this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 13 : PART 3

Tuesday, February 15, 2011


Suasana di dalam kafetaria tersebut sangat tegang dan cemas. Semua orang ketakutan. Dr. Fasha sangat gelisah apabila penjenayah itu mengangkat telefon tersebut.

‘Hello ! Nak cakap dengan sayang ke?’ seloroh penjenayah tersebut.

Tiba-tiba, nadanya berubah. Mukanya merah seperti risau.

‘Siapa ni?’ tanya penjenayah itu. Tiba-tiba, dia melepaskan pelukannya terhadap Dr. Fasha lalu menolaknya ke lantai. Dia terus pergi ke kawasan dapur untuk melindungi perbualannya daripada didengari oleh orang lain. Dr. Fasha cuba mengejar penjenayah itu kerana ingin mendapatkan telefon bimbitnya tetapi ditampar oleh salah seorang penjenayah lain.

‘Duduk diam sini’ suara perempuan keluar dari mulout penjenayah itu dengan lantang. Lalu, wanita itu terus meluru mengekori penjenayah yang memegang telefon bimbit Dr. Fasha di dapur. Penjenayah yang memegang telefon bimbit Dr. Fasha tadi menamatkan perbualan di telefon bimbitnya lalu memandang ke arah penjenayah yang mengekorinya itu. Penjenayah yang bersuara wanita it uterus menutup pintu dapur lalu membuka sarung kepalanya yang menutupi wajahnya. Penjenayah yang memegang telefon bimbit Dr. Fasha juga membuka sarung kepalanya. Mereka berdakapan dan berciuman. Selepas beberapa ketika, mereka berhenti lalu memandang wajah masing-masing. Di dalam kepala mereka, penuh persoalan.

‘Siapa yang telefon tadi?’ tanya wanita itu.

‘Kau takkan percaya dengan siapa yang aku cakap tadi?’ balas lelaki itu.

‘Cakaplah siapa sayang?’tanya wanita itu.

‘R..R..Ra...Ram.....’ lelaki itu cuba membalas kata-kata wanita itu.

Tiba-tiba, pintu dapur terbuka. Mereka berdua terkejut.

‘Nasha, Raymond, pasukan polis dah hantar orang-orangnya mengepung hospital ini. Ada yang ada di atas bumbung dan di luar kafetaria ni. MAcammanani?’ tanya Dunstan.

‘Takpe. Remy dah bersedia dengan bom macam biasa’ balas Raymond.

Nasha dan Raymond menyarungkan kepala mereka semula> mereka terus meluru keluar dari dapur. Telefon bimbit Dr. Fasha tertinggal di atas salah satu meja di dapur. Tiba-tiba, mereka terdengar suara dari pembesar suara.

‘Perhatian. Kawasan hospital telah dikepung. Sila serah diri. Sila lepaskan tebusan dan tawanan sekiranya ingin segalanya lancar dan selamat. Anda semua tidak boleh lari’ suara Leftenan Fahada berkumandang di udara menarik perhatian para penjenayah tersebut. Raymond memanggil Remy lalu membuat pengesahan tentang perancangan yang telah dipersetujui dari awal sebelum membuat pencerobohan itu. Remy setuju dan terus mencari sesuatu dari begnya. Helmi Afiq sedang menyuruh semua orang awam tunduk dan duduk diam dan memberi amaran akan menembak sesiapa yang ingkar. Tiba-tiba, dia berjalan ke arah sebuat meja makan dan ternampak susuk tubuh seorang wanita yang dia amat kenali. Wanita tersebut terperasan kasut yang dipakai penjenayah itu berhenti betul-betul di hadapan mejanya. Dia perlahan-lahan menoleh ke arah atas melihat penjenayah itu yang memakai sarung kepala. Wanita itu mungkin tidak nampak wajah lelaki itu tetapi lelaki itu sudah tentu perasan akan wajah wanita itu. Kejelitaannya makin terserlah kerana lebih terurus berbanding saat dia diculik dahulu.

‘Kau. Kau yang buat aku ditangkap’ kata lelaki itu marah sambil mengarahkan muncung pistolnya ke arah Inspektor Rozita. Inspektor Rozita terkejut dengan tindakan penjenayah itu yang tiba-tiba marah dan menghalakan pistolnya ke arahnya. Dengan sepantas kilat, dia melibat kaki penjenayah itu lalu dia tersungkur jatuh llau tertembak dinding. Helmi Afiq kesakitan. Nasha terkejut dengan situasi itu lalu menuju kea rah wanita itu dengan laju.

‘Kau lagi. Kau ni menyusahkan. Kecil-kecil tidak mahu mampos, sudah besar menyusahkan orang. Ambik kau’ Nasha menampar pipi Inspektor Rozita lalu ingin menembaknya. Tiba-tiba, tindakan itu dihalang oleh Dunstan.

‘Kita semua kena keluar. Cepat. Biar aku selesaikan minah ni. Oi, tolong angkat budak ni’ Dunstan mengarah salah seorang kuncunya mengangkat helmmi AFiq yang tersungkur tadi. Helmi Afiq dipapah ke arah Raymond. Nasha juga terus menuju ke arah Raymond.

‘Mati kau!’ Dunstan menampar Insektor Rozita lalu meletakkan kakinya ke rh leher Inspektor ROzita lalu menekannya supaya berbaring. Insppektor Rozita betul-betul baring di bawah meja makna tersebut. Semua orang ketakutan melihat situasi itu. Dengan satu tarikan di picu pistolnya, Dunstan menembak ke arah inspektor Rozita .

‘Dam’ bunyi satu das tembakan membuatkan orang ramai menjerit dan kegelisahan. Dunstan terus menuju ke arah kumpulannya lalu cepat mengikuti satu pintu belakang kelaur dari kafetaria tersebut. Semasa mereka keluar perlahan-lahan, pintu dibuka secara berhati-hati. Keadaan di luat pintu sangat selamat untuk mereka melarikan diri. Mereka keluar dari kafetaria tersebut dan lekas menuju kea rah satu pintu lagi yang menghala ke belakang hospital. Tiba-tiba, pasukan polis yang berkawal di kawasan tersebut terus menunjukka diri mereka sambil menghalakan senapang mereka ke arah penjenayah tersebut.

‘Angkat tangan. Serah diri!’ jerit ketua polis di kawasan tersebut.

‘Bersedila semua!’ Remy member isyarat.

‘1’ Remy mula membuat kiraan.

‘Sila serah diri. Jangan degil’ jerit ketua pasukan polis kawasan itu.

‘2’ Remy memegang alat kawalan bom di tangannya.

‘Jangan cuba berbuat apa-apa. Nanti kami tembak’ jerit ketua pasukan polis itu.
‘3’ Remy terus menekan butang alat kawalan tersebut lalu tangga ke kawasan bahagian belakang luar hospital itu meletup dengan dahsyatnya.

Leftenan Fahada, anggota-anggota polis dan semua orang terkejut dengan letupan itu.
_____________________________________________________________________________

Lima minit sebelum kejadian.

‘Perhatian. Kawasan hospital telah dikepung. Sila serah diri. Sila lepaskan tebusan dan tawanan sekiranya ingin segalanya lancar dan selamat. Anda semua tidak boleh lari’ suara Leftenan Fahada berkumandang di udara menarik perhatian para penjenayah tersebut.

Puan Zulaika sudah risau akan keselamatan suaminya. Lelaki yang risau akan isterinya yang sarat mengandung juga terkedu melihat kedaan tersebut. Datuk Alif ASyraf kelihatan sedang meletakkan telefon bimbitnya di telinga dan sepantas kilat mematikan panggilan itu lalu mendekati isterinya, Datin Paulina kembali.

‘Para penonton sekalian. Kami sekali lagi bersiaran secara langsung dari Hospital Alif Asyraf. Kini, situasi semakin genting kerena ketua operasi menyelamat ini sudah membuat ugutan ke arah para pengganas di dalam kafetaria tersebut. Adakah tindakan pihak polis ini bijak dan boleh menyelamatkan nyawa orang awam yang dijadikan tahanan di dalam hospital tersebut? Atau adakah tindakan pihak polis sebentar tadi mampu membuatkan nyawa tahanan di dalam bahaya? Segalanya di tangan mereka. Tetapi, keputusan undian di tangan anda. Sila taipkan YA dan hantarkan ke 69669 sekiranya anda setuju yang tindakan mereka selamat untuk tahanan atau taip ‘TIDAK’ dan hantarkan ke 69669 sekiranya anda rasakan tindakan mereka mengganggu-gugat keselamatan tahanan? Keputusannya akan diberitahu di akhir rancangan ini nanti. Sekarang, anda dapat saksikan beberapa kumpulan anggota polis sedang berkawal di setiap sudut dan inci kawasan hospital seperti yang anda dapat lihat di kaca televisyen anda sekarang’ kata Nafisa Rupawan melaporkan berita secara langusng.

Zaharah tidak tahan dengan persekitaran halaman hospital tersebut lalu menuju ke satu sudut di halaman hospital itu. Dia terbatuk-batuk menahan bau-bau masam dan peluh orang ramai di situ. Dia terus membuka kain lapik yang menutup bahagian muka bawah matanya dan terbatuk-batuk.

Boy berada di sebelah ibunya seperti terpinga-pinga. Tiba-tiba, anak Datin Paulina itu terpandang sesuatu di satu sudut halaman hospital itu. Dia ternampak seseroang memakai kain labuh dan litup di satu kawasan sedang terbongkok dan batuk-batuk. Dia mengamati wajah wanita itu yang tidak jauh darinya. Tiba-tiba, sarf di kepalanya berdenyut-denyut dan menghantar impuls saraf dan mesej-mesej memori dengan laju dan aktif. Tiba-tiba, dia menunjuk wanita itu sambil dia mengucapkan perkataan dengan tidak jelas. Dia terus melepaskan tangannya yang dipegang oleh Datin Paulina dan berlari laju ke arah wanita itu.

‘M....Mm...MM....’ sebutan Boy tidak jelas.

Datin Paulina terperasan yang Boy berlari laju entah ke mana. Tangan dipimpinnya sudah dilepaskan. Datin Paulina menegur suaminya yang sedang leka menyaksikan kejadian yang berlaku dengan penuh risau. Datuk Alif Asyraf terkejut melihat anaknya berlari kea rah hospital. Mereka memanggil anaknya tetapi tidak diendahkan. Mereka berdua berlari menuju ke arah anaknya. Tetapi dihalang oleh anggota polis yang berkawan di situ. Boy masih beberapa ela dari Zaharah. Tiba-tiba,........

0 comments:

Post a Comment