
Dr. Malik hampir terlupa bahawa Zaharah juga mengikuti mereka ke balai polis daripada kampung memandangkan Dr. Malik ingin lekas sampai dib alai polis. Kereta Zaharah juga terletak di dalam rumahnya dan Zaharah boleh menunggu Dr. Malik menyelesaikan masalahnya. Cermin tingkap diturunkan. Bahagian mata dan dahi yang tidak tertutup nampak sedikit pucat seperti tidak cukup oksigen mungkin kerana ingin mengejar kereta Dr. Malik yang seakan-akan mahu meninggalkannya sepertimana hatinya yang remuk tidak diendahkan kehadirannya cintanya di hati Dr. Malik.
‘I’m sorry. I totally forgot about you just now. Too much problems in my head’ kata Dr. Malik.
‘You want to have a chat for a while outside?’tanya Zaharah.
Dr. Malik buntu. Dalam hatinya, tidak terlintas kepada siapakah yang harus diluahkan perasaan risau ini kerana isterinya sedang tidur. Sarjan Tiru, rakan karibnya juga telah mati. Jihan pula mungkin sedang sibuk menjual produk kurusnya. Ibubapanya sudah tua dan tidak perlu dikusutkan lagi dengan permasalahan ini. Kalau ingin diharapkan bakal isteri keduanya, Lisa Surirumah, sudah tentu sia-sia kerana lubang telinganya yang besar itu tidak berguna kerana ibarat bercerita dengan telinga yang tersumbat. Dalam situasi ini, hatinya tidak tenteram dan apa-apa sahaja bisa dilakukannya tanpa rasional. Dia ditawarkan oleh wanita berhemah dan lemah lembut itu untuk bercerita. Sudah tentu dia tidak akan melepaskan peluang ini. Lagipun, wanita ini merupakan salah satu orang yang dipercayai isterinya. Mana mungkin isterinya cemburu sekiranya dia duduk bercerita berdua sahaja. Sudah tentu isterinya memahaminya. Dia tersenyu sedikit lalu menangguk. Zaharah mengundurkan kedudukannya dan duduk di bangku yang terletak berhampiran dengan kereta Dr. Malik. Dr. Malik membuka pintu. Enjin kereta dibiarkan hidup kerana ingin menghidupan penghawa dingin keretanya supaya isteri dan anaknya selesa ketika sedang tidur. Dia menutup perlahan-lahan pintu supaya mereka berdua tidak terjaga. Dia menuju kea rah Zaharah lalu duduk di bangku itu tetapi kedudukannya agak jauh dari Zaharah sebagai tanda hormatnya kepada wanita yang menjaga aurat dan pergaulannya itu. Bicara antara mereka memecahkan kesunyian malam.
‘Are you lone here in Malaysia?’ tanya Dr. Malik ingin tahu.
‘Naam. My parent no longer in Malaysia. They already went back to Middle East. I’m staying here and managing any left matters that still not settled yet’ baals Zaharah sopan.
‘Do you have boyfriend?’ tanya Dr. Malik spontan keuar dari mulutnya.
Zaharah terkejut dengan pertanyaan Dr. Malik sehingga menyebabkan Dr. Malik terperasan bahawa soalannya itu sedikit kurang sopan atau kurang sesuai ditanyakan ketika itu kepada wanita seperti itu. Lalu, dia meminta maaf secepat mungkin.
‘I have once. I really love him. But, now I need to move on with my life. My love is to ALLAH S.W.T. ‘balasnya ringkas menenangkan perasaan Dr. Malik yang serba salah tadi. Dia memandang mata Zaharah yang terdedah. Walaupun dia tidak dapat melihat wajah Zaharah dengan jelas kerana tertutup dan tidak dapat melihat bentuk tubuh badan Zaharah, namun dia kagum dengan penampilannya yang sebegitu boleh membuatkan sesiapa sahaja redup mata memandang. Penampilan ringkasnya menyenangkan sesiapa yang bersemuka dengannya. Tambahan pula, dengan jawapannya yang ringkas dan padat dengan isi membuatkan Dr. Malik merasakan buah fikirannya sangat idealistic dan seksi.
‘Forgive me If I looked like busybody. It’s just that I curious want to know why someone that you love did not think twice before he broke up with you?’tanya Dr. Malik.
‘The past is past. My life will not be the same again. But, I thank to Allah S.W.T because of the previous bad history made me ‘THE NEW ME’ , ‘ A NEW PERSON’ ‘balas Zaharah.
‘Can I know...?’ Dr. Malik mula bertanya dengan nada tersekat. Dia sudah mula berani mengangkat tangannya lalu didekatkan kepada Zaharah. Dia cuba memegang wajah Zaharah sambil menatapnya. Zaharah terpaku dengan tindakan Dr. Malik. Dengan tiba-tiba, dia terignat Tuhan dan isteri pertama Dr. Malik yang solehah, Puan ZUlaikha. Zaharah mengalihkan pandangannya sambil mengucap. Memang dia amat suka akan lelaki di depannya itu, tetapi sayangnya lebih lagi kepada Allah S.W.T. Dr. Malik juga terkejut kerana dia sudah dipengaruhi syaitan. Entah jin apa yang telah merasuknya sehingga dia menjadi seperti orang terlebih nafsu sebentar tadi. Dia juga mengucap. Tiba-tiba, bayinya menangis di dalam kereta. Masing-masing memandang ke arah kereta. Puan Zulaikha juga terkejut dan terbangun mendengar bayinya menangis. Kelam kabut Puan Zulaikha ingin mendapatkan bayinya. Zaharah menyuruh Dr. Malik balik ke kereta dahulu dan dia akan mengikutinya kemudian. Dr. Malik seakan-akan faham mengapa mereka perlu berbuat begitu. Dr. Malik juga terus pergi ke kereta untuk melihat anaknya dan isterinya. Zaharah masih duduk dan menyesali apa yang telah berlaku tadi. Tetapi, sekuat mana iman di dada, dia masih tidak dapat menghilangkan rasa cintanya kepada lelaki idamannya itu sejak kali pertama berjumpa. Namun, apakandaya kerana dia tidak mampu untuk melawan takdir. Keinginnan di hati ini perlu dipendam. Sudah rezeki ruang kosong sebagai isteri nombor dua Dr. Malik milik Lisa Surirumah, orang kampung Dr. Malik. Mungkin dia lebih layak untuk Dr. Malik. Mungkin Lisa boleh memasak makanan Melayu kampung berbanding dengan dia. Mungkin Lisa lebih suci dan sesuai untuk Dr. Malik.
Leftenan Fahada cuba mententeramkan Inspektor Rozita. Dia faham keadaan yang dialami dan dilalui oleh Inspektor Rozita. Dia tahu bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai mangsa penculikan dalam mangsa bilik kurungan. Lebih-lebih lagi sekarang penjenayah tersebut masih bebas. Leftenan Fahada memberikan kata-kata perangsang kepada Inspektor Rozita untuk meneruskan kehiupan. Leftenan Fahada mencadangkan Inspektor Rozita supaya berehat atau ambil cuti. Inspektor Rozita memberitahu bahawa dia tidak boleh melakukan kerja separuh jalan. Kehidupan perlu diteruskan dan begitu juga dengan tanggungjawab. Dia tidak akan menjadi inspektor polis sekiranya dia lemah dan tewas dalam perasaannya traumanya sendiri. Dia ingat pesanan Sarjan Tiru suatu ketika dahulu. Pertama, dapatkan Leftenan Fahada untuk menyelesaikan kes ini. Kedua...
Memori ketika di Rumah Sarjan Tiru suatu ketika dahulu..
‘Ingat Rozita. Kalau apa-apa terjadi pada aku, kau cari detektif yang bernama leftenan Fahada. Dia bekas Leftenan Maritim yang banyak menyelesaikan banyak kes-kes jenayah laut atau maritim. Kepakarannya kini digunapakai untuk menyelesaikan masalah kes-kes di darat juga. Oleh itu, dia membuka syarikat penyiasatan sendiri untuk mendapatkan pelbagai jenis upahan atau kerja’ peringatan daripada Sarjan Tiru.
‘Dan satu lagi. Kamu kena tolong rakan saya, Dr. Malik. Dia adalah kunci bagi kes ini. Dia ada sesuatu dan bukti yang boleh mengaitkan orang-orang penting dalam kes ini. Mungkin dia tidak tahu tentang perkara ini. Tetapi, ada sesuatu padanya yang boleh membantu kita dari segi bukti fizikal dan maklumat yang dia boleh ceritakan dan digunapakai di kandang saksi semasa perbicaraan kelak’ sambung Sarjan Tiru.
‘Apa yang Dr. Malik tahu Tuan?’ tanya Inspektor Rozita.
‘Dia ada membawa salah satu bukti yang dia tidak perasan iaitu ......’ kata-kata Sarjan Tiru belum habis lagi tetapi telah diganngu oleh isterinya.
‘Ini dia kopi. Cik Rozita minumlah. Saya tahu anda penat seharian bekerja’ kata isteri sarjan Tiru. Perbualan mereka terbantut kerana isteri Sarjan Tiru ada sehingga mereka mengubah topic perbualan yang lain.
APA BUKTI YANG DR MALIK ADA? TUNGGU!!!
0 comments:
Post a Comment