
Pandangannya ke luar menimbulkan sangsi Puan Zulaikha sehingga Zaharah tidak menumpukan perhatian kepada cerita Puan Zulakha. Puan Zulaikha menole kepalanya ke luar jendela. Dia amati keadaan luar. Puan Zulaikha juga tertarik dengan pemandangan di luar terutama melihat suaminya yang sedang masuk ke dalam teksi. Baru dia tahu apa yang dilihat Zaharah. Pemandangan yang sama dilihatnya. Adakah Zaharah sudah jatuh cinta pandang pertama dengan suaminya?
‘Memang nampak kacak dan tampan suami saya kan?’ tanya Puan Zulaikha.
Zaharah tidak sedar lagi. Puan Zulaikha teringat yang dia menggunakan bahasa melayu.
‘It is good to have a good, handsome and charming husband’ sambung Puan Zulaikha.
Zaharah terkejut tiba-tiba.
‘I’m sorry. I did not mean it. Sorry. Just forget it’ jelas Zaharah.
Puan Zulaikha tidak kisah, malah, dia sudah mendapat idea di dalam otaknya. Kalau disuruh suaminya kahwin lain mesti ditolk mentah-mentah. Jadi, dia perlu mencipta bibit-bibit cint a itu. Dia perlu selalu berjumpa dengan Zaharah bersama suaminya. Zaharah juga pada pengamatannya sangat manis, cantik dan baik . Dia merupakan calon yang sangat sesuai untuk suaminya. Kemalangan yang lepas rupanya adalah satu rahmat , penyelesaian dan takdir untuk suaminya.
‘Apa? Hilang ingatan?Tidak... Tidak mungkin’ jerit Datin Paulina.
Datuk Alif Asyraf hanya diam membatu seribu bahasa.
‘Saya minta maaf atas perkara ini. Kami sudah mencuba sedaya upaya dan berkali-kali membuat pemeriksaan tetapi memang sah dia hilang ingatan. Tetapi, Datin dan Datuk jangan risau. Kami akan sentiasa membuat pemeriksaan berperingkat-peringkat mengikut jadual untuk membantu dia memulihkan ingatannya semula’balas Dr. Fasha.
‘Dah takda guna. Anak aku dah tak ingat siapa aku? PEnat aku mengangungkan dia, melahirkan dia, beri dia makan, beri dia pendidikan, tetapi satu sen pun tak guna. Anak kita dah hilang ingatan bang, MAcammana ni bang?’ tangis Datin Paulina sambil memeluk suaminya.
‘Sabay saying. They already try their best. What can we do? Do not give up. We will help him to get his memory back. Awak kena banyak bersabar. Jangan putus asa’ balas Datuk Alif Asyraf.
Datin Paulina nangis tiada henti mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya terutama anaknya. Satu per satu perkata dan masalah berlaku di dalam keluarganya. Bermula dengan kehilangan Mirinda dan kini kehilangan memori anaknya. Dia tidak dapat menerima hakikat itu. Datuk Alif Asyraf cuba mententeramkan isterinya. Dia menoleh kepada Dr. Fasha secara perlahan-lahan. Dia tersenyum simpul. Dr. Fasha juga tersenyum seperti ada isyarat yang cuba disampaikan yang hanya mereka berdua sahaja yang paham.
‘Tok..Tok...Tok....’ pintu bilik Dr. Fasha berbunyi.
Semua orang yang berada di dalam bilik itu terkejut. Dr. Fasha berjalan menuju kea rah pintu lalu membuka kunci biliknya.
‘Dr. Fasha, ok ke? Apa berlaku tadi?’tanya Dr. Malik .
‘Ok. Ada pesakit bergelut cuba melarikan diri tadi. Sekarang dah ok’ balas Dr. Fasha.
Dr. Malik lega tetapi dia terpandang sepasang suami isteri yang sedang meratapi sesuatu di dalam bilik tersebut. Dia seakan-akan pernah melihat wajah mereka. Dr. Fasha menyedari yang Dr. Malik sedang memerhatikan sepasang suami isteri itu.
‘Ha.. Awak pandang bos kita pelik ni kenapa?’tanya Dr. Fasha.
Dr. MAlik menggaru kepalanya. Dia tidah faham maksud kata-kata Dr. Fasha.
‘Oh, lupa. Awak baru sahaja dipindahkan ke sini.awak masih belum mengenali Datuk. Mari saya kenalkan. Ini adalah Datuk ALif Asyraf SArdi, pemilik dan penaja Hospital Datuk ALif ASyraf yang kita sedang bekerja sekarang ni’ terang Dr. Fasha. Dr. Malik terkejut. Hampir dia tidak percaya yang akhirnya dia dapat berjumpa dengan tokoh perniagaan yang disegani di negara ini.
‘Assalamualaikum Datuk. Minta maaf saya tidak kenal Datuk tadi’ kata Dr. Malik sambil bersalaman dengan Datuk ALif Asyraf.
‘Ini isterinya Datin Paulina’ sambung Dr. Fasha.
Dr. Malik tidah menghulurkan tangannya kepada Datin Paulina kerana dia sedang memandang ke arah lain dan wajahnya murung.
‘Dr. Maliklah yang kita panggil dari Hospital Prince Court untuk bekerja di sini kerana ketelititannya dan kehebatannya meneyelesaikan masalah dan kepakaran dalam bidang pembedahan terutamanya sakit Puan’ terang Dr. Fasha.
‘oh, saya ingat. Orang atasan ada mencadangkan untuk mengupah pakar bedah dan sakit Puan yang pakar dari sana. Inilah orangnya. Terima kasih kerana sudi datang ke hospital kami. Belum terlambatkan untuk saya ucapkan Selamat Datang’ ucap Datuk Alif Asyraf.
‘Terima kasih Datuk. Apa yang Datuk buat di sini malam-malam ni?’ tanya Dr. Malik.
Datuk Alif Asyraf yang senyum tiba-tiba bertukar menjadi cuka. Dia memandang isterinya yang masih mau-malu untuk memandang orang luar. Dr. Malik tidak faham perkara yang berlaku.
‘Sebenarnya ...’
0 comments:
Post a Comment