
Suasana pagi ketika itu sangat sunyi. Bunyi kokokan ayam memecahkan kesunyian pagi tersebut. Udara yang bersih dan segar membuatkan Tok Mahidin khayal sambil menjamumatanya melihat ketenteraman pagi tersebut.
‘Bang. Jom sarapan dahulu’ jemput Mak Cik Markonah.
Sedulang makanan dihidangkan di atas lantai kawasan bedekatan beranda di luar rumah. Tok Mahidin yang terasa sangat lapar cepat-cepat mengambil kueh-mueh di dalam dulang tersebut untuk dijamahnya. Memang lahap betul cara Tok Mahidin mengunyah kueh-mueh itu. Mak Cik Markonah tidak melabuhkan punggungnya di atas lantai tersebtu menemani Tok Mahidin, tetapi terus masuk balik ke dalam rumah untuk mengambil cawan dan air kopi untuk Tok Mahidin. Nasi lemak memang sudah menjadi santapan kebiasaan mereka sekeluarga di rumah kampung itu. Tiba-tiba, terdengar bunyi bayi menangis. Tok Mahidin tercekik sebentar tanda terkejut.
‘Konah oi.. Oh, Konah oi..mana airnya?Tercekik dah ni’ panggil Tok Mohidin.
Mak Cik Markonah cepat-cepat membawa sedulang cawan dan air kopi dan menuju ke depan rumah. Dalam perjalanan, dia ternampak Puan Zulaikha keluar daripada biliknya dan tersenyum sambil mendukung anaknya yang sedang menangis.
‘Assalamualaikum Mak. Selamat pagi’ tegur Puan Zulaikha.
Mak Cik Markonah hanya tersenyum paksa. Apabila dia terpandang susuk bayi tersebut, dia terus berubah muka menjadi masam mencuka lalu meneruskan langkahnya ke depan rumah. Mukanya tampak geran dan terus keluar daripada ruang tamu rumahnya. Puan Zulaikha tidak perasan akan gelagat ibu mentuanya itu dan sibuk menggoyang-goyangkan dukungannya itu untuk membuatkan bayi itu terdiam. Mak Cik Markonah kini sudah berada di hadapan rumah lalu duduk bersimpuh di sebela suaminya itu. Dengan cermat, dia menuangkan air kopi ke dalam cawan suaminya itu dan memberikan cawak beralas piring kaca kepada suaminya. Suaminya terus mencapai cawan tersebut lalu meniup-niup air kopi tersebut kerana ingin menyejukkan air tersebtu supaya senang diminum. Perlahan-lahan, Tok Mahidin menghirup air kopi tersebut. Tiba-tiba, anaknya, Dr. Malik keluar dari pintu depan rumah lalu menyertai kedua-dua orang tuanya itu.
‘Asslamualaikum Ayah, emak. Awal makan?’tanya Dr. Malik.
‘Awal apakebendanya? Sekarang sudah pukul berapa?’tanya ibunya.
‘Ya lah. Awal makan tengah hari. Baru pukul sepuluh setengah pagi’balas Dr. Malik.
‘Kau jangan banyak cakap depan rezeki. Kalau lapar, makan. Kalau kenyang, kau pergi sapu daun-daun kering depan rumah. Kau nak menyapu ke atau nak makan?’ugut ayahnya.
‘makan..makan..’jawab Dr. Malik cepat-cepat lalu terus mengambil pinggan dan mengisikan nasi lemak ke dalam pinggan tersebut. Mak Cik Markonah menuangkan air kopi ke dalam cawannya dan juga cawan Dr. Malik. Cucu Tok Mahidin sudah membisu dan terlena kembali dalam dukungan Puan Zulaikha. Tanpa mereka sedari, Puan Zulaikah sebenarnya betul-betul di belakang pintu rumah depan Tok Mohidin tapi sedang leka mengamati wajah comel anak kesayanagnnya itu.
‘Malik, mak ada benda nak cakap ni. Kau jangan marah?’tanya Mak Cik Markonah.
‘Cakaplah Mak. Takkan dengan Malik pun nak minta kebenaran’ jawab Dr. Malik sambil mengamati maskan ibunya memang tiada tandingannya.
‘Bila kau nak ada anak betul Malik?’pertanyaan ibunya itu membuatkan Dr. Malik tersentak lalu tersedak. Nasi yang belum smepat dikunyah dan baru dijamah di mulutnya itu tersembur ke lantai depan rumah. Tok Mohidin yang sedang menghirup kopinya itu juga tersembur air kopi ke lantai. Puan Zulaikha yang berada di belakang pintu depan rumah juga tersedar dari lamunan apabila mendengar soalan yang ‘panas itu.
‘Apa mak cakap ni? Yang si Zu dukung tu bukan anak kami ke?’tanya Dr. Malik marah.
‘Entah awak ni. Awak ingat tu toyol ke yang anak awak ni bela?’sampuk ayahnya kasar.
‘Maksud mak, anak kandung. Anak darah daging kau. Cucu dari keturunan mak dan ayah kau’ kata-kata Mak Cik Markonah itu betul-betul menghiris luka di dalam hati Puan Zulaikha. Nanah-nanah lama kini sudah mula kembali.
‘Apa mak merepek pagi-pagi depan rezeki ni? Mak nak anak, saya kasi Mak. Apa yang tak cukup lag?. Mak kan tahu kami dah cuba tapi tak boleh mak’ Dr. Malik bersuara.
‘kenapa awak ni?Syaitan apa yang dah rasuk awak ni?’ marah suaminya.
‘Mak tak kira. Kita ni keturunan baik-baik. Entah siapa emak dan ayah budak tu. Kau main ambik aje. Kalau itu anak luar nikahke, anak perogol ke, perompakke, penjenayah ke, pondan ke. Kau nak anak kau ajdi macam bapak kandung dia!’ tempik Mak Cik markonah.
‘KOnah!’ jerit Tok Mohidin sambil menampar isterinya.
Bunyi tamparan yang kuat mengejutkan bayi yang tidur dari tadi lalu menangis. Mereka bertiga terkejut mendengar ada bayi mengangis di balik pintu. Puan Zulaikha yang sudah mengalirkan air mata kerana tersentuh dengan kata-kata ibu mentuanya it uterus lari perlahan dengan lemah longlai menuju ke biliknya. Dr. Malik sedar bahawa isterinya di belakang pintu itu tadi lalu bingkas bangun.
‘Tengok. Apa mak dah buat? Mak paksa saya derhaka kepada emak’ jawab Dr. Malik senafas lalu segera mendapatkan isterinya di bilik. Dia duduk di atas katil di sebelah isterinya yang ayu menangis ketika itu. Tangannya membelai wajah isternya lalu menarik dagu isterinya untuk memandangnya. Air mata isterinya merah dan berair.
‘Abang, kita balik sekarang ye bang. Boleh?’pujuk isterinya.
Dr. Malik mengangguk tanda setuju kerana dia pun sudah tidak tahan dengan sikap emaknya itu lalu memeluk isteri kesayangannya sambil anak mereka dia dibiarkan menangis di atas katil.
0 comments:
Post a Comment