this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 13 : PART 1

Wednesday, February 9, 2011


KORBAN MITHALI : EPISOD 13 : PART 1

‘Minum air sikit Puan. Tambah oksigen’ arah Dr. Malik.

Suasana di dalam kafetaria sangat tegang. Dr. Malik sangat berhati-hati dan teliti dalam memastikan si ibu dan bayi yang bakal dilahirkan dalam keadaan selamat kerena tiada fasiliti dan peralatan yang cukup untuk menyelesakan proses kelahiran. Dr. Malik member kata-kata perangsang dan semangat kepada wanita itu agar terus berjuang demi kedua-dua nyawa. Ada segelintir tahanan yang terlopong melihat proses itu kerana jelas kelihatan di wajah wanita itu bayangan kesakitan dan keperitan. Ada juga yang tidak henti-henti memanjatkan doa agar semuanya berjalan dengan selamat Ada yang tidak mampu untuk menjeling kea rah wanita itu kerana ketakutan dan tidak sanggup merasai keperitan yang dialami wanita itu. Jam berdetik laju dan setiap saat cemas itu sudah pasti menjadi trauma kepada tahanan-tahanan di situ.

Tiba-tiba, pintu kafetaria terbuka. Penjenayah yang telah mengikuti Dr. Nizuan ke pejabat hospital itu melopat-lompat kegebiraan menuju ke arah rakan-rakan sesubahatnya di dalam kafetaria. Tanpa disedari akan situasi yang berlaku di dalam kafetaria itu kerana tergedik-gedik kegembiraan, dia memberitahu dokumen yang dicari sudah ada di tangannya. Dr. Fasha dan Inspektor Rozita memandang sesame sendiri kerana mengesyaki ia diambil daripada pejabat dan merasakan pengganas-pengganas tersebut datang menceroboh bangunan hospital bukan kerana ingi mencuri tetapi mempunyai agenda tersendiri yang telah dirancang dengan kemas oleh mereka.

‘Tengok ni. Aku dah dapat. Senang je buat kerja ni’ beritahu penjenayah yang terlompat-lompat itu.

‘Kita tengok senang ke tak? Kau tengko tu’ balas salah seorang pengganas sambil jari telunjuknya menunjukkan kea rah wanita yang mahu bersalin itu.

‘Woi!’ penjenayah yang terkinja-kinja itu mengundurkan diri ke belakang setelah terkejut melihat kepala bayi sudah terkeluar dari lubang persalinan wanita itu. DIa menggigit jari meliha tkejadian itu dan kelihatan seperti mahu pengsan. Lama juga proses untuk mengeluarkan bayi tersebut. Tambahan pula, tidak cukup peralatan.

‘Buletin 3.30petang ini ditaja khas oleh Worldwellness Sdn Bhd. Ingat kurus, ingat RX Lite’ pesanan penaja mengiringi mukaddimah rancangan pendek bulletin 3.30petang.

‘Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Saya Reza Hirwadi menemani anda dalam Buletin 3.30pm selama dua minit. Satu kejadian tembakan telah dilaporkan berlaku di Hospital Datuk Alif Asyraf berhampiran Kota Dame pada pukul 2.30petang tadi. Kejadian berlaku din dalam kafetaria Hospital Datuk Alif Asyraf di tingkat bawah ketika kebanyakkan pelawat dan staf-staf hospital sedang menikmati hidangan tengan hari. Menurut saksi kejadian, tembakan-tembakan berturut-turut itu telah menyebabkan cermin di tingkap kafetaria pecah. Menurut jurucakap polis, sehingga kini, pihak polis masih tidak tahu motif sebenar pencerobohan itu dan masih tidak tahu identity para pengganas dan juga tahanan yang terperangkap di dalam kafetaria tersebut. Angka kecederaan parah, ringan atau kematian juga mashi belum dapat dikenalpasti. Pihak polis sedang cuba untuk berbincang secara damai dengan pengganas-pengganas tersebut. Untuk berita selanjutnya, kita ke tempat kejadian secara langsug bersama Nafisa Rupawan di Hospital Datuk Alif Asyraf Kota Dame. Silakan Nafisa’ lapor Reza Hirwadi.

‘Terima kasih Reza di Studio Sri Mersing. Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia. Saya Nafisa secara langsung dari perkarangan laman hadapan Hospital Datuk Alif Asyraf di Kota Dame. Terdapat ramai orang-orang awam berkumpul di perkarangan laman hadapan Hospital Datuk Alif Asyraf di Kota Dame pada masa ini. Seperti yang anda boleh lihat di kaca televisyen sekarang ini secara langsung, orang ramai sedang menantikan situasi cemas yang bakal berlaku seterusnya di dalam kafetaria hospital kerana mungkin akan berlaku tembak-menembak ataupun mungkin pihak polis akan melakukan serangan hendap terhadap pengganas-pengganas tersebut.Terdapat juga segelintir pelawat-pelawat yang risau dan ketakutan kerana ada di antara saudara –mara mereka merupakan tahanan atau mangsa yang terperangkap di dalam kafetaria tersebut. Tidak kurang juga maish ada pesakit-pesakit dan staf-staf hospital yang berada did alam wad terutamanya di tingkat satu dalam keadaan cemas tetapi selamat kerana para pengganas tidak mengganggu orang awam di tingkat satu tetapi hanya berada di kafetaria. Menurut jurucakap polis, punca atau motif kumpulan pengganas masih belum dikenalpasti. Begitu juga dengan identity pengganas dan tahanan-tahanan masih belum dikenalpasti. Walaubagaimanapun, bersama saya sekarang secara langsung adalah salah seorang saksi kejadian tembakan yang berlaku di dalam kafetaria tersebut. Nama saksi adalah Anisa Jamil. Dia memberitahu kami bahawa semasa kejadian tembakan yang menyebabkan kaca tingkap di jendela pecah, dia baru sahaja habis menikmati makan tengah hari dan hendak keluar daripada kafetaria melalui pintu utama kafetaria. Assalamualaikum cik ANisa. Terima kasih kerana sudi bersama saya dalam Buletin 3.30petang. baiklah, soalah saya apa yang berlaku did alma kafetaria dan bagaimanakah Cik Anisa boleh terlepas daripada genggaman pengganas tersebut’ laporan panjang lebar dan soalan panas dari pemberita, Nafisa Rupawan membuatkan para penonton ternanti-nanti akan berita hangat lagi menggemparkan ini.

Cik Anisa Jamil merupakan seorang pelajar praktikal jurusan perubatan di Universiti Sains Malaysia Pengkalan Chepa dan kini sedang menjalani praktikal di hospital tersebut. Dia memberitahu semasa dia hendak keluar dari pintu hadapan kafetaria tersebut, dia terlanggar seorang wanita yang sedang masuk ke dalam kafetaria tersebut. Namun, keadaan tersebut meragukan Cik Anisa apabila wanita it uterus memakai topeng muka dengan sangat pantas sebaik sahaja masuk ke dalam pintu hadapan kafetaria tersebut. Sejurus selepas itu, bunyi kaca pecah dan tembakan kedengaran walaupun di tangan wanita itu , tidakk terdapat senapang atau sebarang senjata yang meragukan tetapi bunyi yang mengjutkan itu membautkan dia berlari dengan laju kerana melihat orang awam lain bertempiaran berlari dna panic ketika masing-masing mendengar bunyi tersebut. Pemberita cuba mengorek rahsia lagi dengan bertanya bagaimanakah rupa wanita yang memakai topeng tersebut. Jawapan yang diberi amat menghampakan kerana Cik Anisa memberitahu pemberita ia berlaku sepantas kilat seperti professional dan sudah berpengalaman luas dalam bidang jenayah dan rompakan. Dia juga tidak sangka yang wanita itu adalah penjenayah.

Nafisa Rupawan mengucapkan terima kasih kepada cik Anisa lalu memanggil wakil polis untuk melaporkan kejadian yang berlaku. Sebaik sahaja Leftenan Fahada ternampak wakil polis itu ditemuramah pemberita, dia memecut menuju ke ara pemberita itu lalu mengarah dengan garang dan tegas supaya siaran tersebtu harus dihentikan.

‘Kamu semua ni gila ke? Kalau pengganas dapat tahu apa yang berlaku di luar, mereka akan bertindak di luar kawalan. Kamu semua nak bertanggungjawab ke kalau tahanan-tahanan di dalam hospital tersebut mati dibunuh? Kamu ni pemberita dan wartawan tidak membantu langsung malah menyusahkan kerja polis. Berambus dari sini’ Leftenan Fahada mengamuk di set pengambaran. Tetapi sesuatu yang tidak disedari oleh LEftenan fahada adalah amukannya itu telah dirakam senyap-senyap oleh jurukamera dan disaksikan secara langsung oleh para penonton di rumah.

Pemberita cuba mengajukan soalan lagi setelah diberi isyarat yang kamera masih merakamkan aksi polis tersebut.

‘saya tengok pihak polis tidak buat apa-apa pun dari tadi. Entah apa yang ditunggu. Nak tunggu orang dalam hospital semua ditembak agaknya’ kata Nafisa Rupawan ingin mensensasikan berita dan keadaan.

‘Awak jangan mencabar polis. Kami tahu apa yang kami lakukan. Sebabtu orang macam kamu ni yang menyibuk tidak layak berada di sini. Baliklah. Jangan buat propaganda di sini. Kami sedang arahkan pasukan khas untuk memasuki kawasan kejadian secara senyap. Jadi, jangan heboh-hebohkan kepada orang awam’ balas Leftenan Fahada.

Dalam masa yang sama, kereta yang dipandu Zaharah sudah tiba di hadapan pondok pengawal keselamatan dan terkejut melihat ramai orang berkumpul di perkarangan halaman depan hospital tersebut. Puan ZUlaikha yang mendukung anaknya juga terkesima melihat keadaan itu.

‘Why there is so many people here? IS there any event running now?’ tanya Zaharah ingin tahu kerana sekiranya dia melepasi palang pondok pengawal keselamatan sekalipun, belum tentu dia boleh bergerak kerana ramai orang berpusus-pusu dan menghalang jalan dan keadaan juga amt sesak. Pengawal keselamatan yang berada di dalam pondok pengawal keselamatan ternampak Puan Zulaikha yang jelas kelihatan keliru dan berjalan menghampiri kereta tersebut. Puan Zulaikha menurunkan cermin kereta di sisinya.

‘Adik, tumpang tanya. Boleh masuk dalam ke? Saya nak melawat suami saya?’tanya Puan Zulaikah dengan bersopan santun, berbudi bahasa dan sangat lembut.

‘kak, nak cari siapa? ‘tanya pengawal keselamatan itu.

‘Suami akak Dr. Nama dia Dr. MAlik’ balas Puan Zulaikha.

‘Oh.. akak ni isteri Dr. Malik’ balas pengawal itu seakan kenal benar dengan Dr. Malik. Dia menggaru kepalanya sendiri melihat keadaan isterinya itu.

‘Akak tak tengok berita ke?tak dengar radio ke?’tanya pengawal itu.
Puan ZUlaikha terkejut mendengar pertanyaan pengawal itu lalu bertanya kembali akan kepentingan soalannya itu.

‘Aka tak cuba panggil Dr. Malik ke? Akak tak tahu ke yang hospital ini kena serang denga pengganas?’pertanyaan pengawal keselamatan itu membuatkan Puan Zulaikha terkejut dan cepat-cepat menelefon suaminya dengan muka risau. Zaharah hanya berdiam diri di sebelahnya sambil tertanya-tanya tentang keadaan sebenar di hospital tersebut. Sudah berkali-kali dia menelefon suaminya tetapi tidak berangkat. Dia mula risau.

_______________________________________________________________

‘Ui, Konah oh Konah’ panggil Tok Mohidin.

Mak CIk Markonah yang sedang seronok mengumpat dengan jirannya menyahut panggilan itu.

‘Tengok ni KOnah. Ya Allah. Hospital Malik kena serang dengan Terrosportrim’ kata Tok MOhidin. Mak CIk MArkonah terkejut mendengar teriak suaminya itu lalu menyuruh rakan seumpatannya menunggu sebentar dan dia berlari menuju ke suaminya.

‘Apa bang?’tanya Mak CIk MArkonah.

‘Hospital MAlik ni nama dia Hospital Datuk Alif Asyraf kan? Kene serang dengan ape namanya ni? Terrorsportrim’ kata Tok MOhidin.

Mak CIk markonah menggaru kepala melihat cara Tok Mohidn menyebut perkataan itu dan langsug tidak terfikir perkataan yang sebenar untuk perkataan yang disalah sebut oleh suaminya itu. Mak Cik Markonah terus melihat televisyen yang memaparkan kejadian serangan di hospital tersebut.

‘Kenapa ni bang? ‘tanya Mak CIk Markonah.

‘Nak saya ulang lagi ke? Hospital Malik kena serang dengan terrorsportrim. Awak pekak ke?’ marah Tok Mohidin sambil terbelit-belit lidahnya menyebut perkataan di dalam bahasa inggeris itu.

‘Ape tu Terrorsportrim tu bang? Jenama Tupperware ke?’tanya mak CIk MArkonah kehairanan.

‘Awak pergile cari kat kamus dewan bahasa. Mana tahu jumpa maksdnya. Ha! Dengar tu dia sebut lagi. Terrorsportrim’ Tok Mohidin mengulangi lagi perkataan itu.

‘La. Abang ni bodoh sangat ni kenapa? Terrorist le. Aduyai. Ayoyo’ balas Mak CIk MArkonah mentertawakan da mengejek suaminya sendiri.

‘Sebelum habis SRP, ustazah yang ajar aku Bahasa Arab dah meninggal. Mana le aku sempat belajar’ balas Tok MOhidin.

‘Bang. Apelah bebal sangat!Terrorist tu perkataan dalam bahasa inggeris, bukan bahasa arab. Aku sepak jugak kang laki aku ni’ balas MAk Cik Markonah.
Mak CIk MArkonah menyuruh suaminya menelefon anaknya secepat mungkin kerana risau akan keadaan anaknya. Tetapi, berkali-kali dia menelefon tapi tidak berjawab. Mereka memandang sesama sendiri kerana risau.

0 comments:

Post a Comment