this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI EPISOD 4 PART 2

Monday, February 7, 2011


Jam sudah menunjukkan pukul 9malam. Perlahan-lahan penduduk-penduduk kampong yang telah melakukan solat isyak berjemaah di rumah Tok Mahidin beransur pulang setelah menjamu selera. Ada yang leka berborak meneruskan topic perbualan dengan rakan masing-masing. Maklumlah bukan senang hendak berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan sekampung memandangkan masing-masing sibuk dengan hal, hidup dan keluarga masing-masing. Toh Mahidin amat gembira melihat penduduk-penduduk kampong yang telah menghadiri seolat maghrib dan isyak berjemaah serta bacaan yassin di rumahnya sempena memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi keraan telah menambah ahli kelaurga yang baru dalam hidup keluarganya. Seperti biasa, Mak Cik Markonah di dapur sibuk mengemas pinggan dan mangkuk bersama rakan-rakan sekampung yang lain.

Puan Zulaikha sibuk mendukung anaknya memandangkan tiada siapa yang akan menjaga bayi itu sekiranya dia turut serta menolong ibu mentuanya, Mak CIk Markonah membasuh pinggan dan mangkuk. Pada masa yang sama, dia kerana melayan tetamu yang teringin melihat cahaya mata pertamanya. Di kesibukan itu, Dr. Malik sedang seronok berborak dengan rakan lamanya, Jihan. Banyak yang diperkatakan memandangkan mereka merupakan kawan karib sejak tadika sehingga sekolah menengah di kampong itu. Namun, mereka terpisah kerana Dr. Malik malanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di institusi pengajian awam temaptan, manakala keputusan sijil pelajaran Malaysia (SPM) jihan kurang baik dan tiada rezeki untuk mendapat mana-mana tawaran sambung belajar. Kali terakhir yang Dr. Malik tahu, rakannya itu bekerja sebagai buruh binaan di Kuala Lumpur.

‘Jihan, kau sekarang dah kurus disebabkan banyak angkat barang-barang beratke? Teruk kau kerja sampai hilang babat-babat kau’seloroh Dr. Malik.

‘Aku tahulah aku ni tak sepandai kau. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ditebuk tupai juga. Hahahaha’ Jihan tergelak besar mengubah pepatah Melayu mengikut sesuka hatinya sahaja.

‘Aku sudah tidak angkat bahan-bahan berat dah. Alhamdulillah. Berkat mencari rezeki yang halal, Tuhan pertemukan aku dengan satu produk yang bagus untuk menurunkan berat badan aku ni. Aku tak percaya pada mulanya. Tetapi selepas mencuba, Alhamdulillah inilah hasilnya. Tiga puluh kilo turun tu kawan’ tegas Jihan.

‘Produk apa tu?Wah , aku nak jugak lah’ TanyaDr. Malik dengan penuh semangat.

‘Bang, kau tu dah lah takde perut. Buat apa kau nak produk ni! Tapi kau kan doktor.

Jadi, senang untuk kau promosikan kepada kawan-kawan produk ni’ jelas Jihan.

‘Ye lah. Tapia pa nama produknya?’Dr. Malik mengulangi soalannya sekali lagi.

‘Nama produk adalah..’ belum sempat Jihan hendak menghabiskan ayatnya, tiba-tiba, terdengar ada orang member salam dengan nada sangat manja. Lisa tampil lebih menggoda dengan kebaya lebih ketat dan terdedah tetapi sempat berfesyen dengan meletakkan selendang sebagai tudung melitupi sebahagian rambutnya. Jambul rambutnya di bahagian hadapan kepalanya terkeluar sedikit. Matanya sangat laju menadang jejaka idamannya yang sedak duduk bersila di atas lantai.

‘Assalamualaikum Bang malik!’ dia bersalaman dengan Dr. Malik sambil mencium tangannya. Dr. Malik sempat meraik cepat-cepat tangannya dengan membuat muka seakan-akan geli dengan perlakuan gedik gadis sunti tersebut.

‘Amboi, dengan abang tak nak salamke?’sampuk Jihan.

‘Abang. Kita bukan mahram. Tak boleh salam-salam’ jawap Lisa.

‘Bila masa Mak Cik Markonah beranakkan kau?Bukan nama ayah kau Pak Tompoyo Jongang ke?’ dengan ‘laser’ Jihan mengeluarkan kata-kata memerli Lisa.

‘Eh, sudah. Meh, abang bawak kan kau jumpa mak kau. Jom’ Dr. Malik bangun dari duduk bersilanya lalu menarik tangan Lisa ke kawasan yang berasingan. Lisa sangat gembira pada masa itu. Tiada apa yang dapat menggambarkan kegirangan Lisa saat Dr. Malik memegang tangannya lalu menariknya dan menyuruh mengikutinya. Lisa seperti dalam alam kayangan dan khayalan kerana jejaka idamannya sudi membawanya berjalan-jalan dan berbual di temapt yang lebih peribadi dan sunyi. Dr. Malik sudah sampai di dapur dan kelihatan ramai orang sedang sibuk membasuh pinggan dan mangkuk.

‘Ha.. mak. Ni anak mak sorang lagi ni na tolong mak masuk periuk’kata Dr. Malik.

‘Ha.. BAguslah. Meh sini. Kau duduk sini. Basuh cawan. Ko geti tak basuh cawan ni Lisa? Baju kebaya yang kau paka ni pun mak kau yang basuhkan’ garang Mak Cik Markonah bersuara.

Lisa terdiam sahaja kerana malu. Segala yang diimpikan tidak kesampaian. Segala yang diangankan musnah. Sangkaannya mahu bercengkarama dengan Dr. Malik tetapi nampaknya dia kene menolong perempuan-perempuan tua yang menyerupai nenek ini memcuci pinggan, mangkuk dan cawan. Lisa terasa amat marah. Dr. Malik terus meninggalkah dirinya di dapur. Semakin jauh kelibat Dr. Malik. Semakin luka dan parah bernanah hati dan jantung Lisa yang perit untuk berenggang dengan Dr. Malik walau kurang sesaat.

‘Kau ni Lisa. Tu laki orang. Jangan nak menggatal’ bisik jenab, si lembut yang juga ada dalam kalangan perempuan-perempuan tua yang membasuh pinggan itu. Lisa memandangnya dengan muka seperti ingin menerkam.

‘Ala. Aku tahu. Kau tu dah lama ‘fall in love in paris’ dengan si malik tu kan.
Alah. Ko batalkan niat kau je lah Lisa. Kau pakai baju ketat, sendat, dedah sana sini belum tentu dapat lawan kecantikan, keayuan dan kealiman puteri yang telah bertakhta di hati Malik’ nasihat berguna yang diluahkan oleh si Jenab.

‘Kau diam. Jangan masuk campur’ marah Lisa.

‘Perempuan tidak sedar diri. Tak makan dek untung. Tak makan nasihat. Kalau kau ni Lisa surihani, takpelah. Ini setakat Lisa surirumah malas Binti Tompoyo Jongang, apa kelas. Hanya sorang sahaja yang boleh menandingi kecantikan kak Zulaikha’ kata Jenab.
‘Siapa?Baik kau cakap!Lawa sangat ke?’perli Lisa.

Tiba-tiba, semua perempuan-perempuan di dapur menyampuk dan berkata dengan serentak ‘Siapa lagi?JEnab le’ sambil mentertawakan aksi mereka berdua.
Lisa semakin menyampah dengan situasi tersebut. Tiba-tiba, dia terpandang Puan Zulaikha di ruang tamu sambil mendukung anaknya. Hatinya lebih cemburu dari biasa. Tetapi, dia tiba-tiba tersenyum. Otaknya ligat berfikir. Nawaitu hasad dengkinya sudah mula dicungkil.

Tangan kanannya membentuk penumbuk lalu ditumbuk ke tapak tangan kirinya seperti sangat geram. Mata Lisa cepat-cepat mencari Mak Cik Markonah dan akhirnya terjumap juga. Mulutnya mahu memanggil Mak Cik Markonah. Ternganga besar mulutnya ingin bersuara tetapi belum sempat Mak CIk Markonah menengarnya, si Jenab menutup mulutnya. Tangannya dipenuhi dengan sabuh basuh pinggan ditelangkupkan ke mulut Lisa menyebabkan Lisa tidak tahan dengan bau sabun dan hanyir makanan di tangan Jenab.

‘Gila ke?’marah Lisa.

‘Aku Nampak lepas kau tengok bini Malik, ko senyum sorang-sorang. Nak buat benda jahatlah tu! Kau bair betul !’tegur Jenab.

‘Ah, aku tak nak cakap dengan kau sekarang. Mak Cik Konah.. Oh MAk Cik Konah’ Lisa segera memanggil Mak Cik Konah dengan penuh yakin.

Mak Cik Konah memandang Lisa dan segera merapatinya.

‘Kenapa Lisa terjerit-jerit ni?’ Tanya Mak Cik Konah.

Lisa tersenyum kerana sudah tiba masanya rancangan awal yang telah terdetik di dalam mindanya sudah mula mengatur langkah.

‘Mak! Eh mak pulak. Mak Cik Konah. Betulke...... ?’

APAKAH YANG TELAH DIKATAKAN OLEH LISA SURIRUMAH?JOM.. EPISOD SETERUSNYA..

0 comments:

Post a Comment