this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 6 : PART 3

Monday, February 7, 2011



‘Pom’ Bunyi kuat kedengaran. Dr. Malik terkejut dan Puan Zulaikha terus datang ke hadapan keretanya untuk melihat apa yang berlaku. Jihan tersenyum lalu berkata ‘Haha.. Tipu jer’ . Dia membuat lawak kerana bunyi itu datang dari mulutnya.
Keesokan hari..

‘Boy, Boy. Apa nama penuh awak?’ tanya Dr. Fasha.

Boy terdiam sahaja. DIa tidak faham sepatah haran yang diperkatakan oleh Dr. Fasha. Di memandang ke satu arah sahaja.

‘Boy, jawaplah. Doktor tanya’ tanya Datin Paulina. Datuk Alif Asyraf juga tercengang melihat perlakuan anaknya itu. Mereka mejadi risau.

‘Boy, pandang sini’ seru Dr. Fasha. Boy masih tidak pandang Dr. Fasha. Dr. Fasha terus mendapatkan lampu suluh lalu dengan berhati-hati, dia membuka sinaran lampu suluh tersebut betul-betul dihalakan ke muka Boy.

‘Ha...!!!!!!!!!’ Boy terus menjerit lalu mengamuk. Dr. Fasha dipegangnya lalu dihempas ke lantai. Datin Paulina dan Datuk Alif Asyraf cuba mententeramkannya tetapi tindakan mereka ditepis mentah-mentah. Beberapa staf hospital datang untuk meleraikan keadaan tetapi tindakan Boy sangat agresit. Dia berdiri di atas katil lalu menendang staf-staf hospital lalu terus melompat ke arah pintu bilik pesakit lalu menolak pintu dan lari ke luar bilik tersebut. Pesakit-pesakit di kawasan wad terkejut dengan bunyi bising dari bilik tersebut. Tambahan pula, dia terlihat keadaan kurang siuman pemuda yang keluar dari bilik tersebut betul-betul menggerunkan. Para staf hospital terkejut melihat keadaan huru-hara itu. Boy terus berlari laju ke luar dari wad. Dia terus berlari dan...

Kereta Dr. Malik dipandu dan diletakkan betul-betul di hdapan restoran mewah masakan arab di Bukit Bintang. Dr. Malik keluar lalu mengeluarkan kereta sorang dari bonet keretanya. Puan Zulaikha keluar sambil membawa anaknya lalu diletakkan dengan cermat ke dalam kereta sorongnya. Dr. Malik menolak kereta sorong itu ke dalam restoran itu sambil memimpin isteri kesayangannya.

‘Ahlan wasahlan wamarhabanbikum fi Mat’ am arabiah. Kaifahalukum saidi wa saidati?’ tanya pelayan restoran berbangsa arab itu kepada mereka berdua membuat mereka terpinga-pinga.

‘Saya tak faham’ kata Dr. Malik sambil menggaru kepala.

‘Naam Sir, How can I assist you? ‘tanya pelayan itu.

Dr. Malik memberitahu berapa orang tetamu yang ingin makan di situ bersamanya. Lalu, pelayan itu membawa Dr. Malik dan isterinya ke meja yang sesuai. Mereka dipelawa duduk sambil disuruh membuat pesanan. Dr. Malik dan Puan Zulaikha membuat pesanan air terlebih dahulu dan memaklumkan kepada pelayan tersebut akan memesan air selepas sudah bersedia untuk membuat pesanan. Pelayan mengambil menu laluu beredar.

‘Pukul berapa abang mula kerja esok?’tanya Puan Zulaikha.

‘Pukul 9 pagi’ balas Dr. Malik.

‘Bang, esok balik dari hospital, abang tak payah makan kat luar ye. Saya masakkan untuk abang kat rumah.. Dah beberapa hari saya tak masak untuk abang’ kata Puan ZUlaikha.

Dr. Malik hanya tersenyum dan memegang tangan kanan isterinya sambil menganggukkan kepala tanda setuju. Tiba-tiba, telefon bimbit suaminya berbunyi. Nombor telefon yang terteta di skrin telefon bimbitnya menunjukkan ia adalah nombor Hospital Alif Asyraf, tempat dia bekerja. Dia meminta kebenaran isterinya untuk menjawab telefon itu terlebih dahulu. Isterinya membenarkan. Dia mencuit dagu isterinya lalu mencium anaknya di dalam kereta sorong lalu mengangkat panggilan telefon dan bergerak ke luar meja makan. Puan Zulaikha menunggu penuh setia. Dia terbayang saat-saat manis bersama suaminya sebelum bernihak lagi. Susuk tubuh badan suaminya tetap seprti dahulu dan sikapnya yang tidak suka merokok membuatkan hatinya rasa tenang dan selamat di samping suaminya setiap hari. Risiko penyakit jantung baginya amat rendah. Tiba-tiba, dia ternampak seorang wanita memakai pakaian berwarna merah yang sangat cantik. Dia terpegun lalu merenung jelas-jelas wanita itu. Mata mereka saling bertentang. Puan Zulaikha berdiri lalu melambaikan tangannya kea rah wanita itu. Wanita itu ternampak lambaian Puan ZUlaikha lalu menuju ke arah Puan Zulaikha lalu mencium pipi dan memeluk Puan Zulaikha.

‘You made it. Let’s have a seat’ suruh Puan Zulaikha kepada Zaharah.

Zaharan terus duduk. Tiba-tiba, datang .........

Matanya terkebil-kebil di dalam gelap. Dia seperti terlupa apa yang berlaku pada dirinya. Dia cuba menggeliat. Ah, baru dia perasan bahawa tangan dan kakinya diikat ketat. Mulutnya juga disumbat dan ditutup dengan kain. Dia sedang terbaring di atas katil dalam keadaan berikat. Dia cuba melihat-lihat tubuh badannya. Nasib baik masih berbaju yang dipakainya pada saat pertama dia ditangkap oleh penculik-penculik tersebut. Dia cuba mengingati perkara yang terakhir yang dialami sebelum dia pengsan, tidur atau tidak sedarkan diri sebelum ini. Dia teringat satu nama terkeluar daripada mulut penculik-penculik itu. Nama yang tidak asing bagi dirinya. ‘Badul’. Dia kenal benar dengan nama itu. Tiba-tiba, memorinya menjadi lebih baik lagi. Dia teringat kesemuanya. Oh!

Tiba-tiba, pintu dibuka. Dua orang lelaki masuk. Seorang daripadanya berwajah melayu dan seorang lagi seperti bukan orang semenanjung Malaysia. Tetapi, pastinya mereka bukan orang yang menculiknya tempoh hari.

‘Sayang, saying dah bangun’ Kata Helmi Afiq kepada perempuan yang terikat itu.
‘Jom, kita kenduri! Hahahaha’ kata Dunstan, rakan bersubahatnya.

‘Mari!’ mereka berdua meninggikan suara dengan penuh ghairah dan tidak sabar, mereka mendekati perempuan yang terikat itu. Perempuan itu cuba menjerit tetapi tidak mampu dan tidak boleh. Badannya meronta-ronta tetapi tidak berguna. Badannya ditelentangkan dan kedua-dua penjahat itu memegang di tiap-tiap hujung susuk tubuh badan perempuan itu dengan memandangnya penuh keasyikan. Perempuan itu tidak rela diperlakukan sebegitu tetapi tidak mampu untuk melawan kerana tangan dan kakinya terikat. Dia hanya mampu berserah. Air matanya mula mengalir meminta belas.

‘Janganlah nangis. Kitaorang belum mula lagi’ kata helmi Afiq.

‘Ringan-ringan pun belum. Makan makanan ringan sudah le. Haha’ Balas Dunstan.
Mereka mahu menerkam sahaja perempuan itu sambil membuat suara keldai dan kucing. Sebelum sempat mereka menyentuh dan menerkam perempuan itu, tiba-tiba, anak panah tersasar ke dingin bilik itu. Alangkah terkejut kedua-dua penjahat itu. Perempuan terikat itu bersyukur kerana Tuhan memakbulkan doa orang yang teraniaya. Dia rasa hero yang didoakan sudah datang ingin membantunya. Langkah demi langkah didengari. Nampak susuk tubuh itu masuk ke dalam bilik tersebut dengan penuh kejantanan. Apabila sudah mendekati katilnya, hero itu berkata ......

0 comments:

Post a Comment