
KORBAN MITHALI : EPISOD 14 : PART 3
Suasana di dalam bilik doktor sangat tegang apabila Datin Paulina dan Datuk Alif Asyraf bakal mengetahui keadaan kesihatan anaknya.
‘Datuk dan Datin. Sebelumni, kami percaya berlaku hentakan objek tumpul betul-betul terkena kepalanya sehingga perlahan-lahan dia kehilangan memorinya dan pitam sebelum dia mula bangkit dengan kehilangan memori. Tetapi, sekali satu hentakan kuat berlaku dan terkena kepalanya. Kebetulan, hentakan tersebut memulihkan keadaan keretakan di dalam kepala anak Datuk sehingga saraf-saraf otaknya bertembung semula dan elok. Dengan erti kata lain, dia sudah dapat mengingati segala bentuk memori lama sebelum berlaku hentakan pertama. Tetapi, dia perlu datang ke hospital kerana seperti yang anda lihat dalam X-Ray di kepalanya ini, keretakan di kepala sangat membimbangkan saya kerana mungkin ia akan member kesan kepada otaknya’ terang doktor itu dengan terperinci.
‘Tolong Doktor. Cakaplah berapa pun kos untuk mengubatinya, kami sanggu bayar. Bolehkan bang?Bolehkan?’ rayu Datin Paulina.
Datuk Alif Asyraf hanya menganggukkan kepalanya.
‘ia bukan semudah itu. Keretakan dan pergeseran berlaku di tengkoraknya atau oraknya. Otak merupakan bahagian sensitif kerana otak yang beritndak menghantar mesej atau impuls ke saraf-saraf lain. Oraklah yang membezakan manusia dan binatang. Kasi saya buat kajian dan penilaian lanjut, baru saya akan malklumkan kembali’ jelas doktor itu.
Tiba-tiba, telefon bimbit Datuk Alif Asyraf berbunyi. Dia menyuruh isterinya meneruskan perbualan dan perbincangan dengan doktor sementara dia memberitahu isterinya yang dia hendak menjawab satu panggilan perniagaan dari luar negara. Lalu, Datuk Alif Asyraf pun keluar dari bilik doktor tersebut dan mengangkat panggilan tersebut.
‘Hello!’ jawap Datuk Alif ASyraf.
‘Bos, dokumen ada di tangan saya’ balas suara pemanggil.
‘Bagus!’ balas Datuk Alif Asyraf. Dia memusingkan badannya sambil berinteraksi melalui telefon dengan pemanggil. Tiba-tiba, dia ternampak Dr. Fasha di belakangnya. Dengan sepantas kilat, Dr. Fasha terus memeluknya.
Kejadian itu disaksikan secara tidak sengaja oleh Dr. Malik dan isterinya. Pelukan erat seperti sepasang kekasih yang saling merindui itu menimbulkan tanda tanya kepada pasangan suami isteri itu.
‘Jangan-jangan Dr. Fasha....’ Dr. Malik berbisik did alam hati.
Tiba-tiba, Dr. Malik mendengar suaranya dipanggil lalu dia menoleh ke belakang. Rupa-rupanya Jihan yang memanggilnya. Jihan seperti tidak cukup nafas. Di berpeluh-peluh sambil mengeluh kepenatan.
‘Rozita. Rozita hilang’ balas Jihan.
‘Hilang? Macammana mayatnya boleh hilang?’ tnya Dr. Malik.
‘Aku tak tahu. Jom lapor kepada polis’ arah Jihan.
‘Kau tak stabil ni. Macam tak keruan and cukup rehat. Meh, kita duduk dulu di sana dan berbincang dan kau ceritakanlah segala perkara yang berlaku. Jihan menundukkan kepalanya malu. Dr. Malik menyuruh isterinya yang mendukung anaknya mengikut dari belakang ke kafetaria.
Sementara itu, di tempat kejadian, Leftenan Fahada dan sepasukan polis sedang mencari bukti dan cap jari penjenayah di lokasi jenayah di kafetaria Hospital Datuk Alif Asyraf. Beberapa gambar diambil untuk dijadikan bukti untuk siasatan dan kegunaan mahkamah kelak. Leftenan Fahada tidak berpuas hati kerana sukar untuk mendapat sebarang petunjuk atau pembayang. Dia terus meluru ke dapur untuk mendapatkan air mineral atau ait yang boleh diminum. Dia mengambil gelas dan mengisikannya dengan air yang keluar dari penapis air. Dia meneguk air tersebut dambil otaknya ligat berfikir tentang motif jenayah tersebut. Tiba-tiba, seorang anggota polis masuk ke dalan dapr tersebut.
‘Leftenan, ada orang ingin berjumpa’ kata pegawai polis itu.
‘Saksi mana pulak kalini yang kau bawak?’ tanya Leftenan Fahada.
‘Saksi kalini boleh digunapakai. Orang kepercayaan Leftenan. Cuba teka siapa?’ tanya pegawai polis itu.
Leftenan Fahada terpaku apabila mendengar kata-kata pegawainya itu. Dia ingin meluru keluar berjumpa dengan saksi yang boleh dipercayai itu.
‘Plang!’ tiba-tiba gelas di tangan Leftenan Fahada terjatuh ke atas lantai mengejutkan pegawainya setelah terdengar bunyi bising secara tiba-tiba.
‘Like a G6, Like a g6’ bunyi deringan telefon membuatkan Leftenan Fahada tertanya-tanya dari man datangnya bunyi itu. Leftenan Fahada terus mencari lalu ternampak telefon bimbit sdang bergetar dan satu panggilan masuk. Sebelum sempat, dia mengangkat panggilan tersebut, deringan sudah berhenti. Leftenan Fahada memang sudah memakai sarung tangan untuk mengelakkan cap jarinya mengganggu bahan bukti. Dia mengangkat telefon bimbit tersebut lalu menekan-nekan untuk memeriksa siapa yang telah membut panggilan tadi.
‘Awak bawak telefon ini sekali sebagi bahan bukti. Semak cap jari siapa yang ada di telefon ini dan pemilik telefon ini’ arah Leftenan Fahada. Dia pun ingin segera kelaur dari dapur. Apabila mereka sudah melangkah keluar dari dapur, dia ternampak saksi yagn dikatakan itu. Dia tersenyum.
‘Apa yang berlaku?’ tanya LEftenan Fahada.
Saksi itu seperti tahu segala yang berlaku sambik tangannya menunjuk-nunjuk ke atah tempat kejadian berlaku peristiwa yang diucapkan. Dia bersungguh-sungguh menerangkan kepada Leftenan Fahada.
-_____________________________________________________________________________
Keesokn harinya,
‘I almost there. Please wait for me’ arah Puan Zulaikha.
‘never mind. I will go down and wait you at the main door’ balas Zaharah.
Zaharah sudah mula pulih dari trauma dan kecederangan ringan. Dia menarik begnya yang beroda itu dan berjalan menuju ke tangga. Dalam perjalanan menuju ke tangga, dia melalui kaunter pendaftaran yang menepatkan jururawat-jururawat bertugas menguruskan kemasukan dan pentadbiran mengenai pesakit-pesakit di hospital tersebtu. Seorang doktor menemui jururawat tersebutu yang berada di kaunter itu.
‘Ini fail pesakit En. BAdul Jazzly Bin Alif Asyraf untuk bilik VVIP 1 sebelah wad ICU. Sekarang dia sedang tidur. Lagi setengah jam, awak datang sana berikan ubat dan pastikan layan elok-elok kerana da anak VVIP’ pesan doktor itu kepada jururawat bertugas.
Jururawat tadi mengangguk. Namun, nama yang tidak asing bagi Zaharh itu membuatkan hatinya berkobar-kobar untuk terus ke bilik VVIP 1. Dia tersentak tiba-tiba ketiak tercuri dengar perbualan doktor kepada jururawatnya itu. Zaharah eprlahan –lahan menuju ke bilik VVIP yang dimaksudkan oleh doktor itu. Dia seperti serba salah. Dia memegang tombol pintu bilik VVIP itu lalu membukanya perlahan-lahan. Mukanya sudah merah keran takut akan kehadiran orang lain. Dia membuka pintu itu dan tidak menutupnya kembali. Kelihatan seorang pemuda kacak sedang tidur berdengkur di atas katil pesakit. Suasana di dalam bilik tersebut memang menyelesakan. Zahrah perlaha-lahan merapati katil tersebut. Dia memandang ke arah wajah lelaki itu. Air mata mula mengalir kelaur dari matanay membasahi pipinya. Dia menggerakkan tangannya lalu seperti ingin disentuh wajah pemuda tampan itu. Kelihatan seprti dia kenal ebnar akan lelaki itu.
‘Ah!’ Zaharah terjerit setelah bunyi bising tiba-tiba kedengaran.
‘Insya ALLAH.. Insya ALLAH.. Insya ALLAH...’ lagu Maher Zain bertajuk Insya ALLAH berkemundang sebagai petanda panggilan masuk ke dalam telefon bimbit Zaharah. Dia menganggkat panggilan tersebut.
‘I’m at the main gate already. Where are you? You said want to wait here right?’ tanya Puan Zulaikha.
‘I’m coming’ balas Zaharah pantas dan terus mematikan telefon bimbitnya. Dia ternampak pemuda itu sedang menggeliat seperti terkejut apabila terdengar bunyi bising di dalam biliknya. Zaharh cepat-cepat ingin melangkah keluar, tiba-tiba..
‘Adoi’ Jururawat yang baru masuk dilanggar Zaharah yang kelam-kabut ketika itu.
‘I’m sorry’ blas Zaharah.
‘kalau sorry, naik lorry le. Kene kejar hantu ke?’ marah jururawat itu.
‘Maafkan saya. Saya nak cepat. Terima kasih’ Zaharah menjawab di dalam bahasa melayu dengan fasih dan terus berlalu keluar.
‘Siapa tu?’ tanya Badul melihat wanita bertudung litup itu.
‘Itu adalah jin Islam’ balas jururawat itu.
Ketawa sejenak Badul yang sedang terlantar sakit itu mendengar usikan dari jururawat itu.
‘kalau nak tahu dari mana jin itu berasal, marilah makan ubat!’ jururawat itu berjenaka lagi. Badul ketawa melihat telatah jururawat itu. Tetapi, jauh di sudut hatinya ingi mengetahui wanita yang berjubah dan berpurdah tadi. Dia seperti amat kenal dengan wanita itu.
Puan ZUlaikha menjemput Zaharah di pintu utama lalu membukakan pintu untuk Zaharah di belakang. Anak mereka juga terduduk dan terikat kemas denga tali pinggang sebagai langkah keselamatan. Puan ZUlaikha menutup kembali pintu itu dan terus memasuki tempat duduk sebelah pemandu di hadapan. Dr. Malik sempat menoleh ke belakang dan melemparkan senyuman yang manis ke arah Zaharah. Zaharah cepat-cepat tunduk malu.
‘Dah makan?Lapar?’ tanya Dr. Malik kepada Zaharah.
Zaharah senyap sahaja.
‘Zaharah, dah makan? Lapar?’ tanya Dr. MAlik sekali lagi.
‘I’m sorry. I don’t understand’ balas Zaharah.
Dr. Malik malu sendiri. Dia terlupa yang Zaharah berasal dari negara Timut Tengah dan tidak fasih berbahasa melayu. Dia meminta maaf cepat-cepat dan bertanya dalam bahasa inggeris. Zaharah menjawab dengan sopan. Mereka membawa Zaharah makan di Restoran Lagenda 17 di Seksyen 13 Shah Alam. Setibanya mereka di sana, mereka lekas membuat pesana kerana masing-masing sangat lapar. Sesudah itu, Puan ZUlaika teringat sesuatu dan pergi ke kaunter sebentar untuk menanyakan tentang kerus bayi dengan pelayan di situ kerana ingin meletakkan anaknya itu di dalam kerusi bayi.
‘I’m sorry again’ beritahu Dr. MAlik.
‘Nothing to sorry. Just forget it’ balas Zaharah.
‘I mean sorry for accidentally watch your full face yesterday while you’re faint at the hospital’ penerangan Dr. Malik panjang lebar.
Zaharah menundukkan kepala tanda malu .
‘Anyway you are beautiful’ beritahu Dr. Malik.
Zaharah terus memandang tepat ke mata Dr. Malik. Terserlah keikhlasan dari setiap bait-bait kata yang kelaur dari mulut DR. Malik. Zaharah tersenyum.
‘Anta jamilah jiddan’ Dr. Malik memuji Zaharah. Zaharah ketawa.
‘Since when you’re star learning Arabic words?’ tanya Zaharah.
‘Since I see your beautiful face yesterday’ balas Dr. Malik.
Tiba-tiba dia tersedar dari khayalan dan cepat-cepat membetulkannya.
‘ I... I mean since I buy the malay-Arabic Dictionary’ balas Dr. Malik.
‘Apa abang sebut pasla kamus ni bang?’ tiba-tiba Puan Zulaikha menyampuk.
‘takde apa-apa’ Dr. Malik menjawab penuh malu.
‘Anta is used for male.. IF female like me, anti’ balas zaharah membetulkan.
‘I thought anti is mak cik’ balas Dr. Malik.
‘ Ish, abang ni’ Puan ZUlaika menyapuk lagi sambil mencubit pinggang suaminya.
Mereka tergelak besar. Namun, akhrinya Zaharah mampu membaja taman-taman di hatinya setelah mendengar sendiri kata-kata ikhlas dari Dr. Malik. Hatinya berbunga mekar.
0 comments:
Post a Comment