
Wajah pengawal keselematan itu serupa penjenayah yang pernah menculiknya iaitu Helmi Afiq. Inspektor Rozita ketakutan dan kegelisahan sehingga pengawal keselematan itu menegurnya.
‘Hai Kakak yang cantik manis. Mengapa anda melihat saya seperti mahu menerkam bijik mata saya. Ayoyo!’ tanya pengawal keselamatan berbangsa India itu pelik dan hairan.
Inspektor Rozita tersedar dari lamunan lalu cepat-cepat meminta maaf dan terus meluru mencari tempat meletak kenderaan. Selepas meletakkan kenderaannya di tempat yang betul, dia memandang cermin keretanya dan melihat dirinya. Dia semakin trauma sejak kes penculikan yang lalu. Namun, sebagai anggota polis yang berwibawa, dia perlu ingat pesanan mentornya, Sarjan Tiru untuk tabah dan melawan segala kemungkinan dan permasalahan. Dia keluar dari kereta dan menuju ke ruang dalam hospital. Sepanjang perjalanan, hatinya berdegup kencang seprti ada yang tidak kena. Dia terasa setiap langkahnya diperhatikan. Apabila dia menoleh ke belakang, tiada siapa yang berada di belakangnya. Dia melawan kecelaruan dan kekeliruan dalam dirinya. Dia meraba poket seluarnya dan mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Dr. Malik.
‘Dr. Malik di mana? Kafetaria ye? Ground Floor kan? Tunggu saya di situ’ kata Inspektor Rozita lalu menuju ke kafetaria untuk berjumpa dengan Dr. Malik.
‘Inspektor itu sedang menuju ke sini. Apa yang perlu aku buat?’ tanya Dr. Malik.
‘Kau jangan gelabah. Rilek sudah!’ tenang Jihan menjawab pertanyaan tersebut.
‘Dr. Malik. Lama tak nampak. Dengar cerita Dr balik ke kampung kerana mak sakit. Betulke?’ sapa dan tanya Dr. Fasha. Jihan ternganga melihat Dr. Fasha betul-betul di sebalahnya. Kecantikannya mempersonakan dan mendamba lelaki-lelaki yang tidak keruan mencari pasangan hidup.
‘Mak kau macammna? Dah pulih?’ tanya Dr. Fasha. Dr. Malik hanya sekadar mengangguk. Dia perlu membuka mulut kerana berat untuk dirinya menceritakan perkara yang sebenar. Dia tidak mahu memuka pekund di dada dan membuka aib dalam kehidupannya.
‘Dr. Malik. Apa khabar?’ Inspektor Rozita sudah muncul dan menyapa Dr. Malik. Jihan semakin tidak keruan kerana tambah seorang lagi wanita jelita di hadapannya. Dalam hatinya cukup cemburu dengan nasib Dr. Malik kerana dikelilingi dan dihimpit wanita-wanita cantik dari pelbagai latar belakang. Dr.Fasha yang cantik lagi mempersonakan merupakan seorang doktor. Inspektor Rozita pula merupakan seorang wanita jelita dan matang dari segi paras rupa adalah seorang inspector polis. Lisa Surirumah pula merupakan gadis kampung yang bendul tetapi cantik dan unik, Cuma kadang-kadang agak menjengkelkan kerana suka mengadu domba masalah orang-orang kampung. Kalau Jenab, sudah terkeluar tajuk kerana dia kategori lelaki cantik dan bukannya wanita cantik.
‘kalau disentuhpun bukannya batal air sembahyang aku’ bisik Jehan dalam hatinya.
Puan Zulaikha memang tidak tersenarai dalam fikiran Jehan kerana dia tidak sanggup menguji dan melihat kecantikan isteri kawan baiknya kerana Puan Zulaikha itu terampa baik untuk diperkatakan kerana ringkahlakunya yang sopan dan terpuji.
Hanya Zaharah sahaja yang tidak pernah dilihat olehnya. Agak-agaknya macammna rupa Zaharah yang dikhabarkan datang dari negara benua Arab Timur Tengah itu. Siapa pula wanita yang menelefonnnya tempoh hari ketika kereta Dr. Malik rosak. Entah-entah cantik juga. Fikiran Jehan melayang entah ke mana-mana.
‘Hoi, Berangan ke?’tanya Dr. Malik kepada kawannya, Jihan.
‘Ala. Kau bukan nak kenalkan aku dengan kawan-kawan kau ni’ muncung mulut Jehan membalas kehampaan apabila Dr. Malik tidak cepat-cepat memperkenalkannya kepada wanita-wanita cantik itu.
‘ye lah. Ini Dr. Fasha, salah seorang pakar bedah di hospital ini. Dia lebih senior dari aku. Yang ini adalah Inspektor Rozita. Dia adalah anggota polis di bawah didikan Sarjan Tiru. Kasihan Sarjan Tiru meninggalkan balu dan anak-anaknya yang sudah yatim’ terang Dr. Malik.
‘Kenapa ?Dia dah matike?’ tanya Jehan.
‘Dia dibunuh oleh penjenayah yang sangat dikehendaki pihak poli’ balas Insektor Rozita dengan nada muram.
‘Sudah. Yang lepas biarkan lepas. Sebelum terlupa. Ehem..Ehem.. Yang kacak lagi bergaya di depan saya ni adalah kawan karib saya sejak dari kampung lagi. Belum berkahwin, masih teruna. Terunake? Yang dulu gemuk dipanggil Jimok dan kini sudah kurus, namanya Jirus’ gurau Dr. Malik. Jehan malu dengan gurauan itu.
‘Jangan percaya cakap dia ni. Nama saya Jehan’ Jehan memperbetulkan namanya.
‘Kenapa Inspktor datang ke hospital harini?’ tanya Dr. Fasha.
‘Saya datang kerana ingin mengambil laporan kematian salah seorang pesakit yang mati di hospital ini kerana pendarahan disebabkan kemalangan’ terang Inspektor Rozita.
‘Oh, tapi nampaknya sangat serius dan pentig untuk mendapatkan laporan kematian orang tersebut sampai masuk kes polis’ balas Dr. Fasha.
‘Ingat lagikan wanita Thailand yang mati akibat pendarahan yang banyak dan terus kerana teribat dalam kemalangan? Dialah orangnya’ terang Dr. Malik.
‘Wanita Thailand?’ Dr. Fasha cuba mengingati kes yang dimaksudkan dan dengan tiba-tiba, dia terasa terkejut kerana dia teringat sesuatu. Sesuatu yang menjadi rahsia sehingga kini. Dia terlopong dan menjadi takut kerana polis sedang menyiasat laporan kematian wanita itu. Dia perlu menghalang Inspektor Rozita daripada mendapatkan laporan tersebut demi menyelamatkan insan yang tersayang. Siapakah insan tersayang itu?
Tiba-tiba, kaca-kaca tingkap hospital di kafetaria pecah berturut-turut mengikut giliran dengan kaju seperti ditembak denagn ‘machinegun’. Orang ramai di kafetaria ketakutan lalu bertempiaran dan ada yang tunduk. Tiba-tiba, satu lagi bunyi tembakan dilepaskan ke atas siling kafetaria tersebut betul-betul di depan pintu kafetaria. Setiap kafetaria dihalang, dijaga dan dikawal oleh orang yang memegang senjata dan bertopeng muka. Dr. Malik, Jehan, Dr Fasha dan INSpektor ROzita turut tunduk dan merangkak ke bawah meja makan ketakutan.
‘Jangan bergerak. Janga bising. Kalau degil, aku tembak’ beritahu salah seorang penjenayah bertopng itu. Orang awam dan staf hospital yang terperangkap dalam kafetaria sedang mengucap panjang dan kegelisahan sambil mencangkung atau terduduk di simen risau akan nasib masing-masing.
‘Semua letakkan barangan kemas, barang-barang mahal seperti jam dan wang tunai di atas meja sekarang. Cepat’ penjenayah bertopeng yang bersuara dari tadi mengarah mereka menyerahkan barangan kemas dan wang.
Semua mengikut sahaja tanpa membantah kerana risau akan nyawa masing-masing. Salah seorang daripada penjenayah tersebut membawa guni kecil dan berjalan dari satu meja ke meja yang lain untuk mengutip barangan kemas, berharga dan wang tunai yang diserahkan secara paksa di atas meja.
‘Bagus. Bijak. Bijak. Ikut cakap’ kata penjenayah yang bersuara dari tadi.
‘Betul,betul,betul’ balas penenayah yang membawa guni seperti keletah Upin Ipin dalam kartun animasinya. Tiba-tiba, salah seorang wanita yang dipercayai orang awam tergelak melihat cara penjenayah itu mneniru gaya Upin Ipin.
‘Kau gelak apahal?mari aku ajar kau. Kurang ajar ye’ penjenayah yang bersuara lantang tadi terus ke arah orang awam dan menarik rambutnya lalu mengacukan senapang kea rah wanita itu.
‘jangan apa-apakan isteri saya encik. Tolong’ rayu suami kepada wanita itu.
‘Kau jangan menyibuk. Pang’ penjenayah bertopeng yang berang itu tanpa berfikir panjang terus menembak peha lelaki yang cuba menyelamatkan isterinya itu. Ada segelintir orang yang terkejut melihat kejadian nitu menjerit dan berpelukan sesame sendiri. Ada yang memjamkan mata tidak sanggup melihat kekejaman itu.
‘Abang’ wanita itu menjerit dan menyesal dengan keadaan yang menimpa suaminya sambil menangis teresak-esak. Suasana menjadi lebih tegang.
‘Sapa lagi nak kena tembak? Angkat tangan. Cepat angkat. Aku nak mintak satu benda saje. Sangat senang. Siapa kat sini doktor, cepat mengaku’ jerit lelaki itu.
‘Cepat mengaku. Kalau tak aku tembak lagi sesiapa kat sini’ gertak penjenayah itu.
‘Dia bang.. Dia ni doktor bedah’ ada seorang lelaki menunding jarinya ke arah seorang doktor bedah. Doktor bedah itu yang ditunjuk itu adalah .......
0 comments:
Post a Comment