
Suasana di perkarangan Hospital Datuk Alif Asyraf sudah sesak dan tegang. Masing-masing berteka-teki dan memuat andaian sendiri tentang situasi yang mungkin berlaku di dalam kafetaria. Pasukan gerakan am (PGA) khas sudah sampai dan bersedia untuk meredah kafetaria tersebut. Mereka akan menyerang dari 4 penjuru untuk memastikan pengganas tidak terlepas.
Puan ZUlaikha masih mendukung anaknya di tengah-tengah lautan manusia di perkarangan hadapan hospital tersebut. Zaharah mengekori dari belakang. Puan Zulaikha ternampak salah seorang pegawai polis yang sedang berkawal di situ.
‘Encik, macammana dengan suami saya cik? Dia doktor di sini. Saya sudah cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya tetapi tidak berangkat. Saya takut dia ada alam kafetaria tesebut. Bolehkah encik tolong semakkan?’tanya Puan Zulaikha kepada pegawai polis itu.
Pegawai polis tersebut menyuruh Puan Zulaikha bersabar dan cuba untuk bertanya kepada rakan sejawatnya yang lain. Tetapi, sebelum sempat dia bertanya, muncul seorang orang awam lagi bertanyakan tentang isterinya yang mengandung berkemungkinan terperangkap dalam kafetaria itu juga kerana telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi langsug. Kemdian, datang lagi seorang wanita bertanyakan adiknya yang bekerja sebgai jururawat di sana. Datang lagi seorang nenek tua bertanyakan anaknya yang tidak dpat dihubungi. Masing-masing menyerbu polis tersebut apabila terdengar dia akan menolong Puan ZUlaikha untuk menyemak senarai orang yang ditahan di dalam kafetaria tersebut. Polis terebut naik berang lalu memberitahu dia tidak boleh membantu semua orang dan meminta maaf kepada Puan Zulaikha kerana dia sudah tidak boleh membantu Puan ZUlaikha lalu dia terus ke tempat lain. Puan Zulaikha bertambah risau apabila mendapat tahu polis tersebut tidak dapat membantunya. Lelaki yang ingin mendapatkan isterinya yang hamil itu menangis kerana dia tidak tahu sebarang kejadian yang di dalam kafetaria tersebut dan keadaan fizikal isterinya itu juga membimbangkannya. Apalah nasib yang menimpa isterinya.
Deringan telefon berbunyi datang dari beg tangan Puan Zulaikha. Puan Zulaikha terus mencapai telefon bimbitnya lalu mengangkat panggilan tersebut.
‘Zu. Kat mana Zu?’tanya Tok Mohidin.
‘Zu kat hospital ayah. Ayah...’ Kata-kata Puan Zulaikha terhenti.
‘Malik mana Zu? Ayah dan emak kau telefon dia tidak dapat banyak kali.
‘Ayah, ada tengok berita hari ini?’tanya Puan Zulaikha.
‘Ada. Pasal penculikan tu ke?’ tiba-tiba muka Tok Modidin berubah.
‘Mungkin bang Malik salah seorang mangsa yah’ balas Puan Zulaikha.
Dengan sekelip mata, air mata Tok Mohidin mengalir dari matanya sejurus Puan ZUlaikha memberitahu situasi yang sebenar. Dia memandang isterinya yang sangat risau ketika itu. Tetapi, reaksi wajahnya membuatkan Mak Cik Markonah tertanya-tanya. Dia terus merampas ganggan telefon daripada suaminya itu.
‘Apa kau cakap pada suami aku Zu? Tanya Mak CIk Markonah.
‘Sebenarnya, bang Malik..’ jawap Zuaikha terketar-ketar..
‘Malik kenapa Zu. Apa jadi pada anak aku?’tanya Mak CIk Markonah.
Puan Zulaikha terdiam apaila ibu mentuanya meninggikan suara. Dia sudah tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi.
‘Zu, mana anak aku ZU?Perempuan!’ marah Mak Cik Markonah.
‘Bang Malik.. mungkin... sudah ...’ kata Puan ZUlaikha tersekat-sekat.
‘Assalamualaikum!’ tiab-tiba suara seorang wanite kedengaran.
Mak Cik Markonah dan suaminya melihat di pintu depan dan ternampak susuk tubuh anita yang mengenakan baju ketat dan cantik.
“Apa khabar mak, ayah?’ tanya wanita itu tergedik-gedik.
Lisa pelik dengan karenah bakal mentuanya Mereka berdua kelihatan muram dan suram.
‘Apa sedih-sedih ni? Cerialah sedikit. Kan mak dan ayah akan dapat menantu yang ‘vouge’ macam I ni?’ seloroh Lisa Surirumah.
‘Diam!’ Mak cik Markonah menengking Lisa.
Lisa terdiam dan sangat terkejut melihat ibu mentuanya yang memarahinya. Mukanya masam mencuka. Dia mencebikkan muka lalu duduk di atas kerusi ruang tamu. Di benaknya terlintas entah angin apakah yang merasuk orang tua ini.
‘Sikit lagi. Sikit lagi’ Dr. Malik memberi kata-kata semangat.
Wanita itu cuba untuk meneruskan peneranan yang terakhir. Keazaban dunia yang dilaluinya hampir berakhir. Dia pun menolak buat kali yang terakhir.
‘Uwek..Uwek...’ tubuh yang bogel berbunyi nyaring.
Dr. Malik bersyukur kerana penantian sudah berakhir. Lebih menyelesakan lagi apabila wanita yang melahirkan anak selamat dan masih bernyawa. Semua yang ada di dalam kafetaria gembira semuanya telah berakhir dengan selamat.
‘Dah sudah? Pergi balik tempat kau’ marah salah seorang penjenayah.
‘Saya minta izin untuk mengazankannya’ pinta Dr. Malik.
‘Dah, dah, macam bos pulak engkau ye. Pergi!’ penjenayah tersebut menyalak.
‘Tolonglah encik. Saya merayu. Benarkan doktor ini mengazankan ke telinga anak saya. Tolonglah Encik. Saya merayu encik. Tolonglah encik’ rayu wanita itu.
Sekeras-keras hati penjenayah itu, masih mampu bertoleransi untuk hal ini, dia membenarkan.
‘Ha.. Cepat ..cepat.. Apa tercegat lagi?’ penjenayah tersebut mengomel.
Dr. Malik menazankan bayi tersebut. Stu demi satu kalimah dilaungkan dengan menggeletar. Bayi tersebut mula memperlahan suara apabila mendengar azan tersebut. Sayu hati semua yang memerhatikan peristiwa itu.
Kereta mewah sampai di jalan utama di mana terletaknya Hospital Datuk Alif Asyraf. Datuk ALif Asyraf merasa pelik kerana kesesakan yang berlaku di jalan tersebut yang menghalang kelancaran lalulintas di jalan utama tersebut. Kebiasaannya jalan utama tersebut tidak sesak Datin Paulina mengomel dan merungut tentang kesesakan yang berlaku ketika itu. Sesekali Datuk Alif Asyraf berasa hairan dengan pemandangan persekitaran jalan tersebut . Kereta mereka kini semakin hampir dengan pondok utama pengawal keselamatan hospital tersebut. Lebih memeranjatkan kesesakan yang berlaku rupanya berpunca dari kehadiran orang ramai yang keluar dan masuk ke hospitalnya. Dari dalam kereta, dia terlihat van-van dari stesen televisyen dan radio tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan laman hospital tersebut. Kelihatan juga wartawan-wartawan yang tidak henti-henti mundar-mandir di kawasan tersebut. Dia bertambah terkejut melihat beberapa orang lelaki memakai pakaian keselamatan di kepala dan baju sambil memegang senjata berada di atas bumbung hospital tersebut . Bencana apakah yang agaknya melanda sehinggakan keadaan di hospitalnya begitu menakutkan. Dia mula memberhentikan kenderaannya di hadapan pondok pengawal keselamatan. Cermin tingkap diturunkan.
‘Eh, Datuk. Tidak boleh masuk Datuk. Ada pencerobohan dalam hospital’ pengawal keselamatan memberitahu Datuk ALIf Asyraf.
‘Apa berlaku? Nampak Dr. Fasha?’ tanya Datuk Alif Asyraf.
Pengawal keselamatan tersebut menggaru-garu kepala seperti tidak terjawab soalan yang diajukan oleh Datuk Alif Asyraf. DIa terus mendapatkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Dr. Fasha.
‘Like a G6.. Like a G6... like like like like... G6..like a G6’ nada dering telefon bimbit Dr. Fasha berbunyi memecahkan suasana sepi di dalam kafetaria. Inspektor Rozita menadang Dr. Fasha. Dr. Fasha cepat-cepat mematikan telefon bimbitnya. TIba-tiba, telefon bimbitnya dirampas.
‘Sapa telefon ni?Suami kau ke si cantik manis?’ salah seorang penjahat menyeringai dan tergelak-gelak melihat keadaan Dr. Fasha yang ketakutan.
‘Cantiknya kau!’ tangan lelaki itu mula memegang dagu wanita itu.
‘Jangan kacau dia!’ jerit Dr. MAlik.
‘Kau siapa nak halang aku. Kau tak layak nak marah aku. Kau juga anak kau yang kat tangan kau tu sudah!’ peril penjenayah itu. Dia terus menarik Dr. Fasha supaya berdiri lalu memeluk Dr. Fasha dari belakang. Dr. Fasha meronta-ronta.
‘Hoi!’ Dr. Malik berjalan menuju ke ara penjenayah itu sambil memegang bayi tersebut. Tiba-tiba, semua penjenayah mengacukan muncung senapang tersebut ke arah Dr. Malik secara beramai-ramai. Dr. MAlik mematikan langkah dan tidak meneruskan langkah.
‘Kau ingat kau tu siapa? Nak tunjuk hero dari tadi. Aku tak suruh mereka tembak kau pun dah cukup baik. Mari sayang. Abang bawak kau ke tempat khas untuk kita berasmaradana! Hehehe’ gelak penjenyah itu lalu menarik Dr. Fasha ke arah dapur.
‘Tolong!’ Dr Fasha meronta-ronta. Inspektor Rozita buntu untuk melakukan sebarang tindakan. Tiba-tiba, telefon bimbit Dr. Fasha berbunyi lagi dan tertulis ‘SAYANG’ di skrin telefon bimbitnya.
‘wah, wah wah, sayang kau telefon ye. Biar kekasih gelap sayangnya angkat. Hehehehe!’ penjenayah itu terus mengangkat telefon bimbit tersebut dan ......
____________________________________________________________________________
0 comments:
Post a Comment