
Seminggu telah berlalu, pelbagai perkara telah terjadi. Dalam seminggu ada tujuh hari. Dalam sehari ada dua puluh empat jam, Dalam satu jam ada enam puluh minit. Dalam satu minit ada enam puluh saat. Dalam satu saat, ada satu detik. Dalam satu detik, ada memori yang tidak dapat direkodkan. Dalam tiap detik, ada kenangan yang tidak mampu dilupakan. Namun, hidup perlu diteruskan.
Suasana di kampung halaman Dr. Malik nampak meriah. Kanak-kanak kecil kelihatan nakal bermain antara satu sama lain di halaman rumah. Khemas dibina di hadapan rumah kampung ketua kampung memang tegak berdiri memberi ruang teduh kepada para penduduk Kampung Dedaun Selumbar. Kelihatan pasukan marhabban sedang khusyuk mendendangkan bacaan-bacaan rahmat memuji Ilahi di dalam ruang tamu Tok Mahidin, penghulu Kampung Dedaun Selumbar. Mak Cik Markonah dan kuncu-kuncunya sedang sibuk menyediakan makanan untuk hidangan tetamu-tetamu yang hadir.
Dr. Malik sedang sibuk melayan karenah tetamu yang hadir. Ada saudara-mara dan kawan-kawan yang datang dari kampung halaman dan ada pula yang datang dari Bandar, hospital tempat berkerja Dr. Malik. Ramai juga yang datang ke kenduri kesyukuran yang dianjurkan oleh Penghulu Mahidin dan Dr. Malik memandangkan Tok Mahidin merupakan orang yang paling dihormati di Kampung Dedaun Selumbar sebagai ketua kampung dan Dr. Malik merupakan satu-satunya anak kepada pasangan suami isteri itu. Manakala, anak tunggal Tok Mahidin pula telah berjaya menjadi seorang doktor yang disanjung oleh orang kampung. Tidak ramai anak-anak kampung itu dapat melanjutkan pelajaran ke universiti awam atau swasta. Tidak ramai juga anak-anak muda kampung itu yang dapat pekerjaan yang baik di kampung tersebut ataupun bandar.
Bacaan ‘Marhabban’ telah pun habis. Sekarang, giliran upacara mencukur jambul. Terpancar muka gembira Tok Mahidin mendukung cucu kesayangannya itu. Dia menyuruh menantunya, Puan Zulaikha mendukung anak itu. Tok Mahidin sendiri yang akan mencukur jambul cucunya itu. Dengan lafaz Bismillah, jambul cucunya itu telah di cukur dan semuanya berjalan dengan sempurna.
‘Alhamdulillah. Selalu orang minta tolong aku cukurkan jambul cucu-cucu atau anak-anak mereka di kampung ni. Harini, dapat aku cukur jambul cucu aku sendiri’ bisik Tok Mahidin dalam hatinya dengan rasa syukur. Puan Zulaikha juga mampu tersenyum tanda gembira.
‘Assalamualaikum. Orang Kaya baru ni sombong sekarang. Mentang-mentanglah duduk di KL’sapa salah seorang penduduk kampung.
‘Mana ada. Eh, siapa ni?’ Tanya Dr. Malik.
‘La.. Kau dah tak kenal aku ke?macamnilah kawan’ balas pemuda yang berpakaian segak itu.
Dr. Malik terpinga-pinga. Dia memang betul-betul tidak ingat siapa yang sedang berbicara dengannya. Dia pandang ke atas dan ke bawah ingni mengenalpasti pemuda itu.
‘Kau memang betul-betul tak kenal aku ke rupanya’ soal pemuda tadi.
Dr. Malik hanya mampu menggelengkan kepala menunjukkan dia betul-betul tidak teringat atau terbayang wajah pemuda itu mirip mana-mana kawan yang dia kenali.
‘Di dalam gerimis..Penuh rahmat, dia tersentuh..Cendawan alpa..Sesegar pagi, yg permai damaikan..’ tiba-tiba pemuda itu menyanyi bait-bait intro sebuah lagu.
‘Tunggul di pinggir rimba..Lantas mendambarkan..Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya’sambung Dr. Malik. Rupa-rupanya Dr. Malik pandai menyanyi lirik lagu intro lagu ‘Gemuruh’ nyanyian Wings bersama kumpulan Search.
“Kalau boleh nyanyi lagu ni, maksudnya kau ni Jibam ler. Betul?’ Tanya Dr. Malik.
Pemuda itu tersenyum lalu menganga sambil menganggukkan kepala. Mereka saling berpeluk menandakan persahabatan yang akrab yang sudah lama terpisah dan kini bersambung semula.
‘Kau apa khabar? Wah, kurusnya. Dulu, tembam. Tu yang mak kau kasi nama elok-elok, Muhammad Jihan.. Tapi kita semua panggil kau Jibam’ gelak Dr. Malik.
Jibam adalah nama campuran Jihan dan tembam. Dahulu memang bentuk badan Jihan sangat montel, tapi sekarang sudah kurus dan berotot.
‘Tu lah kau selalu kutuk aku. Aku cuba hubungi kau tapi tak dapat. Rasanya kau sudah tukar nombor telefon ni. Kenapa tukar? Lari dari awek-awek lama ke?’seloroh Jihan.
‘Apa pulak! Telefon aku hilang. Aku malas mahu pergi buat nombor baru. Jadi, aku beli ‘simcard’ baru dan telefon baru. Memandangkan kau dah kurus , aku panggil kau ‘Jirus’ lah, boleh macam tu?’ gelak Dr. Malik.
‘Suka hati kau lah setan!’ ketawa Jihan. Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Lama sudah mereka berdua tidak berjumpa. Terlalu banyak perkara yang ingin mereka perkatakan. Dalam masa yang sama, kelihata seorang wanita berdiri jauh daripada khemah dan memandang perlakuan Dr. Malik dan Jihan tanpa berkelip. Bibirnya digetap dan payung di tangannya digenggam erat tanda geram dan dendam. Entah apa yang difikirkan di benak fikiran perempuan itu. Setelah kelibat kedua-dua lelaki tadi hilang, dia terus ke belakang rumah Tok Mahidin dan menuju ke bahagian dapur. Di situlah, Mak cik markonah dan kuncu-kuncunyasedang menyediakan hidangan untuk tetamu.
Wanita tadi memberi salam dan dijawab oleh semua kaum wanita di dapur. Wanita tadi yang berkebaya mencari-cari tempat untuk melabuhkan punggung tetapi tidak jumpa lalu mengambil keptusan untuk berdiri sahaja. Terdapat seorang lelaki yang berperwatakan lembut turut ada di tengah-tengan kaum wanita itu.
‘hey perempuan. Cantiknya baju kebaya kau.. tapi muka kau ni merah-merah kenapa?
Terlebih ‘make-up’ ke?’tanya Jenab, si lelaki lembut itu.
‘Hey, jantan. Daripada kau tu, aku tak pasti lelaki ke perempuan! Jenab, meh sini. Aku ada benda nak cakap dengan kau. Meh. Meh! ‘ ajak Lisa, perempuan berkebaya itu.
‘Lisa, daripada kau ajak si Jenab ni mengumpat, apa kata kau tolong kami ni hiding makanan, nasuh periuk ke’ kata Mak Cik Markonah.
‘Takpelah mak Kona hoi! Lain kali sahaja lah ye. Bukan tak nak tolong, tapi habis ‘make-up’ saya ni masuk dalam lauk-pauk mak cik nanti. Silap-silap keracunan makanan pulak orang-orang kat dalam tu. Kalau tak ‘make-up’, saya redah je’balas Lisa.
‘Perempuan.. Bila masa kau tak ‘make-up’ nya? BUkan sepanjang masa ke kau make-over?’ sampuk Jenab.
‘Diamlah kau. Meh, ikut aku’ Lisa menarik tangan si Jenab lalu dibawa berhampiran sebatang pokok pisang. Lisa dengan rakusnya bercakap tentang sesuatu. Jenab terbeliak mendengarnya. Apa yang mereka perkatakan? Tunggu.. Episod seterusnya
0 comments:
Post a Comment