
KORBAN MITHALI : EPISOD 15 : PART 3
Suasana di rumah Datuk Alif Asyraf sangat sunyi, lengang dan tenang. Mata dibuka kerna dikejutkan dengan bunyi lagu-lagu rancak seperti datang dari televisyen. Datin Paulina terjaga dan menggosok matanya dan menggeliat. DIa mengangkat badannya sendiri dalam keadaan yang lemah. Kepalanya yang dililit dengan tuala berlipat masih terlekat di kepalanya. Kepalanya memang sakit sejak anaknya, BAdul keluar dari hospital. Dia melihat cermin meja alat soleknya. Kelihatan wajahnya pucat lesu memandang dirinya sendiri. Dia memegang dan meraba wajahnya. Dia menguatkan tenaganya lalu menjejak lantai menggunakan kakinya. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan dalam keadaan terhencot-hencot. Kakinya sedikit sakit kerana cara dia melintangkan kakinya ketika tidur tidak betul. Dia menuju kea rah balkoni luar. Dia menghirup udara segar. Dia juga terdengar enjin kereta suaminya dihidupkan. DIa masuk kembali ke dalam bilik dan mencari telefon bimbitnya. Setelah menjumpainya di dalam almari, dia terus mendail nombor telefon suaminya tetapi tidak diangkat. Beberapa kali dia mendaik tetapi masih tidak berangkat. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja dia lari ke bawah menahan suaminya dari memandu keluar keretanya. Tetapi, kakinya yang sakit dan kepalanya yang pening tidak membenarkannya bergerak aktif seperti sebelum ini. Dia terdengan kereta mewar suaminya itu sedang bergerak seperti mengundur. Dia cepat-cepat dalam keadaan terhencot-hencot menuju ke balkoni luar semula. Dia nampak pintu pagar automatiknya terbuka dan kereta suaminya mengundur ke arah luar pagar. Setelah kereta itu keluar dari pagar, barulah dia nampak kelibat manusia di dalam kereta tersebut. Dia kenal benar dengan lelaki itu kerana itu adalah suaminya. Tetapi mengapakah die tidak mahu mengangkat telefon? Dengan sepantas kilat, suaminya terus memecut laju menjauhi rumahnya. Datin Paulina tidak berputus asa lalu terus mendail nombor telefon suaminya.
‘ya, sayang. Baru bangun?’ suaminya baru menjawap panggilannya dan bertanya.
‘ya bang. Kenapa tak angkat awal-awal tadi? Abang nak pergi mana?’ tanya isterinya.
‘abang nak main ‘Golf’ dengan Datuk Perkins. Sayang rehat sahaja hari ni ye. Alamak, ada polis di depan, abang matikan telefon ni dahulu ye. Nanti abang panggil semula. Bye’ Datuk Alif Asyraf cepat-cepat menamatkan perbualan tanpa sempat Datin Paulina. Datin Paulina berasa pelik dengan perangai dan tingah laku suaminya itu. Datin Paulina terus ke bilik air lalu mencuci mukanya. Dia mengelap tahi matanya yang terselit di hujung penjuru matanya. Datin Paulina mencapai baju mandinya yang berbulu lembut dan menutupi baju tidurnya yang singkat dan seksi lalu dia terus ke arah pintu biliknya lalu membuka pintu. Dia keluar dari bilikny lalu menutup pintu biliknya kembali. Dia perlahan-lahan melangkah untuk menuruni tangga. Tangannya diletakkan di atas pemegang tangga dan diseret seiring dengan langkahnya menuruni tangga. Semain lama, semakin kuat bunyi muzik dari ruang tamu. Datin Paulina berjalan kea rah ruang tamu dan terlihat televisyen yang terbuka tanpa penonton. Dia menghampiri sofa dan melihat sekeliling ruang tamu. Tiada siapa kelihatan di situ. Mugkin suaminya hendak cepat sehingga terlupa menutup siaran televisyen. Dia mencapai alat kawalan jauh di atas sofa lalu menghalaka ke arah televisyen dan mematika siaran televisyen. Tiba-tiba, ada dua tanga memeluk Datin Paulina dari belakang dalam keadaan menyilang. Datin paulina terkejut kerana tiba-tiba dipeluk lalu menjerit.
‘Tolong!’ Jerit Datin Paulina.
Mereka memandang sesame sendiri di dalam kawasan yang terlindung itu. Sang pencinta wanita mendekatkan wajahnya ke arah wanita yang dikaguminya. Bibirnya makin mendekati dan merasakan kehangatan di antara bibir mereka berdua yang hampir bertaut. Bibirnya sudah menyentuh sedikit permukaan bibir wanita itu. Tib-tiba, wanita itu mengalihkan bibirnya dan cepat-cepat meminta maaf. Si lelaki itu berasa malu dan memandang ke tempat lain. Dia tidak sangka perbuatannya itu hanya sia-sia dan tidak dibalas dengan tindakan yang positif.
‘Maaf. Tak boleh. Aku sayang dia’ balas Nasha.
‘kau fikir dia sahaja. Aku ni macammana?’ tanya Remy.
Nasha memandangnya sambil air mata menitis perlahan-lahan ke pipinya.
‘Dari dulu aku suka kau. Kau yang asyik menolak. Sampaikan kawan aku yang kau suka. Apa kurangnya aku? Aku tahu aku tidak kacak tetapi sekurang-kurangnya aku lebih kacak dari Raymond. Betul?’ Remy bertanya dan mengomel tidak puas hati.
Nasha hanya dia membisu tidak tahu mahu mengeluarkan sebarang kata-kata.
‘Tengok! Dia sibuk melayan orang lain. Kau boleh duduk diam sahaja. Kenapa bodoh sangat?’ Remy mengingatkan Nasha tentang perkara yang terlah berlaku di depannya.
‘Itu cerita dahulu Mie. Aku ingat kau dah lupakan’balas Nasha.
‘Ingat Nasha. Kalau kau dengan aku, kita akan kaya. Itu yang kau nak kan? ‘ Remy member tawaran kepada Nasha.
‘Apa maksud kau?’ Nasha bertanya.
‘Kau percaya aku? Kau janji takkan bagitahu orang lain?’ tanya Remy.
Nasha mampu mengangguk tanda mengiyakan soalannya.
‘Sebenanya aku yang merancang semuanya’ Remy memulakan berbicara.
‘Ha?’ Nasha tidak faham maksud kata-kata Remy.
‘Aku yang..’ sebelum sempat Remy menyambung kata-katanya, mereka diganggu dengan bunyi kucing yang menjerit dan berlari seperti ternampak sesuatu. KEmudian, kedengaran bunyi tapak kasut seperti berjalan melarikan diri daripada mereka.
‘Siapa tu? Kau mengendap ye?’ Tanya Remy sambil mengeluarkan sepucuk pistol dan berjalan ke arah bunyi itu. Kawasan tersebut dikelilingi oleh kain langsir yang menutupinya. Remy memberanikan diri dan terus menyelak ain langsir itu dan tiada siapa yang kelihatan. Dia memanggil Nasha untuk ke ruang yang bising itu tadi kerana dia berasa tidak selesa. Apabila sampai di ruang yang bising itu, Raymond kelihatan terduduk kemabukan di atas sofa sementara Dunstan dan Helmi AFiq masih menikmati hidangan mata di atas meja. Nasha memberitahu yang sekiranya Raymond yang terlihat mereka berdua, sudah tentu dia sudah mengamuk sekarang. Mungkin orang lain yang menyorok di balik langsir tadi atau mungkin tiada siapapun yang berada di sebalik langsir itu. Mereka pun duduk di sofa di sebelah Raymond yang mabuk itu. Raymond terus memeluk Nasha. Dalam masa yang sama, Helmi AFiq menjeling kea rah Remy dan Nasha.
_________________________________________________________________________
‘Boy, kenapa peluk mummy dari belakang tiba-tiba? Terkejut mummy’ tanya Datin Paulina terkejut apabila Boy memeluknya dari belakang.
‘Alah mummy. Dah lama tak peluk, rindulah’ balas Badul.
Datin Paulina menyuruh anak emasnya itu duduk di atas sofa bersama-samanya.
‘Mummy. Polis memang tidak jumpa Mirinda lagi ke?’tanya BAdul.
Datin Paulina terpaku dengan pertanyaan itu lalu menggelengkan kepala. Dia memberitahu bahawa sejak anaknya dalam keadaan koma dan seterusnya hilang ingatan, pelbagai perkara berlaku tetapi sedikit memoripun tidak dapat diingati oleh Boy. Boy merindui Mirinda. DIa rindukan belaian manja dan saat berpegangan tangan mulus dan lembut Mirinda. Kini, hidup atau matinya tiada siapa yang tahu.
‘Mummy, apa berlaku kat hospital haritu? Daddy cakap ada letupan kat hospital sampai kene tutup’ tanya Boy ingin tahu. Datin Paulina hanya menggelengkan kepala.
‘Mummy tak tahu sangatlah pasal tu’ balas Datin Paulina.
‘Boy honey. Ingat lagikan apa yang berlaku sebelum Boy pengsan kat balai polis hari itu?’ tanya Datin Paulina menduga ingatan anaknya.
‘Balai polis?’ Boy seperti terkejut mendengar pertanyaan ibunya itu.
Tiba-tiba, Boy teringat sesuatu. Dia seperti cuba sedaya-upaya mengingati perkara yang telah berlaku. Dia terus bangun dari sofa sehinggan menimbulkan tanda tanya ibunya. DIa cuba mengamati fikirannya sedalam-dalamnya.
‘Mummy. Mummy ingat lagikan Boy pakai baju apa haritu?’ tanya Boy.
Ibunya menggeleng kepala lagi seperti tidak faham perkara yang diperkatakannya. Boy bertindak agresif dengan berjalan menuju ke biliknya. Ibunya memanggil-manggil namanya dan mula bangun lalu terhencot-hencot cuba mengekori anaknya itu. Boy kini berada di biliknya lalu mencari pakaiannya yag masih belum basuh. Tetapi, semuanya sudah dibasuh. Ibunya sudah berada di pintu biliknya dan kepelikan.
‘Boy cari apa honey?’ tanya Datin Paulina dalam keadaan panik.
‘Mummy, mana ‘wallet’ Boy mummy?’ tanya Boy.
Datin Paulina segera memeritahu bahawa dompetnya berada di dalam laci meja soleknya. Boy terus meluru ke bilik ibunya. Ibunya sekali lagi memanggil nama Boy dan menaiki tangga dalam keadaan lemah. Boy masuk ke bilik orang tuanya lalu membuka laci meja solek ibunya. Dia ternampak dompetnya. Dia terus menggapai dompetnya lalu menggeledah isi dompetnya. Dia ternampak beberapa kad nama. Akhirnya dia terjumpa apa yang dicari dari tadi. Dia meemgangnya. Dia cuba mengingati sesuatu.
‘kenapa Boy?’ibunya bertanya setelah sampai di pintu biliknya. Boy menunjukkan seusaut di tangannya kepada ibunya dan tersenyum. Dia terus mendapatkan salah satu telefon rumah yang terletak di sebelah katil ibunya. Dia mendail nombor telefon yang tertera di kad nama yang dipegangnya itu. Datin Paulina hanya terkejut melihat gelagat anaknya itu. Boy meneruskan mendail setiap digit yang ada dalam nombor telefon yang tertera di kad nama itu.
‘Harus bagaimana lagi? Dan terus begini. BenarkaN aku lihat ke matamu. Cukup sudah kau menghukum. Salahku tetap salahku. BEnarkan kuberbicara. Agar bisa pulih semua’ lagu faizal Tahir berkumandang memecahkan lagi suasana genting saat pernikahan Dr. Malik dengan Lisa.
‘Tok Imam, saya angkat panggilan kejap ye. Takut kecemasan’ sapa Dr. Malik.
‘Kau ni nka kahwin pun masih nak bergayut’ balas Tok Imam.
‘Hello. Dr Malik bercakap’
0 comments:
Post a Comment