
Mak Cik Markonah mengucap sambil tersedak-sedak dengan perlahan. Kemudian, dia memejamkan mata dan terbaring kaku.
‘Mak...mak.....’ jerit Dr. Malik memanggil roh ibunya.
TIba-tiba, pintu bilik yang berkunci itu diketuk kuat.
‘MAlik.. Oh, MAlik. BUka pintu ni nak ‘ arah ayahnya.
Dr. Malik pergi menuju ke pintu bilik dan membuka kunci pintu itu dan pintu dibuka. Dia segera mendapatkan ibunya. Ayahnya ikut turut serta ke sebelah katil. Jenab dan Lisa jua menyibuk di hujung katil. Puan ZUlaikha melangkah perlahan ke sebelah suaminya. Zaharah juga ingin tahu apa yang berlaku. Sambil mendukung anak Puan Zulaikha, dia cuba memasang telinga di sebalik dinding luar bilik tersebut.
‘Konah, bangun KOnah. Jangan tinggalkan abang Nah’ rayu Tok Mohidin.
‘Mak, bangun mak. Zu ada ni mak. ZU minta maaf kalau ada salah silap. Mak, bangunlah mak. Kesian tengok abang Malik macamni’ pinta Puan ZUlaikha.
Lisa betul-betul geli geleman mendengar ucapan Puan ZUlaikha itu sambil menjeling ke JEnab menandakan dia meluat melihat tingkah laku Puan ZUlaikha.
‘Betulke Mak CIk Konah. TIba-tiba boleh mampus pulak’ bisik jEnab ke telinga Lisa.
‘Tu lah. Kita suruh main-main. Dia buat betul-betul pulak. Nyah, betulke dia dah mati ni. Kita berdosa besar ke agaknye ni. Tak dapat aku kahwin abang Malik’ bisik Lisa.
Mereka meratapi keadaan Mak CIk Markonah. Tiba-tiba, .....
Leftenan Fahada cuba memulakan aksinya dengan cubaan balas memukul kepala Helmi Afiq tetapi dengan tiba-tiba, tangannya dipegang oleh seseorang.
‘Hoi, kau ni macam cari nahaas datang tempat aku ni’ amaran dari Raymond Maurice.
Leftenan Fahada terkejut melihat tangannya dipegang oleh ketua kongsi gelap itu.
‘Sapa masuk jerat sapa?’ sinis LEftenan Fahada menjawab.
Tiba-tiba, terdengar tepukan dari belakang. Apabila dipandang, kelihatan susuk tubuh wanita yang menawan, cantik dan seksi menonjolkan diri dan menyusun langkah seperti peragawati ke arah mereka.
‘Wah, tahniah. Takutnya aku dengar amaran kau. Kau ni siapa gertak kami’ tanya Nasha.
Leftenan Fahada meludah kea rah Nasha tanda benci. Nasha sangat marah lalu melempang pipi Leftenan Fahada.
‘Kau dah melampau. Nak kene ajar perempuan ni. Helmi, kau ajar dia tentang kenikmatan dunia. Pergi. Hahahaha’ gelak besar Nasha. Helmi membawa Leftenan Fahada masuk ke dalam bilik.
‘Kau ingat kau ni kuat dan ganas sangat. Meh, biar aku kendurikan kau. Kita tengok siapa lagi ganas. Hahaha’ gelak besar Helmi Afiq. Leftenan Fahada meronta-ronta tetapi tidak dapat melepaskan diri daripada pegangan dan pelukan Helmi AFiq. Dia membawa Leftenan Fahada ke salah satu bilik dan menguncinya dari dalam.
Nasha menuju ke arah wanita itu yang sedang tertiarap di atas lantai dan memegang rambut wanita itu lalu ditarik ke atas.
‘Kau cuba lari ye? Kau nak jadi seperti perempuan celaka tadi tu?Kalau kau nak, larilah lagi. Cuba lari. Sekarang, sakit tak? Hati aku lagi sakit’ bentak Nasha marahkan situati yang berlaku.Tiba-tiba, Dunstan datang dalam keadaan berlari.
‘Bos, polis banyak bos tenga naik ke atas nak buat serbuan. Camana ni?’ tanya Dunstan.Nasha dan Raymond Maurice saling berpandangan.
‘Kita ikut sini. LEkas panggil si Helmi Afiq’ arah Raymond Maurice.
Kebetulan Nasha mempunyai kunci pintu bilik yang dikunci dari dalam olehnya lalu Nasha mencuba untuk membuka pintu tersebut dan pintu dapat dibuka. Sepantaas kilat dia membuka pintu tersebut, sepantas kilat jugaperutnya ditendang sehingga terpelanting ke dinding. Dengan tangkas, LEftenan Fahada menembak bahu Raymond Maurice dan menyebabkan dia melepaskan pelukannya terhadap wanita malang itu lalu terjatuh ke lantai. Wanita it berlari ke belakang Leftenan Fahada. LEftenan fahada menghalakan pistol kea rah Dunstan. Dunstan terkejut lalu mengangkat tangannya ke atas. Beberapa saat selepas itu, ramai anggota polis muncul di tingkat yang sama sambil membawa anjing peronda. Mereka menghampiri tempat kejadian lalu menghalakan muncung senjata mereka ke arah penjenayah-penjenayah itu. Leftenan Fahada membawa wanita itu ke belakang mendekati polis –polis tersebut. Beberapa polis bergerak ke hadapan dan menggari Dunstan, Nasha dan Raymond Maurice. Ada dua anggota polis memasuki bilik yang hampior menjadi tempat ‘kenduri’ tadi dan terkejut melihat Helmi Afiq digari bersama tiang katil dalam keadaan tidak berbaju dan memakai ‘boxer’. Apabila melihat polis-polis perempuan itu terkejut melihatnya, dia cepat-cepat menggunakan tangannya yang tidak bergari mencapai bantal dan menutup sebahagian tubuh badannya dalam keadaan malu.
Mereka meratapi keadaan Mak CIk Markonah. Tiba-tiba, mak cik markonah terbatuk kerana tidak tahan gatal di tekaknya. Dia cepat-cepat berlakon kembali.
‘Janji dengan mak, Malik sebelum mak meninggal’ terketar-ketar Mak CIk MArkonah berkata.
‘Apa mak cakap ni? Ya Allah. Kenapa dengan mak ni’ nangis Dr. MAlik.
‘Janji MAlik!’ rayu Mak CIk Markonah.
‘Janji Mak’ Balas Dr. MAlik.
‘Bagus. Lisa , mari sini Lisa’ panggil MAk CIk MArkonah.
Lisa yang tergedik-gedik suka itu berjalan penuh sopan –santun kerana sudah tahu perkara yang telah ditakdirkan kepadanya. Lisa duduk di sebelah Tok MOhidin.
‘Ada apa mak?’ tanya Lisa Surirumah.
‘Mak nak kau kahwin lagi satu Malik’ rayu Mak CIk MArkonah.
Puan ZUlaikha tersenyum kerana dia tahu kali ini, Dr. MAlik mungkin akan menurut kata ibunya.
Tak.. Tak mungkin’ sepantas kilat Dr. MAlik meluahkan kata hatinya. Secepat itu juga Mak CIk Markonah terbatuk-batuk dan kini lebih teruk.
‘Selamat tinggal MAlik. MAk minta maaf tak dapat bertahan lagi’ tersembur air liur Mak CIk Markonah keluar dari mulutnya. Kali ini, memang cara MAk CIk MArkonah menunjukkan nazaknya dia memang menjadi.
‘Sudahlah. JAngan banyak cakap Konah’ rayu Tok MOhidin.
‘Biar aku mati....biar aku mampus. Kau tak pedulikan aku’ tersekat-sekat nafas Mak CIk MArkonah sambil melemparkan kata-kata.
‘Malik, tolong Malik . Kalini je nak. KAu ikutlah cakap mak kau. Ayah tak boleh tengok keadaan mak kau macam ni nak. Tolonglah’ rayu Tok MOhidin mengalirkan air mata sayunya.
‘Baiklah mak. Saya akan kahwin lagi mak’ lafaz Dr. MALik.
‘Betulni?’ kata Lisa Surirumah.
Mereka semua memandang Lisa surirumah dengan muka pelik melihat Lisa bersuara.
‘Sorry’ kata Lisa.
‘Diamlah perempuan’ marah Jenab.
Mak CIk Markonah memegang tangan Lisa dan tangan yang sebelah lagi memegang tangan Dr. MALik.
‘Mak nak kau kahwin dengan.... ‘ Mak CIk Markonah menyambung kata-katanya tersekat-sekat.
‘Saya tahu mak. Saya benarkan. Saya benarkan abang malik kahwin dengan.....’ Puan ZUlaikha cuba menghabis kata-katanya dan belum sempat dia mengakhiri kata-katanya, MAk CIk MArkonah menyampuk ‘ dengan ..........’
BERSAMBUNG
0 comments:
Post a Comment