this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 4 : PART 1

Monday, February 7, 2011


Datin Paulina menitiskan air mata melihat keadaan anaknya yang sekejap sedar dan sekejap tidak sedar di atas katil pesakit. Datin Paulina tidak tahu sampai bila dia harus menanggung seksa sebegini. Apakah dosa yang telah dilakukan olehnya sehinggakan anak lelakinya terpaksa menanggung akibat semua ini.

Tiba-tiba, pintu bilik terbuka. Datuk Alif Asyraf masuk sambil membawa cawan yang berisi air penapis air. Dia memberikan kepada isterinya itu sambil tangannya menyentuh bahu isteri kesayangannya itu lalu meyuruhnya bersabar dengan dugaan yang diterima.

Pintu bilik sakit diketuk beberapa kali. Muncul Dr. Fasha sambil membawa fail pesakit istimewanya ini.

‘Apa khabar Datuk dan Datin?’ tanya Dr Fasha sambil tersenyum.

‘Macamnilah. Menunggu dengan penuh harapan’balas Datuk Alif Asyraf.

‘Datuk, dari pihak kami, segalanya telah dicuba untuk membantu anak Datuk pulih seperti sediakala. Tetapi, ahi keluarga terdekat perlulah membisikkan kata-kata semangat ke telinganya untuk memberi harapan dan dorongan kepadanya untuk terus hidup. Saya pernah terbaca roh oang yang koma sebenarnya sedang melayang-layang dan kadang-kadang dia sedang perhatikan kita. Terpulang kepada kita untuk membisikkan ke telinganya untuk pulang ke pangkal jalan dah cahaya yang betul ataupun terus sesat dalam alam rohnya’jelas Dr. Fasha.

Datuk Alif Asyraf sangat faham maksud Dr. Fasha lalu menyuruh isterinya cuba merapati cuping telingan anak tunggalnya itu dan berbisik ke telinga anaknya.

‘Cubalah. Kita kena ikhtiar’ nasihat Datuk Alif Asyraf kepada isterinya.

Datin Paulina merapati telinga anaknya sambil menarik kerusi untuk dia melabuhkan punggungnya. Mulutnya dirapatkan betul-betul ke telinga anaknya. Dia menarik nafas dan menghembuskannya untuk mencari ketenangan.

‘My son, please wake up. I love you so much. Please don’t leave me like this. I want to see my son marry, happy and I want to see you to have a family’ rayu Datin Paulina.

Rayuan itu seolah-olah mengikut udara yang masuk ke dalam saluran telinga anaknya itu lalu menghentak ke gegendang telinganya. Maklumat yang sampai ke gegendang telinga menumpang peredaran darah untuk naik ke kawasan minda. Namun, ia harus melalui medula oblongatanya sebelum terus di hantar ke impuls atau saraf otak. Apabila ia sampai sahaja ke saraf otak, maka ia berdenyut laju dan kuat seperti cuba memberi tindakbalas kepada bisikan itu.

Sebaik sahaja anaknya terdengar, dia hanya mendiamkan diri dan tidak boleh membuat sebarang tindakbalas. Keadaan itu membuatnya tertekan. Dia sangat kasihan mendengar tangisan ibunya. Disebabkan sangat terharu, dia juga berasa sangat sedih lalu menangis. Perlahan-lahan, di sebalik kelopak dan kulit matanya yang tertutup, turunlah air mata seorang anak yang tidak berdaya untuk menahan ibunya daripada berhenti menangis dan bersedih. Tangisannya tidak berguna kerana tiada siapa yang mengendahkan air matanya yang mengalir dalam keadaan tidak sedarkan diri itu. Namun, sedang Datin Paulina menangis teresak-esak menahan sebak, mata Dr. Fasha menjeling Datuk Alif Asyraf seperti ingin berkata sesuatu. Datuk Alif Asyraf perasan tentang reaksi Dr Fasha itu tetapi amsih berlagak biasa. Dr. Fasha mengenyitkan sebelah matanya sambil merenung Datuk Alif Asyraf seperti ada sesuatu yang sangat penting untuk dimaklumkan kepada Datuk Alif Asyraf. Datuk Alif Asyraf masih berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

‘Datuk, sila ikut saya sebentar untuk menandatangan untuk pengesahan beberapa dokumen berkaitan anak Datuk ini’ Datuk Alif Asyraf seperti terpinga-pinga tetapi sempat mengangguk tanda setuju. Datuk Alif Asyraf ke arah isterinya untuk meminta kebenaran beredar dan mencium pipinya untuk menenangkan hati isterinya itu. Kemudian, Dr. Fasha membawa Datuk Alif Asyraf keluar daripada bilik tersebut. Datuk mengikuti Dr. Fasha daripada belakang.Susuk tubuh Dr. Fasha dari belakang memang amat menarik. Tambahan pula dia masih belum berkahwin dan masih uda lagi. Liuk Lentok Dr. Fasha ketika berjalan bisa membuatkan ramai jejaka-jejaka cair dengan tindak-tanduknya. Langkah dituju ke biliknya lalu pintu dibuka dan kedua-duanya masuk. Dr. Fasha menyuurh Datuk Alif Asyraf duduk.

‘Sekejap sahaja kan?Takpelah. tak payah duduk. Mana dokumen untuk ditandatangan berkaitan anak saya?’tanya Datuk Alif Asyraf.

Fasha terkejut dengan soalan itu. Mimik mukanya berubah. Mukanya bertambah merah menahan geram. Lirikan matanya tajam memandang ke arah Datuk Alif Asyraf.

Dia bersuara ‘ Datuk tahu kan ini bukan mengenai dokumen untuk ditandatangan?’

Datuk Alif Asyraf memandang ke arah Dr. Fahsa. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Datuk Alif Asyraf menarik nafas lalu menghembus dengan kuat tanda gelisah dan mengeluh.

‘Sampai bila kita nak membiarkan keadaan sebegini, Datuk? Datin perlu tahu. Kalau tidak, kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku nanti’terang Dr. Fasha.

‘Jangan. Masanya tidak sesuai. Datin tidak stabiil’pesan Datuk Alif Asyraf.

‘Habistu bila? Kalau Datuk tak mahu beritahu, ia sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberitahu Datin. Biar saya pergi’ balas Dr. Fasha.

Datuk Alif Asyraf menahan Dr. Fasha daripada berjumpa Datin semula. Dr. Fasha menepis lalu memanjukan langkahnya untuk cuba kelaur dari biliknya. Dia tidak boleh menahan rahsia ini lagi. Jika tidak sekarang, rahsia ini pasti akan diketahui oleh Datin Paulina di kemudian hari. Barangkali situasinya lebih teruk lagi ketika itu. Oleh itu, dia perlu bertindak sekarang. Tapi, belum sempat Dr. Fasha mencapai tombol pintu, Datuk Alif Asyraf menahan pintu dan memegang tangan Dr. Fasha.

‘Jangan bagitahu. Saya sanggup baut apa sahaja asalkan jangan bagitahu isteri saya apa-apa. Dia sangat lemah semangat. Tolonglah’ balas Datuk Alif Asyraf.

Dr. Fasha tersentak lalu memandang muka Datuk Alif Asyraf dan dibalas dengan wajah rasa bersalah Datuk Alif Asyraf terhadap isterinya.

APAKAH RAHSIA ITU?BERBALOI SANGATKAH RAHSIA ITU SEHINGGA DR FASHA TIDAK DAPAT MENAHAN DARI MENYIMPANNYA LAGI?SEHINGGAKAN DATUK ALIF ASYRAF TERPAKSA MERAYU UNTUK BERBUAT APA SAHAJA ASALKAN RAHSIA TIDAK TERBONGKAR?TUNGGU NEXT EPISODE!

0 comments:

Post a Comment