
Suasana di Hospital Datuk Alif Asyraf sangat sunyi di tengah malam yang hening itu. Kesejukan angin yang meniup sepoi-sepoi pada malam itu mendamba sesiapa sahaja masih terjaga ketika itu. Sesekali terdengar bunyi kereta lalu-lalang di luar hospital tetapi tida mengganggu ketenteraman hospital itu. Jururawat-jururawat yang baru memulakan kerja di waktu malam atau ‘night shift’ sedang fokus dengan tanggungjawab masing-masing. Ada juga yang curi tulang dengan bergosip dan bertepuk-tampar di kaunter petugas. Pada waktu sebegini, orang luar dilarang keras untuk melawat pesakit-pesakit dalam wad hospital. Namun, hanya seorang ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan menunggu dan menjaga pesakit yang ada dalam wad. Dengan tidak berkatil, ada ibu tua yang beruban menunggu dengan penuh setia di samping anaknya yang terlantar di atas katil. Ibunya hanya berbantalkan lengan.
‘Senangnya dalam hati kalau beristeri dua. Seperti dunia ana yang punya. Kepada isteri tua, kanda sayang padamu. Kepada isteri muda, I say I love you. Isteri dua merajuk balik ke rumah isteri muda. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga. Mesti pandai pembohong,mesti pandai temberang, tetapi jangan sampai hai pecah tembelang. This is a voicemail for the number 0172246469. Please leave your voicemail after the tone. tut! ‘ bunyi ‘caller ringtone’ yang tidak dijawab oleh Datuk Alif Asyraf meresahkan si pemanggil. Sudah dicuba beberapa kali tetapi tidak berjawab.
‘ Hello Abang. Kat mana? Kata nak datang? Jawaplah telefon’ rengek isterinya, Datin Paulina.
Datin Paulina kini di sebelah anaknya di dalam satu bilik pesakit khas. Memandangkan status jutawan suaminya yang juga bergelar Datuk dan empunya hospital tersebut, sudah tentu layanan terhadapnya dan ahli keluarganya adalah kelas pertama. Di dalam bilik tersebut terdapat penghawa dingin, televisyen, radio dan bilik air. Keadaan Datin Paulina di dalam bilik tersebut amatlah selesa berbanding orang lain di luar bilik tersebut. Datin Paulina terasa ingin membuang air lalu terus menuju ke bilik air.
‘ Uh, bodoh. Kecilnya bilik air, aku tidak selera untuk buang air di sini’ Datin Paulina mengomel dari tadi. Entah apa yang tidak memuaskan hatinya. Dia sepatutnya bertuah kerana mempunyai ruang peribadi untuk dia an anaknya tanpa gangguan daripada orang lain. Walaupun banyak mengomel, dia tetap meneruskan hajatnya untuk membuang air. Selepas membersihkan diri, dia sempat merenung cermin dan menatap wajah yang ada di dalam cermin.
‘I’m still beautiful. What a surprise?’ puji dirinya sendiri.
Dia memeriksa segenap dan setiap inci wajahnya. Dipegang kedua-dua belah pipinya dan diusap-usap kedua-dua belah pipinya. Kulit pipinya masih licin dan Nampak bergetah. Digamit-gamit bibrnya yang mungil, masih merah dara lagi. Hidungnya yang mancung seperti minah salleh sebenarnya diwarisi daripada keturunan berdarah diraja Argentina. Dia meraba-raba dahinya.
‘ O.M.G.. Oh, my Gucci. Kedut!’ jeritnya kecil di dalam bilik air.
Sambil-sambil dia membelek mukanya sendiri, dia teringat kenangan lalu. Dahulu, wajah inilah yang menjadi kegilaan pelajar kolej di NUS (National University Of Singapore). Tetapi, perangainya ketika itu lebih kurang perangainya seperti sekarang, sangat cemburu, curiga, bengis, sombong sedikit dan seksi. Namun di situlah juga dia terjumpa jodohnya. Daripada ramai calon-caon bakal suaminya yang kacak, gagah, menawan dan sebangsa dengannya, dia juga tidak tahu mengapakah hatinya memilih Datuk Alif Asyraf sebagai suamiya. Dia tersenyum seketika mengingatkan detik-detik itu. Dia teringat saat-saat Datuk Alif Asyraf mengungkaikan kata-kata manis berbisa yang mencairkannya. Sungguh indah zaman itu seperti ingin mengulanginya. Badannya dipeluk dari belakang mengingatkan saat-saat yang hangat. Namanya dipanggil dengan penuh manja dan menggoda.
‘Paulina Martinez’ bisikan yang kedengaran ketika itu.
‘Yes, dear. I’m here and will always with you’ Balas Datin Paulina.
‘Paulina Martinez’ bisikan tersebut kedengaran sekali lagi sambil hembusan di telinganya.
‘I love you very much’ ucap Datin Paulina.
‘Paulina Martinez’ bisikan itu kedengaran lagi tetapi kali ini dengan nada lebih garang.
Datin Paulina tersedar dari anganannya. Matanya dibuka. Dia betul-betul merasakan tubuhnya sedang dipeluk. Sudah tentu sangkaannya adalah suaminya tersayang. Matanya dilirikkan ke tangan yang mendakapnya. Nampak kesan luka-luka juga di tangannya. Datin Paulina terasa tidak sedap hati lalu memandang kea rah cermin. Alangkah terkejutnya melihat satu lembaga hodoh menyerupai manusia sedang memeluk tubuhnya dari belakang. Dia mahu menjerit tetapi mulutnya pula ditutup dengan tangan ketiganya. Datin Paulina memandang ke sebelah kirinya, lalu terpandang lembaga tadi memandang tepat ke matanya dengan garang.
‘Ah!’ Datin Paulina menjerit kecil lalu terjatuh dan terhentak ke dinding. Dia terkejut dari lelap yang sekejap. Dia terhantuk ke dinding membuatnya tersedar. Dia masih dalam keadaan duduk di atas tempat duduk mangkuk tandas di dalam bilik air. Datin Paulina cepat-cepat membersihkan diri dan membasuh muka. Sungguh aneh mimpi tadi dan entah apakah maksud mimpi itu. Dalam kesejukan dan kedinginan penghawa dingin, malam dan air sinki, dia sekali terdengar bisikan.
‘Allah..Allah...Allah’ bunyi bisikan itu semakin kuat.
Perlahan-lahan Datin Paulina memegang tombol bilik air lalu membuka pintu itu secara sangat berhati-hati. Kepalanya perlahan-lahan menjenguk keluar bilik air. Dia memandang ke kiri dan kanan seperti orang ingin melintas jalan tetapi dalam keadaan sangat perlahan. Tetapi, dia terlupa memandang ke atas. Lalu perlahan-lahan dengan penuh gementar dia memandang ke atas. Alangkah terkejutnya melihat 6 ekor cicak berkumpul di siling atas. Bisikan itu semakin kuat selepas dia keluar daripada bilik air. Dia cuba merapati sekujur tubuh yang terlentang di atas katil. Dia cuba mendekati katil tersebut selangkah demi selangkah. Kakinya terenjet-enjet cuba tidak membuat sebarang bunyi yang nyata. Matanya cuba sedaya-upaya melihat dari mada datagnya bisikan itu. Bisikan itu kedengaran semakil lama semakin dekat. Dia semakin tidak keruan. Kini dia sudah merapati katil tersebut. Sekujur tubuh itu betul-betul di depannya. Dia mengenjetkan lagi kakinya cuba melihat di antara dinding dan katil takut-takut ada sebarang kelibat di sana. Datin Paulina mengamati kaki yang aa di atas katil, perlahan-lahan ke lututnya dan terus ke bahagian pinggang dan perut. Dia cuba memberanikan untuk melihat di belah bahagian atas badannya. Kini dia sedang memandang ke bahagian dada dan terhenti seketika. Dia amat takut untuk melihat wajahnya. Tetapi, dengar cara apa sekalipun, dia perlu memberanikan diri untuk menjeling ke lehernya dan akhirnya ke bibirnya. Bibirnya terkumat-kamit melihat bibir di pandangannya juga terkumat-kamit. Dia terkejut lalu dengan sepantas kilat dia pergi ke pintu biik tersebut lalu membukanya.
‘NURSE!’ jerit Datin Paulina.
Apa yang berlaku di dalam bilik tersebut?Ikuti kisahnya di episod-episod akan datang.
0 comments:
Post a Comment