
Jam di tangan samar-samar menunjukkan pukul 12.30a.m di balik kegelapan dikeheningan awal pagi.Hanya bulan sahaja yang bisa berani menerangi suasana yang dikelilingi tumbuhan-tumbuhan hijau rendang di taman yang sepi.Kesepian malam hanya disulami dengan bunyi jarum jam di tangan berdetik-detik dari satu saat ke saat yang seterusnya. Kesejukan malam mendamba perasaan syakwasangka yang terbit di hati dan sanubari masing-masing.Entah apakah yang difikirkan di benak masing-masing.Kereta Toyota ALtis berwarna hitam metalik sudah berhenti lama di kawasan sunyi tersebut. Mulut yang terkunci sudah tidak boleh menahan kata-kata amarah lagi. Rasa seperti ingin terkoyak tekak ini menahan lendiran air liur bercampur kesuaman di anak tekak Mirinda.Akhirnya,segala yang dipendam terluah jua.
"Sebenarnya kenapa you bawak I ke tempat macam ni?"dengan perlahan,Mirinda bersuara memecah suasana.
Badul hanya diam membisu. Fikirannya melayang entah ke mana.Peluhnya mengalir dari dahinya ke pipinya. Kadar metabolismanya memang tinggi. Setiap kali pergi gimnasium, hampir basah kuyup baju sukan yang dipakainya dengan kesan peluh akibat bermain dengan alatan di gimnasium sehinggakan rakan-rakannya memerli keadaanya. Badul mengesat-ngesat mukanya.
"Hey, you dengar tak apa yang I cakap tadi?Kenapa you bawak I ke sini?'sambil memetik jari beberapa kali betul-betul di depan muka Badrul sehingga membuatkan lamunannya terhenti. Badul memandang Mirinda dengan penuh rasa malu serta merah padam.
"Kita perlu selesaikan di sini"akhirnya Badul bersuara.
"Selesaikan apa lagi?Tak cukupke selama ni I korban untuk you"balas Mirinda.
"You takkan faham.Tolonglah!"kata-kata badul terhenti di situ.
Mirinda sudah tidak keruan. Mirinda sudah gelisah seperti tahu apa yang bakal diucapkan oleh Badul selepas ini.Badul cuba bersuara tetapi mulutnya dikunci oleh Mirinda dengan jarinya seperti tidak sanggup mendengar apa yang bakal diluahkan oleh Badul. Mirinda terus mencapai butang pembesar suara tertulis 'Volume' yang terdapat dalam kereta Badul. Kedengaran lagu yng pernah menjadi siulan suatu ketika dahulu seperti menujukan kepada mereka berdua.
"Jangan diucap selamat tinggal..Jangan diucap selamt tinggal"lagu dendangan kumpulan Shades bertajuk 'Jangan diucap selamat tinggal' berkumandang di radio memecahkan keheningan malam.
Badul tidak boleh berselindung lagi. Dia harus menjadi lelaki yang berani dengan kata-katanya. Dia harus menjadi berani demi kasih kepada kekasihnya. Dia harus menjadi lelaki bermaruah yang harus tanggung dengan akibatnya.
"It's over.Sampai di sini sahaja perhubugan kita.Berat untuk aku meneruskan hidup kita bersama.Terimalah takdir ini sayangku" Badul melepaskan satu tembakan dari mulutnya dengan senafas dan sebaris kata penamat.
"Tapi kenapa?apa salah aku?"teriak Mirinda.
"Don't ask more!It's over.Maafkan aku"tenang Badul menjawab.
Air mata Mirinda mengalir satu demi satu titis penuh hampa bersama impiannya luka dan berdarah. Pelamin yang diangankan olehnya musnah sama sekali sedangkan tiada ombak , tiada badai yang mengganggu hidup dan percintaan yang terjalin antara mereka berdua.
Buat sekian kalinya Melinda bertanya "Kenapa?"
Badul menjawab "kerana ......"
BERSAMBUNG....
0 comments:
Post a Comment