
Boy berada di sebelah ibunya seperti terpinga-pinga. Tiba-tiba, anak Datin Paulina itu terpandang sesuatu di satu sudut halaman hospital itu. Dia ternampak seseroang memakai kain labuh dan litup di satu kawasan sedang terbongkok dan batuk-batuk. Dia mengamati wajah wanita itu yang tidak jauh darinya. Tiba-tiba, sarf di kepalanya berdenyut-denyut dan menghantar impuls saraf dan mesej-mesej memori dengan laju dan aktif. Tiba-tiba, dia menunjuk wanita itu sambil dia mengucapkan perkataan dengan tidak jelas. Dia terus melepaskan tangannya yang dipegang oleh Datin Paulina dan berlari laju ke arah wanita itu.
‘M....Mm...MM....’ sebutan Boy tidak jelas.
Datin Paulina terperasan yang Boy berlari laju entah ke mana. Tangan dipimpinnya sudah dilepaskan. Datin Paulina menegur suaminya yang sedang leka menyaksikan kejadian yang berlaku dengan penuh risau. Datuk Alif Asyraf terkejut melihat anaknya berlari kea rah hospital. Mereka memanggil anaknya tetapi tidak diendahkan. Mereka berdua berlari menuju ke arah anaknya. Tetapi dihalang oleh anggota polis yang berkawan di situ. Boy masih beberapa ela dari Zaharah. Tiba-tiba,........
‘Bom..!’ letupan yang kuat berlaku memusnahkan sudut tepi hospital tersebut.. Boy yang sedang berlari terpelanting ke tepi jalan. Zaharah pula sempat menundukkan dirinya dan tidak terselamat daripada terkena runtuhan batu bata bahagian tepi hospital tersebut. Bahagian tepi hospital tersebut berlubang. Boy pengsan selepas terpelanting. Datin Paulina dan Datuk Alif Asyraf berjalan menuju ke arah anaknya dan cuba mengejutkan anaknya itu dari pengsan. Anaknya tidak sedar-sedar dan merisaukan Datin Paulina.
‘Boy!’ Datin Paulina menjerit.
2 minit sebelum letupan...
‘Mati kau!’ Dunstan menampar Insektor Rozita lalu meletakkan kakinya ke leher Inspektor ROzita lalu menekannya supaya berbaring. Insppektor Rozita betul-betul baring di bawah meja makna tersebut. Semua orang ketakutan melihat situasi itu. Dengan satu tarikan di picu pistolnya, Dunstan menembak kea rah inspektor Rozita .
‘Dam’ bunyi satu das tembakan membuatkan orang ramai menjerit dan kegelisahan. Dunstan terus menuju ke arah kumpulannya lalu cepat mengikuti satu pintu belakang kelaur dari kafetaria tersebut. Semasa mereka keluar perlahan-lahan, pintu dibuka secara berhati-hati. Keadaan di luat pintu sangat selamat untuk mereka melarikan diri. Mereka keluar dari kafetaria tersebut dan lekas menuju kea rah satu pintu lagi yang menghala ke belakang hospital.
‘Inspektor..Inspektor!’ Jihan menghampiri Inspektor Rozita dan cuba mengejutannya supaya lekas sedar setelah matanya tertutup akibat ditembak oleh Dunstan. Orang ramai di sekeliling ketakutan dengan situasi yang telah berlaku.
‘Dr. Fasha, awak bawa bayi ni pergi ke ibunya dan pergi tanya ibunya boleh bangun dan berjalan atau tidak. Kita kena keluar dari sini juga’arah Dr. Malik.
Dr. Fasha mengangguk sambil terketar-ketar menyaksikan kejadian Inspektor Rozita ditembak. Dia merangkul bayi di tangan Dr. Malik lalu terus menuju ke arah wanita yang batu bersalin itu. Banyak darah berselerak di lantai dan ada yang mula kering.
‘Puan, ini anak Puan. Saya pegangkan. Sekarang ni Puan boleh bangun dan berjalan?’ tanya Dr. Fasha.
‘Pergilah. Saya sudah tidak larat lagi. Biarkan saya di sini’ balas wanita itu.
‘Tidak boleh. Awak dua orang . Tolong saya papahkan wanita yang baru bersalin ini. Kita kena segera keluar dari tempat ini. Lekas!’ arah Dr. Fasha kepada dua orang pemuda yang ada berhanpirannya.Mereka mengikut arahan Dr. Fasha lalu mengangkat wanita itu dan memapahkannya untuk keluar dari kafetaria tersebut. Ada yang mula berani bangun dan mahu mengikut Dr. Fasha melarikan diri dari tempat itu memandangkan semua pennganas sudah keluar dari kafetaria tersebut. Jihan masih meratapi Insektor Rozita yang terbaring memejamkan mata seperti tidak sedarkan diri dari tadi. Dr. Malik menghampiri tubuh inspektor Rozita dan melihat kawannya yang meratapi wanita itu. Dia menyuruh kawannya bersabar menjalani dugaan sebesar ini. Dia meminta bantuan Jihan untuk mengangkat tubuh Inspektor Rozita untuk dibawa bersama mereka kerana mereka mahu bergerak keluar dari hospital ini. Kawannya masih tergamam dan terpaku melihat badan wanita itu yang terbaring kaku.
‘Jihan. Kita dah tiada masa lagi. Kita kena tolong keluarkannya dari sini. Cepat!’ lontaran suara Dr. Malik menyedarkan Jihan dari ratapan yang tidak berkesudahan itu. Dr. Malik seperti tercari-cari sesuatu di badan Inspektor Rozita.
‘Kau cari apa?kau kata nak bawa dia keluar?’tanya Jihan pelik melihat aksi Dr. Malik.
Dr. Malik terjumpa sesuatu di atas lantai dan bukannya sesuatu yang dicarinya tadi.
‘Macammana peluru ni boleh berada di atas lantai. Sepatutnya dia tertanam di dalam badan Inspektor Rozita?’bisik Dr. Malik kehairanan.
‘Kau kenapa?’ tanya Jihan sambil mengeleng-geleng kepala.
‘Kau perasan tak di mana kesan tembakan di badan Inspektor tadi? Kau nampak tak orang jahat tadi tembak Inspektor Rozita di bahagian mana?’ tanya Dr. Malik.
‘Dalam situasi macamni pun kau nak main cari-cari lagi. Dahl ah. Kita kena bawak Rozita keluar ni’ jelas Jihan yang kelam-kabut ketika itu.
‘Mana boleh. Aku pelik kenapa tiada kesan tembakan di badannya?’ tanya Dr. Malik.
‘Entah-entah...’ Dr. Malik berhenti menghabiskan ayatnya itu dan membuat tanggapan terhadap situasi tadi. Tiba-tiba, tangannya dipegang oleh tangan mayat Inspektor Rozita. Mata Inspektor Rozita terbeliak tiba-tiba.
‘Doktor. Tolong saya!’balas mayat Inspektor Rozita.
‘Dam!’ Letupan yang kuat menyebabkan ada orang awam terpelanting ke tepi dinding. Ada yang sempat menundukkan diri. Semuanya terdiam seketika akibat pengsan dan terkejut.
‘Berita disampaikan oleh Reza Hirwadi’ saluran berita utama sudah bermula.
‘Bersama saya Reza Hirwadi dalan Buletin enam petang. Rentetan kejadian pencerobohan di Hospital Datuk ALif ASYRAF hari ini. Sebuah letupan kuat yang telah mengakibatkan salah satu bahagian tepi Hospital Datuk Alif Asyraf runtuh. Untuk mengetahui berapa nyawa yang terkorban dan mengetahui kejadian tersebut dengan lebih lanjut, kami akan bawakan secara langsug dari perkarangan hospital tersebut bersama rakan setugas, Nafisa Rupawan secara langsung dari tempat kejadian. Silakan Nafisa’ skrip dibaca kemas oleh Reza Hirwadi di kaca televisyen.
‘Terima kasih rakan setugas, Reza di Sri mersing. Kejadian pencerobohan di Hospital Datuk Alif Asyraf mungkin menjadi mimpi buruk sesetengah rakyat Malaysia memandangkan ada di antara mereka yang ada di sini dan di rumah mempunyai ahli keluarga terdekat, saudara-mara, sahabat-handai dan sebagainya terperangkap sebagai tebusan di dalam hospital ini. Lebih mengejutkan lagi apabila satu letupan yang kuat menyebabkan sebahagian tepi hospital tersebut runtuh baru sahaja berlaku kira-kira setengah jam yang lalu. Kejadian ini dipercayai menyebabkan beberapa polis yang berkawal di bahagian tersebut maut kerana dihempap batu-bata akibat runtuhan yang dahsyat. Begitu juga dengan orang awam. Baiklah sebelum saya meneruskan laporan, saya ingin memohon maaf kerana terlupa memberitahu laporan akhir ‘survey’ hari ini. Soalan, adakah anda setuju bahawa tindakan pihak polis membuat sekatan dan cuba menceroboh masuk ke dalam bangunan hospital tidak akan mencederakan tawanan? Sermai 97.2% mengatakan yang mereka tidak setuju bermakna suara hati majority rakyat Malaysia yang menjawab ‘survey’ ini tidak bersetuju cara dan tindakan pihak polis ini dapat menyelamatkan tawanan di dalam hospital. Sekarang sudah terbukti memang langkah yang diambil oleh pihak polis kurang tepat sehinggan menyebabkan runtuhan besar di satu sudut hospital ini dan kemungkinan besar ada antara tawanan yang cedera parah atau maut’ Nafisa Rupawan dengan penuh yakin membuat laporan.
‘Kami sudah mendapat beberapa identiti tahanan-tahanan di dalam hospital. Ada beberapa doktor yang terlibat dalam perangkap ini iaitu Dr. Nizuan Jamil, Dr. Fasha Sandha, Dr. Chin yew Pen, Dr. Waneshwary A/P Alasangam dan seorang lagi adalah Dr. Malik Bin Mohidin’ sambung Nafisa Rupawan.
‘bang, nama anak kita bang. Dia sebut nama anak kita bang. Nama Malik bang. Macammanani bang? Anak kita ni macammana ang?’ Mak CIk markonah menggelabah tidak tentu pasal setelah mendengar nama anaknya disebut dalam televisyen sebagai nama orang yang dalam tahanan penjenayah tadi. Tok Mohidin memeluk isterinya itu lalu menyuruhnya bersabar. Lisa Surirumah terkejut dengan berita itu lalu menitiskan air mata. Hati Lisa Surirumah yang selama ini keras dan penuh hasa dengki menjadi lembut dan sayu setelah mendengar nama bakal suaminya disebut sebagai tahanan di dalam hospital itu. Impiannya untuk membina mahligai asmara antara dia dan Dr. Malik dikhuatiri terbatal dan tergugat. Dia mengalirkan air mata.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, Boy telah dibawa ke dalam ambulans untuk diselamatkan. Hancur sudah wajahnya terkena letupan itu. Hampir hangus juga mukanya. Datin Paulina menangis teresak-esak melihat keadaan anak emasnya sebegitu. Datuk Alif ASyraf tidak henti-henti menyuruh isterinya itu bersabar.
Zaharah masih dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam ambulans. Namun , dia sempat tunduk dan anggota tubuhnya tidak terdedah sangat kepada letupan itu. Tambahan pula, dia sempat menutup kembali wajahnya dengan kain yang menutupi bahagian bawah matanya ketika letupan berlaku. Puan Zulaikha tiba-tiba muncul di ambulans tersebut dan memberithau jururawat amuulans yang dia adalah kawan Zaharah dan mereka datang sekali ke hospital itu tadi. Dia masih mengendong anaknya di tangan dan melihat keadaan Zaharah yang juga tidak sedarkan diri. Dalam masa yang sama,dia amat risau dengan perkara yang telah terjadi kepada suaminya dan tahanan-tahanan lain.
Leftenan Fahada dan pasukan polis sudah masuk ke dalam runtuhan tersebut dan kemudian masuk ke dalam tapak kafetaria. Dia menyuruh semua orang awam keluar dengan hati-hati kea rah ambulans atau saudara-mara dan sahabat-handai mereka. Kelihatan beberapa angora polis, pengganas dan orang awam yang maut dan ada yang cedera dihempap runtuhan. Dr. Fasha dan dua orang lelaki yang mengangkat wanita hamil sudah keluar dari hospital. Wartawan-wartawan cuba mendapatkan temubual bersama mereka tetapi dihalang oleh polis dan tidak dilayan oleh tahanan yang trauma dengan kejadian yang berlaku pada hari tersebut. Bayi yang dirangkul menangis kuat kerana kepanasan. Wanita hamil itu terpandang suaminya yang tunggu di luar tadi. Dia mengarahkan Dr. Fasha dan dua pemuda itu terus mendapatkan suaminya itu lalu memeluknya. Dia mampu membetitahu segalanya selamat dn bayi wanita ini pun selamat. Dia dan anaknya dimasukkan ke dalam ambulans ditemani oleh jururawat dan suaminya.
Dr. Malik dan kawannya Jihan yang sedang mendukung Inspektor Rozita masuk ke dalam salah satu ambulans juga. Dr. Malik menarik nafas lega kerana dia terselamat dalam kejadian tersebut. Ia pasti menjadi sejarah tersendiri bagi hospital tersebut dan tahanan-tahanan lain. Dr. Malik mampu tersenyum. Dia teringat isteri kesayangannya lalu cuba mencari telefon bimbitnya di poket baju dan seluarnya tetapi tidak jumpa. Dia tidak dapat menghubungi isterinya. Dr. Malik segera mendapatkan telefon awam yang berdekatan dengan pondok keselamatan dan menelefon isterinya dan ahli keluarganya. Dia memberitahu mereka yang dia sudah selamat. Puan Zulaikha , tok Mohidin, Mak Cik markonah dan Lisa Surirumah gembira mendengar perkhabaran itu.
0 comments:
Post a Comment