this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 6 : PART 1

Monday, February 7, 2011



Leftenan Fahada ternganga sebentar melihat apa yang ada di dalam kotak tersebut. Sukar untuk menggambarkan betapa tidak dapat terima akal apa yang ada di dalam kotak tersebut. Leftenan Fahada mencapai beg tangannya. Lalu, meraba-raba isi di dalam beg tangannya. Lalu, setelah dia mencapai telefon bimbitnya, dia terus mencari nombor telefon isteri Sarjan Tiru lalu mendailnya. Ketika dia cuba menunggu Isteri Sarjan Tiru mengangat telefonnya, dia terasa sangat sejuk kerana hujan mulai turun. Dalam masa yang sama, dia dapat merasakan ada orang sedang memerhatikan gerak-gerinya dan menuju ke arah keretanya. Dia memerhatikan cermin sisi di sebelah kanannya, tidak nampak apa-apa. Dia memerhatikan cermin sisi di seblah kirinya, masih tidak kelihatan sebarang kelibat mannusia. Dia melihat cermin belakang, masih kosong pemandangan belakangnya. Dengan tidak mengesyaki apa-apa, dia terus memandang ke sebelah kirinya dan dia dikejutkan apabila melihat sesuatu di luar cermin tingkapnya.

Satu demi satu kenderaan memperlahakan kenderaan masing-masing apabila melalui jalan tersebut. Ada yang terus memberhentikan kereta mereka di tepi jalan untuk menyaksikan perkara yang baru berlaku. Terdapat juga orang yang mendail nombor kecemasan sama ada polis atau ambulans untuk cepat-cepat menghantar bantuan kecemasan. Seorang wanita bertudung labuh sehingga menutup setengah mukanya keluar daripada kereta dalam keadaan tenang. Dia berjalan menuju kereta Dr. Malik yang nyaris-nyaris terlanggar sebatang pokok di depannya. Nasib baik Dr Malk sempat menekan brek. Anaknya menangis tidah henti-henti. Puan Zulaikha pening-pening sambil terbaring di kerusi. Semangatnya yang lemah dan jiwanya yang sensitive sudha pasti membuatkan badannya terlalu lemah untuk menghadapai situasi seperti itu.

‘Bro, Ok ke? Tanya salah seorang awam di situ.

‘Semua orang ok. Kereta pun ok. Takpe. Terima kasih’ balas Dr. Malik.

Orang awam tadi memberitahu semua orang di situ supaya bersurai kerana semuanya selamat termasuk keretanya. Nasib baik kedua-dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan tadi sempat brek dan mengalihkan kenderaan masing-masing dengan cekap dan pantas bagi mengelakkan berlanggar sesama sendiri. Dr. Malik keluar melihat keadaan sekeliling. Cepat orang-orang awammenyibuk apabila berlaku kemalangan sebegini. Dia cepat-cepat mendukung anaknya yang tidak henti-henti menangis lalu memusing keliling keretanya untuk memastikan tiada kerosakan yang teruk berlaku.

‘Let me help ypu’ pujuk wanita bertudung labuh itu.

Dr. Malik terpinga-pinga melihat wanita yang menutup hamper keseluruhan wajah dan tubuh badannya. Dia tidak menyangka di dalam negara Malaysia yang panas ini pun, masih ada orang yang memakai tudung litup dan labuh sebegitu. Kedua-dua pergelangan tangan wanita itu terdedah dan dihulur untuk mendukung bayi di dakapan Dr. Malik.

‘Takpa. Takpa. Saya boleh buat semua. Tak perlu susah-susah’ balas Dr. Malik.

Wanita bertudung labuh itu seperti tidak memaham arahan Dr. Malik sehingga membuatkan Dr. Malik terasa panas baran sedikit.

‘Saya dah cakap tak payah susah-susah. Awak baliklah’ tegas Dr. Malik kasar.
Wanita itu menurunkan tangannya. Dr. Malik lega kerana akhirnya wanita itu faham bahasa.

‘Excuse me. Are you talking to me just now? What do you said just now? I do not understand?’balas wanita bertudung labuh itu bersungguh-sungguh. Dr. Malik terkejut mendengar jawapan wanita itu. Dr. Malik malu sendiri. Dia tidak sangka aksi dan tindak-tanduk wanita tadi rupa-rupanya adalah disebabkan dia tidak faham sepatah apa pun yang dikatakan olehnya. Dia memandang ke kiri dan kanan serta sekelilingnya. Kereta-kereta yang tadi berhenti di sepanjang tepi jalan kini sudah tiada kecuali ada satu kereta yang berhampiran dengannya. Kereta inilah yang hampir dilanggarnya. Nombor pendaftaran kereta mewah itu menunjukkan ia datang dari Singapura.

‘Abang!’ panggil Puan Zulaikha. Dr. Malik dan wanita itu segera mendapat isterinya.

Dr. Malik menenangkan isterinya dengan menyatakan segalanya baik. Puan Zulaikha lega. Malah, dia juga tidak mengalai sebarang kecederaan. Dr. Malik masih mencari-cari orang yang memandu kereta mewah yang hamper dilanggarnya.

‘Mana orang yang naik kereta mewah itu?’tanya Dr. Malik.

‘I’m sorry. I do not understand. Can you speak in English? I am Egyptian. I was transferred from Singapore to Malaysia’ balas wanita itu.

‘Please forgive me. I did not know that.. My name is Malik. Do you see any person who drive ther car over there?’ Tanya Dr. Malik.

‘I’m the driver. Ismi Zaharah. This is my name card’ kad nama Zaharah dihulur kepada Dr. Malik.

Puan Zulaikha dan Dr. Malik berkali-kali meminta maaf daripada Zaharah atas kecuaiannya sehingga menyebabkan kemalanga. Mereka malu dengan Zaharah lalu Dr. Malik menghulurkan lima ratus ringgit Malaysia kepada Zaharah. Zaharah menolak dengan mengucapkan terima kasih. Pasangan suami isteri itu degil dan menyuruh Zaharah mengambilnya. Zaharah dengan lemah lembut dan sopan menolaknya tetapi dia menetapkan satu syarat lain. Zaharah menyuruh Puan Zulaikha menghubunginya untuk makan malam bersama lain kali. Zaharah memberitahu mereka boleh membelanjanya makan malam sebagai tanda memohon maaf dan tidak perlu memberikannya wang. Lagipun, Zaharah memberitahu dia tidak mempunyai banyak kawan di Malaysia. Lebih-lebih lagi, kawan-kawan dari kalangan rakyat tempatan. Ia boleh membantunya dalam perniagaan yang dijalankan di Malaysia memandangkan bahasa rasmi Malaysia adalah Bahasa Melayu, bahasa yang sangat asing baginya. Ia jug boleh membantunya menyelesaikan banyak urusan lain di Malaysia. Pasangan suami isteri tadi setuju dan mengajaknya makan malam pada keesokan hari. Zaharah menyuruh mereka menelefonnya dahulu dan dia memohon untuk beredar dahulu kerana ada urusa yang dia harus selesaikan. Dr. Malik memberikan kad perniagaannya pula kepada Zaharah dan kemudian, Zaharah terus ke kereta mewahnya kembali serta membunyikan hon sebelum meninggalkan Dr. Malik. Zaharah melambaikan tangan kepada isteri Dr. Malik. Puan Zulaikha tersenyum kerana mendapat kawan baru. Dalam hatinya, dia boleh mengajak Zaharah datang ke rumah untuk menemannya berbual di rumah. Dr. Mlik bersyukur semuanya selamat.

‘Saya minta maaf. Saya tersalah beri kotak’ kata isteri Sarjan Tiru.

‘Takpa’ Leftenan Fahada memberikan kembali kotak di tangannya lalu mengambil kotak yang baru diserahkan oleh isteri Sarjan Tiru. Kemudian, isteri Sarjan Tiru melambaikan tangan kepada Leftenan Fahada tanda selamat jalan sebelum kereta yang dipandu Leftenan Fahada hilang dari pandangannya. Leftenan Fahada memandu kereta lalu perlahan-lahan dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia mencapai kotak tadi sambil terpaku. Dia tidak pasti sama ada dia perlu melihatnya sekarang atau tidak. Inilah saat yang dinantikan. Pembayang-pembayang yang Sarjan Tiru tinggalkan untuknya bagi menyelesaikan kes berat ini. Dia cuba membuka perlha-lahan penutup kotak tersebut. Sebelum dia sempat melihat apa yang ada di dalam kotk. Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk. Dia terkejut, lalu meletakkan kembali kotak tersebut ke tempat duduk sebelahnya. Dia meneliti dengan berhati-hati pemuda yang mengetuk tingkap keretanya itu sebelum membukanya. Wajah dan mata Leftenan Fahada tampak garang.

‘Ya. Nak apa? Tanya Leftenan Fahada garang.

‘Puan, boleh tolong say? Saya .. Saya .... ‘ kata ....

0 comments:

Post a Comment