this is me...

this is me...

MANTRA

Monday, July 26, 2010


24 JUlai 2010, pukul 10.30malam bertempat di MBO Melaka Mall, aku dan adik aku, Arief telah menonton
wayang yang dikatakan 'SERAM' le konon, 'MANTRA'.
Ternyata memang 'BEST'. nak kata seram tu, seram jugak. Tapi, lakonan hampir semula pelakon-pelakon
dalam filem ni mantap dari pelakon utama sampai
pelakon pembantu dan pelakon sampingan. Cuma kepada heroin yang aku rasa pelakon baru ni kena
tonjolkan diri lagi untuk filem filem akan datang.

Cerita ini bermula dengan seram menyaksikan heroin sedang meronta-meronta atas katil kerana dirasuk.
Untuk menyembuhkan penyakit misteri si isteri, si suami (ZUL ) mengikut suruhan kawannya (HAsnol rahmat) yang dikatakan 'alim' untuk menggali kubur dan makan daging orang yang telah mati. Disebabkan tindakan beliau ini, dia ditangkap dan dipenjarakan. Dugaan demi dugaan beliau hadapi bermula dengan permintaan untuk bercerai dari isterinya, tuduhan daripada keluarga, perkahwinan isterinya dengan sahabat baiknya atas desakan keluarga.

Kebetulan, beliau didekati oleh penghuni lokap bersebelahan (sapa entah nama orang tua ni). Orang tua ini merupakan pengamal ilmu hitam yang lebih kuat dan ingin menurunkan ilmunya
kepada MUzir (baru aku ingat nama watak zul ni). Teknik multimedia and grafik nya memang
leh tahan kemas dan boleh dibanggakan. Setiap saat dalam cerita ini sangat mendebarkan.

Semuanya nampak 'real' terutama ketiak di penjara pudu. Dinding lokap dilukiskan dengan
tulisan khat ayat ayat suci. Dengan cara itu, kekuasaan ilmu sihir tidak dapat menembusi atau
melepasi dinding tersebut. Namun, cerita ini bertambah genting apabila Muzir bersatu ilmu
dengan orang tua tersebut sehingga sanggup makan daging orang tua tersebut.

Apa kesudahannya? Tengok sendiri.. Tapi memang best..

0 comments:

Post a Comment