this is me...

this is me...

CERITA CERITA PELIK

Wednesday, August 25, 2010

23 Ogos 2010

Hari ini pergi ke tempat kerja macam biasa. Tak banyak benda yang boleh dibuat. Risalah 'ETSI' yang telah siap dicop Azim telah diserahkan kepada aku. It's time to start business now!

24 Ogos 2010

Hari ini adalah hari yang aku tunggu-tunggu. Hari peperiksaan pemandu pelancong (tambahan bahasa - bahasa Melayu). Aku bangun lebih kurang pukul 7a.m. Harini, kesesakan memang luiar biasa dan tambahan pula aku tidak mahir jalan-jalan di Kuala LUmpur. Dari Puchong Kinrara, aku menggunakan jalan KE Federal Highway. AKu risau takut tidak sempat sampai di INstitut KArisma Bangsar tepat pada masa. Tapi, ALhamDULILLAH, berkat kesabaran dan doa yang panjang kepada Allah S.W.T sementara terperangkap dalam kereta di tengah-tengah kesesakan laulintas yang berlaku, aku sampai di Institut sebelum penilai sampai.

Alhamdulillah, penilan yang sama seperti yang menilai aku semasa pertama kali mengambil kursus pemandu pelancong bahasa inggeris dahulu tahun lepas iaitu En. ZUbir dan seorang lagi penilai aku terlupa namanya. Ada seorang lagi wakil dari Kementerian Pelancongan Malaysia bertindak sebagai 'observer'.

Peperiksaan bermula dengan Praktikal dalam bas pelancong. Sungguh malang agaknya, aku merupakan orang yang pertama untuk memulakan arena peperiksaan. Tapi, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar tetapi, ada sedikit tersasul kerana terlampau laju gaya percakapan aku maklumlah 'panik'. Gelaran kepada perdana menteri pun aku tersasul sebut dan penyebutan nama perbadanan automobil nasional pertama (proton) dan kedua (perodua) juga tersalah sebut. Yang penting, mendapat pujian daripada para pelajar lain yang menunggu giliran.

Si Zairie, bekas rakan serumah aku di Sri Mahligai, Seksyen 9, Shah Alam juga mengambil peperiksaan tambahan bahasa tetapi dalam bahasa inggeris.

Tiba sessi kedua amat menakutkan kerana melibatkan 'slides' yang ditunjukkan/dipilih secara rawak oleh juri. kalau dapat gambat suku kaum budaya di negeri sabah atau sarawak memanglah membautkan aku panik. apabila aku masuk ke bilik peperiksaan, aku senyum dan boleh menangkas segala soalan-soalan daripada pemeriksa mengenai pengetahuan am dan daya berfikir. Tapi apabila slide yang pertama yang dipilih adalah Batu Caves, memang kelam kabut aku. Alhamdulillah, aku dapat menerangkan tentang berapa bilangan anak tangga di Batu cavex, perayaan Thaipusan yang terbesar di dunia adalah di Batu Caves dan perarakan dari Sri maha MAriaman Temple ke BAtu caves juga dapat diterangkan membuatkan aku agak lega tetapi susunan ayat agak berterabur atau kurang kemas kerana kebiasaannya bekerja sebagai pemandu pelancong dan membaca tentang sejarah dalam bahasa inggeris dan melalui mota bahasa inggeris. Jadi penggunaan terma seperti 'Lord Of Pavathi'. 'Lord of Murugan' dan kadang terma itu sendiri salah kerana gementar seperti 'Lord Of the Shiva'. Aku dapat menceritakan persamaan dengan mitos ramayana dan mahabrata , sebuah mitos selalu dipersembahkan dalam pertunjukan wayang kulit mengembalikan semangat aku.

Slides kedua tentang 'tarian ngajat' memang menggerunkan sebab aku tidak berapa ingat. Aku cuba menceritakan apa sahaja yang kutahu dan cuba menghindarkan daripada bercakap sesuatu yang meng'kantoi'kan aku. Tetapi, malang tak berbau, aku terlepas cakap Gunung Kinabalu. Sedangkan gambar dalam gunung tersebut adalah gunung Santubong. Di akhir pembentangan, pemeriksa bertanya sekali lagi, kawasan ini di negeri mana? Aku cakap 'Sabah' dengan yakin. Sedangkan 'Sarawak'. Sesudah habis , Siti, pegawai pemerhati dari Institut memberitahu aku yang aku tersalah informasi membuatkan aku panik. Tetapi tak boleh buat apa. What have you done is already done...

Aku melihat buletin utama, sedih aku melihat perselisihan faham antara rakyat Indonesia dan Malaysia. Pelemparan najis di kedutaaan Malaysia memang suatu perbuatan yang kurang elok. Aku rasa proses perdamaian perlu dilakukan. Bayangkan rakyat Malaysia sedang menunggu untuk meraikan 'Hari Kebangsaan' pada 31 Ogos 2010 ini, tetapi ade segelintir rakyat INdonesia memijak bendera negara kami. Saya pernah ada 3orang pembantu rumah Indonesia dan saya layan mereka dengan elok. Tidak bolehkan melayan negara kami dengan elok juga? Jangan disebabkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Insaflah, sedarlah, bermuafatlah...

Kes kedua membabitkan seorang ayah di kawasan Kelantan menyembelih anaknya. lagi menakutkan. MASYA ALLAH. ini mungkin tanda-tanda akhir zaman. Aku pun kurang arif. kasihan isterinya dan 2orang anaknya lagi. Dipercayai si ayah sakit mental dan beliau juga cuba memenggal lehernya sendiri. Sakit tengkuk dan leher aku dengar cerita macam ni.

ALIF ASYRAF SARDI SANGAT KAYA DAN SANGAT BERJAYA, BERKAT DAN SIHAT

____________________________________________________________________

25 Ogos 2010

Hari ini aku datang dan sampai awal di pejabat. Pejabat masih belum dibuka. Aku membeli surat khabar 'Metro', 'Berita HArian' dan 'utusan'. Hari ini, aku cuba menyiapkan beberapa kemasikini data yang bos aku, Wani nak. Pukul 10am, ada mesyuarat antara staf. Seronok dapat berkongsi 'WIns' masing-masing bermaksud kejayaan peribadi dan kerja di pejabat. Dapat membentangkan 'roadblock', kesukaran yang berlaku dan lebih mesra dan rapat sesama sendiri.

Pukul 11.am, aku bertolak ke UKm Bangi untuk menghadiri mesyuarat Reseller 'ETSI'. Aku dapat berkenalan dengan reseller-reseller lain yang hadir seperti EN. RM(Rashid MAnsur) yang aku 'close' di pejabat untuk program ETSI ini, bekas peserta-peserta seminar bos aku dan seorang Marketing Expert, En. Reza. Masing-masing dengan gelagat tersendiri dengan gaya penampilan tersendiri. Makumlah orang kaya-kaya dan berjaya.

Macam-macam dibincangkan lebih kepada cara membuat 'sales' atau jualan dan memasarkan produk. En. IShak, pengurus program ETSI pula memberikan surat rasmi untuk melawat masjid-masjid di sekitar Selangor. Aku dapat 6 iaitu 2 masjid di kawasan Damansara, Kayangan Heights Shah ALam dan 3 masjid di Dengkil.

AKu pulang ke pejabat sambung kerja. Hati aku tenang, gembira dan letih sedikit sehingga seorang 'mamat' ini masuk ke bilik dan menegur semua staff dlaam bilik. Mulutnya memang terkenal dengan kecabulan dan tidak menghormati perasaan orang lain. Gurauan kasarnya kadang-kadang amat menjengkelkan. Mula-mula, tiada apa yang berlaku. Dia meriuh rendahkan suasana dan aku ketika itu baru habis solat. Dia menergur Azim yang berpakaian seluar getah datang ke pejabat. Dia cakap itu bukan imej korporat dan diarahkan beli seluar lain.

Sampai suatu masa yang tidak aku jangka tetapi menjengkelkan apabila bos aku, Wani bertanya kepada aku. "Apa nama penuh kau, ALif?' aku menjawap 'Kenapa ni minta2 nama?' dengan nama berseloroh atau gurau. Tetiba ini ayat yang dikeluarkan oleh 'mamat' yang kurang adab itu

' Kenapa? Biarlah Wani minta nama? Dia ni bos engkau. Suka hati dialah nak minta nama kau atau tidak. Baru handle 'ETSI', nak berlagak.'

Kalau itu serius, memang 'bodoh' perbuatan tersebut.

kalau iti main-main atau gurau, itu adalah gurauan yang secara peribadi bagi aku kurang moral.
'Attitude' takda.

Tetapi aku ni kalau korang kenallah, lembap sikit. Kalau nak respong kepada sesuatu yang aku tak jangka memang 'slow' atau perlahan. Aku lambat nakmarah orang tapi aku menjawap

'LA. TAnya je kenapa minta nama takkan tak boleh?'

Tetiba, aku rasa 'down' for the whole evening. AKu tak dapat accept that kind of attitude.
Mood aku untuk bawak Azim membuat kad perniagaan dan resit syarikat tidak ada.
Tetapi kami meneruskan juga dengan 'survey' harga name card dan receipt book.

AKu rasa aku nak buat business betul2 dan berhenti kerja. Sebab aku tak faham selok belok syarikat ini dan banyak sangat perkara yang bertentangan dengan moto syarikat ini sendiri.
Entahlah....

Aku berbuka puasa di rumah Zakwan. membincangkan tentang strategi syarikat.
Sambil itu, aku bercerita tentang perkara 'mamat' tu.
Zakwan bagitahu kalau dia, sudah lama dia bergaduh kerana dia sendiri pernah melakukan perkara yang sama di MAxis, bergaduh dengan 'Trainer'.

Bila sudah diluahkan, aku rasa tenang tetapi aku terlepas cakap aku doakan 'mamat' tu accident untuk mengingkatkan dan menyedarkan dia supaya insaf atas perbuatan dia. kejamke aku ni?
ia meniti di bibir aku sambil disaksikan dna didengari Zakwan. kalau dia 'Amin', apa agaknya akan berlaku. tetapi, aku makin rileks dan aku berkata pada diri aku sendiri aku ingin bekerja lama di syarikat aku kerana aku mahukan rangkaian.

Zakwan jumpa bakal prospek/pelanggan malam ni.

ALIF ASYRAF SARDI SANGAT KAYA DAN SANGAT BERJAYA, BERKAT DAN SIHAT

_________________________________________________________________

26 ogos 2010

AKu sampai awal lagi di pejabat dan mcam biasa, membeli surat khabar. Anis sampai lebih kurang pukul 8.20a.m. Harini aku ingin membuat kad business untuk ahli-ahli aku. Mak aku telefon, minta aku tolong belikan sofa, bayar ansuran kepada Courts. Aku 'ok' je sebab mak tetapi bergantung juga kepada kwangan akhir bulan aku. Inikan akhir bulan. Hehehehe..
Abang Yaziz, emel aku dan nakkan butiran peribadi aku untuk mendaftarkan bagi kehalian HR MARKETING . Tak sabar nak dapatkan 'HI GOAT' aku

Sebarang kisah selanjutnya akan disambung kemudian..

0 comments:

Post a Comment