this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 5 PART 3

Monday, February 7, 2011


Majlis penghormatan kepada Sarjan Tiru dihadiri oleh saudara-mara terdekat dan sahabat handai. Memandangkan dia merupakan seorang polis yang dihormati dan disegani, ramai orang-orang atasan , rakan sejawatan dan orang-orang bawahan dari kalangan polis datang memberi penghormatan terakhir. Setelah tamat upacara, mereka mula bersurai. Isteri Sarjan Tiru sangat sedih meratapi pemergian suaminya. Begitu juga dengan dua orang anaknya yang masih kecil pilu melihat pemergian ayahnya. Sedang asyik berendam air mata, tiba-tiba bahu isteri Sarjan Tiru ditepuk oleh seseorang. Isteri Sarjah Tiru memandanng ke belakang dan melihat seorang wanita berkot hitam bertudung dan bercermin mata hidam dengan gaya serius cuba untuk memulakan bicara. Dia bertanya untuk mengesahkan wanita yang ditepuknya itu betul-betul isteri kepada Sarjan Tiru atau tidak. Isteri sarjan Tiru keliru dan tersipu-sipu mendengar pertanyaa wanita itu. Wanita itu membisikkan sesuatu ke telinga isteri Sarjan Tiru. Sarjan Tiru terkejut lalu terus bangun dan memandang ke kiri dan kanannya lalu meyuruh anak-anaknya bangun. Dia meyuruh wanita yang serius itu mengikutnya ke rumah.

Keadaan di Kuaa Lumpur sangat sibuk namun nasib baik tidak mengalamai kesesakan yang teruk. Tetapi, memang tidak dinafikan banyak kenderaan kelihatan di jalanraya mungkin kerana hujung minggu. Banyak orang mahu berjalan-jalan, bersiar-siar, pergi membeli-belah atau menonton wayang serta melakukan aktiviti rekreasi yang sihat. Kereta Dr. Malik sedang menuju ke rumahnya.

‘Kenapa mak sanggup buat macamtu?’tiba-tiba Puan Zulaikha bersuara.

‘Sabarlah saying. Mak terkena penyakit tua atau menapaus kot’balas Dr. Malik.
Puan Zulaikha yang hatinya mudah tersentuh itu pun mula menunjukkan wajah yang hampa.

Dr. Malik dari tadi seperti kelam kabut dan cemas. Sudah beberapa kali ia menekan-nekan butang nombor di telefon bimbitnya. Sekali pandang, macam ada perkara penting yang ingin disampaikan. Sudah sembilan kali dia cub menghubungi nombor yang sama.

‘Ini adalah peti simpanan suara untuk nombor kosong satu tujuh dua dua empat enam empat enam sembilan. Sila tinggalkan pesanan suara selepas nada ini . Tut’ jelas peti simpanan sara yang direkod dan dimainkan secara automatik.

‘Tiru, woi. Banyak kali aku cuba menghubungi kau ni. Ini dah kali ke sepuluh. Kau ke mana? Aku tengah panikni. Aku nak tahu macammana pencarian kau tentang status perempuan Siam yang mati hari itu dan siapa bayi kepada anak aku sekarang. Kau kena tolong aku sekarang. Mak aku dah bising dah macam orang gila. Kau telefon aku secepat mungkin ok?Aku tunggu. Bye’ Dr. Malik meninggalkan pesanan suara untuk Sarjan Tiru.

‘Abang, Zu dah fikir masak-masak. Demi hubungan abang dan emak abang, Zu relakan abang kahwin bang’ Puan Zulaikha melepaskan kata-katanya sambil teresak-esak.

‘Awak jangan bisinglah. Jangan cakap bukan-bukan. Tak nampakke saya tengah serabut ni. Biar saya sebagai ketua keluarga selesaikan masalah ni’ bentak Dr. Malik.

‘Saya tidak tahan hidup macamni bang diherdik mak abang. Saya sanggup carikan abang calon untuk isteri kedua. Saya sanggup pinangkan untuk abang’ lantang Puan Zulaikha bersuara.

Bayi mereka tiba-tiba terjaga dek bunyi pekikan dari ibubapa angkatnya. Bayi tersebut menangis kuat sehingga membingitkan suasana ketegangan dalam kereta tersebut. Puan Zulaikha tidak henti-henti memandang suaminya sambil berteriak memaksa suaminya mencari isteri kedua. Suaminya pula sedang dalam tekanan kerana sedang cuba mendail nombor telefon Sarjan Tiru dan mendengar suara lantang isterinya dan anaknya. Tiba-tiba, dia terdengan bunyi hom kereta dari arah bertentangannya. Dia memandang kehadapan. Rupa-rupanya kereta yang dia pandu sudah masuk ke lorong bertentangan dan sebuah kereta ‘Ferrari’ sedang menuju ke arah keretanya sambil berbunyi hon. Teriakan Puan Zulaikha semain kuat. Kereta yang dipandu Dr. Malik dihalakan ke kanan terus ke luar jalan besar dan menuju kearah sebatang pokok besar di kawasan berumput.

‘Abang!’ jerit Puan Zulaikha.

Dua hari sebelum kematian Sarjan Tiru, dua buah kereta telah sampai di rumah Sarjan Tiru. Sarjan Tiru keluar dari kereta dan begitu juga dengan Inspetor Rozita kemudian masuk ke dalam rumah Sarjan Tiru. Isteri Tiru di dalam bilik anak-anaknya sedang membacakan buku cerita untuk anaknya. Sebaik sahaja terdengan bunyi gril pintu rumah dibuka, isteri Sarjan Tiru cepat-cepat menyuruh anak-anaknya tidur lalu menutup lampu bilik anak-anaknya. Isteri Sarjan Tiru keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Sarjan Tiru dan Inspetor Rozita masih berdiri lagi. Dengan menggunakan bahasa tamil, dia bertanyakan kepada suaminya sama ada dia lapar atau haus. Sarjan Tiru menyuruh isterinya membuatkan air susu panas baut tetamunya. Isterinya sempat senyum kepada kedua-dua mereka lalu bergegas ke dapur yang tidak jauh dari ruang tamu untuk menyiapkan air munuman untuk tetamu.

‘Jadi, Rozita. Kita kena bersedia untuk esok. Saya rasa kita sudah dekat untuk mencari identity wanita yang terbunuh ketika melahirkan anak tempo hari dan kita boleh mengenalpasti siapakah ayah kepada bayi misteri itu. Dapatlah aku tolong kawan aku tu’ kata Sarjan Tiru sambil meneluarkan rokok ‘Dunhill’nya dari poket seluarnya dan pemetik api dari poket bajunya.

‘Kenapa kita tidak menggunakan ujian DNA sahaja Tuan?’tanya Inspektor Rozita.

‘Saya ada mengupah detektif atau pegawai penyiasat yang khas dan pakar dalam jenayah berprofil tinggi. Kes ini dalam kategori kes berprofil tinggi. Detektif tersebut sedang menjalankan penyiasatan terperinci mengenai jenayah ini. Kebetulan, ia berkemungkinan besar ada kaitan dengan kehilangan bakal menantu Datuk Alif Asyraf iaitu Mirinda. Untuk pengetahuan awak, entah bagaimanakah cara untuk saya nyatakan, kami telahpun menghantar DNA bayi tersebut dan ibunya kepada makmal. Tetapi,mereka di makmal Dna menyatakan tiada maklumat yang boleh diperolehi melalui DNa itu melainkan nama wanita Thailand tersebut bernama Rat Kun NA. Dia merupakan salah seorang pelacur yang diseludup masuk ke Malaysia. Mana mungkin makmal tidak boleh mengesan pemilik DNa atau lebih tepat lagi ayahnya. Bila saya minta laporan ujian DNA, sampai sekarang mereka masih melambatkan prosesnya. Jadi, saya rasa ada yang cuba menghalang kita daripada menjejaki pembayang-pembayang berkaitan dengan tertuduh’ kata Sarjan Tiru.

Baru Inspektor Rozita faham mengapakah orang atasannya itu mati-mati ingin ke lorong lama yang menjadi pusat pelacuran itu keesokan harinya. Isteri sarjan Tru sudah datang dambil meletakkan dua gelas susu panas di atas meja ruang tamu.

‘Ingat Rozita. Kalau apa-apa terjadi pada aku, kau cari detektif yang bernama leftenan Fahada. Dia bekas Leftenan Maritim yang banyak menyelesaikan banyak kes-kes jenayah laut atau maritim. Kepakarannya kini digunapakai untuk menyelesaikan masalah kes-kes di darat juga. Oleh itu, dia membuka syarikat penyiasatan sendiri untuk mendapatkan pelbagai jenis upahan atau kerja’ peringatan daripada Sarjan Tiru.

Kini, Sarjan Tiru sudah mati. Tinngal isterinya yang menjadi balu bersama anak-anaknya yang masih kecil. Cerita yang menyedihkan tadi tidak sedikitpun menggoyahkan jiwa perempuan Leftenan Fahada yang tampak srius dari tadi mendengar cerita isteri Sarjan Tiru dengan teliti. Isterinya terus memberikan sebuah kotak kepada leftenan Fahada.

‘Tiru ada pesan kalau apa-apa berlaku kepada dia, carilah Leftenan Fahada. Jadi, ini adalah kotak di mana semua maklumat yang berkaitan dengan siasatannya terhadap kes yang sedang dia siasat sekarang ada dalam kotak ni. Ambiklah’ terang isteri sarjan Tiru.

Leftenan Fahada mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih kepada isteri Sarjan Tiru kerana sudi bekerjasama di saat hilang ketua keluarga dalam kehidupan dia dan anak-anaknya. Leftenan Fahada bersalaman dengan isteri Srarjan Tiru lalu terus meluru keluar ke keretanya. Dia masuk ke dalam kereta dan memanaskan enjin keretanya. Dia meraba-raba permukaan atas kotak itu. Dia menenangkan fikiran sebentar. Kemudian, dia terasa sudah tiba masanya dia membuka kotak tersebut untuk melihat isi kandungannya. Dia terus membuka kotak tersebut dan alangkat terkejutnya apabila melihat .......................................

0 comments:

Post a Comment