this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 15 ; PART 2

Monday, February 21, 2011


‘Hello bos. Dokumen yang budak-budak tu curi sudah lama ada di tangan aku. Bil mau ambik?’ beritahu salah seorang lelaki yang pernah muncul dalam beberapa episod sebelum ini. Dia berada di dalam Toyota Estimanya sambil memegang dokumen yang telah diberikan oleh geng Raymond kepadanya seminggu yang telah lalu.

‘Sabar. Duit dah kasi budak-budak tu?’ balas seorang lagi lelaki yang sedang berbual melaluin telefon dengan lelaki yang memegang dokumen itu. Lelaki yang memegang document mengiyakan soalan lelaki itu tadi lalu menyuruhnya berjumpa pada pukul 10 malam tersebut di pasaraya Heroes Shah Alam. Mereka bersetuju dan menunggu malam tersebut. Lelaki di dalam Toyota Estima itu mengingatkan lelaki yang dihubunginya supaya membawa wang upah yang dijanjikan. Kemudian, perbualan diputuskan.

Suasana di rumah pengantin wanita cukup meriah. Kicauan burung tidak kedengaran kerana diriuhkan dengan bunyi audo dari deejay yang memutarkan lagu-lagu perkahwinan di majlis tersebut. Anak-anak kecil berkejar-kejaran di sekeliling khemah memeriahkan suasana acara kampung itu. Anak-anak muda yang sudah remaja bertemu rakan seusia masing-masing bercerita dan bertempuk-tampar. Anak-anak dara yang datang kekadang terketawa mengilai geli hati bercerita tentang isu-isu panas dan hangat di dalam kampung dan luar negara. Mereka yang sudah dewasa bertemu sesame jiran tetangga dan kawan sekampung setelah lama tidak berjumpa. Ahli keluarga terdekat sedang sibuk menyiapkan hidangan-hidangan untuk para tetamu dan bersiap-sedai untuk acara pernikahan pasangan pengantin. Tiba-tiba, lagu dihentikan. Kelihatan rombongan pengantin lelaki sudah hampir sampai di khemah. Semua orang tersnyum dan berkongsi kegembiraan dengan pengantin lelaki yang masih segak bergaya melangkah tersusun gerak-geri menuju masuk ke dalam Mak Cik Kembung. Selain jurugambar professional yang diupah, terdapat para tetamu yang tidak senang duduk dan tangan menangkap dan mengambil gambar pengantin lelaki yang sangat segak dengan baju pengantin yang mempersonakan. Walaupun para tetamu dan ahli keluarga merasakan dan mendoakan kebahagiaan yang bakal dikecapi oleh pasangan pengantin ini, namun tiada siapa tahu apa yang sebenarnya terbuku di dalam hati kecil dan sanubari lelaki tampan ini. Terpaksakah? Dipaksakah? Relakah cintanya yang suci, mulus dan sebetulnya dikongsi dengan wanita yang tidak pernah terlintas di hatinya untuk dinikahi , apalah pula disentuhi. Mampukah dia merasakan kebahagiaan dalam penyatuan ini? Hanya dia yang mampu membuat keputusan atau merubah keputusan. Kita mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Puan ZUlaikha kelihatan gelisah seperti ada yang tidak kena. Setelah kesemua ahli rombongan pengantin lelaki sudah masuk dan duduk di ruang tamu rumah tersebut, Puan Zulaikha segera menuju ke satu sudut yang kurang bising, dia memegang telefoN bimbitnya lalu menekan dan mendail butang kekunci di telefon bimbitnya berkali-kali.

‘The number you have dial is currently not available. Please try again later’ suar perempuan mesin sentiasa kedengaran setiap kali Puan ZUlaikha cuba menghubungi Zaharah. Entah mengapa Zaharah tidak hadir ke majlis pernikahan ini. Ia akan menjadi lebih mudah bagi Puan Zulaikha untuk menghalang pernikahan ini dengan adanya kehadiran Zaharah. Tetapi, nampaknya perancangannya seperti tinggal nyawa-nyawa ikan.

Tiba-tiba, seorang perempuan yang berpakaian pengantin keluar dari bilik dan menuju ke satu ruang yang dikhaskan untuk pengantin perempuan. Lenggokan punggungnya tajam, langkahnya sopan –santun, tangannya seperti lembut tidak bernyawa, perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya di atas permaidani dan ruang khas yang dikosongkan untuk pengantin perempuan duduk. Sebaik sahaja dia duduk...

‘Aw.. Aduh... Aduh aduh aduh..’ Lisa menggeletis dan terjeit-jerit.

Semua orang terkejut melihat situasi itu. Dr. Malik tidak tahan untuk mentertawakan Lisa yang kelihatan seperti ungka yang baru mendapat bunga. Lagaknya yang sopan seperti perempuan Melayu terakhir kembali ke bentuk asal yang kelam kabut dan cuai. Puan Zulaikha meneruskan usaha untuk menghubungi Zaharah. Mak Cik Kembung dan suaminya memujuk Lisa yang seperti tidak keruan. Zaharah memberitahu yang dia terasa kesakitan yang amat dahsyat sebaik duduk bersimpuh di permaidani itu. Dia merasakan ada sesuaut mencucuk-cucuk kulit punggungnya yang montok itu. Ayahnya cuba mencari apa yang mengganggu anaknya itu dan tiba-tiba dia terjumpa paku payung berada di atas permaidani itu. Patutlah si Lisa terjerit-jerit.

‘Eh, nyah. Mak rasa macam bukan pergi kenduri kahwin tetapi macam kat Royal London Circus. Hahahahha’ ketawa berdekah-dekah Jenab memerhati keadaan Lisa.

‘Diamlah’ Lisa merungut dan mengomel tidak henti-henti.

Suasana di dalam rumah tersebtu riuh-rendah. Ada yang mentertawakan nasib malang yang ditimpa Lisa kerana selayaknya dia harus dihukum alam sebegitu rupa akibat tabiatnya yang suka memburukkan orang lain, mengumpat dan menyebarkan fitnah di kampung tersebut.

‘Nak kita teruskan ke tak ni?’ tanya Tok Imam.

‘Terus..terus...’ jawap Lisa dalam keadaan kelam-kabut.

Tok Imam membuka buka rekodnya dan menyuruh Dr. Malik menuliskan namanya di salah satu muka surat di dalam buku rekod itu. Lalu, kemudian dia berjalan menuju kea rah pengantin perempuan untuk menyuruhnya melalukan perkara yang sama dan menandatangananinya. KEmudian, dia kembali ke tempatnya dan memulakan mukaddimahnya. Ketika dia cuba untuk meneruskan acara tersebut, tiba-tiba mukanya berubah. Dari serius menjad tertekan. Dr. Malik pada mulanya tidak perasan tetapi lama-kelamaan dia memerhati gelagat Tok Iman yang terpancar melalui wajahnya. Wajahnya merah tertekan seperti menahan sesuatu.

‘Tok, Kenapa ni Tok? Tak sehatke? Tanya Dr. Malik.

‘ye lah. Pucat semacam je’ sambung Jehan yang bertindak sebagai pengapit lelaki.

‘Takde pape’ balas TOK Imam.

‘Tok, kalau Tok ada masalah atau tidak puas hati, luahkan’ arah Dr Malik.

‘Jangan risau. PAndai-pandailah Tok mengendalikannya’ balas Tok Imam.

‘Tok, jangan berdegil Tok. Dari muka Tok yang macam durian yang jatuh di atas tahi lembu ni pun sudah membuktikan Tok ni macam tertekan. Apa yang menekan Atok?’ tanya Dr. Malik.

‘Nothing..Nothing’ Tok Imam menjawab dalam bahasa Inggeris.

‘Tok, keluarkan.. lepaskan Tok. Luahkan!’ tiba-tiba Jehan dengan tidak semena-mena menjerit dengan kuat ke telinga Tok Imam lalu membuatkan Tok Imam terkejut dan terjengket sedikit. Kemudian, satu bau yang tidak diketahui dari mana dihidu perlahan-lahan. Dari bau yang kurang menyengat sehingga tertambat. Bau busuk itu membuatkan para tetamu tidak senang duduk termasuk pengantin lelaki.

‘Apa bau busuk ni?’ tanya Lisa.

‘Tok, Tok kentut ek?’ Dr. Maik bertanya.

‘Minta maaflah. Tok kan tengah nak nikahkan kau. Takkan Tok nak pergi tandas di tengan-tengah acara ni. Nasib baik terberak’ balas Tok imam selamba.

‘Uwek!!’ para tetamu seperti rasa hendak termuntah beraai-ramai. Ada yang berlari ke luar rumah ingin menghirup udara segar. Keadaan riuh-rendah dan kelam-kabut itu seolah-olah seperti berlaku kebakaran. Sungguh tidak disangka majlis yang meriah diganggu oleh perkara-perkara yang remeh dan menggelikan hati. Ada yang tidak habis bercerita tentang perkara yang baru berlaku di dalam rumah tersebut kepada para tetamu di luar sehingga ada yang tiada selera makan nasi minyak yang dihidangkan. Deejay bertugas juga mengusik tentang situasi tersebtu lalu berkumandang jenaka kisah Tok Imam yang terkentut ketika mahu menikahkan pasangan pengantin dan pengantin perempuan terlompat apabila terduduk di atas paku payung. Semua orang terhibur dan geli hati dengan drama hari ini yang hebat dan tidak diduga itu. Dr. Malik dan Jehan tidak habis-habis mentertawakan situasi yang baru berlaku sebentar tadi. Namun, Puan Zulaikha tidak henti-henti berusaha untuk menghubungi Zaharah. Dia terasa yang Zaharah mungkin merajuk kerana...

‘Yo Remy. Mana kau pergi?’ tanya Raymond.

‘Ada hal. Suka hati kau. Maklumla orang kaya baru’ balas Remy.

‘Alah . Rezeki ni rezeki kau juga. Jom minum Champaigne ni dan bergembira dengan wanita-wanita yang seksi ini’ ajak Raymond. Remy bersetuju untuk menikmati hidangan haram yang ada. Suasana di rumah bangle peribadi itu sangat bising dengan bunyi muzik dan wanita yang seksi menari-nari. Walaupun baru tengah hari, namun ia tidak menghalang Raymond, Helmi Afiq dan Dunstan menikmati kemewahan dan kenikmatan dunia.

Nasha duduk di satu sudut terdiam melihat keletah teman lelakinya. Nampak muncung di mulutnya memerhati teman lelakinya menari dan memegang-megang wanita lain. Namun dia masih duduk diam-diam di satu sofa tidak jauh dari kumpulah itu. Remy ternampak Nasha keseorangan lalu meninggalkan kawannya itu lalu menghampiri Nasha. Dia sempat mengambil segelas Champaigne lalu dihulurkan gelas itu kepada Nasha. Nasha menerima pelawaannya untuk minum Champaigne itu dan menyuruh Remy duduk di sebelahnya.

‘Memang sukar jadi teman wanita penjenayah’ Remy memulakan perbualan.

‘Apa nak buat? Dah nasib badan. Yang penting dia sayang aku’ balas Nasha.

‘bertuah siapa yang dapat Nasha. Dahlah cantik, seksi, manis dan setia pulaktu. Kalau saya, saya akan menghargai setiap inci kebaikan yang awak miliki’ balas Remy.

Nasha memandang Remy dan tersenyum. Lalu, dia mengajak Remy berjalan ke bilik lain. Remy mengikutnya. Dalam masa yang sama, ada mata yang memerhati mereka dari jauh tanpa mereka sedari. Perlahan-lahan pemilik mata itu mengekorinya dari belakang. Adakah dia cemburu atau cuba untuk menyebarkan fitnah? Ataupun ada udang di sebalik batu?

‘Thank you Madamme. Please have a seat as the flight shall arrive soon but will only allow you to enter in 1 hour and a half. Thank you, have a pleasant journey’ kata-kata manis mulut berbicara itu dilemparkan dengan penuh sopan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan di kaunter beg di tingkat 3, lapangan terbang KLIA. Zaharah mengambil kmebali begnya dan pasportnya kemudian duduk di satu kerusi yang kosong. Dia menunggu waktu bertolak kapal terbangnya. Hatinya berbuih syahdu. Kekecewan yang cuba dihindarkan tidak terlerai sepantas kilat malah main menebal di kalbunya. Dia sudah kekontangan idea cara untuk melupaka si suami idaman ramai wanita itu. Namum, hidup perlu diteruskan. Dia meneliti telefon bimbitnya yang dimatikan dari tadi. Dia tidak mempunya semangat yang kuat dan kental untuk menghidupkan kembali telefon bimbitnya. Dia tidak sanggup berbohong atau menolak pelawaan kawan barunya, ZUlaikha yang bersungguh-sunggh mengajaknya ke majlis pernikahan suaminya dan Lisa. Dia tidak boleh melihat saat Dr. Malik melafaskan kata setuju menerima Lisa sebagai isterinya. Tiba, lamunannya terhenti apabila satu benda terjatuh secara tidak sengaja di lantai betul-betu bersebelahan dengannya.

‘sorry. Sorry. I’m not on purpose’ balas wanita itu.

Zaharah hanya mampu mengangakat tangan tanda tidak kesah. Wanita it uterus berlalu dan diekori oleh Leftenan Fahada. Mereka berdua menuju kea rah kaunter pegawai perkhidmatan pelanggan. Pelbagai soalan ditanya mereka. Lagak wanita yang datang bersama Leftenan Fahada seperti polis. Mereka cuba mendapatkan sebanyak meklumat mengenai butiran penumpang pesawat yang datang dari Siam. Memandangkan dokumen perubatannya di hospital telah dicuri, agak susah untuk mereka mencari dan menapatkan maklumat mengenai wanita itu dari kaunter tersebut. Namun, kerjasama yang diberikan pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut memang bagus walaupun tidak banyak data yang diperolehi. Tiba-tiba, Leftenan Fahada mendapat panggilan telefon.

‘Apa? Betulke ni? Baiklah saya datang sekarang’ Leftenan Fahada bercakap dengan pemanggil.

‘Kita kena balik balai sekarang. Telefon bimbit yang saya jumpa di dapur hospital itu mempunyai maklumat berkaitan dengan pnjnayah tersebut. Talian tersebut didaftarkan atas nama...’
________________________________________________________________________________

0 comments:

Post a Comment