
3 hari telah berlalu, kicauan burung bebas berterbangan keriangan. Sang suria terbit dan berkongsi cahayanya menerangi dunia manusia. Suasana di rumah Datuk Alif Asyraf memang tenang. Para pembantu rumah sedang sibuk mengemas rumah dan tukang-tukang masak sedang sibuk menyiapkan sarapan. Datin Paulina sedang leka berbual rancak dengan rakannya melalui panggilan telefon bimbitnya. Tiba-tiba, kelekaan Datin Paulina tersentak apabila melihat Pak Juah berdiri kaku dan tegak tanpa bergerak sambil memegang getah air memancut ke arah kereta ‘Toyota Caldina’ berwarna perak di kawasan tempat letak kereta rumahnya. Sekilas pandang, Datin Paulina dapat melihat dengan jelas wajah tukang kebunnya itu, Pak Juah membeliakkan mata di bahagian bonet kereta belakang kereta itu. Datin Paulina bertambah ragu-ragu dengan perbuatan tukang kebunnya, lalu mulai sangsi dan meneruskan langkah secara perlahan-lahan ke arah Pak Juah tanpa disedari Pak Juah. Datin Paulina semakin dekat dengan Pak Juah dan menghendap pemandangan di hadapan Pak Juah yang tidak kelihatan sebarang kelibat kecuali tayar keretanya disirami oleh air getah.
Namun belum sempat Datin Paulina menegur Pak Juah, aksi Pak Juah yang memalingkan badannya sambil meneruskan penyiraman menyebabkan air getah terpancut kearah pakaian Datin Paulina. Alangkah terkejutnya Pak Juah melihat Datin Paulina betul-betul di belakangnya lalu muncung getah tersebut terhala ke arah muka dan rambut Datin Paulina. Habis basah kuyup pakaian dan diri Datin Paulina yang sudah berdandan cantik sebelum itu.
‘Pak Juah.Butake? tak Nampak orang ke?’teriak Datin Paulina
‘Ampun ye bu’.Silap saya sih.jangan in buang aku keje dong!’rayu Pak Juah.
‘Kau ingat aku ni kejam sangat ke?Nak buang pekerja sesuka hati!Apa yang ko tengok tadi sampai terbeliak biji mata kau tadi?’sambung Datin Paulina.
‘Ibu.Saya kepingin mahu Tanya sama ibu. Kenapa in tayar kereta ini seperti berlumpur banyak. Ibu ada pergi ke mana-mana kelmarin?’ Tanya Pak Juah.
Datin Paulina terdiam seketika memikirkan maksud Pak Juah. Lalu melihat tayar kereta tersebut. Kini, ia sudah bersih, namun Datin Paulina masih tertanya-tanya maksud soalan Pak Juah tadi. Siapa agaknya yang menggunakan keretanya semalam dan memandu di kawasan tanah merah.
‘OI!’Teriakan sampai ke telinga Datin Paulina. Rupa-rupanya Datuk Alif Asyraf cuba memeranjatkan isteri beliau.
‘Awak ni.Buat terkejut saya je’melenting Datin Paulina diperlakukan begitu.
Tiba-tiba, bunyi telefon rumah berdering dengan kuat berkali-kali. Pembantu rumah mereka mengangkat telefon. Beberapa ketika, pembantu rumah tersebut memanggil majikannya.
Datuk Alif Asyraf dan Datin Paulina bergerak ke arah pembantu rumah dan telefon rumah. Gagang diberikan kepadaDatin Paulina. Dia cuba berinteraksi dengan pemanggil dengan berhemah. Muka Datin Paulina daripada senyum menjadi cuka seakan-akan terkejut lalu memandang suaminya.
‘Awak pergi kejut Boy sekarang. Kecemasan!’arah Datin Paulina kepada suaminya.
‘Apa hal awak ni?’tanya Datuk Alif Asyraf.
‘Mirinda hilang!’teriak Datin Paulina.
‘Mana Mirinda pergi?’balas Datuk Alif Asyraf
‘Ish,awak ni manalah saya tahu. Saya bukan mak nujum.Cepat bagitahu Boy’sambung Datin.
Mereka berdua ke arah bilik tidur atas dan mengetuk pintu bilik kerana ia berkunci.
‘Boy. Bangun nak. Lekas!’ panggil Datuk Alif Ayraf
Seruan mereka seolah-olah sia-sia.Tiba-tiba, Datin Paulina bersuara.
‘Mirinda hilang. Orang tuanya baru bagitahu tadi’suara Datin Paulina kedengaran nyaring.
Boy membuka pintu sambil terpinga-pinga dan terkejut mendengar apa yang berlaku.
SIAPAKAH BOY INI?APA KAITAN DATUK,DATIN DAN BOY DENGAN MIRINDA?MIRINDA HILANG?APA SUDAH JADI?MANA MIRINDA MENGHILANG?APA JADI KEPADA BADUL, DR MALIK DAN BAYI YANG DILAHIRKAN 3HARI YANG LALU?SEMUA AKAN TERJAWAB EPISOD DEMI EPISOD SELEPAS INI.
0 comments:
Post a Comment