this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 5 : PART 2

Monday, February 7, 2011



Semua pakaian telah dilipat, dikemas dan disusun ke dalam beg-beg pakaian. Keterikan tengah hari tersebut sangat tidak menyelesakan. Bahang yang terasa ditambah dengan hati yang baran membuatkan suhu baan masing-masing membuak-buak. Seorang wanita tua sedang terduduk di kerusi di bahagian dapur seperti meratapi perkara-perkara dan kata-kata yang telah dia pagi tadi. Dia teringat kata-kata salah seorang tetamu yang dating semalam.

‘Kau betul-betul nak balik Malik. Cepat sangat’ tegur Tok Mahidin.

Dr. Malik mengangguk. Mulutnya sudah terkunci kerana baginya sudah tidak berguna dia berkelahi lagi dengan kedua orang tuanya lagi. Demi menjaga hubungan kekeluargaan, dia sanggup menyerah dan berdiam diri. Namun, ia tidak bermakna dia perlu mengikuti nasihat ibunya yang tidak masuk akal dan logika itu. Dia bersalaman dengan ayahnya lalu mencium tangan ayahnya dan serta-merta memeluk ayahnya dan dia membisikkan kata ampun dan maaf ke telinga ayahnya lebih syahdu daripada apa yang pernah dilakukan olehnya ketika Hari Lebaran. Dia sambung mengangkat beg –beg pakaian yang berisi pakaian miliknya, isterinya dan anaknya. Kini, giliran isterinya, Puan Zulaikha untuk mencium tangan ayah mentuanya dan meminta maaf atas pemergian mereka yang lebih awal daripada yang dirancangkan.

‘Takkan kau merajuk dengan kami sampai mahu balik awal. Esok kan cuti lagi’ pujuk Tok Mohidin seakan-akan tidak puas melihat cucu kesayangannya lagi. Dr. Malik mengulangi kata-kata ampun dan maafnya sekali lagi. Luka hatinya apabila mendengar di depan telinganya sendiri akan kutukan dan kejian ibunya terhadap anaknya. Dia tidak menyangka bahawa ibunya sudah seperti kurang siuman bertindak melulu tanpa menperdulikan perasaannya dan isterinya sendiri. Dia mahu berlalu sahaja dari situ tetapi ditahan isterinya yang sedang mendukung anaknya. Isterinya menyuruh Dr. Malik meminta keberkatan daripada ibunya terlebih dahulu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Isterinya juga ingin memohon restu ibunya untuk mengurniakan kebahagiaan kepada mereka sekeluarga. Di saat itu, segala kecil hati dan terasa hati yang dialami isterinya sebelum itu sudah isternya lupakan demi menjaga hubungu kekeluargaan dan silaturrahim yang terjalin.

‘Konah, awak tak nak salam satu-satunya anak kesayangan awak ni ke? Awak tak nak tengok satu-satunya cucu kesayangan yang kita ada ke?’perli Tok Mahidin kepada isterinya. Puan Zulaikha menyerahkan anaknya kepada Tok Mahidin untuk didukung olehnya. Dr. Malik membawa isterinya turun tangga ke bawah dapur untuk berjumpa, bersalam dan memohon restu kebahagiaann daripada ibunya. Dr. Malik masih terasa hati lagi tapi apakandaya dia tetap ibunya. Kasih saying tetap ada bak air dicincang tidak akan putus. Dia berlutut di depan ibunya yang sedang duduk di atas kerusi dapur lalu mendapatkan tangan ibunya itu lalu dicium. Sayu hati ibunya megenangkan keikhlasan yang Dr. Malik tunjukkan. Kekesalan terpalit di muka ibunya setelah apa yang Mak Cik Markonah lakukan pagi tadi. Dia kebiasaannya tidak berlagak sebegitu. Dicium anaknya itu tanda kasih sayang yang erat dan rindu yang dipendam. Dr. Malik, Mak Cik Markonah, Puan Zulaikha dan Tok Mahidin pilu dah hiba sehingga mengeluarkan air mata melihat keadaan itu. Sebaik mereka mendengar esakan kedua beranak itu, pasti bias menggamit naluri kemanusiaan sesiapa sahaja yang menontonnya. Giliran Dr. Malik sudah tamat. Kini, isterinya pula mahu memohon restu ibu mentuanya. Dia menitu langkah suamiya selepas menonton sketsa reality di depannya tadi. Dia cepat-cepat mendapatkan tangan ibu mentuanya lalu dicium penuh ikhlas. Wajahnay yang ayu bias mencairkan hati sesiapa terutama jejaka yang melihat keayuannya mengenakan tudung litup di kepalanya. Namun, dengan tidak semena-mena, ketika Mak Cik Konah terlihat kelibat bayi yang didukung suaminya itu, dia teringat kata-kata Lisa pada malam semalam.

(Memori malam semalam ketika kenduri di rumah Tok mahidin)
‘Ah, aku tak nak cakap dengan kau sekarang. Mak Cik Konah.. Oh MAk Cik Konah’ Lisa segera memanggil Mak Cik Konah dengan penuh yakin.

Mak Cik Konah memandang Lisa dan segera merapatinya.

‘Kenapa Lisa terjerit-jerit ni?’ Tanya Mak Cik Konah.

Lisa tersenyum kerana sudah tiba masanya rancangan awal yang telah terdetik di dalam mindanya sudah mula mengatur langkah.

‘Mak! Eh mak pulak. Mak Cik Konah. Betulke yang Abang Malik mandul?’ soalan celupar yang datang dari mulut Lisa itu menambang bahang kehangatan yang sudah meledak di dapur rumah Tok Mahidin.

‘Apa kau cakap ni Lisa? Berani kau datang rumah aku dan kutuk anak aku. Sepanjang keturunan aku, tidak ada sesiapa yang mandul kau tahu’ marah Mak Cik Markonah. Semua orang yang menyaksikan kejadian aku berdiam diri dan memasang telinga.

‘ye ke? Ish, tak tahu lah pulak kan. Mak, Eh mak Cik. Minta maaf tersasul. Terasa macam mak cik ni mak mentua saya pulak. Hehehe (gelak Lisa). Nak Tanya satu soalan lagi. Angin takda, rebut takda, taufan tak muncul-muncul, tiba-tiba buat kenduri kesyukuran dapat anak. Bila masa isteri Abang malik mengandung? Bulan lepas Lisa dating rumah Mak Cik Konah Nampak isteri Abang Malik, kurus je, take pulak Nampak kembung perut. Anak sapa tu mak Cik Konah? Abang Malik ada orang lain ke?’ kata-kata Lisa mengejutkan si lembut, Jenab.

‘Oi… kau nak aku halau kau keluar dari rumah ni ke? Mulut kau tu jaga’ jerit mak Cik Konah yang sudah tidak tahan mendengar tuduhan dan fitnah yang keluar dari mulut Lisa.

Lisa terus bangun dan mencekak pinggangnya sambil memuncungkan mulutnya.

‘Tamparlah saya. Pukullah saya. Saya cakap dengan emak. Mak Cik berhutang dengan emak saya pun tak habis bayar lagi, nak halau-halau orang pulak. Sedarlah diri tu mak cik tua. Saya ingatkan Mak Cik Konah je. Mak Cik nak ke benarkan sorang-sorangnya anak mak cik duduk sekatil dengan anak orang lain yang tak tahu dari mana usulnya? Mak cik nak ken anti dapat tahu bayi tu anak luar nikah? Mak cik nak ke harta pusaka mak cik jatuh ke tangan orang yang bukan darah daing kita? Kalau May dan ayah dia pencuri atau pembunuh, mak cik nak ke baka macam tu duduk dalam rumah ni? Yang paling penting, mak cik nak ke tengok anak kesayangan mak cik yang satu-satunya mak cik rindui terkena penyakit AIDS? Mak cik nak? Kalau nak, saya tak kesah. Saya tak rugi apa. Saya boleh keluar dari rumah ni sendiri. Tak payah nak halau-halau. Mak cik ingat saya nak sangat dating menjejakkan kaki kat rumah mak cik ni. Rumah saya lagi cantik dan besarlah. Nasib baik mak saya kawan baik mak cik. Jangan mak cik menyesal satu hari nanti sampai datang melutut kat rumah saya. Saya mengingatkan’ suara lantang Lisa keluar membuatkan mak Cik Konah terpaku dan kadang-kadang memikirkan ada betul juga segala luahan pedas si Lisa itu. Lisa terus beredar meninggalkan rumah tersebut dan diikuti oleh jenab. Tiba-tiba satu demi satu wanita-wanita tua di dapur itu mengundurkan diri daripada menolong Mak CIk Markonah. Mereka seolah-olah takut bersubahat dengan apa yang berlaku dan bersetuju dengan kata-kata pedas si Lisa. Mak Cik Markonah mula risau kehilangan kawan-kawan dan reputasi suaminya sebagai ketua kampong atau penghulu kampong tercalar.

Mak Cik Markonah tersedar daripada lamunan lalu menepis tangan Puan Zulaikha. Die menolak Zulaikha jatuh ke lantai. Die terus meluru naik ke tangga. Dr. malik, Puan Zulaikha dan tok Mahidin terkejut dengan tindakan mak Cik markonah itu. Mak Cik Markonah rupanya menuju kea rah suaminya dan denga sepantas kilat, dia cuba menerkan bayi di dalam dakapan suaminya itu. Suaminya menepis terkaman itu dengan mudah walaupun terdapat bayu dalam dakapannya. Mak CIk markonah seperti orang kurang siuman dan hilang pedoman dan mahu menerkam lagi dan sekali lagi ia dapat ditepis. Tidak sia-sia Tok Mahidin menjadi guru silat di kampong tersebut.

‘Nah, ambik anak kau dan lekas pergi’ Dr. Malik segera menarik tangan isterinya lalu cepat-cepat mendapatkan anaknya lalu terus mengangkut beg-beg pakaian dan meluru ke arah kereta mereka. Tok Mahidin mengucap pandang sambil menggenggam erat tangan isterinya itu. Kakinya menghalang kedua-dua belah kaki isterinya daripada bergerak

APAKAH YANG BERLAKU KEPADA ISTERINYA SELEPAS INI? APAKAH YANG BERLAKU KEPADA WATAK-WATAK LAIN. TUNGGU EPISOD SETERUSNYA…

0 comments:

Post a Comment