this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 14 : PART 2

Wednesday, February 16, 2011



Letupan yang berlaku di Hospital Datuk Alif Asyraf tadi menyebabkan keadaan bangunan tersebut tidak selamat. Semua mangsa tawanan dibawa menggunakan ambulans ke hospital yang berdekatan. Wanita yang telah berjaya melahirkan bayinya ketika saat genting itu kelihatan terbaring di katil kelegaan. Suaminya duduk disambing katilnya dan memeluk bayi yang selamat dilahirkan. Mereka tersenyum kegembiraan kerana semuanya telah selamat.

Dr. Fasha dan Dr. Nizuan yang mengalami kecederaan ringan ketika saat yang menakutkan itu dirawat sebagai pesakit luar. Tahanan-tahanan lain ada yang terus balik ke rumah masing-masing kerana tidak terlibat dalam sebarang pergelutan dengan penjenayah.

Jihan menuggu di luar bilik ICU. Dia kerisauan menanti doktor keluar dari bilik tersebut. Jiwanya bercelaru mengenangkan nasib inspektor polis yang cantik lagi menawan itu. Memang tidak dinafikan bahawa dia sudah mula tertawan dan jatuh hati bak cita pandang pertama sejak kali pertama terpandang wajah Inspektor Rozita ketika di kafetaria. Tetapi perkenalan yang singkat itu diganggu oleh penjenayah –penjenayah yang tidak mengenal erti belah kasihan. Tidak disangka pertemuan yang sekejap itu berakhir dengan kesudahan yang memilukan kerana Inspektor Rozita ditembak betul-betul berdekatan dengannya. Dia merasakan dirinya sangat dayus kerana tidak tampil bangun dan menyelamatkan Inspektor Rozita. Ini semua slahnya dan dia berasa serba salah atas segala suratan yang telah berlaku.

DI sebuah bilik VVIP, Boy dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri. Situasi itu membautkan Datin Paulina sangat terharu dan sedih. Ini kerana nasib malang yang menimpa diri anaknya berulang-ulang. Besar sangatkah kesalahan anaknya itu sehingga Tuhan menghukumnya sebegini. Datin Paulina pasrah dalam resah. Di sampingnya, kelihatan Datuk Alif Asyraf yang memegang bahu isterinya dan seperit biasa, dia menyuruh isterinya bersabar. Itu semua adalah kehendak Ilahi. Selagi dia masih bernafas, degupan jantung masih berdetak dan berdetik, selagi itu hayatnya dikandung badan. Dia masih hidup. Cuma doa dan ikhtiar perlu diperkuatkan untuk memberi inspirasi dan semangat kepada anaknya untuk pulih dan bangun seperti sediakala.

‘Jangan risau mak , ayah. Saya selamat. Zu kan ada Dia boleh jaga saya’ balas Dr. Malik kepada ibunya dalam satu panggilan telefon.

‘Itulah kau. Sikit-sikit menangkan ZU, sebalahkan ZU. Dia ada pun tak guna. Tengok apa jadi pada kau. Sebabtu, mak tak kira, walau apa pun terjadi, kau dan Lisa akan disatukan minggu hadapan juga kerana mak takut tak semat nak tengok kau kahwin dengan perempuan yang bakal memberi kebahagiaan kepada kau. Lisa ni ...’ Mak Cik Markonah berleter tanpa henti walaupun Dr. Malik sudah bosan dengan leteran itu. Dia terus mematikan talian telefonnya dan menutup terus suis bekalan elektrik telefonnya itu.

‘Ah.. Lega nya..!’ Dr. Malik menarik nafas lega. Dia terus menuju ke salah satu katil di dalam wad kecemasan. Dia ternampak isterinya. Dia memeluk isterinya dari belakang.

Puan Zulaikha memandang suaminya lalu tersenyum namun masih risau akan keadaan rakannya itu. Anaknya sudah lena diulit intan tertidur di tilam bayi bersebelahan dengan katil itu. Dr. Malik memandang wajah wanita yang terbaring itu.

‘Cantik!’ bisiknya di dalam hati. Buat kali pertama, dia ternampak kecantikan keseluruhan Zaharah. Mukanya rupa-rupanya seakan orang-oang Asia kacukan melayu. Di sebalik kain yang menutup bahagian bawah matanya, tersembunyi anugerah Ilahi yang indah untuk dipersembahkan. Alangkah bertuah orang yang dapat memperisterikan Zaharah. Dr. Malik berfikir panjang tidak berkesudahan.

“bang..’ panggil Puan Zulaikha.

‘Bang...’ Puan Zulaikha mengulangi panggilan terhadap suaminya.

Suaminya macam di alam kayangan atau khayalan.

‘Bang!’ Puan Zulaikha menguatkan suaranya sambil menepuk pipi suaminya lembut. Dr. Malik kemali dari lamunan.

‘Abang tengah fikir apa?’ tanya Puan Zulaikha kehairanan.

‘Oh.. Zaharah...!’ balas Dr. Malik.

‘Kenapa Zaharah?’ tanya Puan Zulaikha ingin tahu.

‘Takdelah’ balas Dr. Malik.

“Kenapa dengan Zaharah bang?’ tanya Puan Zulaikha betul-betul ingin tahu.

Dr. Malik sudah terlepas cakap. Telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Dia tidak mampu untuk membohongi isterinya. Namun, sepantas kilat, dia mengubah topik perbualan.

‘Mak telefon. Dia suruh abang kahwin juga minggu hadapan’ Dr. Malik mula mengalih topik perbualan.

‘Abang, abang betulke nak kahwin dengan Lisa bang?’ tanya Puan Zulaikha.

Lidah Dr. Malik kelu. Dia tidak mampu membohongi isterinya tetapi dia juga akur dengan kehendak ibunya.

‘Bang, bang sebagai ketua keluarga kita ada hak untuk membatalkan rancangan ini. Ini bukan soal Zu bang. Ini pasal abang. Abang sanggup ke tidur sekatil dan sebantal dengan wanita yang abang tidak sukai dan sayangi? Mampukah abang berikan nafkah batin kepada wanita yang abang tidak terlintas untuk mengahwininya langsung?’ soal Puan Zulaikha.

Dr. Malik kelu membisu. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Lalu dia mencium dahi isterinya dan membaringkan kepala isterinya ke dadanya. Dr. Malik tersepit di tengah-tengah muara keputusan. Tiba-tiba, Zaharah terbatuk.

‘B..Ba...Bad...’ Zaharah seperti mengigau. Puan Zulaikha segera memanggil doktor untuk melihat keadaan Zaharah. Doktor dan jururawat menyuruh Dr. Malik dan Puan Zulaikha tunggu di luar sambil membawa bayinya. Mereka ingin memeriksa Zaharah. Mereka pun membawa bayinya keluar dari kawasn tersebut.

Tiba-tiba, doktor yang berada di dalam ICU keluar dari bilik ICU lalu berjalan menuju ke arah Jihan. Jihan bangun untuk mengetahui keadaan Inspektor Rozita.

‘Awak suamiya?’ tanya doktor.

‘Bukan. Saya teman... teman lelakinya’ balas Jihan tergagap-gagap.

‘Kami sudah mencuba, Tuhan yang menentukan’ balas doktor.

Dia terkejut mendengar jawapan doktor lalu terus menepis doktor dan masuk ke dalam bilik ICU dan melihat sekujur tubuh telah ditutupi dengan selimut putih dari hjung kaki sampai ke hujung kepala. Dia menghampiri katil tersebut lalu menitiskan air mata melihat keadaan itu. Dia memberanikan diri untuk membuka selimut yang menutupi kepala tubuh itu.

‘Ha???’ Jihan terkejut.

‘Mirinda!!!!!’ tiba-tida terdengar suara orang menjerit dengan kuat.

Dr. Malik dan Puan Zulaikha terkejut mendengar jeritan itu. Doktor dan beberapa jururawat meluru ke Bilik VVIP dengan pantas. Dr. Malik membawa isterinya untuk melihat dari pintu untuk melihat situasi yang sedang berlaku.

Datuk Alif Asyrafdan Datin Paulina cuba menenangkan Boy. Boy meracau-racau sambil memanggil-manggil nama Mirinda. Dr. Malik mengamati wajah lelaki itu. Dia seperti mengenali lelaki itu tetapi dia tidak mampu mengingatinya.

‘bang, Jom pergi makan. Jangan sibuk hal orang. Jom’ ajak Puan Zulaikha.

Mereka terus meninggalkan bilik tersebut. Boy semakin memperlahankan reaksinya. Dia memandang ibu dan ayahnya.

“Mummy , Daddy. Where am I?’ tanya Boy.

Datin Paulina terkejut melihat perubahan pada anaknya itu. Dia kini sudah ingat kembali perkara yang sudah berlaku. Lebih mengharukan apabila dia sudah mengenali ibunya.

‘Encik Badul Jazzy Bin Alif Asyraf?’ sapa doktor.

‘Boy. Kami semua panggil dia Boy’ kata Datin Paulina.

Boy dan Badul adalah insan yang sama Cuma berbeza panggilan mengikut situasi. Namun , perubahan yang berlaku jelas menunjukkan tanda-tanda positif kepada dirinya.

______________________________________________________________________

‘HA!’ terkejut Jihan melihat mayat tersebut rupanya bukan mayat Inspektor Rozita.

‘Mana Inspektor Rozita?’ tanya Jihan.

‘Siapa? Ini namanya Norish alia’ balas doktor.

Jihan semakin keliru tentang perkara yang telah berlaku.

0 comments:

Post a Comment