
‘Buka mata besar-besar. Bagus. Terima kasih’ Dr. Fasha mengarahkan Boy membuka matanya besar-besar untuk memeriksa keadaan fizikal dan mentalnya. Boy memang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ibubapanya sendiri pun memang tidak dikenalinya.
‘Berilah Boy rehat. Perlahan-lahan mungkin dia akan menyedari memori lamanya kembali’ terang Dr. Fasha kepada Datin Paulina dan Datuk Alif Asyraf.
‘Bila dia akan sembuh DR?’ tanya Datin Paulina.
‘Ia bergantung kepada semangatnya sendiri yang ingin mengingati memorinya kembali. Saya tidak boleh jangkakan bila dia akan sembuh sepenuhnya. Biarlah perlahan-lahan’ balas Dr. Fasha.
‘Terima kasih Dr’ Datuk Alif Asyraf mengucapkan terima kasih kepada Dr Fasha dan memapah dan memimpin Datin Paulina ke biliknya. Semenjak Boy dikeluarkan daripada hospital, Datin Paulina menjadi semakin lemah semangat dan badan. Dia semain tidak semangat untuk hidup.
Datuk Alif Asyraf membaringkan Datin paulina di atas katilnya dan menyuruhnya berehat. Kemudian, Datuk Alif Asyraf keluar kembali. Dia kemudian mendapatkan Dr. Fasha yang masih berada di dalam bilik anaknya lalu mempelawanya untuk dihantar sampai ke depan pagar rumahnya. Dalam perjalanan tesebut, Dr. Fasha bersuara.
‘Sampai bila kita nak perlu buat semua ni?’ tanya Dr. Fasha.
Datuk Alif Asyraf mengangkat tangan kanannya dan satu jari ditegakkan dan diletakkan di bibirnya menandakan mereka perlu berterusan mengunci rahsia. Dr. Fahsa hampa dengan jawapan itu lalu membuat muka masam di depan Datuk. Datuk Alif Asyraf memegang bahu Dr. Fasha dengan kedua-dua belah tangannya lalu dihadapkan ke mukanya.
‘Sabarlah. Sabar kan separuh daripada iman’ pujuk Datuk Alif Asyraf.
Dr. Fahsa tersenyum sahaja mendengar kata-kata Datuk Alif Asyraf. Tanpa mereka sedari, perbuatan mereka diperhatikan oleh Pak Juah, tukang kebun rumah tersebut. Dia cube mengendap dan mendengar setiap inci perbualan mereka. TIba-tiba, dia terdengar sesuatu yang dia sendiri tidak percaya.
‘Waduh..Bikin pusing kepala ku.. Kepingin di bagitahu in sama ibu atau tidak ni. MAsak sih’ Pak Juah teragak-agak mahu memberitahu Datin Paulina. Tiba-tiba, dia disapa.
‘Pak Juah’ kedangaran suara orang menyapa menyedarkan dirinya kembali dari lamunan. Alangkah terkejut rasa dirinya disapa secara mengejut. Dia menoleh dan ........
______________________________________________________________________
‘Kring..!!’ jam loceng berbunyi diselang-seli dengan sahutan ayam di pagi yang hening itu.
Dr. Malik mematikan bunti loceng tersebut dan segera bangun dari lena. Dia memandang ke sebelah kanannya, isterinya dan anaknya sudah tiada. Dia berjalan menuju ke cermin alamariya. Dia mengamati wajahnya dan misai yang tidak terurus.
‘Kena cukur misai pagi ni’ katanya di dalam hati.
Dia mencapai tuala dan berjalan keluar bilik. Isterinya sedang mendukung anaknya dan ternampak suaminya keluar bilik. Dia segera ingin mendapatkan tangan suaminya tetapi suaminya menepis. Luka semalam masih berdarah lagi di dalam hatinya. Dia segera ke dapur kerana perutnya terasa sangat lapar. Dia ternampak ibu dan ayahnya.
‘Assalamualaikum ayah, emak. Selamat pagi’ ucap selamat Dr. Malik.
‘Abang Malik. Dah bangun? Wah, tak mandi pun masih handsome lagi. Um.... bau pun masih wangi walaupun belum mandi. Sarapan dulu bang. Lisa yang masak nasi lemak ni. Sedap. Abang nak air teh ke atau kopi. Lisa buatkan’ laju Lisa menyusun bicara.
Dr. Malki terkejut melihat Lisa yang sudah berdandan cantik berada di dalam dapur rumahnya.
‘Kembar kau mana? Tak bawak dia sekali?’ tanya Dr. MAlik.
‘Eh , abang ni. Saya mana ada kembar. Abang cakap apa ni?’ tanya Lisa tercengang.
‘Bukan selalu pergi mana-mana, bawak si Jenab ke. Pasangan kembar sama padan dan sama cantik. Cantikke?’ usik Dr. Malik nakal terhadap Lisa.
‘Mak, tengoklah abang malik tu. Jahat.. ‘ Lisa merengek di hadapan ibu mentuanya.
‘Si Malik main-main je lah. Ha, Malik. Mak dah tetapkan kau dan Lisa akan dinikahkan dan majlis akan dilangsungkan sebulan dari sekarang’ cadang Mak Cik Markonah.
Tersembur air kopi dari mulut Dr. Malik terkena baju Lisa. Lisa terkejut lalu merengek lagi.
‘Mak, cepatnya. Kasilah Malik tengok jadual dulu. Malik ni doktor. Kerja kadang-kadang tak tentu masa. Yang mak ni semalam sakit , harini gembira semacam pulak. Dah baikke?’ tanya Dr. Malik tidak puas hati.
Tiba-tiba, Mak Cik Markonah buat-buat batuk. Dia memberitahu anaknya itu bahawa dia masih sakit lagi. Tetapi, dia tetap bertegas untuk melangsungkan pernikahan dan acara persandingan lagi sebulan di kampung tersebut. Lisa sangat gembira apabila melihat Dr. Malik terpaksa menuruti kata-kata ibunya.
‘Eh, mana Zaharah?’ tanya Tok Mohidin. Lisa dan Mak Cik Markonah memandang sesame sendiri. Mereka seolah-olah tidak tahu siapakah yang dimaksudkan.
‘Zu..Oh, ZU. Pergi panggil tetamu kita sarapan sekali’ lantang suara Tok Mohidin.
Puan Zulaikha menyahut panggilan ayah mentuanya lalu terus ke bilik tetamu yang didiami oleh Zaharah. Puan Zulaikha mengetuk pintu bilik tetamu dan memanggil naam Zaharah berulang kali. Zaharah menyahut lalu memberitahu dia akan keluar sebentar lagi kerana masih bersiap. Puan ZUlaikha terus ke dapur menyertai mereka yang lain. Tetapi, keadaan di dalam bilik tersebut sebenarnya indah khabar dari rupa. Zaharah masih belum bersiap dan menangis di hadapan cermin. Dia memandang cermin dan merenung nasib diri. Satu persatu insan yang disayangai terlepas dari genggamannya. Semuanya pergi kerana dirampas atau shok sendiri. Zaharah bersedih kerana dai tahu Dr. Malik berbeza dari lelaki-lelaki lain yang pernah dia kenali. Dia tahu Dr. Malik merupakan seorang suami yang baik dan ayah yang penyayang. Namun, dia harus menerima hakikat yang Dr. Malik sudah dimilik oleh wanita melayu muslimah yang dia sangat hormati selaku kawan karibnya kini iaitu Puan Zulaikha. Puan Zulaikha lebih berhak ke atas suaminya itu. Kini, ibu Dr. Malik pula telah menjodohkan pula Lisa sebagai isteri keduanya. Jadi, harapannya sudah tipis dan dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Anggota wuduknya basah dengan air sembahyang. Dia pun menunaikan solat Dhuha.
“harus bagaimana lagi dan terus begini. Benarkan aku hinggap ke matamu. Cukup sudah kau menghukum. Salah ku tetap salahku. Benarkan kuberbicara. Agar bias pulih semua’ deringan nada dering telefon bimbit Dr. Malik berbunyi. Dia terus mendapatkan telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan telefon tersebut.
‘Helo’ tanya Dr. Malik. Dia mendengar penerangan daripada pemanggil. Dia menamati setiap bait kata-kata dari pemanggil lalu mukana berubah.
‘What? La.. betulke ni? Patut saya cll asyik tak dapat’ balas Dr. Malik.
‘Baik, saya di kampung ni. Bila saya sampai sahaja di Kuala Lumpur, saya terus datang ke balai. Terima kasih’ sambung Dr Malik lalu menamatkan panggilan telefon tersebut.
‘kenapa bang?’ tanya Puan Zulaikha.
‘Kita bersiap sekarang. Saya pergi mandi dulu. Sarjan Tiru, kawan abang ditembak mati’balas Dr. Malik.
‘Ha!!!’ Puan Zulaikha terlopong lalu menutup mulutnya sendiri kerana terkejut.
0 comments:
Post a Comment