this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 7 : PART 2

Monday, February 7, 2011



Bahu lelaki itu ditepuk.

‘Can you call me a cab? I need to go urgently to the hospital now’suruh Dr. Malik.

Lelaki itu meletakkan minuman di atas meja dan kemudian menganggukkan kepala lalu menyuruh Dr. Malik tunggu sebentar.

‘Bang, kenapa tiba-tiba suruh orang panggil teksi?’tanya puan Zulaikha.

‘Abang ada hal kecemasan di hospital. Nah, ambil kunci. Dah habis jumpa Zaharah, awak terus balik ye. Hati-hati bawa kereta. Zaharah ada telefon?’ tanya Dr. Malik.

‘DIa dah sampai dari tadi. Ha, panjang umur. Itu dia’ tunjuk Puan Zulaikha.

Dr. Malik memanang ke arah wanita berbaju merah bernama Zaharah itu. Sungguh mempersonakan melihat cara berjalan yang sopan dan pemakaian yang cantik tetapi menjaga aurat. Dr. Malik tidak dapat melihat wajah Zaharah yang sebenar kerana bahagian bawah matanya sudah ditutup. Tetapi, bulu matanya yang lentik semulajadi, matanya yang cantik bak kaca dan renungannya yang redup membuatkan mana-mana lelaki cair. Tindakan Dr. Malik diperhatikan oleh Puan Zulaikha yang tidak faham tentang keadaan angau yang dilanda suaminya. Zaharah jalan menghanpiri Dr. Malik. Mata mereka saling bertentang tetapi tidak berkedip atau berkelip.

‘I’m sorry. I was inside the toilet’ Zaharah memohon maaf.

‘No probem. Zaharah, I need to go now because there is an emergency in my hospital. I was being ordered to standby there. Can you just accompany my wife and my son while you are here. I really want to stay longer to see you but I do not have any other choice. I need to go because of work. So, see you next time’ kata Dr. Malik.

Zaharah ingin mengatakan sesuatu tetapi sebelum sempat dia berbuat begitu, pelayan lelaki yang menyuruhnya tunggu sebentar menegurnya lalu menyuruhnya cepat-cepat ke luar kerana teksi sudah menunggu di situ.

‘I have to go now. Bye’ ucapan selamat tinggal keluar daripada Dr. MAlik untuk isteri kesayangannya, Puan Zulaikha, anaknya dan Zaharah. Satu ciuman melekat di pipi isterinya kerana dia tidak lokek mmeberikan ciuman sayangnya kepada orang yang paling dia sayangi. Anaknya juga tidak terlepas daripada ciuma ayah angkatnya yang penyayang itu. Sekali-sekala, terdetik di hati Zaharah menunggu ciuman itu juga datang dari orang yang sama hinggap di pipinya tetapi nafsunyja sahaja yang mampu berfikiran nakal. Tetapi jasadnya masih beriman dan cuba menepis khayalan-khayalan itu. Dr. Malik melambai mereka semua lalu keluar dari restoran itu dengan pantas.

Puan Zulaikha menjemput Zaharah duduk kembali dan menikmati hidangan minuman yang sudah dipesan. Puan Zulaikha bercerita tentang kesesakan lalu-lintas di Kuala Lumpur semasa menuju ke restoran ini akibat perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Selangor. Dia juga bercerita tentang anaknya yang meragam memandangkan baru beberapa hari bayi ini bersamanya menempuhi liku-liku hidup bersama. Keletah percakapan Puan Zulaikha terberhenti sejenak bukan disebabkan kehabisan idea mahupun disuruh berhenti tetapi dia merasa tidak dilayan. Zaharah memandang luar sahaja dari tadi dengan penuh khusyuk. Puan Zaharah melihat ke luar tingkap dan nampak.....

‘Ha!!!’ Dr. Fasha menjerit sebelum hampir diterkam oleh Boy.

Dengan tidak semena-mena, mukanya ditumbuh oleh ayahnya sendiri.

‘Kau gila’ jerit Datuk Alif Asyraf.

Setelah ditumbuk, Boy terjatuh lalu berguling menuruni tangga. Para staf cepat-cepat menangkap Boy lalu menyuntik ubat penenang untuk melemahkan Boy. Boy perlahan-lahan seperti mahu tertidur. TIba-tiba, dia ternampak di celah-celah himpitan staf-staf hospital tersebut, dia ternampak seseorang di pintu utama. Rupa orang tersebut betul-betul seperti pernah dilihatnya.

‘Badul...Badul...’ tiba-tiba dia meracau menyebut-nyebut nama itu lalu tertidur sambil menunjuk di pintu utama hospital tersebut. Datin Paulina kasihan melihat keadaan anaknya tetapi dia perlu redha dengan segala yang terbaik untuk kesihatan dan keselematan anaknya. Boy dipapah naik ke atas tangga dan dibawa ke biliknya semula.

‘Datuk.. Datin... sila ikut saya sekarang ke bilik saya’ arah Dr. Fasha.

Datuk segera mendapatkan isterinya lau diangkat dan dipimpin untuk mengekori Dr. Fasha. Suasana menjadi tenang semula.
______________________________________________________________________________


‘Kenapa awak mengganggu hidup kami? Apa yang awak cari?’ tanya Nasha menggoda.

Wanita itu terdiam sahaja tidak terkata.

‘Kenapa diam? Cakaplah sayang’ pujuk Nasha. Wanita it uterus berdiam diri. Nasha tidak suka dengan keadaan itu lalu dia cepat-cepat bangun dan turun dari katil itu.

‘Saya dah kasi peluang. Awak tak nak jawap. Jadi, minta maaflah saya tak boleh tolong awak lagi lepas ini. Raymond, buatlah apa yang kau suka’ jelas Nasha.

Raymond sudah tidak tahan lagi. Satu persatu pakaiannya ditanggalkan bermula dengan baju dan akhirnya seluar. Wanita yang terikat di atas katil itu sudah ketakutan dan menjerit-jerit minta tolong. Nasha hanya memandang luar sambil buat-buat tidak tahu dan tidak peka dengan perkara yang berlaku. Wanita itu ketakutan lalu menjerit mintga tolong. Raymong sudah bertelanjang bulat dan memeluk wanita itu. Perbuatan Raymond betul-betul telah menakutkan wanita itu. Wanita itu sudah tidak tahuapa yang perlu dibuat. Yang mana satu yang perlu dipertahankan? Rahsia atau kehormatan diri? Dia sudah buntu tetapi dia kini sedang cube bergelut dengan Raymond tetapi tiada kudrat seorang wanita yang lemah terikat untuk melawan keganasan lelaki yang sudah banyak melakukan jenayah.

‘Tolong saya. Janga apa-apakan saya. Saya cakap. Saya cakap’ balas wanita itu.

Nasha masih senyap tetapi kali ini, dia mengeluarkan kotak rokok dan mengambil sepuntung rokok untuk dihisapnya.

‘Tolong suurh dia berhenti. Aku cakap apa yang berlaku’ rayu wanita itu apabila Raymond sudah mula mendakap erat wanita itu. Nasha masih tenang dan mencari pula pemetik api di sakunya lalu dikeluarkan dan digunakan untuk menyalakan hujung puntug rokok tersebut. Dengan tenang, dia menghisap rokok tersebut dan menghembuskan asap tebal dengan tenang.

‘Please. Sumpah, aku bagitahu segala-galanya’ rayu wanita itu apabila butang bajunya sudah mula dibuka satu per satu. Matanya mengalirkan air mata dan badannya mengalirkan air peluh kerana menahan ketakutan dan saat-saat cemas.

‘Datuk Alif Asyraf....’ jerit wanita itu.

‘Apa?’ tiba-tiba Nasha terkejut dan memandang wanita itu lalu menyuruh Raymond berhenti. Dia memegang rambut wanita itu lalu ditarik ke atas dengan garang sambil meludah.

‘Cepat. AKu nak dengar sekarang. Siapa nama kau?’ tanya Nasha.

APA YANG BERLAKU? SIAPA WANITA ITU? APA BADUL BUAT DI HOSPITAL DAN TERCEGAT DI PINTU? APA KAITAN BOY DAN BADUL? MANA PERGI MIRINDA? DIA ADAL DALAM EPISOD-EPISOD LEPAS DAN SEKARANG CUMA ANDA SEBAGAI PEMBACA TIDAK NAMPAK APA YANG SAYA NAMPAK.. HAHAHA!

0 comments:

Post a Comment