this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 9 : PART 3

Monday, February 7, 2011


Suasana di dalam bilik tersebut sangat tegang. Bilik yang gelap hanya diterangi oleh lampu kalimantang di tengah-tengah atas siling. Saat itu, setiap pesalah digari di tempat meletak tangan di kerusi untuk mengelakkan daripada bergerak. Cermin yang menghadang pesalah daripada melihat keadaan luar bilik hanya memantulkan rupa dan wjah mereka sendiri. Para penyiasat di luar bilik siasatan tersebut menunggu dengan penuh teliti melihat para pesalah menunggu diri mereka disiasat oleh para penyiasat.

Pintu bilik terbuka. Seorang anggota polis masuk ke dalam bilik siasatan. Dia duduk di hadapan bertentangan dengan pesalah di atas kerusi. Fail yang dipegang diletakkan betul-betul di atas meja siasatan. Polis penyiasat tersebtu mengeluarkan gambar dari fail tersebut lalu dilemparkan kearah pesalah. Gambar dan wajah seorang wanita yang cantik dan mirip kacukan Thailand-Melayu terpampang di gambar yang dilemparkan itu.

‘Awak kenal siapa ni?’ Tanya penyiasat polis. Pesalah menggelengkan kepala.

‘Awak pernah jumpa atau nampak perempuan ini?’Pegawai polis mengajukan soalan kedua.Pesalah tersebut terus membisu dan menggelengkan kepala tanda tidak pernah nampak.

‘Takkan awak tak penah tengok atau kenal orang ni?’ jeris Polis tersebut sambil menghentak meja untuk menggertak pesalah tersebut. Pesalah tersebut berterusan membisu.

‘Kenapa awak tan nak mengaku? Kawan-kawan awak, Raymond Maurice, Dunstan dan NAsha mengaku kenal dengan wajah ini. Macammana awak boleh tak kenal? Awakkan orang kanan Raymond Maurice?’ gertak Penyiasat itu menakutkan Helmi Afiq.

‘Kalau saya dah tak kenal, kau nak buat apa?’jawab Helmi Afiq.
Penyiasat polis it uterus bangun dari kerusi dengan garang lalu mendekatkan diri ke ara Helmi Afiq. Dia menggenggam rambut Helmi Afiq lau ditarik ke belakang. Lalu, dia meludah kearah mukanya.

‘Kau jangan ingat kau pandai. Polis dah dapat keterangan dari 3 orang kawan awak yang telah mengaku bersubahat dalam cubaan membunuh wanita ini. Baik kau cakap, siapa bos kau? Kau bekerja dengan siapa?’ tanya polis itu garang.

‘Kau pun jangan ingat aku ni bodoh nak mampus. Kala kau dah dapat keterangan daripada kawan-kawan aku, takkan kau tak tahu siapa bos aku? Kau ni tak layak jadi polis. Tui’ balas HElmi Afiq sambil meludah ke atas terkena polis tersebut. Polis tersebut berang lalu ingin menampar muka Helmi Afiq tetapi ditegah oleh rakannya yang baru masuk ke dalam pintu bilik siasatan.

Nasha tersenyum sambil tangannya digari. Tetapi, tangannya tidak digari ke tempat meletakkan tangan di kerusi tetapi digari sesama tangannya sendiri. Tangannya lebih bebas bergerak.

‘Boleh saya minta rokok sebatang?’ pinta Nasha menggoda.
Anggota polis lelaki itu memandang Nasha denga penuh tergoda lalu mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya dan mengeluarkan sepuntug rokok ‘Dunhill’. Dia mencampakkan rokok tersebut kea rah NAsha. Nasha cuba mencapainya di atas meja dalam keadaan tangan bergari.

‘Bang, boleh kasi pemetik api?’ goda NAsha.
Polis yang terpukau dengan kecantikan Nasha tersebut terus mencapai pemetik api lalu ditolak di atas meja kea rah NAsha.

‘Bang, tangan saya kan bergari? Abang tolong nyalakanlah’ pinta NAsha.
Polis itu bangun perlahan-lahan lalu menghampiri Nasha. Nasha meletakkan rokok tersebut di mulutnya dan polis tersebut menyalakan hujung rokok tersebut dengan api dari pemetik api. Sepantas kilat api dinyalakan dan membakar hujung punting rokok tersebut, secepat itu Nasha bangun secara mendadak-dadak, lalu dihalakan hujung rokok yang telah dibakar itu kea rah mata sebelah kanan polis tersebut. Polis tersebtu mengaduh kesakitan dan terus menjerit kesakitan. Tangan kanannya menutup matanya menahan ngilu. Nasha terus aktif menendang perut pegawai polis itu dan menghentakkan rusuk polis tersebut dengan kedua-dua tangannya yang telah digari.
Tiba-tiba, pintu terbuka dan dua orang anggota polis masuk. Tiba-tiba, tembakan dilepaskan kea rah dua anggota polis tersebut. Rupa-rupanya pistol milik polis yang matanya terkena punting rokok yang paas tadi Berjaya dicuri dan digunakan untuk menembak dua polis yang datang kemudian tadi. Keadaan menjadi huru-hara. Nasha cuba keluar dari bilik pesalah tersebut dan secara tiba-tiba, matanya ditumbuk dan ditolak masuk balik ke dalam bilik pesalah itu dan Nasha terjatuh ke atas lantai. Pistol dihalakan kea rah Nasha dan tembakan bakal dilepaskan. Nasha tergelak-gelak kesakitan melihat keadaan itu.

‘Jangan!’ tindakan polis tersebtu ditahan oleh Inspektor Rozita.

‘Memang ini yang dia inginkan. Janga jadi bodoh. Kau tolong bawak mereka semua keluar utuk mendapatkan rawatan. Pergi cepat. Biar aku selesaikan perempuan ini’ nasihat Inspektor Rozita.

Polis yang panas baran tadi terus memanggil kawan-kawannya membantu mengeluarkan tiga orang mangsa cucukan dan tembakan itu. Kemudian, pintu ditutup. Inspektor Rozita menyuruh Nasha bangun dan duduk di atas kerusi kembali.

‘Wow. Sekarang kau sukalah. Berada di tempat kau. Masa kau kat tempat aku, kau takut takut. Pandai kau ye’ sindir Nasha.

‘Baru aku tahu macammana rasanya kena ikat. Tapi kat sini takde katil’ sambung Nasha.

Inspektor Rozita marah dengan kata-kata itu. Memang ialah wanita malang yang terikat di atas katil di rumah pelacuran itu. Tetapi, nasibnya baik kerana dia tidak dirogol atau diapa-apakan dengan teruk. Hanya sedikit seksaan terpaksa dia tanggngu beserta dengan pelukan dan dakapan paksaan daripada gangster-gangster di rumah itu.

‘Kenapa haritu kau marah bila aku sebut nama Datuk Alif Asyraf?’ tanya Inspektor Rozita.

Nasha terdiam dan maranya terbeliak. Dia seakan-akan cuba merahsiakan sesuatu.

Raymond Maurice sedang diajukan soalan bertubi-tubi. Dia masih mendiamkan diri. Tiba-tiba, Leftenan Fahada masuk ke dalam bilik. Dia mencapkkan fail berisi gambar dan dokumen di atas meja berhadapan dengan Raymond Maurice.

‘Perempuan kacukan Thailand-Melayu ni pernah kerja sebagai GRO di tempat jagaan kau kan?’tanya Leftenan Fahada. Raymond tergelak sambil menggelengkan kepala.

‘Siapa ni?kau tanyalah semua perempuan-perempuan jagaan aku. DIaorang tak pernah tengok pun muka betina ni’ balas Raymond Maurice.

‘Tapi, macammana cap jari kau boleh ada kat pipi, lengan dan beberapa anggota badannya? Takkan kau dah tak cukup stok sampai cari perempuan kat Siam kot’perli Leftenan Fahada.

‘Kau cakaplah apa pun yang kau nak cakap. Kau tak boleh perangkap aku. Aku tak terlibat langsung dengan perempuan ni. Kenapa kau menyibuk sangat?’ balas Raymond Maurice.

Leftenan Fahada marah lalu menampar pipi Raymond Maurice. Raymond Maurice tergelak.

‘Dah pukul berapa sekarang?’ tanya Raymond Maurice.

‘Kenapa kau nak tahu pukul berapa sekarang?’Leftenan Fahada bertanya kehairanan.

‘Dah nak pukul dua belas tengah malam kan?’tanya Raymond Maurice penuh yakin.
Leftenan Fahada bertambah risau melihat keyakinan yang terpancar dari muka Raymond Maurice.

‘Sepuluh saat lagi, Sembilan, lapan, tujuh...’ Raymond Maurice menyambung.
Leftenan Fahada terkejut dengan tindakan Raymond seperti orang gila mengira waktu. Leftenan Fahada pergi ke arah cermin lalu menepuk-nepuk cermin menyuruh anggota polis bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

‘Empat, tiga, dua, satu’ Raymond Mauricen selesai mengira.
Tiada sebarang perubahan atau ancaman berlaku. Leftenan Fahada menarik nafas panjang dari kejutan yang berlaku tadi. Dia terus keluar dari bilik tersebut untuk mendapatkan anggota polis yang lain. Dengan tiba-tiba, kaunter siasatan balai polis tadi meletup. Letupan yang dahsyat itu menyebabkan dinding-dinding blai tersebut pecah dan runtuh.

APAKAH YANG TELAH BERLAKU? APA KAITAN PENJENYAHNI DENGAN DATUK ALIF ASYRAF? ATAU WANITA YANG MATI MELAHIRKAN ANAK ITU? ADAKAH MEREKA JUGA TERLIBAT DALAM KEHILANGAN MIRINDA? NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA...

0 comments:

Post a Comment