this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 12 : PART 3

Tuesday, February 8, 2011


KORBAN MITHALI : EPISOD 12 : PART 3

Keadaan riuh-rendah mengharu birukan situasi di dalam kafetaria tersebut. Mata Dr. Malik tertutup ketika itu kerana terkejut mendengar bunyi das tembakan. Dia menarik nafas panjang dan mengucap panjang. Dia masih mampu berdiri. Perlahan-lahan dia membuka matanya, dia memeriksa badannya. Dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak terkenanya atau mungkin penjenayah itu memang sengaja mengalihkan tembakan itu ke sasaran lain. Dia bersyukur kerana segalanya dalam keadaan baik. Begitu juga dengan Dr. Fasha dan Jihan yang lega melihat Dr. Malik tidak terkena tembaan itu. Inspektor Rozita masih duduk di atas lantai dan menundukan muka bersembunyi di balik meja makan.

‘Kau ke sini dan tolong uruskan wanita ini’ pinta penjenayah itu.

Dr. Malik memberanikan diri untuk merapati wanita mengandung itu. Dia berlutut berhampiran wanita itu. Dia cuba menenangkan wanita itu. Dia meminta sesiapa yang mempunyai beg atau sebarang benda yang lembut untuk dia letakkan di bawah kepala wanita tersebut untuk membaringkan kepalanya di posisi yang betul. Ada seorang tahanan memberikan beg galasnya jenama ‘John Master’ dan sangat sesuai kerana keadaan beg itu yang kembung mungkin kerana pakaian di dalam beg tersebut. Dia meminta sesiapa sahaja untuk memberikannya air mineral. Tiada sesiapa yang mengaku mempunyai air mineral. Tiba-tiba, seorang wanita menyahut dan mengaku dia adalah pelayan kaftaria tersebtu. Dia memberitahu terdapat air mineral di dalam dapur. Dr. Malik mengarahkannya untuk mengambil sedozen air mineral di dalam kotak untuk memberi cukup air kosong yang bersih untuk diminum oleh wanita tersebut dan ia juga boleh membantunya membersihkan darah yang keluar dengan banyak sekiranya berada dalam proses meneran keluar bayi dari kandungan wanita itu. Pelayan itu tidak membantah lalu terus bangun dan ingin pergi ke dapur untuk mengangkat sekotak air mineral sebelum ditahan oleh penjenayah yang berkuasa tadi. Penyangak itu meminta pertolongan penyangak yang lain untuk mengekori dan menemani pelayan itu untuk mengelakkan pelayan itu beritndak di luar dugaan. Dia juga mengarahkan supaya mereka mengambil dua kotak air mineral terus. Dr. MAlik meminta kain tuala yang panjang atau selimut untuk dialaskan ke bahagian kelengkang wanita itu ketika bersalin nanti. Penjenayah it uterus mencapai alas meja lalu diberikan kepada Dr. Malik. Dr. Malik merasakan adalah tidak wajar untuk wanita itu melahirkan anak di tengah-tengan tontonan tahanan-tahanan yang lain.

‘Puan boleh bangun lagike? Tanya Dr. Malik.

‘Tak larat Doktor’ jawab wanita itu.

‘Tak manis bersalin di sini. Ramai orang tengok. Saya suruh beberapa orang tolong angkat Puan and lahirkan anak di stor, daput atau bilik air ke?’pujuk Dr. Malik.

Wanita itu menggelengkan kepala tanda tidak setuju dan dia juga memberitahu bahawa dia sudah tidak kisah orang ramai menonton dia melahirkan anakkeduanya itu kerana dia lebih mementingkan nyawa anaknya. Dr. Malik memohon maaf dan menasihati wanita itu supaya bersabar. Beg diletakkan di bawah kepala wanita itu. Alas meja dialaskan di bawah kelengkang wanita itu. Kemudian, dua dozen air mineral sampai dan diangakat oleh pelayang tersebut dan salah seorang penjenayah tersebut. Dr. Malik meemberanikan diri untuk membuat permintaan yang terakhir iaitu gunting. Penjenayah tadi naik berang apabila Dr. Malik asyik meminta macam-macam daripada tadi.

‘Apa lagi yang kau nak? Kau jangan macam-macam’ balas penjenayah itu.

‘Tuan nak saya putuskan uri dengan tali pusatnya dengan apa?Dengan gigi?’tanya Dr. MAlik menduga penyangak itu. Penyangak itu mula sakit hati dengan Dr. Malik tetapi terus mencapai pisau lipat di dalam poketnya lalu diberikan kepada Dr. Malik.

‘Ingat! Jangan cuba bertindak bijak!Jangan main-main dengan aku’ peringatan yang ikhlas keluar dari mulut pennjenayah itu yang diihat seperti ketua operasi penculikan itu.

‘Puan rileks. Saya kira ‘push’, Puan tolak ye.Cuba ye. Insya Allah berjaya’ Dr. Malik cuba menenangkan pesakitnya. Sepanjang dia berkecimpung dala bidang perubatan dan pembedahan, hanya satu sahaja kesnya yang telah menyebabkan kematian. Tapi kali ini, dalam situasi yang sukar, dia perlu berkeyakinan diri untuk melakukan semua tugasan mencabar sebagai doktor.

‘Baiklah. Satu, dua , tiga ‘push’ ‘ dia mengarah wanita itu.
‘tin Tin’ Puan ZUlaikha terdengar bunyi hon kerata di luar rumahnya. Dia menjenguk dari delam ke luar rumah. Zaharah melambai tangan dari dalam kereta di luar pagar rumah. Puan Zulaikha yang sudah lama bersiap terus mendukung anaknya lalu terus membuka pintu pagar secara automatik menggunakan, alat pengesan dan kawalan jauh. Puan ZUlaikha yang tengah mendukung anaknya itu terus ke luar rumah dan menutup balik pintu pagar automatiknya. Dia terus masuk ke dalam kereta.

‘I’m worried. My husband not picked up my call few times since last afternoon’ luah Puan Zulaikha.

Zaharan menasihati Puan ZUlaikha supaya bertenang dan terus mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon nombor Dr. Malik. Beberapa kali panggilan dubuat, terdapat bunyi nada daringan tetapi Dr. Malik masih tidak mengangkat panggilan tersebut. Zaharah juga menjadi risau dan pelik. Zaharah mententeramkan Puan Zulaikha lalu memberitahu tidak ada sebarang perkara yang berlaku dan membawanya ke hospital untuk melihat suaminya.
Pasukan polis sudah mula sampai di perkarangan hospital tersebut. Wartawan-wartawan televisyen, radio dan akhbar juga telah mula mengerumuni perkarangan hospital itu. Sebuah tempat yang paling takut dilawati kerana terdapat banyak penyakit dan pesakit di situ menjadi tempat tumpuan orang ramai ketika itu.

‘Inspektor Rozita ada di dalam hospital kan?’tanya Leftenan Fahada.

Pegawai polis tersebut menganggukkan kepala. Leftenan Fahada masih ingat kata-kata Inspektor Rozita yang akan datang ke hospital berjumpa denga doktor yang mengendalikan kes dan laproan perubatan wanita Thailand itu. Leftenan Fahada mendapatkan pembesar suara ‘heller’ dan ingin memberitahu sesuatu dan berbincang dengan penjenayah di dalam kafetaria menggunakan pembesar suara tersebut. Sebelum sempat berbuat demikian, tiba-tiba Leftenan Fahada diserbu leh wartawan-wartawan.

‘Assalamualaikum. Puan, boleh saya tahu apa yang berlaku di dalam hospital ini? Saya dengar ada pemberontakan?’ tanya salah seorang wartawan.

‘Betulke ada sebilangan doktor-doktor dan staf-staf hospital diberhentikan tanpa usul periksa menyebabkan perkara ini berlaku dan dilakukan oleh mereka?’tanya seorang lagi wartawan televisyen.

‘Apa tindakan polis dalam menyelesaikan masalah ini?”satu suara berkemundang.

Leftenan Fahada mula berpeluh, panas dan menjadi rimas dengan berhujan-hujan persoalan daripada wartawan-wartawan yang sedang mengganggu tugasnya.

‘Ada yang bedendam dengan Datuk Alif ASyrafke sehingga ada cubaan membuat kecoh di dalam hospital ini?’tanya seorang lagi wartawan.

‘Pesakit-pesakit di dalam hospital masih banyak lagi yang terlantar di wad kan?Jadi, bagaimanakah cara anda ingin menyelamatkan mereka? Takkan tak buat ap-apa?’pertanyaan daripada wartawan semakin lama semakin meluru dan berturut-turut tanpa sempat Leftenan Fahada menjawab soalan yang pertama tadi.

‘Ada yang terbunuh?Cedera? Berapa lama masa pihak polis ambil untuk menyelamatkan mereka. Semua tengah risau ni’ tanya wartawan itu.

‘Hoi, jangan kacau boleh? Kami nak menajalankan tugas. Kalau ada yhang mati disebabkan anda mengganggu tugas polis, anda akan didakwa dan ditangkap atas nyawa manusia. Anda nak macamtu? Pergi berambuslah!’ tengkin Leftenan fahada menyebabkan wartawan-wartawan tadi mengundurkan diri masing-masing.
_____________________________________________________________________________
‘Dah siap ke? Tanya Datuk Alif Asyraf kepada isterinya yang sedang menyorong kerusi roda anaknya.

‘Dah’ tersenyum keletihan Datin Paulina sambil menolak kerusi roda anaknya. Anaknya tidak cacat Cuma peru ditolak kerana fikiran anaknya tidak rasional dan kadang-kadang dia seperti tidak mahu berjalan sendiri. Hari ini, mereka mempunyai temujanji dengan Dr. Fasha mengenai perkembangan kesihatan dan rawatan terapi serta fizikal untuk Boy bagi memulihkan semangat dan memorinya.

‘Dah call Fasha?’ tanya isterinya.

Datuk Alif ASyraf tersenyum . Tapi tahukah mereka yang terdapat pemberontakan di hospital? Tunggu episoD seterusnya...

0 comments:

Post a Comment