this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 3 : PART 1

Wednesday, February 2, 2011


"It's over.Sampai di sini sahaja perhubugan kita.Berat untuk aku meneruskan hidup kita bersama.Terimalah takdir ini sayangku" Badul melepaskan satu tembakan dari mulutnya dengan senafas dan sebaris kata penamat.

"Tapi kenapa?apa salah aku?"teriak Mirinda.

"Don't ask more!It's over.Maafkan aku"tenang Badul menjawab.

Air mata Mirinda mengalir satu demi satu titis penuh hampa bersama impiannya luka dan berdarah. Pelamin yang diangankan olehnya musnah sama sekali sedangkan tiada ombak , tiada badai yang mengganggu hidup dan percintaan yang terjalin antara mereka berdua.

Buat sekian kalinya Mirinda bertanya "Kenapa?"

Badul menjawab "kerana aku dah berdosa."

‘Berdosa..Aku tahu kita dah pernah terlanjur. Kita sama-sama pikul tanggungjawab ini. Bolehkan sayang?’ pujuk Mirinda.

‘Bukan. Aku sudah berdosa kepada orang lain’ balas Badul tidak bermaya.

‘Apa?Apa kau cakap ni?’ Mirinda terkejut.

‘Aku sudah berdosa pada orang lain. Jangan paksa aku ulang!’Badul meninggikan suara.

‘Aku tak faham! Kau..Kau buat.. Kau buat dengan orang lain?’ jerit Mirinda.

Tiba-tiba, terjaga Badul dari lamunan. Tersdak-sedak dia menahan nafas. Dalam keadaan baring terlentang, dia tercungap-cungap selepas terjaga dari mimpinya. Peluhnya mengalir dengan deras dan basah kuyup bantalnya. Mata dia melirik ke kiri dan kanan melihat keadaan sekelilingnya. Tetapi, badannya telampau letih dan penat sehingga dia tidak bermaya untuk menggerakkan anggota badannya. Dia tidak mampu menjerit minta tolong. Walaupun dia mampu untuk menyebut beberapa patah perkataan, namun suaranya lebih perlahan daripada suara orang berbisik. Terdengar bisikan-biskan halus yang meragukan dirinya, mengelirukan pemikirannya dan mematahkan semangatnya.

‘Kau tidak boleh buat apa-apa. Sia-sia kau membuka mata kau. Tidurlah. Hiduplah di alam fantasi mimpi. Kau sanggup lihat diri kau macam ni? Tutup mata kau. Tidurlah. ‘ bisikan suara seakan-akan cuba memaksa dia untuk berputus asa. Terasa mimpi tadi betul-betul wujud di alam nyata. Ketika fikirannya melayang, ia teringat mimpi tadi seakan-akan pernah berlaku dalam hidupnya. Oh, dia teringat beberapa hari yang lepas, dia pernah berjumpa dengan Mirinda dan dia pernah berbicara sebegitu di dalam keretanya. Tetapi, ingatannya samar-samar. Sedang dia cuba mengingati peristiwa itu, tiba-tiba kepalanya terasa berat dan sakit sangat. Matanya berpinar-pinar dan sangat tertekan. Akhirnya, dia mengalah, lalu, matanya tertutup. Pandangannya kabur. Ingatannya terhenti. Hanya kegelapan yang menemaninya kini.

Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Puan Zulaikha sangat risau kerana suaminya masih belum pulang. Setiap kali dia menelefon nombor telefon bimbit suaminya, hanya ‘mesin pesanan suara’ yang menjawap panggilannya. Puan Zulaikha telah menelefon hospital tetapi staf-staf setempat kerja memberitahu Dr. Malik sudah lama keluar dari hospital untuk pulang. Puan Zulaikha menjadi tidak tenteram.

Sedang Puan Zulaikha dalam lamunannya, perasaannya itu terhenti secara mengejut apabila mendengar bunyi enjin kereta di hadapan rumahnya dan cahaya lampu menyuluh ke pintu pagar rumahnya. Pintu pagar terbuka secara automatik dan kereta Dr Malik meluru masuk ke dalam laman rumahnya. Sebaik sahaja lampu kereta ditutup dan enjin kereta diberhentikan, susuk tubuh Dr. Malik kelihatan keluar daripada kereta dengan baju kemeja putihnya dan berseluar ‘slack’. Puan Zulaikha segera membuka pintu rumah sebaik sahaja mengecam susuk tubuh itu adalah suaminya melalui jendela rumahnya. Seperti kebiasaannya, Puan Zulaikha segera mendapatkan tangan suaminya lalu mencium tanda setia dan patuh kepada satria kesayangannya. Wajahnya lega apabila mendapat tahu suaminya selamat dan sehat –sehat sahaja.

‘Sayang tunggu abang ke?Lama menunggu?’tanya Dr. Malik kepada isterinya.

‘Ya. Saya telefon abang tapi tak dapat. Risau saya’ balas Puan Zulaikha.

Dr. Malik lekas memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan kelihatan ia terpadam. Dr. Malik memberitahu kuasa bateriya sudah habis.

‘Saya ada kejutan untuk awak’ beritahu Dr. Malik.

‘Apa dia?’ isterinya menggaru kepala sambil terpinga-pinga bercampur keliru.

Dr. Malik tersenyum melihat mimik muka dan gerak badan isteri kesayangannya itu, lalu segera mencium dahi isterinya tanda sayang dan terus membuka pintu belakang kereta dan memasukkan badannya ke dalam kereta. Puan Zulaikha takut untuk melihat kejutan yang bakal dilakukan. Wajahnya agak serius namun masih ada kemanisan pada wajah ayunya itu. Dengan tidak semena-mena, Dr. Malik keluar dari keretanya sambil mendukung sesuatu di tangannya yang dibalut dengan kain putih. Puan Zulaikha terperanjat dan terpaku lalu cuba merapatkan diri ke suaminya. Semakin dekat, semakin lebar ukiran senyuman di wajah Puan Zulaikha. Tambahan pula, terlihat perkara yang paling diinginkan oleh dirinya dalam dakapan suaminya. Hatinya yang lembut dan mudah tersentuh itu segera mengalirkan air matanya. Penantian selama ini terubat dengan apa yang dilihat di depan matanya. Bayi yang kematian ibunya dan tidak mempunyai bapa ini dalam pelukan Dr. Malik.

‘ Sayang, terimalah hadiah daripada abang’ sebut Dr. Malik

Puan Zulaikha gembira melihat bayi itu di tangan Dr. Malik. Lalu segera memeluk Dr. Malik tanda terima kasih.

0 comments:

Post a Comment