
‘Harus bagaimana lagi.. kan terus begini..’ nada dering telefon bimbit Dr. Malik berbunyi. Dr. Malik mengangkatnya. Dia melayan panggilan telefon itu.
‘Jangan risau. Aku dah selamat. Tuhan akan menyebelahi setiap orang yang taat pada perintah-Nya. Alhamdulillah’ balas Dr. Malik.
Dr. Malik sempat tersenyum dan kadang-kadang ketawa melayan karenah pemanggilnya. Secara tiba-tiba, dia terdiam dan mukanya berubah. Dia merenung ke hadapan.
‘Ya. Minggu depan. Minta maaf. Kami tiada kad jemputan. Aku sms sahaja. Majlis kecil-kecilan di kampuna aku. Kau ingat kan? Datanglah’sambung Dr. Malik.
‘Ok. Assalamualaikum!’ dia menamatkan perbualan tersebut.
Puan Zulaikha bertanyakan kepada suaminya tentang orang yang menelefon tadi dan perkara yang dibualkan. Dia memberitahu yang itu adalah kawannya, Zamri yang bertanya akan keadaannya setelah menjadi tahanan pengganas di hospital dan sms jemputan mengenai perkahwinannya minggu hadapan. Dia memberitahu keadaannya baik dan mengesahkan jemputan tersebut.
‘Abang betulke mahu meneruskan bang?’ tanya Puan Zulaikha kepada suaminya.
Zaharah berkelakuan biasa mendengar pertanyaan itu. Tapi, sambil berselindung, dia mencuri-curi dengar pebualan itu. Dr. Malik menegaskan dia tidak akan membantah keputusan ibunya.
‘Zulaikha, jangan bincang perkara ini di depan orang luar. Hey, Zaharah. You also most welcomed to my wedding with Lisa that you meet in my parent’s house last time. Can you come?’ tanya Dr. Malik.
‘Insya ALLAH’ balas Zaharah selamba namun jauh di sudut hatinya, tiada siapa tahu luka berdarah dan sudah bernanah akibat tidak tahan menanggung derita dan penyiksaan mendengar perkhabaran itu bahwasanya berita itu tidak dapat diterimanya. Namun, dia hanya insan bias a yang mampu menyembunyikan perasaan cintanya terhadap hak orang lain. Tetapi, dia tidak sanggup melihat sesuatu kehilangan berulang kembali. Kehilangan yang sama bakal berlaku seperti kehilangan yang berlaku sebelum ini. Dia harus lari dari semua masalah remeh-temeh ini.
‘Bos, kerja semua kita dah buat. Tapi bila duit nak dapat?’ tanya Helmi AFiq ingin tahu.
‘Sabau kau tahu sabau? Sabau le’ balas Raymond. Namun, di dalam hatinya, terdetik sekelumit ragu-ragu terhadap janji yang pernah diberikan suatu ketika dahulu.
Nasha bergerak ke arah Raymond lalu memeluknya dari belakang sambil meraba-raba badannya lembut.
‘Sayang, apa yang Helmi tanya tu memang betul. Kata nak kasi duit sebaik dah buat kerja. Sekarang ni, kerja dah buat. Bukan senang, susah tau. Kalau baby tahu, baby tak ikut saying pergi buat kerja bodoh haritu’ manja NAsha berbicara.
‘Oh, sekarang ni akulah yang bodoh. Yang kau orang ikut sekali ni kenapa? Kau oarng pun bodohlah ‘ Raymond melenting meniggikan suara.
‘masalahnya...’ sebelum sempat Helmi Afiq menghabiskan ayatnya, Nasha mengangkat tangannya lalu membuat tanda atau isyarat tangan untuk menyuruh Helmi Afiq berhenti dari menyambung ayatnya itu.
‘Baby dan kawan-kawan sayang sanggup dipanggil bodoh kerana kami patuh pada arahan saying. Jadi, saying fikirlah apa yang terbaik untuk kita’ balas Nasha memujuk. Raymond memegang tangan NAsha yang ingin merajuk lalu mencium tangannya sambil tersenyum.
‘Aku tahu apa nak buat sekarang?’ balas Raymond.
Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon orang yang mengupahnya mencuri dokumen itu dan menunggu panggilan diangkat. Enam kali nombor didail tetapi tidak diangkat. Dia memberitahu rakan-rakannya di dalam bilik tersebut panggilannya tidak diangkat.
‘siapa orang ni sampai sibuk sangat takde masa nak angkat telefon?’ tanya Dunstan yang tiba-tiba muncul dari pintu.
‘biarlah dia sibuk. Orang kaya mestilah sibuk. Kau ni sibuk sangat ni pehal?’ Raymond memandang tepat kea rah Dunstan sambil mengeluarkan pistolnya lalu dihalakan mucungnya ke arah Dunstan. Dunstan terkejut dengan tindakan Raymond tetapi dia juga sudah bersedia dengan pistolnya di belakang poket seluarnya sekiranya Raymond bertindak di luar jangkaan. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi dan dia mengangkat telefonnya.
‘ kenapa call? BUkan kau janji nak bayar lepas habis kerja ke?’tanya Raymond. Dia memberikan muka bengis tetapi tiba-tiba, dai ketawa besar.
‘Ok..OK.. saya datang sekarang’ balas Raymond.
‘Jom ikut aku. Kita makan besar punya’ Raymond mengajak semua kuncu-kuncunya. Dunstan, helmi Afiq dan Nasha mengekorinya masuk ke dalam kereta untuk berjumpa seseorang. Seseorang yang akan memberikan kekayaan sementara kepada mereka.
‘Alamak. Aku lupa. NAsib baik aku ingat. Helmi, kau pergi ambil dokumen kat laci bilik aku’ arah Raymond kepada Helmi Afiq
____________________________________________________________________________
Seminggu sudahpun berlalu. Suasana di rumah Mak Cik KEmbung memang meriah. Majlis yang dirancang secara kecil-kecilan rupa-rupanya berjaya dirancang secara besar-besaran. Ini semua kerana orang kampung sangat hormat kepada keluarga jutawan Malik Segaraga, suami kepada Mak CIk Kembung yang terkenal dengan kekayaan di kampung itu. Lisa sedang sibuk berinai di bilik tidurnya. Seperti biasa, kawan karibnya Jenab bertindak sebagai jurusoleknya.
Tempoh untuk bernikah tinggal sehari lagi. Mak Cik Markonah sibuk dengan hantaran untuk pertunangan dan pernikahan itu.Tok MOhidin sibuk melayan saudara-mara yang aan menyertai rombongan pengantin lelaki. Kelihatan Dr. Malik termenung di jendela melihat keadaan persekitaran luar. Dia menikmati udara nyaman kampung sehabis baik.
‘Bang’ panggil Puan Zulaikha.
‘Ya’ balas Dr. Malik tersenyum paksa.
‘Betulke abang nak kahwin?’ tanya Puan Zulaikha sambil mendukung anaknya.
‘BEtul. Abang pasti’ balas suaminya.
‘Abang, walau apapun keputusan yang abang buat, saya akan sentiasa sokong abang. Dengn syarat, ia adalah kerelaan hati abang, bukan paksaan atau dibuat’ pesan Puan Zulaikha yang risau melihat keadaan suaminya sambil memegang tangan suaminya. Suaminya faham isteri kesayangannya itu sanggup melakukan apa sahaja untuknya sehingga mempersetujui pernikahan isteri kedua ini Tiba-tiba, nama isterinya dipanggil ibunya. Puan Zulaikha terus membawa bayinya lalu keluar dari bilik.
‘bang, ingat! Saya sentiasa untuk abang’ Puan Zulaikha sempat menoleh dan memberikan kata-kata pesanan berbentuk peringatan untuk kebahagiaan suaminya. Kemudian, Puan Zulaikha berlalu.
‘mana beg duit aku?’ tanya Dr. Malik kepada dirinya apabila mendpati beg duitnya hilang. Dia terus mencari di katil , di balik selimut dan cadar serta di dalam almari dan laci, masih tidak jumpa. Dia teringat yang dia baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur semalam, mungkin bg duit itu ada di dalam beg pakaiannya. Dia terus mendapatkan beg pakaiannya di bawah katil. Setelah dibelek, dia tidak terjumpa beg duitnya. Kemudian, dia ternampak beg tangan isterinya dan teringat dia ada meletakkan beg duitnya di dalam kereta dan mungkin isterinya ada mengambil beg duitnya dan diletakkan dalam beg pakaian isterinya. Dia dengan penuh yakin terus mencari di dalam beg pakaian isterinya kerana itu yang selalu berlaku apabila Dr. Malik terlupa akan beg duitnya. Setelah dicari beberapa saat, dia ternampak beg duitnya.
‘kan aku dah cakap’ katanya kepada dirinya sendiri.
Tiba-tiba, dia ternampak satu diari hitam di dalam beg pakaian isterinya. Dia teringat ini adalah diari percuma yang diberikan oleh pihak pengurusan hospital kepadanya pada awal tahun. Memandangkan dia sudah ada diarinya sendiri, die menghadiahkan kepada isterinya. Dia memegang diari itu dan tersenyum keseorangan. Dia terasa tertarik untuk melihati isi kandungan di dalamnya. Entah apa yang ditulis isterinya. Dia membelek helai demi helai. Kemudian, dia terus menuju ke muka surat yang menunjukkan catatan pada tarikh yang terkini. Dia membaca dari muka surat yang terakhir dan mengundur ke tarikh-tarikh terdahulu. Die terpegun melihat catitan isterinya sehingga... ____________________________________________________________________________
Zaharah sudah mengemas pakaiannya di dalam kondominiumnya. Dia sudah selesai mengemas segala-galanya. Setelah penat mengemas, dia duduk sebentar di hadapan cerminnya. Dia melihat passport dan tiket penerbangannya ke Perancis yang bertarikh keesokan harinya. Dia memegang dokumen tersebut dan mengelamun. Dia berazam tidak sanggup untuk melihat kehilangan seorang lagi lelaki penting dalam hidupnya. BAginya keputusan untuk menaiki penerbangan ke PErancis pada keesokan harinya amat tepat. Hatinya telah retak , luluh dan hancur kerana tidak sanggup melihat lelaki yang dia cintai jatuh ke tangan orang yang tidak sepadan dengannya. Biarlah dia membawa hati yang lara ini. Dia memegang telefon bimbitnya dan membelek isi di dalamnya. Dia masuk ke ruangan gambar dan foto. Dia terlihat gambarnya bersama Puan ZUlaikha di restoran arab mewah suatu ketika dahulu. Kemudian dia ke gambar kedua dan akhirnya mengalirkan air mata apabila terlihat gambarnya bersama PuanZulaikha dan Dr. Malik. Namun, dia hanya mampu menatap gambarnya tetapi tidak mampu untuk mendapatkannya. Biarlah dia dengan hidup barunya. Hanya sekelumit doa mampu di panjatkan ke hadrat Ilahi untuk kebahagiaan pasangan bakal suami isteri itu.
0 comments:
Post a Comment