this is me...

this is me...

Sunday, August 29, 2010

27 Ogos 2010

Harini Balik Melaka Sebab cuti Nuzul Quran.
Sampai rumah, dah tak tahu apa nak buat.
nak makan, tak boleh makan.
nak keluar, takda kenderaan.
Sebab aku balik melaka tumpang kereta MAt
tengok TV je lah jawabnya.
'Nik' , kawan Zali dati Utm skudai telefon minta bayar hutang die Rm400
aku memang segan sebab aku janji nak bayar minggu lepas.
AKu bank in rm200 tunai ke akaun dia and rm200 cheque pay to date 6Sept 2010.
AKu pinjam kereta mak aku beli burger kat kedai depan 7E ayer keroh

__________________________________________________

28 Ogos 2010

Sekali lagi hari yg membosankan.
Agak...membosankan...
Aku ada masa and ketenangan dan ruang untuk membuat profile syarikat.
Dah cantek..tinggal nak print dan filing kan..
kebetulan adik aku Amera yang pinjam lap top aku ade kat rumah
So, aku pakai lap top aku buat kerja ni semua.
Dah siap, aku rileks tengok TV, kebetulan masetu channel 'Starworld - 711) tayang
filem kegemaran aku Glee Secara berturut2 selama 5 jam kalau tak silap.
SO, terubat masa yang aku tunggu untuk berlalu dengan Menonton TV.
Cik datang bawak anak2 ucu, Ada(along), Balqis dan Aina.
Mereka nak berbuka Sekali kat rumah.
mak beli makanan Banyak sikit kat bazar dan cik pun ada bwak lauk dari kampung 'Segamat',
kampung ayah kitaorang.
Bile berbuka, best sebab makan ramai2 kat ruang tamu.
yang best giler adalah sirap bandung laici.. memang perg...sedap..
Malam tu, cik dan emak bawak adik2 aku, amera, lisa, mimi dan anak2 ucu pergi shoping

_____________________________________________________________

29 Ogos 2010

Sahur Ramai2, memang Best gak.
Siang tu aku tertido mati lepas Sahur.
CIk bawak anak2 UCu dan amera, lisa dan mimi pergi pusing2 melaka
Lebih KUrang Tengah hari macamtu, die hantar mereka balik
Hari ni aku suka sebab belikan mak aku sofa baru pakai tunai.
Mak aku tawar menawar dari harga Rm3K plus.. leh jadi Rm1250.
Sofa jenama Milan plak tu.. agaknyele..sebab aku nampak plastik 'MIlan' kat sofa tu.
Mula2 kitaorang pergi COuts Mammoth (cmana entah nak eja).
Tapi staf sana cakap aku tak layak bayar ansuran sebab kod pekerjaan ada masalah.
AKu pun tak berapa paham dan nak paham terus terus ajak mak aku 'bla'..
Malam pkl9, Mat(Zakwan) ambik aku kat rumah untuk balik KL
kawan die budak Uitm shah alam tumpang sekali

___________________________________________________

30 Ogos 2010

Aku dapat tahu Kamarul dah berhenti kerja.
APe cer ni?
;(

0 comments:

Post a Comment