this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 8 : PART 1

Monday, February 7, 2011


Sebulan telah berlalu, macam-macam telah berlaku. Suasana pagi sangat sunyi dan suci lagi menyucikan sesuci hari lebaran yang indah. Burung-burung bersiulan memecahkan kesunyian pagi. Sang mentari matahari menyinari seluruk pelusuk kawasan desa yang permai. Udara yang segar dan nyaman mententeramkan sesiapa yang terjaga awal pagi. Jam menunjukan pukul 9.00a.m. Tok Mohidin mencapai kunci motornya lalu keluar rumah. Dia menghidupkan enjin motorsikal ‘Honda Cup’nya. Dia menunggu enjin motornya betul-betul sudah panas dan bersedia untuk digerakkan.

Bunyi enjin motornya sangat kuat memandangkan enjin motorsikal lama sehingga menenggelamkan bunyi tapak kaki orang sedang berjalan. Semakin lama semakin dekat dengan Tok Mohidin. Tok Mohidin menyumbat sebahagian rokok ke dalam muutnya lalu menggunakan pemetik api untuk menyalakan hujung punting rokok itu. Bunyi tapak kaki memang sudah betul-betul di belakang Tok Mohidin. Tangan kanan manusia di belakang Tok Mohidin memegang pisau dapur.

Tok Mohidin masih tidak menyedari ada orang di belakngnya. Dia leka menghisap rokok sambil berangan-angan mat jenin. Tangan Kanan orang di belakang Tok Mohidin diangkat dan pisau kini mnghala ke atas.Peluh di dahinya dikesat dengan kain baju yag menutupi lengannya.

‘Bang, jangan lupa belikan beras. Dah habis beras bang’pesak Mak Cik Markonah
Tok Mohidin mengangguk sahaja sambil menghulurkan tangan kanannya. Mak Cik Markonah mencium tangan suaminya lalu menyuruh suaminya itu berhati-hati membawa motorsikal. Tok Mohidin terus memandu motorsikal tesebut untuk ke kedai. Isterinya yang memegang pisau dari tadi terus berjalan untuk masuk ke rumah sehingga...

‘Assalamualaikum’ kedengaran suara orang memberi salam.
‘Waalaikummusalam. Eh, kamu berdua. Dari mana?’ tanya Mak Cik Markonah.
Kelihatan dua orang yang berpakaian kebaya wannita moden dengan sedikit terserlah bahu dan bentuk badan. Wanita yang memakai kebaya seksi itu kelihatan sangat bercita-cita tinggi. Muncungna sahaja sudah menampakkan sifatnya yang cemburu buta dan tidak sabar untuk merealisasikan rancangan dan matlamat. Rakan sepasukannya itu memakai satu laki kebaya yang sendat dan cantik. Tetapi, dirinya sendiri kurang menawan kerana tiada bentuk punggung atau potongan dada. Tinggi dan kurusnya sebentuk seperti tiang telefon awam.

‘Kami ni dari Kedai Runcit Ah Sam. Alang-alang lalu jalan ni, kami singgah melawat Mak Cik Konah. Apa khabar Mak CIk Konah? Sehat?’ tanya Lisa Surirumah. Belum sempat Mak CIk Markonah menjawap, bunyi suara jantan tergedik-gedik terkeluar.

‘Ya Lah Mak Cik. Dulu, denar Mak Cik Konah sakit. Tu yang kami nak datang meliwat ni’ balas Jenab.

‘Hoi, melawat! BUkan meliwat’ tegur Lisa Surirumah. Jenab menggigit jari dan malu kerana tersalah cakap. Lalu, dia meminta maaf daripada MAk CIk Markonah dan membetulkannya.

‘Mak cik sehat. Meh, naik. Duduk-duduk kejap.Mari’ ajak Mak CIk Markonah
Mereka mengikut Mak CIk Markonah ke dalam rumah menggunakan pintu dapur. Mak Cik Markonah menyuruh mereka duduk sebentar di meja makan. Dia meletakkan pisau di sinki dan menuju ke meja makan. Lisa sudah mengisi air kopi ke dalam cawan yang sudah ada di atas makan. Dia pun minum air tersebut sambil menjemput Mak Cik Markonah minum sekali dengannya.

‘Kamu ni pakai baju sendat-sendat, ketat-ketat macamni, tak maluke dilihat orang kampong? Kena kacau dengan budak-budak nakal kang! LAgi teruk, kalau kene rogol’ nasihat Mak Cik Markonah. Tersembur air kopi keluar dari mulut Lisa sehingga terkena baju Jenab.

‘Ish, Lisa, kau ni. Kan baju aku dah kotor. ‘Over’ lah. Mak cik, diaorang semua tak berani nak kacau saya ni. Maklumlah, saya ni kan ratu kampong ni’ Jenab menjawab.

‘Kau ni aku tak payah risau. Si Lisa ni aku risau. Anak dara lagi. Ke dah takde dara dah?’ tanya MAk CIk Markonah. Kali ini, Lisa tersedak dan terbatuk-batuk lalu meminta kebenaran untuk ke bilik air.

‘Kami ni memang masih dara. Orang puteh kita apa tu? ‘Virgin Mary’ ‘ balas Jenab.

‘Kau ni Jenab. Tak maluke? Kau ingat cantek sangat pakai baju macamni. Kau tu jantan. Muka macam orang pecah rumah. Kau pakai macamni, nampak macam orang utan nak dalam zoo’ gelak Mak Cik Markonah besar. Lisa yang terdengar jenaka itu dari bilik air pun tergelak besar.

‘AMboi. Sedapnya mulut makcik bercakap. Orang tua ganyut, kerepot’ balas Jenab.
Tiba-tiba, Lisa datang menghampiri meja makan.
‘Abang Malik ada balik rumah lepas kenduri sebulan lepas?’tanya Lisa.
Pertanyaannya itu menegangkan suasana. Suasana yang penuh dengan hilaian gelak ketawa itu bertukar menjadi senyap. Mak CIk Markonah yang sibuk mentertawakan orang tiba-tiba menjadi serius.

‘AIk, kenapa mak cik senyap? Ada apa-apa berlaku ke? Abang Malik sengaja tak nak balikke?Kenapa?’ tanya Lisa.

‘Kau dua orang ini datang sini sebab apa? Kalau nak sakitkan hati aku, keluar sekarang’ arah Mak CIk Markonah.

‘Mak CIk Konah. JAngan ikut nafsu amarah Mak Cik KOnah ajer. INgat kami ni takut sangat. Mak cik, betulke saya dengar abang Malik dah berubah? Orang kampong semua dah cakap-cakap dia lebih sayangkan isterinya dari mak Cik Konah? BEtulke? Dia sanggup menangkan isterinya yang mandul dan anak luar nikah orang lain daripada emaknya sendiri. Betul?’ tanya Lisa pedas.

‘Diam... Diam,,diam.....!’ marah Mak Cik Markonah.

‘MAcamnilah, makcik nak abang Malik lebih sayangkan mak cik dari orang lain? Mak cik nak kan cucu dari keturunan dan darah daging mak cik sendiri?’tanya Lisa.
Mak cik Markonah termakan kata-kata Lisa dan menganggukan kepala.

‘Kalau nak, mak cik... suruh.... dia.... kahwin.... dengan..... ...... ‘kata Lisa.

Hidangan tengah hari sudah sedia ada di atas meja makan. Dr. Malik sedang sibuk melayan karenah anak sulungnya. Puan Zulaikha sedang resah menunggu di luar rumah. Dia mundar-mandir di depan pintu rumah seperti tertunggu-tunggu. Tiba-tiba, satu kereta mewah sampai di depan pintu pagarnya yang sudah dibiar terbuka. Kereta tersebut menuju masuk terus ke tempat meletak kereta di rumah Puan Zulaikha. Enji dimatikan dan pintu kereta mewah itu terbuka. Zaharah keluar dari kereta sekali lagi membuat kejutan dengan pilihan pakaian yang tampak sopan tapi cantik. Dengan lemah gemalai, dia menutup pintu keretanya lalu menuju kearah Puan Zulaikha. Dia bersalaman dan saling berpelukan sesame sendiri.

‘ We are waiting you quite long. Let’s come in’ ajak Puan Zulaikha.

Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Zaharah terpandang Dr. Malik. Hatinya seperti mahu rebah melihat lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang dan laju. Matanya segera dihalakan ke bawah apabila Dr. Malik membalas tenungannya dengan pandangan selamat datang. Dr. Malik membawa anaknya berhampiran dengan mereka.

‘You come again as always. My wife really want you to come and enjoy Malaysian food’ beritahu Dr. Malik. Mereka menuju ke meja makan. Anaknya diletakkan ke dalam kerusi tinggi bayi. Puan Zulaikha segera mencedokkan nasi ke dalam pinggan tetamu dan suaminya. Zaharah mencapai jag air sirap bandung. Tetapi, perbuatan itu ditegah oleh Puan Zulaikha.

‘You are my special guest. Let me serve you’ pinta Puan Zulaikha. Mereka berbual-bual mesra sesame sendiri. Makanan yang dimasak oleh Puan Zulaikha juga sangat sedap. Sambil makan, Zaharah menenung dan menjeling-jeling ke arah Dr. Malik sambil menyuapkan makanan kea rah mulutnya. Perbuatannya itu diperhatikan oleh Puan Zulaikha. Dr. Malik dan Zaharah rancak berbual dan berkongsi tentang budaya masing-masing. Itulah yang Puan Zulaikha inginkan. Kemesraan dan keserasian yang ditonjolkan oleh dua makhluk Tuhan ini tidak sedikitpun membuakkan rasa cemburu di hatinya kerana segala yang dirancang olehnya ini adalah ikhlas kerana Allah S.W.T. Semuanya demi merapatkan lagi hubungan suaminya dan ibunya. Puan Zulaiah pasrah dan redha.
‘Harus bagaimana lagi? Dan terus begini. Benarkan kuberbicara. Agar bias pulih semua. Cukup sudah Kau menghukum, salahku tetap salahku’ deringan nada derign telefon bimbit Dr. Malik berbunyi.

‘Biar saya angkat’ kata Puan Zulaikha lalu terus mendapatkan teleon bimbit suaminya di atas meja ruang tamu. Dia terlihat skring. Pemanggilnya adalah ‘Ayah’. Dia terkejut lalu memgangkatnya.

‘Assalamualaikum’ Puan ZUlaikha memulakan bicara.

‘Waalaikummussalam. Zu, Malik ada ZU? Ayah nak cakap denga dia. Penting!’ suara TOk Mohidin membuatkan Puan Zulaikha tersentak. Tetapi, jauh di sudut hatinya ingin tahu apa yang penting sangat itu. Dia membawakan telefon itu ke suaminya dan memberitahu ayahnya yang telefon. Dr. Malik mengambil telefon bimbitnya dari tangan Puan Zulaikah lalu berbual dengan ayahnya. Muka Dr. Malik yang riang dari tadi bertukar menjadi murah.

‘Betulke ni yah. Jangan main-man. Esok saya kerja yah. Penat saya ulang-alik’ tiba-tiba Dr. Malik bersuara.

‘Betul. Mak kau sakit tenat ni. Kau balik sekarang ye nak. Dia ta henti-henti menyebut nama kau. Cepat ye. Ayah risau ni’ balas Tok Mohidin.

Dr. Malik segera mengkahirkan perbualan dengan meneka butang ‘END CALL’. Dia terdiam seketika. Air muka wajahnya berubah. Zaharah melihat situasi itu dan tertanya-tanya.

‘Kenapa bang?Ayah nak apa?’ tanya Puan Zulaikha.

‘Ayah kata mak sakit tenat. Dia suruh balik sekarang. Tapi, jangan percayalah. Mak tu bukan betul sangat’ balas Dr. Malik tidak percaya.

‘Bang, walau apapun dia, dia tetap mak abang. Kita kena melawatnya. Lepas habis makan dengan Zaharah, kita pergi ye. Sekajap pun jadilah. Kita tengok keadaan dia dulu ye’ pinta Puan Zulaikha.

‘Awak tak ingatke apa dia buat kat awak dan anak kita?’ tanya Dr. Malik marah.
‘Abang, jadilah anak mithali bang. Bukan anak derhaka. Kalau abang nak saya tak derhaka nkepada kata-kata abang, abang mesti tunjukkan kepada saya yang abang tak derhaka dengan ibu dan ayah abang. Boleh kan?’ tanya Puan ZUlaikha simbolik.

Suaminya memegang tangan Puan Zulaikha dan mencium tangannya tanda setuju. Zaharah cemburu melihat situasi itu. Tetapi, dia tidak dendam atau geram. Dia sedar Dr. Malik sudah berpunya. Siapalah dia yang ingin menagih kasih dan saying dari lelaki yang sudah beranak satu itu.

‘Zaharah, where we stop just now?’tegur Dr. Malik. Zaharah masih melayan perasaanya syahdu sekali.

‘Zaharah. Helo. Zaharah, ya habibi’Dr. Malik cuba berjenaka. Zaharah tersedar dari lamunan apabila mendengar satu perkataan yang kelaur dari mulur seorang lelaki. ‘Habibi’! bermaksud sayangku, kasihku, cintaku. Dia tidak sangka ia kelaur dari mulut lelaki yang menjadi ikegilaannya. Makan tak kenynayg, tidur tak lena, mandi tak basah teringat perkataan ‘Habibi’ yang kelaur dari mulut Dr. Malik ditujukan kepadanya terngiang-ngiang di dalam teliganya.

Dr. Malik terkejut melihat perbuatan Zaharah lalu memetik jari betul-betul di depan Zaharah.

‘Hey, are you dreaming?’ tanya Dr. Malik. Zaharah tersentak dari mimpi lagi lalu meminta maaf. R. Malik tersenyum melihat perbuatan tetamunya itu. Namun, Puan Zulaikha sudah tahu dan dapat mengecam yang Zaharah sangat suka kepada suaminya.

‘We have few minutes more to finish all this food as I will go bak to my hometown to visit my parent. My father just call and said my mother is sick’ bagitahu Dr. Malik.

‘Your mother is sick. Is she ok? Can i visit her too?’tanya Zaharah.
Dr. Malik terkejut dengan pertanyaan Zaharah yang ingin mengikuti dia pulang ke kampong. Sebelum sempat dia menjawab, Puan Zulaikha menjawab
‘Yes you can. Come on and join us. It suppose to be fun there’ balas Puan Zulaikha.
Dr. Malik menjeling ke arah Puan Zulaikha pelik melihat isterinya yang segera membenarkan Zaharah mengikut mereka balik. Sebaik-baik hubungan mereka sekalipun, tidak pernah terlintas di hatinya yang Puan ZUlaikah berniat membawa Zaharah pulang ke kampungnya. Nanti entah apa yang akan diperkatakan oleh ibu dan ayahnya.

0 comments:

Post a Comment