this is me...

this is me...

KORBAN MITHALI : EPISOD 10 : PART 2

Monday, February 7, 2011



‘Buletin utama disampaikan oleh Reza HIrwadi dan Nafisa Rupawan’ bunyi suara televisyen memperdengarkan siaran Buletin Utama.

‘Salam 1 Malaysia. Jumaat, tepat pukul dua belas tengah malam semalam, ibupejabat polis Harmony Hill dipercayai meletup secara tiba-tiba. Motif letupan dan suspek masih belum dikenalpasti. Namun, disebabkan letupan ini, empat suspek utama yang terlibat dalam kes cubaan membunuh Saraswathy pathumwan, wanita warga Thailand yang dipercayai sudah berada di Malaysia beberapa bulan lalu dan kes pembunuhan Sarjan Tirugapal Murugan . Motif cubaan membunuh masih belum dikenalpasti. Orang ramai dikehenaki berjaga-jaga apabila terlihat suspek-suspek berikut seperti yang tertera di kaca televisyen sekarang. Nama-nama suspek adalah Raymond Maurice, Nasha Aziz, Mohd Helmi Afiq dan Dunstan pierera Anthony. Sila hubungi balai polis Kota Dame secepat mungkin di 0355191260’ sepatah demi sepatah perkataan disebut oleh pembaca berita lelaki itu, Reza Hirwadi.

‘Sari berita penting. Pihak polis juga sedang memohon bantuan orang awam sekiranya terjumpa dengan seorang wanita berumur dua puluh sembilan tahun bernama Mirinda Abdullah. Dia dipercayai telah hilang lebih subulan lalu dan ahli keluarga terdekat masih tidak dijumpai. Mirinda merupakan bakal menantu kepada usahawan dan juga pemilik hospital kelas tinggi terkenal di kuala Lumpur iaitu Datuk Alif Asyraf’ ulas Puan Nafisa Rupawan.

Dua berita utama tersebut didengari oleh semua peminat ‘Buletin Utama’. Berita utama tersebut juga sedang ditonton oleh anak Datin Paulina. Boy hanya melihat tetapi mugkin tidak faham dengan keadaan yang dipaparkan dalam televisyen. Boy hanya terduduk dan tercengang di sofa ruang tamunya. Tetapi, saat gambar Mirinda dipaparkan di kaca televisyen, Boy mula bersuara dan menunjuk-nunjuk jarinya kea rah televisyen sambil menjerit-jerit. Datin Paulina sedang lena kerana letih dan tidak perasan jeritan cacat Boy.

‘Ah...Ah...Ah.....’ itu sahaja perkataan yang mampu terucap olehnya kerana kebanyakan ingatannya masih tidak kembali. Tetapi, nampanya dia seakan-akan sudah dapat mengingati bekas kekasihnya, Mirinda. Pak Juah terdengar orang menjerit-jerit lalu cepat-cepat masuk ke ruang tamu dan mendapati Boy sudah berhampiran dengan kaca televisyen dan membelai-belai kaca televisyen yang terpapar gambar Mirinda. Boy beraksi seperti orang gila apabila dia merapatkan mukanya ke kaca televisyen dan mencium gambar Mirinda.

‘Waduh, kasihan bangat sih. Otaknya udah mereng’ bisik hati Pak Juah.
Tiba-tiba, bahu Pak Juah ditepuk dan Pak Juah terloncat ke atas sofa. Wanita yang sama berada di belakang Pak Juah ketika menghendap tindak-tanduk Datuk Alif Asyraf dan Dr. Fasha tadi yang menepuk bahu Pak Juah. Wanita itu adalah ....
_____________________________________________________________________________

2minit sebelum Buletin Utama...

‘Sarjan TIru mati ketika cuba menyelesaikan kes wanita Thailand itu’ kata Insoektor Rozita.

‘Kasihan isterinya dan anak-anaknya. Kenapa sampai dia terbunuh? Wanita itu terlibat dalam sindek jenayahke?’ tanya Dr. Malik risau.

‘Ya, betul. Boleh saya tahu kenapa Dr. Malik beriya-iya ingin tahu asal-usul wanita Thailand yang mati itu?’tanya Inspektor Rozita.

Dr. Malik membisu. Dia risau denga keadaan yang berlaku sekarang. Dia tidak menyangka percubaan untuk mencari identity seperti bayi itu dan ibunya menemui jalan maut. Sarjan Tiru, kawan baiknya mati apabila ditembak penjenayah ketika mahu mendapatkan identiti wanita itu. Kini, satu lagi perkara yang pasti dia tidak boleh memberitahu yang anak wanita itu kini di bawah jagaannya memandangkan situasi yang sudah berlaku sekarang.

‘Dr. Malik kena bagitahu saya semua perkara. Jangan berselindung. Kalau laporan yang ditulis oleh Sarjan Tiru tidak sama dengan maklumat yang Dr. Malik beri, kerja polis aan bertambah rumit dan Dr. Malik akan dituduh mengganggu dan tidak bekerjasama dengan pihak polis’ gertak Inspektor Rozita lagi.

Dr Malik mendiamka diri lagi. Dia sudah kekeringan idea untuk lari dari masalah ini.

‘LIhat lengan saya ni. Ada kesan lebam dan dikelar. Ini semua gara-gara diculik oleh penjenayah ketika cuba membantu Sarjan Tiru mendapatkan maklumat tentang wanita tersebut. Dr. Malik kena beritahu segalanya yang Dr. Malik tahu. Kalau tak, sia-sia sahaja kematian Sarjan tiru dan kesengsaraan yang saya alami ketika penculikan hari itu’ beritahu Insoektor Rozita.

Dr. Malik sudah tersepit di antara tanggungjawab dan kasih saying. Fikirannya sudah menemui jalan buntu. Hanya satu sahaja alasan yang boleh dififkirkannya secara tiba-tiba.

‘Haritu, wanita tersebut mengalami pendarahan. Dia dimasukkan ke hospital. Saya yang merawatnya. Jadi, pembedahan yang kami lakukan tidak Berjaya menyelamatkan nyawa wanita tersebut. Wanita itu juga dimasukkan ke hospital secara kecemasan tiba-tiba tanpa maklumat diri dan saudara-mara. Dia terlibat dalam kemalangan’ balas Dr. Malik.

‘Takpelah kalau begitu. Boleh saya dapatkan laporan kesihatan dan pembedahan wanita tersebut. Boleh saya jumpa Dr esok di hospital?’ tanya Inspektor Rozita.

‘Esok tak boleh. Saya baru mula kerja semua. Banyak kerja yang perlu saya lakukan. Boleh saya hubungi Inspektor Rozita semula nanti?’tanya Dr. Malik.

Inspektor Rozita mengangguk. Lalu, mereka berdua keluar dari bilik. Tiba-tiba, mereka ternampak video intro ‘Buletin Utama’.

‘Buletin utama disampaikan oleh Reza HIrwadi dan Nafisa Rupawan’ bunyi suara televisyen memperdengarkan siaran Buletin Utama.

‘Salam 1 Malaysia. Jumaat, tepat pukul dua belas tengah malam semalam, ibupejabat polis Harmony Hill dipercayai meletup secara tiba-tiba. Motif letupan dan suspek masih belum dikenalpasti. Namun, disebabkan letupan ini, empat suspek utama yang terlibat dalam kes cubaan membunuh Saraswathy pathumwan, wanita warga Thailand yang dipercayai sudah berada di Malaysia beberapa bulan lalu dan kes pembunuhan Sarjan Tirugapal Murugan’ Skrip dibaca Reza Herwadipenuh bersahaja.

Dr. Malik memandang kaca televisyen dan ternampak wajah wanita tersebut dan Sarjan Tiru. Dia teringat sesuatu iaitu saat wanita tersebut mula-mula dimasukkan ke hospital.

‘Kecemasan. Wanita ini mengandung dan terlibat dalam kemalangan. DIa dilanggar dari. Pendarahan banyak terutama di dada dan bahagian atas dada. Maklumat diri tiada’ salah seorang jururawat melaporkan keadaan wanita tersebtu ketika katil hospital beroda sedang ditolak dengan laju ke bilik pembedahan.

‘Aw....Aw... ‘ wanit Thailand itu mengeranga kesakitan. Tiba-tiba, tangannya memegang tangan Dr. Malik.

‘Datuk...’ wanita itu menyambung.

Lamunan Dr. Malik terhenti dan memandang Inpektor Rozita.
‘Motif cubaan membunuh masih belum dikenalpasti. Orang ramai dikehenaki berjaga-jaga apabila terlihat suspek-suspek berikut seperti yang tertera di kaca televisyen sekarang. Nama-nama suspek adalah Raymond Maurice, Nasha Aziz, Mohd Helmi Afiq dan Dunstan pierera Anthony. Sila hubungi balai polis Kota Dame secepat mungkin di 0355191260’ sepatah demi sepatah perkataan disebut oleh pembaca berita lelaki itu, Reza Hirwadi.

Inspektor Rozita memandang dengan penuh benci dan dendam apabila terlihat keempat-empat suspek tersebut. Mereka telah melayan Inspektor Rozita seperti binatang ketika berada di dalam kurungan. Kini, mereka telah bebas semula. Inspektor Rozita trauma dan tidak tenteram dengan perkara ini.

‘Inspetor Rozita’ Dr. Malik memanggil nama Inspektor Rozita.

Inspektor Rozita masih mengelamun. Dr.Malik memanggil Inspektor Rozita sekali lagi tetapi maish tidak dilayan.

‘Rozita!’ suara itu kedengaran lagi dengan lebih kuat dan jelas.

Inspektor Rozita tersedar lalu memandang ke sebelahnya. Alangkah terkejutnya melihat yang Raymond Maurice di sebelahnya. Terlopong dan ternganga mulut Inspektor Rozita.

0 comments:

Post a Comment