
‘Boleh tolong saya? Saya..Saya...’ balas Dr. Malik dalam keadaan malu-malu.
‘Apa gagap-gagap?’ marah Leftenan Fahada.
‘Tadi saya telefon kawan saya tetapi tiba-tiba sudah kehabisan beteri. Telefon bimbit isteri saya sudah hilang. Entah tercampak ke mana tadi semasa kemalangan tadi. Jadi saya mohon sangat Puan tolong telefonkan kawan saya untuk beritahu keduduka kami’ jelas Dr. Malik.
‘Apa nombor telefonnya ? Saya telefonkan’ balas Leftenan Fahada dengan nada garang sambil mendapatkan telefon bimbitnya dari daam beg tangannya.
‘Erm..Kosong..Satu .. tujuh.. dua...dua... empat..enam... empat.. enam...lapan’ kata Dr. Malik.
Leftenan Fahada mendail butang telefonnya lalu meletakkan telefonnya ke telinganya.
‘Apa nama kawan kau?’ Tanya Leftenan Fahada.
‘Jihan’ balas Dr. Malik.
Panggilan telefon itu tiba-tiba diangkat. Kedengaran suara seorang perempuan memulakan kata-kata aluan. Tetapi bahasa yang digunakan amat pelik sekali sehingga menimbukan tandatanya Leftenan Fahada. Leftenan Fahada memandang Dr. Malik dengan pandangan sinis.
‘Hello. Jihan .. Jihan’ ucap Leftenan Fahada dengan nada garang.
Anak lelaki Datin Paulina terjaga dari tidur. Dia meneliti wayar-wayar yang berselirat di katilnya dan hujungnya melekat di seluruh badannya. DIa perlaha-lahan bangun dari katilnya. Dia memandang ke kanan dan ke kiri. Tiada satu pun pesakit mahupun pekerja hospital di kelilingnya. DIa memberanikan diri memijak lantai . Dia terjengket-jengket menahan sejuk apabila lapisan kulit tapak kakinya memijak lantai yang sejuk. Sudah lama rasanya dia tidak berjalan. Jadi, dia amat perlahan mengenjet-enjet dan menyusun langkah untuk keluar daripada biik pesakit. Tiba-tiba dia tidak dapat mengimbangi badannya lalu terjatuh ke lantai. Dia merangkak ke arah pintu pesakit. Dia menolak pintu bilik untuk keluar daripada bilik tersebut. Sekali lagi, tadi siapa yang berada di kelilingnya.
‘Kanan’ dia terdengar bisikan yang menyuruhnya ke kanan. Dia terpaku. Namun, dia tidak tahu ke arah mana yang harus dituju, lalu dia meneruskan untuk merangkak ke kanannya perlahan –lahan. Semakin jauh dia berjalan, semakin dia mendengar bunyi orang berkelahi. Dia meneruskan esotannya ke arah suara itu. DIa menguatkan semangat untuk ke mencari dan menuju ke arah suara itu. Suara itu semakin kuat kedengaran di telinganya memandangkan suasana di hospital itu sangat sunyi. TIba-tiba dia ternampak satu bilik doctor. Dia berhenti merangkak kerana suara yang kuat itu datangnya dari bilik tersebut. DIa lihat di atas pintu tertampal papan penanda bertulis ‘ Dr. Fasha Fasyira Binti Abdullah’ . Dia cuba mencapai tombol pintu itu tetapi tidak sampai kerana dia dalam keadaan berbaring. Dia menguatkan semangat untuk berdiri dan berpegang pada kayu pintu tersebut. Dia memegang tombol pintu lalu memusingkan tombol tersebut. Tiba-tiba, dia terasa amat sakit dan sekali lagi tidak boleh mengimbangkan badannya lalu pintu terbuka. Tetapi, sejurus pintu terbuka, dia terjatuh kembali ke lantai. Dia terlihat kasut berjenama yang tidak asing baginya. Dia juga ternampak kasut tumit tinggi dipakai oleh seorang wanita. Dia mendongak ke atas sambil bangun dari keadaan meniarap. Dia ternampak wajah dan susuk tubuh orang yang sangat dia kenali bersama dengan seorang wanita ayu dan cantik sedang bepegangan lengan. Dia menjerit ‘Mummy’.
Dia terjaga dari komanya. AKhirnya saat-saat yang dinanti oleh Datin Paulina sudah tiba. Anak kesayangannya sudah edar dari koma yang agak lama. Air matanya yang mengalir selama ini membuktikan penantiannya tidak sia-sia. Doktor dan jururawat yang ada sedang membantu untuk menenangkan pesakit. Beberapa minit kemudian, Datuk Alif Asyraf masuk ke dalam bilik itu dan segera mendapatkan isterinya. Dia kegembiraan melihat anaknya sudah terjaga dari koma. Doktor menyuntik ubat penenang untuk memastikan pesakit itu bertindak kurang agresif. Lama-kelamaam suntikan ubat penenang itu berjaya memperlahankan tindakbalas pesakit itu. Perlahan-lahan abdannya menjadi lemah dan kurang bermaya lalu tersandar dengan sendiri ke katil. Matanya mash terbuka Cuma dia tidak bertindakbalas sahaja.
‘Datuk dan Datin boleh keluar dahulu. Biar kami periksa’ kata doctor lelaki itu.
Pasangan suami isteir itu pun keluar dari bilik dan akur dengan arahan doctor demi kebaikan anaknya.
‘Kau kalau bagi nombor telefon yang betul boleh? Nombor cina mana yang kau kasi ni!’ marah Leftenan Fahada.
‘Maaf.. Maaf. Biar saya ingat balik. Kosong Satu Tujuh Dua Dua Empat Enam Empat Enam Sembilan. Yang ni betul. Betul,betul,betul’ balas Dr. Malik terketar-ketar akibat dimarahi oleh Leftenan Fahada.
Leftenan Fahada mendail semula nombor baru itu lalu menunggu panggilannya diangkat. Tiba-tiba ia diangkat dan Jihan yang mengangkat panggilan itu. Leftenan itu mengarahkan lelaki itu segera datang ke tepi Jalan Delima sambil bertanya lokasi Jihan sekarang. Jihan mengikut arahan leftenan Fahada. Dr. Malik menunggu kedatangan kawannya itu dan tiba-tiba ternampak kereta Alza milik kawannya itu yang berwarna hitam. Dia melambai-lambaikan tangannya dan kereta itu berhenti di belakang kereta Leftenan Fahada.
‘Saya dah lambat ni. Saya pergi dulu’ Leftenan Fahada memaklumkan kepada Dr. Malik.
Dr. Malik sempat memberikan kad perniagaanya. Sebelum sempat Jihan berjalan ke arah mereka, Leftenan Fahada sudah menggerakkan keretanya.
‘Sapa tu?’ Tanya Jihan.
‘Orang lalu-lalang. Aku minta tolong dia pinjamkan telefonnya untuk hubungi kau. Telefon aku habis bateri’ balas Dr. Malik.
‘Patutlah aku telefon kau, tak dapat-dapat. Tina-tiba, ada perempuan telefon aku suruh aku cepat-cepat datang ke sini. Lawa ke tak?’tanya Jihan menggatal.
‘Lawa memang lawa. Lawa kepala hangguk ko. Garang. Takut aku’balas Dr. Malik.
‘Tak baik kau kutuk dia. Dia dah lah tolong kau. Garang lah aku suka. Ganas! Auw! ‘ balas Jihan menggedik-gedik. Mereka ke seberang jalan ke arah kereta Dr. Malik. Rupanya enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Jihan mencuba dan melihat keadaan enjin keretanya. Matanya liar memerhati sebarang keadaan yang tidak kena. Tiba-tiba, dia ternampak sesuatu. Dia cuba mencapai sesuatu itu tetapi dengan tiba-tiba ‘POM!!!!!!!!!!!’
0 comments:
Post a Comment