
Jam telah menunjukkan pukul satu pagi. Suasana di dalam rumah mewat sangat sunyi. Mungkin kebanyakan penghuninya telah lena diulit intan. Bunyi air menitik ke dalam sini dari kepala paip juga boleh didengari dari ruang tamu. Betapa sunyinya awal pagi tersebut diselimuti angin awal pagi. NAmun, di sebalik kesunyian awal pagi, kedengaran bunyi bising dari salah satu bilik di tingkat dua rumah mewah tersebut.Kelihatan di balik celah bawah pintu, cahaya yang bergerak-gerak.
Badul sedang meniliti dan menyaksikan video kenangan manis dia bersama Mirinda. Dia tidak dapat melepaskan peluang memandang setiap sudut inci gambar-gambar bergerak dalam video tersebut. Rindunya terhadap Mirinda tidak dapat dihapuskan. Entah betapa bodoh dirinya meninggalkan Mirinda di saat Mirinda betul-betul memerlukannya di sebabkan satu fitnah yang tidak pasti.Badul menyesal dengan tindfakannya.
Sedang dia asyik menonton rkaman videonya bersama Mirinda ketika di Paris, dia terdengar bunyi tapak kaki berjalan di luar bilik tidurnya. Memandangkan luar gelap. Dia dapat melihat baying-bayang kaki di luar biliknya. DIa curiga dan sangsi siapakah yang berada di luar biliknya. DIa bangun perlahan-lahan dari katil. Langkahnya disusun dengan penuh hati-hati. Dia capai tombol pintu biliknya lalu membukanya. Tiada sebarang kelibat atau bayang-bayang dilihat dari biliknya. DIa menarik nafas dan menghembus mencari ketenangan. Dia memalingkan dirinya lalu ingin masuk kembali ke biliknya. TIba-tiba, dia dapat rasakan bahu kanannya disentuh. Dia tersentak lalu cepat-cepat memusingkan badannya ke luar biliknya. Sekali lagi, tiada sebarang kelibat, bayang-bayang atau lembaga di luar kawasan biliknya. Dia memusingkan kepalanya sekali lagi ke dalam biliknya.
‘Astaghfirullahalazim’ dia terkejut melihat kepala manusia di atas katilnya. Dia yang ketakutan seperti lemah longlai lalu terjatuh ke atas lantai. Dia cuba mengesot ke luar bilik secara memebelakang tetapi kakinya seperti terpaku tidak boleh bergerak. Tiba-tiba, kepala tersebut bergolek lalu jatuh ke bawah lantai. Dia cuba mengamati wajah kepaal itu tetapi muanya yang sangat buruk dipenuhi darah tidak membenarkan dia mengecam wjah di kepala itu. Dia melajukan esotannya ke belakang. Tetapi, semakin laju esotannya ke belakang, semakin laju kepala itu bergolek ke arahnya dengan darah melekat di simen membentuk satu garisan selepas kepala itu bergolek di kawasan lantai tersebut. Semakin Badul menghampiri tangga, semakin ligat kepala itu bergolek dan semakin hampir dengan Badul. Badul mencapai simen belakangnya dan alangkah terkejutnya apabila mendapati bahawa dia sudah berada betul-betul menuruni anak tangga dan tangannya tersalah pegang bucu ank tangga lalu dia tidak seimbang. Dia juga bergolek terjatuh hingga ke bawah tangga. Bunyinya yang bising itu meriuhkan dan memecahkan suasana awal pagi di dalam rumah mewah yang gelap tersebut. Kepalanya terhantuk ke tiang tangga. Dia dalam keadaan pening sekarang. Matanya cuba dibuka perlahan-lahan dan cuba mengamati pemandangan di depan matanya. Tiba-tiba, dai ternampak wajah yang sangat hodoh di hadapannya memandang tepat ke matanya. Dia menejrit kecil lalu memejamkan matanya kembali. Dia sangat takut ketika itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia sangat menggigil membuatkan peluh yang banyak menitis ke lantai. BAdannya basah dan melekit. Tiba-tiba, dia meraskan yang semuanya sudah kembali normal. Dia membuka matanya perlaha-lahan takut lembaga hodoh tadi masih di hadapannya Apabila mata terbuka, tiada apa-apa di depannya. Dia menarik nafas lega tetapi dai merasakan yang bulu romanya menegak kesejukan. Dia tiba-tiba terasan menggigil lagi. Dia rasa tidak sedap hati. Dia cuba bangun tetapi tidak terdaya kerana ketakutan. DIa menarik nafas sekali lagi dan menghembusnya. DIa terlihat jan antik lama yang tinggi bertentangan dengannya tinggi lampai berhampiran dinding. Di bawah jam itu, terdapat cermin panjang. Dia terasa pelik melihat cermin tersebut. DIa cuba mengamati cermin tersebtu kerana dia rasa ternampak bayang-bayang dua orang. DIa cuba menajamkan pandangannya dan alangkah terkejut dirinya melihat ada bayangan lembaga lain di sebelah kirinya. Dia dapat melihat di dalam cermin itu semakin jelas lembaga itu sedang memandangnya dan betul-betul di pipi sebelah kirinya. Dia menjadi resah tidak tentu hala dan terkedu menelan air liurnya sendiri. DIa dapat melihat, perlahan-lahan kepala lembaga itu bergerak cuba memandang kea rah cermin itu juga. Dia semakin cemas dan ketakutan. AKhirnya, wajah lembaga itu dapat dilihat dengan jelas kerana lembaga itu juga betul-betul memandang Badul di dalam cermin di bawah jam antik itu. BAdul perlahan-lahan memandang kea rah kirinya dengan berani. Sekilas dia memandang ke sebelah kirinya, tiada sebarang lembaga di situ. Badul mengucap sekali lagi melafaskan syukur kepada TUhan sambil meletakkan kedau-dua tangannya ke atas kepala tanda kelegaan.
Tiba-tiba, dia terdengar bunyi seperti bola keranjang sedang menuruni tangga tersebut. Dia pelik siapakah yang bermain bola awal-awal pagi yang gelap ini. Dia memberanikan diri menoleh ke arah atas tangga di sebelah kanannya. Dia sangat terkejut melihat kepala yang tadi mengejarnya masih melantun-lantun hanpir mendekatinya. DIa hanya mampu menjerit dan cuba mengesot ke hadapan. Sebelum sempat dia bangun, tiba-tiba kepala tersebut melantun betul-betul sma tinggi dengan mukanya dan alangkah terkejut dia melihat kepala itu menyerupai wajah Mirinda yang berdarah. Kepala itu menjerit dengan kuat. Badul juga menjerit dengan kuat.
‘Siapa tu Ada apa tu?’ tiba-tiba kepala itu hilang. Dia terlihat pintu bilik atas terbuka. Pintu depan rumah juga diketuk laju dan kuat.
‘Assalamualaikumm. Encik tak apa-apa?’ suara orang dari luar pintu rumah.
Badul menarik nafas lega lalu membangunkan diri dan berjalan kea rah pintu. Dia melihat di celah lubang pintu dan ternampak wajah tiga orang jirannya di luar. Dia membuka pintu tersebut an terkejut melihat tiga tubuh badan jirannya tidak berkepala. Dia menjadi cemas kembali. Adrenalinnya seperti tercungap-cungap ingin mencapai staminanya kembali. Dia cepat-cepat menutup pintu dan menuju ke atas tangga ke atah bilik yang bercahaya. Dia berlari menuju ke bilik yang bercahaya itu. Apabila dia sampai ke bilik tersebtu, dia terkejut melihat seorang bayi sedang menjamah mayat Mirinda yang berlmuran darah. Bayi tersebut mempunyai gig yang tajam. Dia ketakutan dan cemas. Bayi itu mendangnya lalu merangkak laju mengejanya. Badul melangkah kebelakang dan terlanggar palang tiang tingkat atas lalu berpusing dan jatuh ke tingkat bawah di atas lantai.
‘Mak nak kau kahwin dengan.... ‘ Mak CIk Markonah menyambung kata-katanya tersekat-sekat.
‘Saya tahu mak. Saya benarkan. Saya benarkan abang malik kahwin dengan.....’ Puan ZUlaikha cuba menghabis kata-katanya dan belum sempat dia mengakhiri kata-katanya, MAk CIk MArkonah menyampuk ‘ dengan ..........’
Lisa sudah bertepuk-tepuk tangan tanda suka. Zaharah yang berselindung di sebalik dinding menunggu penuh kesabaran dan penuh harapan.
‘dengan Jenab’ Mak CIk Markonah menyudahkan kata-katanya.
Tok Mohidin terbeliak biji mata mendengar kata-kata isterinya. Lisa menangis tanpa henti mendengar nama itu. Puan ZUlaikha ternganga mendengar jawapan Mak CIk Markonah. Sungguh tidak disangka bakal madunya ibarat ‘jamban yang tidak siap’ . Zaharah tidak faham apa-apa yang mereka cakapkan. Dia pun tidak kenal siapa itu ‘Jenab’. Bayi yang didukungnya ketawa riang apabila mendengar nama Jenab yang disebut seolah dengan sinis dia mentertawakan kata-kata neneknya itu.
‘Saya sanggup mak. Apa sahaja yang mak cakap, saya akur’ balas Dr. Malik.
Alangkah gembiranya hati Jenab , orang yang dirindui secara senyap-senyap sejak di bangku sekolah lagi sudah menjadi milik mutlaknya. Jutaan terima kasih harus diucapkan kepada Mak CIk MArkonah kerana telah meredhakan hubungan mereka berdua. Jenab masih teringat ketika zaman sekolah mengenah. Dr. Malik merupakan penyerang pasukan bola sepak sekolah menegah dan juga pengawas sekolah. Ketika waktu rehat atau selepas tamat latihan bola sepak, Jenab dengan rambut disikat rapi belah tepinya sering datang mengunjungi Dr. Malik dan membawakan bekalan makanan dan minuman.
‘Bang Malik, Jenab ada bawakkan ‘Nasi Goreng Sutun’ untuk abang’ kata Jenab.
‘Oh, terima kasih JEnab. Masa rehat ko aksi aku nasi goring ‘sutun’. Masa balik sekolah, ko kasi aku nasi goring ‘sutun’. Sedap pulak tu’ balas Dr. MAlik.
‘PAgi, nasi goreng sutun. Petang , nasi goreng sutun, malam pun nasi goreng sutun. Lama-lama kau pun jadi lembut macam ‘sutun’ . hahaha.’ Kawannya Jibam mentertawakan Dr. MAlik.
Jenab teringat kenangan indah itu bersama Dr. Malik tetapi kini ia menjadi lbih nyata dan jelas. Mereka akan disatukan diijabkabulkan atas permintaan Mak Cik Markonah.
‘Jenab, yang ko pegang tangan aku ni kenapa?’ tanya Tok Mohidin.
Lisa menyepak manja pipi Jenab.
‘Ko berangan ke?’ tanya Lisa mentertawakannya.
Jenab memandang sekeliling dan melihat semua orang di dalam bilik itu memandangnya penuh hairan.
‘Mak, jadi ke tak ni?’ tanya Jenab.
‘Bila masa aku jadi mak kau ni Jenab’ jawab Mak CIk MArkonah tersekat-sekat.
‘Tadi, mak cakap’ balas Jenab.
‘Cakap apa Nab?’tanya Mak CIk MArkonah.
‘Mak kata nak kahwinkan Abang Malik dengan.. dengan..’ tanya Jenab.
‘Dengan siapa?’ tanya mak CIk MArkonah.
‘Dengan Kau’ tengking Lisa.
‘Oh pocot!Abang Malik handsome lagi kacak bergaya kahwin dengan aku , aku suka gila, bersangin 7hari 7 malam kat palace Of Golder Horses. Tunai!’ tiba-tiba Jenab melatah setelah Lisa menengking dan mengejutkan dia.
Semua yang ada di dalam bilik tersebut tergelak besar termasuk Mak CIk MArkonah. Puan Zulaikha menahan ketawa dengan tersenyum sahaja. Dr. Malik menggaru-garu kepalanya apabila dimalukan sebegitu. Mak Cik Markonah sambung batuk sekali lagi.
‘Mak nak kau kahwin dengan....’ MAk Cik MArkonah menyambung...
‘Dengan sapa?’tanya Dr. Malik.
‘Dengan.. Mak CIk MArkonah mengulangi ayat tersebut.
‘Awak ni . Dengan sapa? Janganlah buat kami semua ni tertanya-tanya’ kata Tok Mohidin.
‘Dengan Z....Z.... ‘ tiba-tiba mulutnya mahu menyebut nama seseorang.
‘Cakap..Cakap..’ Lisa memaksa bakal ibu mentuanya bercakap dengan gaya ‘Ahmad NIsfu’dalam cerita ‘Seniman Bujang LApuk’.
‘Z....’Mak CIk Markonah menaymbung.
‘Zaharah ke mak?’ Puan ZUlaikha menyampuk dengan senyuman.
Zaharah mendengar namanya disebut tapi tidak faham apa yang sedang berlaku.
‘Zaharah????’ MAk CIk Markonah terkejut mendengar nama itu.
BESAMBUNG..
APA YANG TELAH BERLAKU KEPADA BADUL SELEPAS INI? SIAPAKAH YANG AKAN MENJADI ISTERI KEDUA DR MALIK? ADAKAH ZAHARAH? ADAKAH LISA SURIRUMAH? ADAKAH JENAB (BIAR BETUL!) ? ATAU ADAKAH MIRINDA? TIBA-TIBA DIA MUNCUL DI EPISOD AKAN DATANG? ADAKAH LEFTENAN FAHADA YANG BERKEMUNGKINAN SESEORANG YANG MAK CIK MARKONAH KENALI SATU KETIKA DAHULU? ATAU INSPEKTOR ROZITA SEBAB BOLEH TAHAN LAWA JUGA? ATAU MUNGKIN NASHA? SIAPA?SIAPA? ADAKAH WANITA MALANG ITU? SEMUANYA BAKAL TERJAWAB DALAM EPISOD AKAN DATANG... ADAKAH PUAN PAULINA MARTINEZ? ENTAHLAH LABU.....
0 comments:
Post a Comment