this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI :EPISOD 2 : PART 1

Wednesday, February 2, 2011


‘AKU MANUSIA LEMAH..SELALU TERJATUH..BERBEDA AKU DARI-MU..KAU BERDIRI TEGUH..’
‘AKU SERBA TIADA..AKU KEKURANGAN..DAN BILA KAU TIADA..AKU HILANG DARI KEWUJUDAN.’

Berkumandang lagu syahdu menghiasi kehangatan tengah hari yang terik di dalam balai polis Kota Dame. Sesekali terasa sayup ketika lagu tersebut mengiringi suasana panas berangin di balai tersebut. Kelibat anggota-anggota polis beruniform lengkap berwarna biru tua melambangkan ketangkasan dan ketelusan anggota-anggota polis menyelesaikan kes-kes yang ditugaskan kepada mereka.

‘Jiman, boleh kau perlahankan radio. Bisinglah. Aku nak uruskan laporan mangsani’ pekik Inspektor Rozita kepada rakannya yang sedang melayan lagu yang berkemundang di radio.

‘Encik Kenit! Encik boleh pulang terlebih dahulu. Sekiranya ada sebarang maklumat mengenai kehilangan beg duit encik , kami akan hubungi secepat mungkin’jelas Inspektor Rozita.

Lelaki berkaca mata itu tadi terus bangun dan berjabat tangan dengan Inspektor Rozita sambil mengucapkan terima kasih, lalu beredar keluar dari balai polis. Inspektor Rozita yang ayu di dalam uniform polisnya terus membawa fail dan berjalan ke arah pegawai atasannya. Inspektor Rozita mengetuk pintu pegawai atasannya lalu dibenarkan masuk.

‘Sarjan, tadi ada panggil saya ke?’ Tanya Inspektor Rozita.

‘Nanti, Datuk Alif Asyraf Sardi datang bersama isterinya dan anak lelakinya. Awak cuba kendalikan masalah Datuk ye?’jelas Sarjan Tiru.

Inspektor Rozita mengangguk tanda faham dan terus berlalu keluar dari bilik Sarjan Tiru.

‘Wah, boleh tahan juga awek-awek polis ye!Bertuah kau sebagai sarjan dikelilingi dengan inspektor-inspektor yang cantik-cantik’ seloroh Dr. Malik kepada Sarjan Tiru.

Sarjan Tiru mampu tersenyum tanda setuju dengan kata-kata Dr Malik. Mereka berdua memang kawan rapat semenjak sekolah menengah lagi.

‘Senyum, tak perlu kat apa-apa. Senyum. Aku tak tahu nak buat apa. Senyum!’ Sarjan Tiru bertindak nakal mendendangkan lagu ‘senyum’ nyanyian Najwa dan Malique.

‘Sudah. Jangan mengarut. Tolong selesaikan masalah aku ini. Dapat jumpa identiti wanita tersebut?’ Dr. Malik mengajukan soalan.

Sarjan Tiru hanya mampu menggelengkan kepala lalu mengangkat
tangan ke kepala.

‘Minta maaf. Aku dah cuba tetapi nampaknya tidak berhasil. Dia berkemungkinan bukan orang Malaysia. Aku kena semak dengan imegresen tentang perkara ini. Mukanya seakan-akan daripada Thailand walaupun ada mirip rupa orang melayu sedikit’ balas Sarjan Tiru.

Dr. Malik tidak tahu untuk berkata apa-apa. Hampir semua kaedah telah dicuba untuk mengenalpasti identiti mayat wanita tersebut tetapi tidak berjaya sampai sekarang. Dr Malik memberitahu Sarjan Tiru yang dia ingin beransur dan berharap rakannya itu dapat meneruskan pencarian identity wanita mesteri tersebut. Beliau cepat-cepat membuka pintu bilik Sarjan Tiru dan tiba-tiba ‘Bam...’..

Pintu itu terhentak kepala seseorang ketika Dr. Malik cuba membukanya dengan laju. Dr malik meminta maaf secepat mungkin daripada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menggosok-gosok kepalanya yang kesakitan lalu memandang tepat kepada Dr. Malik.

‘Tidak mengapa. Tidak sengaja kan?’ dia bersuara sambil berwajah serius.

Dr Malik meminta maaf dan menghulurkan kad namanya kepada lelaki tersebut sekiranya kepalanya mengalami kecederaan yang teruk. Tercatit di kad namanya Dr. Malik Mawi Bin Mahidin.

Lelaki tersebut mengucapkan terima kasih lalu cepat-cepat beransur ke tandas. Dr. Malik masih rasa bersalah tetapi hidup perlu diteruskan dan dia beransur keluar dari balai polis tersebut.

‘Jadi? Pihak polis boleh kesan atau tidak bakal menantu saya ni?’tanya Datin Paulina

‘Sabar Puan. Kami sedang mencuba sedaya upaya untuk mencari Mirinda’balas Inspektor Rozita.

‘Apa Puan Puan. Saya ni Datin Paulina Martinez, keturunan diraja Argentina!’teriak Datin Paulina.

‘Awak ni. Dah lah. Jangan bising. Malu lah. Kita datang sini untuk selesaikan masalah, bukan menambah masalah’ nasihat Datuk Alif Asyraf kepada isterinya.

Ketika situasi ketika itu sedang tegang, tiba-tiba mereka terkejut melihat seseorang yang mereka amat kenali memandang mereka dalam keadaan yang sangat lemah. Matanya amat kuyu dan berjalan terhuyung-hayang menimbulkan tanda tanya pegawai-pegawai polis di dalam balai tersebut. Dengan tidak semena-mena, orang tersebut terjatuh lalu pengsan.

‘ Tidak... !’ jerit Datin Paulina.
Apakah yang berlaku di dalam balai polis tersebut? Siapakah yang pengsan? BAcalah part 2 episod 2 Korban Mithali

0 comments:

Post a Comment