
Jalan yang dilalui Dr. Malik hari ini berliku-liku seperti jalan-jalan yang sedang dilaluinya sekarang yang menuju ke rumahnya di Kota Dame. Jalan yang bersimpang-siur memaksa Dr. Malik mengawal dengan cermat stereng keretanya dalam gengggaman yang padu. Sepintas lalu, dia terpadang padang permainan yang dikerumuni oleh kanak-kanak sedang seronok bermain. Dr. Malik tersenyum melihat mereka kerana alangkah bahagia hidupya sekiranya mempunyai ramai anak kerana hilaian tawa merekalah yang bisa membuatkan dia dan isterinya sungguh bahagia.
Dr. Malik mencapai alat kawalan jauh pintu pagarnya lalu menekan. Pintu terbuka secara automatik. Dr Malik mengunjurkan keretanya ke kiri dan melabuhkan keretanya di garaj tempat letak kereta rumahnya. Dia mematikan enjin keretanya lalu kelar dari kereta. Mukanya kelihatan sungguh penat, bau peluhnya sudah menusuk hidungnya sendiri kerana banyak bergerak dan berjalan sepnjang hari ini. Dr. Malik hanya terfikir untuk menghabiskan sisa-sisa baki hidupnya pada hari ini enggan berehat dan tidur.
‘Assalamualaikum bang!’ tegur isterinya yang manis memakai serkup menutup aurat rambutnya.
Isterinya cepat-cepat mendapatkan tangan si suami untuk dicium sebagai tanda hormat. Jelas isterinya sangat setia dan kasih kepada suaminya. Suaminya seorang yang sangat penyabar dan menerima keadaan si isteri seadanya. Sudah 9tahun mereka berkahwin, tetapi masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Lama sudah penantian mereka dan bermacam-macam cara mereka telah ikhtiarkan daripada rawatan hospital dan kampung, masih menemui jalan buntu. Keputusan diagnosis kesihatan mereka ketika menjalani pemeriksaan membuktikan bahawa Puan Zulaikha mandul. Hancur luluh perasaan si isteri ketika mendengar takdir yang telah tersurat untuknya. Namun, dia redha dengan takdir. Pernah juga Puan Zulaikha menyuarakan pendapat kepada Dr. Malik supaya mencari calon isteri kedua demi memastikan si suami dapat merasai bagaimanakah rasanya dia memiliki anak kandung darah daging sendiri.
Dr. Malik melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk berwarna merah di dalam ruang tamu rumahnya. Puan Zulaikha tersenyum melihat keadaan suaminya yang letih dan keliru. Dia datang berhampiran lalu mengurut bahu suaminya tersayang.
‘Saya masih tidak dapat jumpa ayah kepada bayi malang yang abang ceritakan haritu. Identiti wanita itu pun masih belum dikenalpasti’ ulas Dr Malik sambil memegang tangan kanan isterinya lalu mencium bau setiap jari jemari isterinya yang halus dan mulus itu.
‘Abang, bolehke kalau buat sementara, abang benarkan saya jaga bayi itu’ balas Puan Zulaikha.
Dr. Malik terkejut mendengar permintaan isterinya itu. Dr. Malik lekas memandang wajah ayu isterinya yang redup dan sedap mata memandang.
‘Zu nak ke?’tanya Dr. Malik dengan ikhlas. Puan Zulaikha hanya mampu menganggukkan kepala.
Dr. Malik bangun sambil menghadap isterinya. Puan Zulaikha terkejut dengan aksi suaminya itu sambil menharap jawapan yang tidak menghampakannya. Dr. Malik menghulurkan tangan kanannya dan meminta isterinya menggenggam tangannya. Matanya tepat memandang mata isterinya menyebabkan isterinya malu dan cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke bawah lantai. Tangan kiri Dr. Maik memegang dagu isteri kesayangannya dan mengangkat ke atas sehingga dapat melihat wajah isterinya yang manis itu lalu berkata ‘ Esok abang uruskan. Abang cuba bawak balik esok juga’
‘Ye ke ni bang?Alhamdulillah. Ya Allah ya Tuhanku, terima kasih kerana memakbulkan doa hamba-Mu yang sekecil zarah ini. Kau Maha Pemberi. Amin’ bersyukur Puan Zulaikha mendengar jawapan suamiya itu. Matanya merah dan mula mengalirkan air mata tidak menahan kegembiraan yang tidak terhingga lalu memeluk erat suaminya itu tanda terima kasih.
‘Harus bagaimana lagi dan terus begini?Benarkan ku berbicara agar bisa pulih semua. Cukup sudah kau menghukum. Salahku tetap salahku ‘deringan telefon bimbit Dr. Malik memperdengarkan lagu ‘hanyut’ nyanyian Faizal Tahir mengganggu dakapan suami isteri itu. Dr. Malik cepat-cepat mendapatkan telefon bimbit dan terpampang di skrin ‘Blackberry’nya tertulis ‘Private Number’ lalu berkata ‘Helo’. Tiba-tiba, mimik mukanya berubah.
‘What?’ Dr. Malik terkejut.
Apakah yang berlaku?siapakah yang menelefon Dr Malik?Adalah bapa kandung bayi tersebut telah dijumpai?Adakah identiiti wanita tersebut telah diketahui?Betulkah ada di antara pembaca rasa wanita yang mati itu adalah Mirinda?Apa jadi pada Mirinda?Apa pula berlaku dib alai polis di akhir episod 2 part 1?Apa cer?Tunggu Episod 2 part 3....
0 comments:
Post a Comment