
Badul terjaga dari tidur yang lena. Matanya terbeliak besar dan galak. Dia memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Dia seperti berada dalam keadaan dalam mimpi tadi. Dia tidak tahu apakah yang harus dilakukan. Tiba-tiba, dia ternampak bayang-bayang melalui pancaran cahaya di bawah pintu biliknya. Dia kembali seram sejuk. Tiba-tiba, pintu bilik diketuk kuat. Dia menengar suara orang memanggil-manggil nama. Dia ketakutan dan perlahan-lahan mendekati pintu bilik itu dan memegang tombol. Dia ketakutan tetapi dia masih mahu melihat siapa yang mengetuk pintu itu. Dia membuka kunci dan perlahan-lahan dia membuka pintu bilik. Dia ternampak .....................
‘Zaharah?’ terkejut Dr. Malik mendengar nama Zaharah disebut-sebut oleh isterinya sebagai calon isteri kedua. Jauh di sudut hatinya mengiyakan kecantikan dan kesopanan tatasusila yang dimiliki oleh Zaharah.
‘Ah, sapa Zaharah? Mak tak kenal. Mak tak nka kau kahwin dengan orang yang mak tak kenal. Mak nak orang yang boleh menerima mak seadanya yang mah sudah tahu budi pekertinya’ balas MAk CIk MArkonah.
‘Tapi Zaharah bagus budi pekertinya mak’ sahut Puan Zulaikha.
Mak CIk MArkonah menggeleng kepala.
‘Habistu dengan siapa mak?’ tanya Dr. MAlik.
Maknya memegang tangan Dr. Malik dan menyatuka dengan tangan Lisa Surirumah.
‘Mak nak kamu kahwin dengan Lisa’ tegas Mak CIk MArkonah.
Dr. Malik terkejut. Kenapa dalam banyak-banyak perempuan, Lisa juga yang menawan di hati maknya. Dalam hatinya, terdetik kalaulah maknay tahu perangai si Lisa ni, tiada siapa di kampong yang teringin untuk menjadikan dia menantu. Tetapi, oleh kerana maknya yang sakit, dia mesti akur dan mengaku akan mengahwini Lisa walaupun berat hatinya tidak mahu meneruskan rancangan maknya itu.
‘Tapi mak’ Puan Zulaikha bersuara.
‘Mak, Kak Zu tak setuju mak. Takpelah mak. Tak payahlah susah-susah. Kak Zu tak suka tengok abang Malik kahwin dengan Lisa’ sambil menggeletis di sebelah bakal mentuanya.
‘Kau jangan degil. Ikut cakap suami kau’ marah Mak Cik MArkonah.
‘Mak, saya rasa alangkah bagus kalau abang yang memilih dan membuat keputusan. Saya tidak ada masalah untuk membenarkan abang Malik kahwin lain. Dia bertanggunjawab . Dia mesti dapat menjalankan dan memberikan nafkah samarata. CUma kita perlu tanya abang Malik adakah dia setuju atau mungkin dia ada pilihan lain’ terang Puan ZUlaikha
Dr. MAlik buntu dan sedikit marah apabila isterinya menyokong maknya untuk menyuruh dia berkahwin satu lagi. Hatinya hancur seperti diperdagangkan. Maklumlah dia seorang anak ibunya, mahu diturut semua kata ibunya tanpa menidakkan. Dia tersepit dalam keadaan itu tetapi geram. Dia malas untuk bergaduh. Dalam kepalanya hanya teringat katil di biliknya untuk dia beristirehat setelah baru sampai di rumah ibubapanya.
‘Malik terima saja lah apa-apa keputusan mak. Malik malas nak melawan lagi. Biarlah’ balas Dr. Malik.
Mak CIk Markonah sangat suka dan memberitahu yang dia akan segera menetapkan majlis perkahwinan kedua anak lelakinya itu. Lisa memeluk Jenab kerana kegembiraan. Tok Mohidin memandang muka anaknya seakan-akan tahu apa yang dirasai anaknya. Maklumlah, takkan tumpah kuahnya kalau tidak ke nasinya. Sekiilas ikan di laut, dapat kita tahu mana jantan atau betina. Dr. Malik sudah tidak tahan dengan sikap ibu and Lisa. Dia masam mencuka. Puan Zulaikha cuba mengurut bahu kana suaminya tetapi dielak seperti merajuk dengan irndakan isterinya sebentar tadi.
Dari tadi, Zaharah mendengar perbualan anak beranak itu dan Zaharah terduduk bersimpuh di lantai. Air matanya mengalir deras dan merah menyala. Sesekali dia mengesat air matanya untuk mengelakkan prdahnya basah. Dia seakan-akan kecewa dengan keputusan ibu Dr. Malik untuk mengahwinkan Dr. Malik dan Lisa. Dia seolah-olah faham dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia hanya hanyut melawan perasaannya sendiri.
Tiba-tiba, bayi mereka menangis. Dr. Malik terdengar tangisan itu lalu segera keluar dari bilik untuk mendapatkan anaknya. Apabila dia keluar sahaja dari bilik, dia ternampak Zaharah duduk bersimpuh sambil mengesat mata dan mendukung anaknya.
‘Hand over to me’ pinta Dr. Malik sayu.
Zaharah segera bangun lalu memberikan bayi tersebtu kepada Dr. Malik.
‘Are you ok? ‘tanya Zaharah.
‘Me?Now?I’m not sure. Anyway, you supposed to ask the question to yourself. Are you ok? Your eyes are red and there are tears drop from your eyes’ kata Dr. MAlik.
Zaharah malu apabila Dr. Malik nampak dia menangis lau segera mengesat airmatanya.
‘Zu..Zu..’ panggil Dr. Malik.
Puan Zulaikha yang sedih melihat suaminya merajuk segera bangun selepas dipanggil suaminya. Dia tidak mahu derhaka kepada suaminya.
‘Ya bang?’ tanya Puan ZUlaikha sambil melihat Zaharah yang mengesat airmatanya.
‘Kau pandai sangat bawak kawan balik kampong. Sekarang, cepat sediakan bilik untuk dia. Guna bilik tengah tu. Faham?’ marah Dr. MAlik.
Sebelum sempat Puan Zulaikha mengangguk, Dr. Malik yang mendukung anaknya terus berlalu ke biliknya seperti tidak sanggup memandang isterinya lagi. Puan Zulaikha mengalirkan air mata kerana sayu dilayan sebegitu oleh suami yang disayangi.
‘Kak Zu.. Nampaknya lepasni saya akan jadi madu Kak Zu. Jadi, kak ZU kenalah bagi peluang lebih kat saya untuk tidur bersama dengan Abang MAlik. Kak Zu kan dah puas bertahun-tahun tidur bersama. Atau entah-entah kak Zu ni tak pernah disentuh kot oleh Abang MAlik? Sebabtu taka anak. Oops.. Sorry.. Wrong number.. Eh, Salah. Maaf terlepas cakap. Jenab , jom kita balik’ ajak Lisa kepada Jenab sambil memberikan lirikan sinis kepada Puan ZUlaikha.
‘Kau ni siapa? Kalau kau takde hubungan dengan kelaurga suami aku, jangan jejakkan kaki kau kat sini faham! Aku ada hak atas rumah ni. Aku menantu Tok Mohidin. Kau boleh berambus. Aku tak suka suami aku digoda orang. LAgi-lagi tak ‘hot’ macam kau. Uh!’ nada sombong Lisa kedengaran menjengkelkan dan berlagak di depan Zaharah. Entah zaharah faham atau tidak.
Mereka pun keluar dari rumah dan beransur pulang. Puan ZUlaikha perlu menyiapkan bilik untuk tetamunya. Lalu, dia membawa tetamunya ke bilik tetamu.
0 comments:
Post a Comment