawal keselamatan itu menunjukkan muka yang bengis semula setelah kereta Dr. Malik meninggalkan pondok pengawal tersebut. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan dibuat daripada satu nama yang tidak asing lagi.

‘Helmi, semua ‘ok’ ikut rancangan?’ tanya Raymond Maurice.

‘Ok Bos’ jawab Helmi Afiq yang menyaar sebagai pengawal keselamatan di tempat itu.
_______________________________________________________________________________

‘Bunga melati di celah batu,
Bunga Selasih sedang terapung,
Hajat di hati nak menimang menantu,
Bunga Yang Dipilih Kepunyaan CIk Kembung’

Pantun diucap Mak CIk MArkonah kepada Mak CIk Kembung, ibu kepada Lisa Surirumah.

‘Berhati-hati di jalanraya,
Kalau tersesat, panggillah bomba
Kalau hati sudahpun suka,
Ambiklah cepat sebelum berpunya’
Pantun Mak Cik Markonah disambung dengan pantas.

‘Bila masanya bomba nak tolong orang sesat jalan ni?’ tanya Tok MOhidin.

Mereka semua tergelak besar dan masing-masing sudah tahu tujuan rombongan ini.
‘Cepatlah. Mana cincinnya? Suruh si Lisa pakai teruslah’ sampuk Cik Kembung.

Cik Kembung memang gelojoh dan tidak sabar-sabar.

‘Kalau bapak borek, anak rintik. Dalam perkara ini, ibu ‘kerek’, anak merengek’ balas Tok Mohidin menunjukkan kehandalannya membuat pantun dua kerat. Mereka tergelak sekali lagi. Incin pusaka milik Mak Cik Markonah diberikan kepada CIk Kembung. Cik Kembung memanggil Lisa dan dipapakaikan cepat-cepat kepada Lisa. Lisa gembira sambil terloncat-loncat.

‘Mulai hari ini, berbehsan lah kita ye. Sama cocok sama padan’ kata Cik Kembung.
Mereka memanjatkan kesyukuran kehadrat ILahi kerana telah melancarkan acara pinangan tersebut. Mak CIk MArkonah tersenyum gembira dan Lisa degnan segera mencapai telefon bimbitnya dan menghantar ‘sms’ kepada semua nombor-nombor di telefon bimbitnya menyatakan dia kini sudah bertunang dengan Dr. Malik secara rasminya. Namun, hanya seorang sahaja yang dia tidak hantarkan pesanan tersebut secara ‘sms’. Sebaliknya, dia terus membazirkan kredit telefonnya menelefon sahabat karibnya itu.
‘Jenab, aku dah sah jadi tunangan Malik. Jangan ‘Jealous’ ‘ bisik Lisa Surirumah

0 comments:

Post a Comment