this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 10 : PART 3

Monday, February 7, 2011



‘Salam 1 Malaysia. Jumaat, tepat pukul dua belas tengah malam semalam, ibupejabat polis Harmony Hill dipercayai meletup secara tiba-tiba. Motif letupan dan suspek masih belum dikenalpasti. Namun, disebabkan letupan ini, empat suspek utama yang terlibat dalam kes cubaan membunuh Saraswathy pathumwan, wanita warga Thailand yang dipercayai sudah berada di Malaysia beberapa bulan lalu dan kes pembunuhan Sarjan Tirugapal Murugan . Motif cubaan membunuh masih belum dikenalpasti. Orang ramai dikehenaki berjaga-jaga apabila terlihat suspek-suspek berikut seperti yang tertera di kaca televisyen sekarang. Nama-nama suspek adalah Raymond Maurice, Nasha Aziz, Mohd Helmi Afiq dan Dunstan pierera Anthony. Sila hubungi balai polis Kota Dame secepat mungkin di 0355191260’ sepatah demi sepatah perkataan disebut oleh pembaca berita lelaki itu, Reza Hirwadi.

Suasana di dalam bilik gelap itu sangat tegang. Hanya lampu neon yang malap dan cahaya dari skrin televisyen yang menerangi bilik tersebut. Situasi tegang tersebt berpunca daripada sikap tidak puas hati beberapa pihak yang marah kerana sudah dua kali pihak polis Berjaya mengesan aktiviti mereka dan kawasan operasi jenayah mereka. KEtua penjenayah mereka, Raymond Maurice sangat bengang dengan keadaan tersebut. Dengan tiba-tiba, dia menggapai kolar kemeja-T Dusntan dan menjerit ke arahnya.

‘Macammana kau dengan budak-budak kau buat kerja ni?’ tanya Raymond Maurice.

‘Aku dah suruh diaorang jaga setiap penjuru masatu tetapi tak tahu pulak kalau diaorang tak tengok betul-betul. Lepasni kami akan lebih berhati-hati bos’ beritahu Dunstan.

‘Tengok tu. Sekarang nama kita dan muka kita dah masuk Tv. Esok masuk suratkhabar. Mana nak lari dah lepas ni? Kita kena hati-hati dan kurangkan aktiviti buat masa ini’ marah Raymond.

‘Ada orang bocorkan rahsia. Ada orang tali barut polis dalam ni’ tiba-tiba suara datang dari pintu bilik tersebut. Seorang lelaki berambut pacak dan berwarna perang masuk ke dalam bilik tersebut. Dia memandang semua orang dengan garang. Raymond mengeluarkan pistolnya.

‘Siapa budak-budak kau yang sepatutnya mengawal malamtu?’tanya Raymond Maurice kepada Dunstan. Dunstan menunjukkan jarinya kea rah Ali, Abu, Upin dan Ipin.

Raymond terus mengacukan pistol kepada Ali dan menembaknya di kepala dan terus mengacukan pistol ke arah Abu dan menembaknya. Akhir sekali dia menembak ke kaki Upin dan lengan Ipin.

‘Kau berdua bernasib baik. Suka hati akulah nak bunuh sesiapa. Biar kau orang rasa apa bos-bos korang rasa masa dalam penjara. Lepasni, kalau kau buat taik lagi, kauorang akan terima nasib kau seperti dua bodoh ni’ beritahu Raymond Maurice.

Lelaki yang memberitahu ada orang dalam yang membocorkan tempat aktiviti mereka menuju ke arah Raymond dan menepuk bahunya. Dia mengucapkan tahniah kerana telah bertindak betul. Kalau perkara ini telah disyaki lebih awal sudah tentu tindakan ini boleh dilakukan lebih awal dan masalah ini tidak akan berlaku. Remylah yang telah menyelamatkan Raymond, Nasha, helmi Afiq dan Dunstan dari lokap polis kerana telah memasang bom di balai polis. Remy jugalah yang tadi memberitahu ada antara kuncu-kuncunya yang tidak boleh dipercayai atau layak dipanggil anjing pengkhianat. Tetapi, siapa orangnya tidak siapa tahu.

‘Bos, apa kita kena buat lepasni? Laparni. Tapi kita tak boleh keluar’ sampuk Helmi Afiq.

‘Takpe. Aku belikan. Polis tak kenal aku’Remy mnawarkan diri.

Remy merupakan pakar pembuatan bom dan pernah membantu dalam beberapa siri letupan dahsyat yang berlaku dalam negara sebelum ini.

‘Abang, kita kena cari Datuk secepat mungkin’beritahu Nasha.

‘Takpe,nanti aku uruskan’ kata Raymond sambil menyalakan pemetik api di hujung punting rokoknya.

Alangkah terkejutnya melihat yang Raymond Maurice di sebelahnya. Terlopong dan ternganga mulut Inspektor Rozita. Inspektor Rozita mengangkat tangannya lalu ingin melempang pipi Raymond.

Tiba-tiba, tangan Inspektor Rozita dihalang.

“Inspektor, Apa inspektor nak buat ni?Kenapa nak lempang saya?’ tanya Dr. Malik.

Inspektor Rozita terjaga dari lamunan dan bayangan yang direka dirinya sendiri. Dia mengundurkan diri ke belakang lalu terlanggar meja. DIa mengucap panjang an menarik nafas. Traumanya masih belum hilang seepas melihat wajah empat orang penjenayah dalam televisyen tadi.

‘Saya minta maaf. Saya tak dapat lupakan apa yang mereka lakukan kepada saya’ beritahu Inspektor Rozita.

‘Bersabarlah. Saya pulang dulu’ balas Dr. Malik.

‘Sari berita penting. Pihak polis juga sedang memohon bantuan orang awam sekiranya terjumpa dengan seorang wanita berumur dua puluh sembilan tahun bernama Mirinda Abdullah. Dia dipercayai telah hilang lebih subulan lalu dan ahli keluarga terdekat masih tidak dijumpai. Mirinda merupakan bakal menantu kepada usahawan dan juga pemilik hospital kelas tinggi terkenal di kuala Lumpur iaitu Datuk Alif Asyraf’ ulas Puan Nafisa Rupawan.

Dr. Malik terpaku seketik melihat berita kedua. Nama pemilik hospital tempat dia bekerja juga disebut oleh penyampai berita yang cantik dan manis di kaca televisyen itu. Namun, apa yang lebih memukau matanya adalah gambar wanita yang hilang dan seharusnya menjadi menantu jutawan itu. Wajah Mirinda itu memang eksotik dan unit, berbeza dari wanita-wanita Malaysia lain. Mungkin dia ni model iklan atau peragawati pakaian. Mungkin juga dia adalah pramugari kapal terbang. Matanya memang tajam dalam gambar dan cantik bersinar bias membuatkan sesiapa yang melihaatnya baik lelaki mahupun perempuan terpukau dengan kecantikan matanya. TIdak mustahillah dia merupakan calon menantu jutawan tersohor negara.

INspektor Rozita ditinggalkan dengan trauma yang dialaminya. Dr. Malik pula pergi dengan tekanan yang dialaminya. Tidak disangka tindakannya mengambil anak itu sebagai anak angkat menyebabkan dia terlibat dalam satu masalah yang besar dan berkait dengan aktiviti jenayah terbesar dan diperhatikan oleh pihak polis. Dr. Malik menuju ke pintu keretanya lalu masuk. ISteriya sudah ada di dalam kereta sedang tertidur dan anaknya di belakang sedang tidur. Dr. MAlik memandang isterinya dan tidak tahu bagaimanakah harus die menerangkan situasi tersebut dan masalah itu kepada isterinya. Walau sebesar mana sekalipun kesalahan yang dilakukan oleh isterinya kepadanya sehingga membuatkan dia berkecil hati dan merajuk, ia tetap tidak akan membuatkan kasih sayang sejati dan abadi terhadap isterinya pudar malah ia menjadi lebih kebal berbanding dahulu. Pergaduhan merupakan asam garam dalam rencah perkahwinan suami dan isteri. Tiba-tiba, cermin tingkapnya diketuk..

Situasi di rumah mewah itu agak suram.Boy sedang menonton telvisyen sepert orang dungu. Kedengaran suara umpatan dari dapur.

‘Kita perlu beritahu Datin’ beritahu wanita itu.

‘Saya takut sih. Mahu diberitahu gimana sih?Enggak mahu aku’ jelas Pak Juah.

‘Kalau tak, kita ni dikira bersubahat. Pak Juah mahuke?’tanya wanita itu.

‘Enggam mahu. Tapi kalau mahu diberitahu jugak, kayaknya tidak bias juga. Kita tiada bukti. Kita hanya lihat saja, enggak bias bermaksud apa-apa ya’ Pak Juah bersuara.

‘Bukti? Baiklah, kita cari bukti’balas wanita itu. SIAPAKAH WANITA ITU? MIRINDA KE?

Seminit sebelum Buletin Utama...

Suasana di dalam kafe memang terang benderang. Ada gelagat pengunjung yang pelbagai dan ada gelagat anggota-anggota polis yang keletihan seperti baru tamat bekerja. Di satu sudut, Zaharah sedang duduk di atas kerusi sedangmengelamun sambil menikmati roti kaya dan sebotol air mineral. Seperti biasa, hanya bahagian atas matanya sahaja yang terdedah.

‘Salam 1 Malaysia. Jumaat, tepat pukul dua belas tengah malam semalam, ibupejabat polis Harmony Hill dipercayai meletup secara tiba-tiba. Motif letupan dan suspek masih belum dikenalpasti. Namun, disebabkan letupan ini, empat suspek utama yang terlibat dalam kes cubaan membunuh Saraswathy pathumwan, wanita warga Thailand yang dipercayai sudah berada di Malaysia beberapa bulan lalu dan kes pembunuhan Sarjan Tirugapal Murugan . Motif cubaan membunuh masih belum dikenalpasti. Orang ramai dikehenaki berjaga-jaga apabila terlihat suspek-suspek berikut seperti yang tertera di kaca televisyen sekarang. Nama-nama suspek adalah Raymond Maurice, Nasha Aziz, Mohd Helmi Afiq dan Dunstan pierera Anthony. Sila hubungi balai polis Kota Dame secepat mungkin di 0355191260’ sepatah demi sepatah perkataan disebut oleh pembaca berita lelaki itu, Reza Hirwadi.

Berita pertama tersebut tidak sedikitpun memikat hatinya mungkin kerana dia tidak faham dengan berita yang disampaikan.

‘Sari berita penting. Pihak polis juga sedang memohon bantuan orang awam sekiranya terjumpa dengan seorang wanita berumur dua puluh sembilan tahun bernama Mirinda Abdullah. Dia dipercayai telah hilang lebih subulan lalu dan ahli keluarga terdekat masih tidak dijumpai. Mirinda merupakan bakal menantu kepada usahawan dan juga pemilik hospital kelas tinggi terkenal di kuala Lumpur iaitu Datuk Alif Asyraf’ ulas Puan Nafisa Rupawan.

Sebaik sahaja dia terdengar sesuatu yang keluar dari mulut manis dan merah pembaca berita tersebut, dia tersentak dan tersedak lalu batuk beberapa kali. Dia memandang ke televisyen dan ternampak wajah seseorang di dalam televisyen. Dia seakan-akan terpukau dengan gambar dan wajah wanita tersebut. Dia mengamati betul-betul wajah tersebut seperti mahu meyakinkan sesuatu. Tiba-tiba, dia lekas bangun dan meninggalkan kafe tersebut. Dia berjalan laju ke arah kereta Dr. Malik. Dia ternampak lampu kereta sudah terbuka dan enjin kereta sudah dihidupkan. Kereta itu seakan-akan mahu bergerak. Zaharahpun melajukan langkahnya ke arah pintu pemandu dan mengetuk cermin tingkap kereta Dr. Malik..

0 comments:

Post a Comment