this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 12 : PART 2

Tuesday, February 8, 2011


Suasana di dalam kafetaria Hospital Datuk Alif Asyraf itu sangat tegang. Masing-masing bagai cacing kepanasan ketakutan. Lima orang penjenayah yang menutup mukanya seperti pengganas kelihatan sentiasa berwaspada sambil mengawal keadaan di dalam kafetari tersebut.

‘Sapa lagi nak kena tembak? Angkat tangan. Cepat angkat. Aku nak mintak satu benda saje. Sangat senang. Siapa kat sini doktor, cepat mengaku’ jerit lelaki itu.

‘Cepat mengaku. Kalau tak aku tembak lagi sesiapa kat sini’ gertak penjenayah itu.

‘Dia bang.. Dia ni doktor bedah’ ada seorang lelaki menunding jarinya ke arah seorang doktor bedah. Doktor bedah yang ditunjuk itu adalah Doktor Nizuan, pakar sakit puan.

Lelaki yang bersuara kasar dari tadi pergi mendapatkan Doktor NIzuan lalu mengacukan senapangnya ke arah Dr. Nizuan dan menyuruhnya bangun. Doktor Nizuan yang ketakutan terus bangun tanpa banyak cakap atau melawan. Dr. Fasha dan Dr. Malik yang yang terkejut dari tadi terus menarik nafas lega kerana mereka juga doktor di hospital itu dan mereka takut yang mereka adalah doktor yang ditunjuk oleh orang awam yang menjadi tali barut penjenayah itu. Sesekali kelihatan di celah kelangkang Dr. Nizuan, seluarnya basah kuyup. Bau yang pelik juga dihidu oleh mereka yang berada berdekatan dengannya.

‘Hoi, kau kencing ke?’ tanya penjenayah itu kepada Dr. Nizuan.

‘T...T....Tak’ balas Dr. Nizuan.

‘Apa?’tiba-tiba penjenayah itu menempelak dan menakutkannya.
Dr. Nizuan yang ketakutan terus mengaku dengan perasaan malu mengatakan bahawa memang dia terbuang air kecil kerana ketakutan. Penjenayah itu ketawa terbahak-bahak mendengar pengakuan tersebut.

‘Macam perempuan. Dah, meh ikut aku keluar’ pejenayah itu mengacukan senapang ke arah Dr. Nizuan lalu menyuruhnya bergerak keluar daripada kaftaria tersebut. Penjenayah itu memanggil salah seorang dari rakannya supaya menemaninya. Mereka bertiga keluar daripada kafetaria tersebut. Ramai yang tertanya-tanya di dalam hati apakah yang akan berlaku kepada Dr. Nizuan dan mengapakah penjenayah itu mahu tahu siapakah doktor di hospital itu. Sebelum sempat orang-orang awam yang mejadi tawanan itu menarik nafas lega, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi tembakan bertalu-talu dan berturut-turut di luar kafetaria sebaik sahaja penjenayah-penjenayah tadi keluar dari kafetaria itu. Kedengaran orang ramai di luar kafetaria berlari mencari pintu keluarr hospital akibat tembakan itu. Penjenayah yang menyebabkan tembakan itu ketawa berdekah-dekah melihat perangai manusia-manusia yang takut mati itu.

‘Kau nampak kan diaorang semua tak nak mati?’ tanya penjenayah itu kepada Dr. Nizuan. Dr. Nizuan mengangguk sahaja.

‘Kalau kau tak nak mampus, aku nak kau carikan aku fail wanita Thailand yang meniggal sebulan yang lalu disebabkan kemalangan. Namanya ..... ‘ bisik penjenayah itu kepada Dr. Nizuan. Dr. Nizuan tidak dapat berfikir dengan tenang kerana ketakutan tetapi tahu apa yang dimaksudkan oleh penjenayah itu dan apa yang perlu dia buat untuk membantu penjenayah itu.

Sementara kehangatan , ketakutan, dan ketegangan menyelubungi tawanan-tawanan di dalamkafetaria itu, salah seorang daripada tawanan tersebut tiba-tiba mengerang kesakitan. Wanita yang mengerang kesakitan itu seperti menarik nafas laju sambil mengerang kuat. Penjenayah-penjenayah di situ sudah tidak keruan dengan situasi tersebut lalu menyuruh wanita itu senyap. Namun, wanita terebut tidak mengendahkan arahan penjenayah itu. Salah seorang penjenayah terus menghala kea rah wanita itu lalu mengacukan senapang itu ke arah wanita yang malang dan mengerang kuat itu sambil mengugut sekiranya dia tidak mahu diam dalam kiraan lima, dia akan menembak wanita itu. Wanita itu ketakutan tetapi kesakitan yang dirasai di perutnya tidak boleh diduga lagi dan tidak boleh ditahan lagi. Dia tidak boleh bersabar dengan tekanan yang berlaku. Perutnya yang buncit itu seperti menekan-menekan dan bergerak-bergerak seperti mahukan udara. Seluruh isi di dalam perut tersebut seakan-akan mahu keluar terus dari perut wanita itu. Penjenayah yang garang tadi masih mengacukan senapang tersebut kea rah wanita itu lalu mula mengira dengan menyebut ‘lima’. Wanita itu menjadi panik tetapi dia sudah tidak dapat bertahan. Mukanya berkerut-kerut dan bertukar menjadi warna merah. Dia mengurut-urut perutnya cuba melawan kesakitan yang dialaminya keseorangan. Penjenayah tersebut menyebut perkataan ‘empat’. Sebaik sahaja perkataan ‘empat’ kelaur dari mulut penjenayah itu, kedengan bunyi air yang banyak ditekan kelaur dari satu permukaan yang berubang dan sudah lama tertutup dan berbunyi ‘Plup!’.

‘Dua’ penjenayah yang kejam dan tidak berhati perut itu terus mengira.
Air yang banyak perlahan-lahan mengalir keluar daripada badan wanita itu. Itu petanda air ketubannya sudah pecah. Penjenayah itu menyebut nombor ‘satu’ dan hujung senapang masih tidak dialihkan daripada menghala kea rah wanita itu. Wanita malang itu sudah tidak mempedulikan situasi ketika itu dan menyerah bulat-bulat segala-galanya kepada Tuha yang Maha Berkuasa.

‘Perempuan tu nak bersalin. Air ketubannya pecah. Biar saya tolong’ suara seorang lelaki yang gagah dan berani tiba-tiba kedengaran memecahkan suasana tegang di dalam bilik tersebut. Orang-orang awam, staf-staf hospital dan semua yang menyaksikan keberanian tersebut kagum, terpaku dan menolehkan pandangan mereka kepada lelaki yang mengambil risiko itu. Peluh mengalir perlahan-lahan dari dahi lelaki itu memikirkan tindakan yang dia lakukan ini mengikut emosi dan perasaannya atau ia datang dari akal fikiran yang waras sehingga sanggup menggadai diri untuk menyelamatkan wanita malang itu. Sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepadanya, siapakah yang akan memberi nafkah kepada isteri dan anaknya. Persetankan semua perkara itu kerana ada wanita yang betul-betul memerlukan pertolongan ketika itu. Pengorbanan yang sudah dia lakukan ini sudah dianggap jihad kerana ingi membantu seorang wanita melahirkan zuriat baru atas agama Islam dan memperbanyakkan khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini yang sekadar di pinggiran dan sekadar pinjaman yang sementara ini.

‘Siapa nama kau? Tanya penjenayah itu.

‘Malik. Dr. Malik ‘ balas lelaki berani itu.
Tiba-tiba, satu bunyi tembakan dilepaskan dan semua orang terkejut dengan situasi itu.

‘Ah’ rintih Dr. Malik.

‘Malik’ Jehan berteriak melihat keadaan kawannya.
________________________________________________________________________________
Salah satu gambar perkahwinan Dr. Malik dan Puan Zulaikha yang terlekat di dinding jatuh terhempas.

‘Abang’ tiba-tiba Puan Zulaikha menjerit. Dia terbangun dari tidur petang. Dia melihat anaknya yang comel dan tidur lena didalam buaian bayi. Dia mengesat peluhnya yang menitis-nitis.Di segera mendapatkan penyapu dan pengaut sampah untuk membersihkan kaca yang bersepah akibat gambar perkahwinan yang terjatuh itu. Selepas siap dia membersihkan kaca-kaca tersebut, hatinya berasa tidak sedap dan teringat-ingat suaminya. Dia terus mencari telefon bimbitnya lalu didail nombor telefon suaminya. Dia terdengar bunyi nada deringan tetapi tidak berangkat. Berkali-kali dia cuba menghubungi suaminya itu tetapi masih gagal. Dia mat risau akan suaminya tetapi dia tidak pandai memandu kereta. Dia teringat Zaharah lalu segera menelefon Zaharah.

‘Zaharah, can you help me?’ tanya Puan Zulaikha selepas Zaharah mengangkat panggilan telefon darinya.

‘Ini dia’ beritahu Dr. Nizuan sambil menunjukkan fail yang diminta oleh penculik itu.

Penculik itu merampas fail tersebut dan terus meletakkan ia di atas meja. Fail itu diselak-selak sdan dibaca. Kemudian, dia tersenyum lalu.

‘Bagus. Ini yang aku cari. Jom turun balik’ kata penjenayah itu.
Mereka terus menuruni tangga dan menuju ke kafetaria kembali.

0 comments:

Post a Comment