this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 4 : PART 3

Monday, February 7, 2011



Suasana di lorong ketika itu sangat malap hanya diterangi lampu neon bercahaya kuning. Kelihatan beberapa lembaga terbaring di tepi longkang seperti menagih sesuatu. Adakah simpati yang dipinta, kasih saying yang dicari atau kegersangan yang diharapkan? Kesejukan malam menambahkan kegigilan mereka seperti diimun oleh sesuatu. Mereka mengumat-ngamit mulut masing-masing seperti tanda kehausan da dahagakan air. Mereka kelihatan seperti bangkai bernyawa. Masing-masing seperti dalam alam khayalan masing-masing. Pemikiran bawah sedar mereka sedang berfungsi dan aktif membuatkan sesiapa yang lalu-lalang dan mengeji mereka tidak dindahkan. Itulah penangan sejenis najis yang boleh membuatkan manusia buta dan khayal tentang kehidupan realiti yang sebenar. Manusia hilang pertimbangan akibat najis dadah.

Ada juga kenderaan yang lalu-lalang di lorong yang sempit itu dengan perlahan sambil memandang suasana sekeliling kawasan tersebut. Ada yang menaiki kereta daripada yang mewah hingga ke biasa-biasa sahaja. Kebanyakannya melalui lorong tersebut dengan keadaan tingkap kereta tertutup dan apabila mereka memberhentikan kereta, tingkap mereka dibuka untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan dengan jelas, malah ada yang memuji keindahan ciptaan Tuhan. Ada yang siap-siap membuka tingkap dari awal sambil menghisap rokok sepanjang perjalanan keretanya yang perlahan lalu berbunyi seperti binatang dalam zoo melihat berjenis-jenis pakaian dan bentuk badan dipertontonkan dan didedahkan untuk tontonan umum sebagai pilihan. Ada yang tidak malu hanya datang ke sana dengan menaiki motorsikal sahaja dengan harapan mendapat ‘barangan’ murah.

Pakaian yang diperagakan di badan berwarna-warni dan berkilat. Wanita-wanita berpakaian seksi bergelimpangan dan berkeliaran di sepanjang lorong tersebut menanti pelanggan-pelanggan yang tidak menghampakan. Ada yang bergelak ketawa mengilai memecahkan kesunyian malam.

‘KAmu berdua baik-baik aja ya. Rasa in enaknya ya. Da!’ kata wanita tua yang berpakain seksi dan berdandan tebal itu. Rupanya seperti ketua kepala kumpulan wanita yang beramai-ramai di lorong itu. Pasangan itu naik ke atas tangga ke tingkat dua. Langkah dilajukan seperti tidak sabar menikmati sesuatu. Perjalanan diteruskan hingga sampai ke bilik buruk di hujung tingkat. Pintu dibuka menggunakan kunci di tangan wanita muda yang sangat anggun itu. Punggungnya ditonggengkan untuk membongkok supaya dapat melihat lubang kunci itu dengan lebih jelas dalam keadaan tidak terang ketika itu. Pintu dibuka. Pasangan seperti kekasih itu masuk ke bilik buruk yang terdapat satu katil kelamin.

‘Saya mandi dahulu’ kata lelaki India berkumis itu.

Wanita tadi mengangguk. Lelaki India tadi masuk ke dalam bilik air kecil didalam bilik itu. Wanita tadi berjalan menuju ke tingkap dan meneliti keindahan cahaya purnama malam ketika itu. Kemudian, dia tersenyum mengenangkan nasibnya. Dia mencabut tali reben yang mengikat rambutnya dari tadi supaya penampilannya lebih menawan. Wanita muda itu menghampiri katil lalu membuka butang bajunya lalu menyelak bajunya. Perlahan –lahan semua pakaiannya dicabut dengan tenang. Dia seperti tahu apa yang tugasnya dan tanggungjawabnya. Dia menunggu penuh sabar bagi memuaskan pelanggannya.

Lelaki India tadi masih di dalam bilik air. Dia melihat jamnya dari tadi. Lagi beberpa saat menuju pukul 11.30p.m. Dia kelihatan tenang. Fikirannya seperti melayang untuk menikmati santapan yang bakal dijamah. Namun, itu bukan tujuannya datang ke situ. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya cuba menghantar mesej berbunyi ‘ Sedia. 11.30p.m’ dihantar ke beberapa nombor telefon bimbit. Dia masih tenang. Kini, dia kelihatan seperti yakin dengan perancangannya. Jam di tangannya dilihat lagi. Dia menelefon satu nombor telefon bimbit yang ada dalam telefon bimbitnya. DIa menunggu panggilan telefonnya berjawab. Tiba-tiba, panggilan diangkat.
’Sedia. 10 saat dari sekarang. 9,8,7,6,5,4,3,2,1 . Gerak’ katanya.

Kelihatan beberapa orang berjaket polis menahan segerombolan pelacur-pelacur yang berlegar di lorong itu. Begitu juga nasib pelanggan-pelanggan dan penagih-penagih yang ada i lorng tersebut dikawan dan ditahan bagi melicinkan siasatan di kemudian hari. Inspektor Rozita dan beberapa polis lain masuk ke dalam bangaunan yang digunakan sebagai hotel murah di situ. Mak ayam tua yang berpakaian seksi tadi ditangkap. Di dalam bilik tadi, lelaki India tadi keluar dengan masih berpakaian. Dia memandang tepat kepada perempuan itu yang sudah bogel di depannya, lalu dengan segera, dia mengacukan pistolnya kepada perempuan itu.

‘Saya polis’ kata Sarjan Tiru cuba menahan perempuan tadi.

Tiba-tiba, bunyi tembakan daripada bilik tersebut. Inspektor Rozita mendengarnya, lalu cepat-cepat menuju ke tingkat dua. Dia bersama beberapa anggota lain tidak pasti bnyi tembakan tadi dari bilik yang mana. Satu persatu bilik dibukanya. Bilik yang berkunci ditendangnya. Ada bilik yang dihuni oleh pasangan kekasih yang sedang berbulan madu atau tidak berpakaian walau sehelai benang sekalipun. Inspektor Rozita bersama pembantu-pembantunya tiba di pintu bilik yang terakhir. Dia bersedia untuk menendang pintu tersebut. Seua bilik sudah diperiksa tapi tiada sebarang kejadian ganjil yang boleh dikaitkan dengan bunyi tembakan tadi. Namun, tinggal satu bilik lagi. Berat hati Inspektor Rozita meraskan inilah bilik di mana Sarjan TIru membawa salah seorang pelacur tadi kerana die berlakon sebagai pelanggan. Berat hatinya menyatakan inilah bilik di mana bunyi tembakan itu datang.

‘Bersedia semua?’kata Inspektor Rozita. Semua anggota polis yang lain mengangguk.

Apabila seorang anggota polis lelaki menendang pintu itu, ia berdentum tetapi masih tidak terbuka. Namun, tendangannya kali kedua membuatkan pintu itu pecah di bahagian bawah. Setelah beberapa tendakan dan rempuhan, barulah pintu itu terkopak dan terbuka, lalu terjatuh ke lantai. Inspektor Rozita dan anggota lain masuk ke dalam bilik itu untuk mencari bahan bukti atau saksi kejadian. Dia kenal benar dengan jaket yang dipakai oleh susuk tubuh lelaki yang terbaringmeniarap di atas katil. Dia seakan-akan mahu menangis melihat kesan darah pada susuk tubuh itu kerana memang sudah sah ia milik pegawai atasannya, Sarjan Tiru. Lalu, dengan berani dia memalingkan tubuh tersebut. Sebaik sahaja dipusingkan tubuh itu ke menghadapnya, alangkah terperanjat Inspektor Rozita apabila tubuh itu bergerak ke arahnya lalu memusingkan muka Inspektor Rozita kea rah anggota polis yang lain.

‘Jangan gerak. Kalau tak, aku bunuh dia’ jerit Raymond Chin, ketua gangster kawasan tersebut. Dialah yang menjaga kawasan jenayah dan pelacuran di kawasan tersebut. Kekayaan yang dimilikinya sekarang adalah hasil titik peluhnya memperdagangkan wanita, kanak-kanak, penjualan dadah da senjata api. Sepucuk pistol dihalakan ke kepala Inspektor Rozita. Sedang mereka kelam kabut melihat kejadian yang berlaku, pintu bilik air terbuka dengan sendiri lalu menambah kejutan kepada 4 anggota polis yang lain. Perempuan yang seharusnya menjadi pelacur tangkapan Sarjan Tiru tadi menembak dengan tepat satu persatu di kepala anggota-anggota polis yang terperanjat tadi.

‘Bagus Nasha. Kita keluar ikut tingkat. Ada tangga ke bawah dan belakang’ arah Raymond Chin. Nasha berjalan kea rah Raymond Chin lalu mengeluarkan picagari yang bermata jarum tajam lalu dengan sepantas kilat mencucuk leher Inspektor Rozita dan kemudian pengsa. Raymong Chin dan Nasha menggunakan tangga di luar tingkap bilik itu untuk menuju ke bawah dan belakang blok hotel murah tersebut dengan secepat halilintar. Inspektor Rozita diangkat dengan kemas dan lancar tanpa masalah seperti sudah biasa menjalankan aktiviti menyeludup wanita.

KEMANAKAH MEREKA MEMBAWA INSPEKTOR ROZITA? KENAPAKAN INSPEKTOR ROZITA DAN SARJAN TIRU MENGGELEDAH TEMPAT JENAYAH INI? SIAPAKAH RAYMOND CHIN DAN NASHA DALAM CERITA INI? NANTIKAN EPISOD SETERUSNYA..

0 comments:

Post a Comment